Menteri Pengangkutan Umum Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Persendirian Perdagangan


Susulan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia kini, pelbagai pejabat serta perniagaan terpaksa ditutup selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang merangkumi seluruh negara berkuat kuasa pada 18 Mac yang lalu.
Berikutan dengan itu, pelbagai urusan seharian yang melibatkan beberapa perkara penting seperti memperbaharui lesen kenderaan tidak dapat dilaksanakan.
Oleh disebabkan itu, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong telah mengumumkan pengecualian kepada pemegang lesen memandu individu dan perdagangan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti kenyataan media yang dikeluarkan seperti berikut:
Baca : Diskaun Sehingga 50 Peratus Untuk Pembayaran Saman Secara Dalam Talian
KENYATAAN MEDIA
DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
TAJUK: PENGECUALIAN KEPADA SEMUA PEMEGANG LESEN MEMANDU INDIVIDU, PERDAGANGAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
LESEN MEMANDU PERSENDIRIAN
1. Menyedari kesukaran orang ramai untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) dan lesen memandu atau Competent Driver’s License (CDL), saya sebagai Menteri Pengangkutan, telah menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 66 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dengan memberikan pengecualian kepada semua pemegang lesen memandu daripada keperluan memperbaharui lesen memandu masing-masing melalui suatu undang-undang khusus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 25 Mac 2020.
2. Sebelum ini pemegang lesen memandu individu diminta untuk memperbaharui lesen secara atas talian melalui portal mySikap JPJ dan MyEG sepanjang tempoh PKP tetapi dengan pengumuman di atas, syarat keperluan untuk memperbaharui lesen memandu ini telah dikecualikan, bagi tempoh PKP.
3. Walaupun dengan adanya pengecualian khas ini, para pemandu dinasihatkan supaya membawa salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans ketika memandu sepanjang tempoh PKP. Ini bermakna, sesiapa yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput masih boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan tersebut wajib memiliki perlindungan insurans yang sah. Namun begitu, para pemegang lesen perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.
LESEN KENDERAAN PERDAGANGAN DAN GDL 4. Berhubung Lesen Kenderaan Motor bagi kenderaan perdagangan dan GDL, Kementerian Pengangkutan memutuskan, isu berhubung keperluan mendapatkan kelulusan daripada PUSPAKOM dan pemandu kenderaan perdagangan bagi memperbaharui GDL serta laporan kesihatan yang sah sepertimana yang diperlukan dalam syarat-syarat permohonan pembaharuan lesen kenderaan komersial tidak lagi berbangkit memandangkan keperluan untuk memperbaharui lesen tersebut telahpun dikecualikan sepanjang tempoh PKP. Namun, para pemilik kenderaan perdagangan perlu memperbaharui LKM masing-masing dan adalah tertakluk kepada keperluan dokumen kelulusan yang berkenaan dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.
5. Keputusan ini turut dibuat selepas Kementerian Pengangkutan mengambil inisiatif mengadakan perbincangan bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful Malaysia. Paling penting, ia bertujuan memastikan perkhidmatan pembekalan barangan keperluan khususnya makanan kepada orang ramai tidak terjejas sepanjang tempoh PKP. Kementerian Pengangkutan sememangnya prihatin dengan keperluan serta keselamatan para pemandu dan pengguna jalan raya di seluruh negara.
6. Berikut merupakan rekod pemegang lesen jenis GDL yang akan tamat tempoh sah mengikut tarikh;
24 Mac 2020 : 328
25 Mac 2020 : 385
26 Mac 2020 : 356
27 Mac 2020 : 357
28 Mac 2020 : 348
29 Mac 2020 : 315
30 Mac 2020 : 369
31 Mac 2020 : 295
7. Sekali lagi diingatkan, seperti ketetapan undang-undang, semua pemilik kenderaan perdagangan dan pemilik kenderaan persendirian hendaklah memastikan kenderaan mereka mempunyai perlindungan insurans yang sah sepanjang tempoh PKP ini.
8. Saya ingin menasihati para pemandu dan pembantu pemandu supaya menjaga kesihatan diri sepanjang bertugas di barisan hadapan ketika ini. Jasa anda semua amat bermakna buat masyarakat dan negara ketika waktu sukar ini. Sebarang aduan / pertanyaan sila e-mel ke [email protected] , atau WhatsApp ke 019-2907723. Hotline MOT : 1800-88-7723 (8am-8pm). Atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.
DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
24 MAC 2020

Sumber: JPJ


The post Menteri Pengangkutan Umum Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Persendirian, Perdagangan appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/menteri-pengangkutan-umum-pengecualian-perbaharui-lesen-memandu-persendirian-perdagangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Setiausaha Pegawai Khas Menteri Menjadi Rebutan Umum

Jawatan Setiausaha Pegawai Khas Menteri Menjadi Rebutan Umum

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 636 hits
TAHNIAH JIKA ANDA BERJAYA 22 bulan telah berlalu kebanyakan mereka telah memulakan kerjaya lain Semestinya mereka berhajat untuk menyandang kembali jawatan jawatan yang mereka sandang sebelum PRU 14 Perlu diingat bahawa kebanyakan Menteri d...
Sidang Media Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Sidang Media Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 326 hits
Sidang Media Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengenai perbincangan bersama Sektor Peruncitan berkaitan Perintah...
Menteri Luhut Instruksikan Tambah Angkutan Umum

Menteri Luhut Instruksikan Tambah Angkutan Umum

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 157 hits
Pelaksana tugas Menteri Perhubungan Luhut Binsar Pandjaitan mengadakan rapat dengan sejumlah pejabat BUMN bidang transportasi Dalam rapat tersebut diputuskan tidak ada pengurangan jumlah angkutan umum massal
Topeng Muka Menteri Pengguna Umum Naik Harga Menteri Kanan Mahu Turun Pula

Topeng Muka Menteri Pengguna Umum Naik Harga Menteri Kanan Mahu Turun Pula

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 405 hits
Selepas tiga hari harga siling bagi topeng muka tiga lapis diumum naik kepada RM2 kerajaan mahu menurunkan paras harga barang keperluan dalam berdepan wabak Covid 19 itu pula Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabr...
30 000 Majikan Dapat Pengecualian Bayar Levi 6 Bulan Kata Menteri

30 000 Majikan Dapat Pengecualian Bayar Levi 6 Bulan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 246 hits
30 000 majikan dapat pengecualian bayar levi 6 bulan kata menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 Mar 2020
Tak Perlu Perbaharui Lesen Pada Tempoh Pkp

Tak Perlu Perbaharui Lesen Pada Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 339 hits
KERAJAAN memberikan pengecualian kepada semua pemegang lesen memandu daripada keperluan memperbaharui lesen memandu masing masing melalui suatu undang undang khusus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa esok Menteri Peng...
Kj Kembali Jadi Menteri Tak Sampai 2 Jam Abah Terus Trending Di Twitter

Kj Kembali Jadi Menteri Tak Sampai 2 Jam Abah Terus Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 643 hits
HAMPIR dua minggu kemelut politik melanda negara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan barisan Kabinet yang baharu pada Isnin KJ kembali jadi menteri tak sampai 2 jam Abah terus trending di Twitter
Menteri Erick Soal Buyback Saham Bumn Kalau Asing Tidak Percaya Kita Jalan Sendiri

Menteri Erick Soal Buyback Saham Bumn Kalau Asing Tidak Percaya Kita Jalan Sendiri

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 203 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir menanggapi soal pembelian kembali saham 12 perusahaan BUMN di tengah kondisi pasar yang tidak stabil Jika pihak asing tidak percaya pada kinerja industri saat ini maka buyback akan dilakukan unt...
Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengangkutan Malaysia

Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengangkutan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 439 hits
Darat1 Adakah perkhidmatan Jabatan Agensi di bawah MOT terjejas dengan Perintah ini Jawapan Kaunter kaunter perkhidmatan Jabatan Agensi di bawah MOT seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat akan kekal beroperasi...
Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mtl Jbpm Kesan 763 Hotspot Berisiko Banjir Di Pahang

Penduduk Tak Boleh Tidur Dakwa Berlaku Gangguan Pada Waktu Malam

Jersi Ltdl 2025 Petronas Kbs Bubbles O2 Rakan Muda

Axthara Di Alunan Rindu Chord

House Tao By Hw Studio A Quiet Concrete Sanctuary In Puerto Vallarta

Dap Mp Demands Fam Reveal Technical Errors As Taxpayers To Foot Fines