Fatehah Mustapha Umum Persaraan


KUALA LUMPUR, 4 April —  Selepas 17 tahun berkecimpung dalam arena sukan berbasikal, ratu berbasikal trek negara Fatehah Mustapa hari ini mengumumkan persaraannya dalam sukan itu. 
Berita sedih buat peminat sukan berbasikal tanahair itu disampaikan melalui laman sosial Facebook (Fatehah Mustapa) dan juga instagramnya (@fatehahmustapa). 
“Assalamualaikum, buat semua, pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda penyokong dari Malaysia di atas sokongan berterusan di sepanjang perjalanan kerjaya saya.  Saya mengambil keputusan bersara sebagai seorang pelumba basikal selepas berkecimpung selama 17 tahun di dalam sukan ini  ” katanya. 
Atlet berusia 31 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) serta Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).
Tidak dilupakan juga bekas penaja seperti CIMB, Sime Darby, AirAsia, Tumi, Nike dan Oakley yang turut memberi peluang kepadanya untuk mengembangkan bakat sekali gus memastikan impiannya tercapai. 
Atlet berasal dari Kuala Terengganu itu berbangga kerana pernah berada dalam pasukan Sukan Olimpik negara sebanyak dua kali (2012 dan 2016) serta diberikan peluang sebagai pembawa bendera Malaysia pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.
“Jutaan terima kasih kepada keluarga kerana keyakinan yang diberikan dan terus menyokong saya sehingga penghujung kerjaya saya.  Terima kasih banyak kepada  Melbourne Base Team untuk semuanya. Saya amat bertuah kerana memiliki sebuah keluarga yang baik.
Buat seorang dan hanya seorang, yang telah membesarkan saya sepanjang 11 tahun lepas dan beliau bukanlah hanya seorang jurulatih tetapi juga seorang ayah (John Beasley) yang selalu di sisi anaknya semasa susah dan juga sewaktu mencapai kejayaan, berbanyak-banyak terima kasih di atas semua pengorbanan anda untuk saya,” katanya.
Sepanjang kariernya, Fatehah meraih pelbagai kejayaan termasuk dua pingat emas Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) , tiga pingat emas Sukan SEA serta pingat perak Sukan Asia. 
— BERNAMA
Terima kasih kepada Fatehah. Beliau merupakan atlet wanita berbasikal paling berjaya di Malaysia. Mungkin kehilangan rentak dalam 2 tahun kebelakangan ini menyebabkan beliau mengambil keputusan ini. Semoga beliau tidak berputus asa dalam bidang sukan berbasikal ini. Mungkin boleh menurunkan ilmu kepada anak muda lain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/fatehah-mustapha-umum-persaraan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Pengangkutan Umum Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Persendirian Perdagangan

Menteri Pengangkutan Umum Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Persendirian Perdagangan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 341 hits
Susulan penularan wabak Covid 19 yang sedang melanda dunia kini pelbagai pejabat serta perniagaan terpaksa ditutup selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang merangkumi seluruh negara berkuat kuasa pada 18 Mac yang lalu B...
Bnm Umum Penangguhan Bayaran Kereta Rumah Dan Lain Lain Sehingga 6 Bulan Rakyat Terjejas Boleh Tarik Nafas Lega

Bnm Umum Penangguhan Bayaran Kereta Rumah Dan Lain Lain Sehingga 6 Bulan Rakyat Terjejas Boleh Tarik Nafas Lega

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 775 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bank bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu serta perusahaan kecil dan sederhana bermula 1 April Beliau berka...
Hindari Virus Corona Maya Septha Bagikan Tips Saat Batuk Di Depan Umum

Hindari Virus Corona Maya Septha Bagikan Tips Saat Batuk Di Depan Umum

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 251 hits
Aktris Maya Septha menjadi salah satu publik figur yang mengikuti perkembangan virus corona di Tanah Air Di akun Instagramnya Ia bahkan beberapa kali mengunggah video berisi tips untuk mencegah penyebaran virus yang berasal dari Wuhan terse...
7 Penyebab Mimisan Yang Umum Terjadi Waspadai Penyakitnya

7 Penyebab Mimisan Yang Umum Terjadi Waspadai Penyakitnya

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 165 hits
Beberapa orang selama hidupnya belum pernah mengalami mimisan Jangan bangga mimisan bisa terjadi pada siapa saja dan kapan saja Mimisan merupakan istilah lain dari epistaksis atau pendarahan hidung Mimisan pada umumnya disebabkan oleh beber...
India Umum Perintah Berkurung Selama 21 Hari Akibat Covid 19 Walaupun Kes Baharu 519

India Umum Perintah Berkurung Selama 21 Hari Akibat Covid 19 Walaupun Kes Baharu 519

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 324 hits
SEJUMLAH 1 3 bilion rakyat negara India akan melalui total lockdown selama 21 hari bagi mengekang penyebaran wabak virus Korona Perintah itu diumumkan oleh Perdana Menteri negara itu Narendra Modi pada hari selasa Mulai jam 12 malam ini sel...
Pm Umum Pakej Rangsangan Baru Pada Jumaat

Pm Umum Pakej Rangsangan Baru Pada Jumaat

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 271 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan pakej rangsangan baru bagi merancakkan ekonomi negara yang sedang merudum sekarang pada Jumaat ini Insya Allah pada hari Jumaat nanti saya akan umumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin...
Tidak Memadai Dengan Umum Bekalan Makanan Cukup Tapi

Tidak Memadai Dengan Umum Bekalan Makanan Cukup Tapi

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 280 hits
Pihak berkuasa perlu mencari jalan berbincang bersama persatuan peniaga supaya bekalan dan proses pembelian makanan dapat berjalan dengan lancar sempena Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia Mohd ...
Muhyiddin Umum Kabinet Baru Elizabeth Tan Perjelas Berpakaian Seksi

Muhyiddin Umum Kabinet Baru Elizabeth Tan Perjelas Berpakaian Seksi

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 332 hits
Hi gais kali ini Ohmedia bawakan kepada korang video kompilasi ohtrending sepanjang minggu kedua Mac 2020 Sumber Oh Media
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


T16d12 Separuh Hari Pun Bolehlah

Resipi Telur Tomato Chinese Style Favourite Yusuf

Ucid Selesai Berkhatan

Hanya Yang Terbaik 2025

Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda