Fasha Sandha Aidil Aziz Ke Istana Bahagia






Jika sudah tertulis jodoh di Luh Mahfuz, tanpa mengira status dan kisah silam pastinya bersatu juga. Itulah pengakhiran manis buat pasangan selebriti, Aidil Aziz dan Fasha Sandha yang tidak pernah menjangka cinta yang disulam selama hampir dua tahun bertitik noktah apabila mereka diijabkabulkan pada 30 Mac lalu pada sebuah majlis pernikahan di Perlis.

Kelmarin, jauh dari hiruk-pikuk kemodenan kota metropolitan Kuala Lumpur, lebih sejam pemanduan bersamaan 100 kilometer jarak perjalanan telah berlangsung majlis bertandang pengantin baru itu di kampung halaman Aidil di Rembau, Negeri Sembilan.

Bukan sahaja meriah dengan kehadiran 6,000 orang tetamu yang teruja dengan penyatuan dua jiwa itu, tetapi majlis tersebut amat menarik perhatian apabila dilangsungkan dengan menjunjung tinggi adat resam dan budaya masyarakat Negeri Sembilan. Selain diusung menaiki tandu, dalam majlis keraian penuh tradisi itu pasangan pengantin turut ‘mengotorkan’ kaki apabila dilihat gembira berjoget lambak bersama tetamu yang hadir.

Sekitar pukul 2.45 petang, barulah sempat pasangan itu ditemu bual pihak media yang turut hadir memeriahkan majlis.

Dari riak wajah, Fasha dan Aidil tampak sedikit kepenatan, tetapi yang jelas restu yang diterima pasangan ini daripada banyak pihak termasuk keluarga dan peminat membuatkan mereka masih mampu tersenyum saat sesi ditemu bual dijalankan.

“Alhamdulillah, syukur kedua-dua majlis iaitu di Perlis dan di Rembau berjalan dengan lancar.

“Di Perlis hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat sahaja. Bagaimanapun di Rembau terbuka untuk orang ramai termasuk peminat yang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kami berdua,” ujar Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 35, membuka bicara.

Berbicara mengenai konsep tradisional yang dipilih untuk majlis di Rembau terang Aidil, 32, dia dan isterinya bersepakat berasakan konsep tersebut sesuai dengan persekitaran berlangsungnya majlis iaitu di Kampung Tanah Datar Gadong, Rembau.

“Saya dan isteri bersetuju untuk mengadakan majlis bertandang dengan konsep tradisional sebab lokasinya di kampung. Di Perlis tempoh hari sudah mengetengahkan konsep moden,” jelas Aidil.

Kehidupan baharu

Biarpun majlis bertandang dibanjiri sekitar 6,000 orang tetamu, mereka bersyukur kerana majlis tersebut berjalan lancar.

“Jemputan hanya sekitar 3,000 sahaja, tetapi memang kami sudah jangka yang datang akan adalah dalam lingkungan 5,000 hingga 6,000 orang. Alhamdulillah, paling penting semua tetamu dapat makan dan makanan mencukupi.

“Saya tidak kisah jika tetamu balik tanpa sempat swafoto dengan pengantin, tetapi jangan sampai tidak sempat menjamah makanan,” ujar Fasha.

Dalam pada itu, disuakan pertanyaan tentang suasana rumah tangga yang baru memasuki usia kurang dua minggu, Fasha dengan ringkas berkata: “Saya berasa sangai istimewa dan tersangat dihargai.

“Bersyukur kepada Allah kerana bukakan hati saya untuk menerima seorang lelaki yang cukup baik buat diri ini.”

Bagi pemilik nama lengkap Mohd. Aidil Abdul Aziz pula, isterinya banyak memberi tunjuk ajar untuk mendepani perihal berkaitan rumah tangga yang baru sahaja terbina.

“Sudah tentu isteri banyak membantu kerana dia sudah memiliki pengalaman berumah tangga sebelum ini. Saya pula tiada pengalaman kerana bujang.

“Apapun, saya akan cuba yang terbaik untuk keluarga ini. Membahagiakan isteri dan anak-anak, itu yang paling penting buat masa sekarang,” tutur Aidil.

Fasha yang setia di sebelah suaminya kelihatan cukup anggun menggayakan kurung moden kontemporari lengkap dengan pelapik dada adaptasi busana tradisional Negeri Sembilan. Diserikan lagi dengan aksesori gandik dan cucuk sanggul di kepala sebagai pelengkap gaya, Fasha hanya tersenyum manis saat mendengar azam Aidil buat keluarga mereka.

Bulan madu

Meneruskan perbualan sementelah diusik tentang hal perancangan keluarga. Aidil berkata, jika boleh dia mahukan anak secepat yang mungkin, namun menyerahkan kurniaan rezeki itu kepada Allah.

“Jika boleh, saya inginkan zuriat secepat yang mungkin (ketawa).Menjadi impian buat saya untuk menimang sekurang-kurangnya tiga orang,” ungkap Aidil sambil menjeling manja kepada Fasha yang berada di sebelahnya.

Tersipu malu sambil mengukir senyuman, Fasha dengan sopan menjawab ringkas: “Insya-Allah, boleh.”

Sudah berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah sebaik sahaja selesai majlis di Perlis minggu lalu, Aidil dan Fasha merancang untuk berbulan madu buat kali kedua sekitar pertengahan bulan Ramadan nanti.

“Kami sempat berbulan madu di Pulau Langkawi selama tiga hari selepas majlis di Perlis tempoh hari.

“Insya-Allah jika ada kelapangan sekitar pertengahan bulan Ramadan berkemungkinan besar kami akan bercuti selama seminggu. Bagaimanapun kami belum menetapkan lagi lokasi untuk berbulan madu,” ujar Fasha.

Dalam pada itu Fasha bersyukur dua anaknya, Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5, menerima baik perkahwinan tersebut dan telah memanggil Aidil dengan gelaran ayah.

“Anak-anak sudah mula panggil Aidil dengan gelaran ayah dan saya pasti ia sesuatu yang sangat bermakna bukan sahaja buat saya, tetapi juga suami.”

Bagaimanapun satu hal yang menarik perhatian adalah penerimaan baik terhadap perkahwinan ini yang ditunjukkan secara terang-terangan oleh bekas suami Fasha Rizal Ashram atau Jejai menerusi ucapan dalam Instagram.

Menjawab mengenai perkara tersebut kata Aidil: “Amanah Jejai supaya saya menjaga anak-anaknya dengan baik akan cuba ditunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab. Doakan yang terbaik buat kami. Insya-Allah,” kata Aidil menutup perbualan.

Selamat pengantin baharu buat Aidil dan Fasha, semoga jodoh kalian sampai ke syurga.

Sama cantik, sama padan, pasangan selebriti Fasha dan Aidil diraikan pada majlis bertandang yang cukup meriah dan penuh adat di hadapan 6,000 orang tetamu di Rembau, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/fasha-sandha-aidil-aziz-ke-istana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Puji Ucapan Jejai Buat Fasha Sandha Aidil Aziz

Ramai Puji Ucapan Jejai Buat Fasha Sandha Aidil Aziz

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 441 hits
Selesai sudah majlis pernikahan dan persandingan Fasha Sandha dan suami semalam di Perlis perhatian telah teralih pula kepada ucapan manis dari bekas The post appeared first on
Dengan Sekali Lafaz Fasha Sandha Sah Bergelar Isteri Kepada Aidil Aziz

Dengan Sekali Lafaz Fasha Sandha Sah Bergelar Isteri Kepada Aidil Aziz

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 1076 hits
Dengan Sekali Lafaz Fasha Sandha Sah Bergelar Isteri Kepada Aidil Aziz Pelakon Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz dengan sekali lafaz Menerusi entri di Instagram Tv3 Malaysia berkongsi video majlis akad nikah merek...
Gambar Video Majlis Berinai Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Gambar Video Majlis Berinai Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 482 hits
Meraikan hari bahagia mereka tidak lama lagi pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah mengadakan majlis malam berinai dengan temaMelayu Klasik Majlis itu berlangsung dengan cukup meriah sekali dihadiri ahli keluarga kedua dua belah pihak r...
Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Nikah Hujung Minggu Ini

Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Nikah Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 428 hits
Pasangan merpati dua sejoli Fasha Sandha dan Aidil Aziz sebelum ini memberitahu mereka bakal berkahwin pada penghujung Mac ini Bagaimanapun tarikh sebenar pernikahan mereka tidak diumumkan Terbaru khabarnya majlis raja sehari mereka akan be...
20 Gambar Sama Cantik Sama Padan Sekitar Majlis Resepsi Fasha Sandha Dasn Aidil Aziz Simple Dan Sangat Cantik

20 Gambar Sama Cantik Sama Padan Sekitar Majlis Resepsi Fasha Sandha Dasn Aidil Aziz Simple Dan Sangat Cantik

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 948 hits
Hari ini pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat mendirikan rumah tangga selepas beberapa bulan berhubungan Pernikahan mereka dihadiri beberapa keluarga dan kenalan terdekat Majlis resepsi malam ini sekali lagi menjadi perhatian netize...
Hiburan Sekitar Kemeriahan Majlis Malam Berinai Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Hiburan Sekitar Kemeriahan Majlis Malam Berinai Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 1088 hits
Meraikan hari bahagia mereka tidak lama lagi pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah mengadakan majlis malam berinai dengan temaMelayu Klasik Majlis itu berlangsung dengan cukup meriah sekali dihadiri ahli keluarga kedua dua belah pihak r...
Fasha Sandha Berdebar Menanti Hari Bahagia Bergelar Raja Sehari

Fasha Sandha Berdebar Menanti Hari Bahagia Bergelar Raja Sehari

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 327 hits
Umum mengetahui selebriti terkenal tanah air Fasha Sandha bakal membina mahligai bersama tunang tercintanya Aidil Aziz hujung Mac ini Menanti hari yang The post appeared first on
Digelar Priyanka Chopra Malaysia Keayuan Elisya Sandha Turut Mencvri Tumpuan Di Majlis Fasha Aidil

Digelar Priyanka Chopra Malaysia Keayuan Elisya Sandha Turut Mencvri Tumpuan Di Majlis Fasha Aidil

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 916 hits
isebalik kemeriahan majlis perkahwinan Fasha Sandha Aidil terselit wajah wajah keluarga tersayang turut sama meraikan hari bahagia Salah seorang adik Fasha Sandha yang juga merupakan pelakon baru popular iaitu Elisya Sandha turut sama mencu...
Gambar Ramai Kenali Fasha Tapi Ramai Kurang Tahu Fasal Suaminya Aidil Aziz Jadi Ini 10 Fakta Mengenainya

Gambar Ramai Kenali Fasha Tapi Ramai Kurang Tahu Fasal Suaminya Aidil Aziz Jadi Ini 10 Fakta Mengenainya

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 422 hits
Dengan sekali lafaz Aidil Aziz dan Fasha Sandha sudah sah disatukan sebagai pasangan suami isteri Menarik kita lihat 10 fakta mengenai suami Fasha Sandha Aidil Aziz 1 Pelakon Aidil Aziz atau nama sebenarnya Mohd Aidil Bin Abdul Aziz telah d...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025