Farawahida Kongsi Kisah Detik Pertemuan Dengan Suami Baru


    “Kami sebaya dan dia berasal dari Melaka. Kami berkenalan di gelanggang badminton. Pada Oktober lalu, baru saya tahu yang dia bermain untuk kumpulannya. Kami bermain dalam pasukan sama sejak dua tahun lalu. Saya pernah juga beregu dengan dia, tapi ketika itu berkenalan biasa saja. Tidak ada pun nak sembang, mesej atau telefon sebab dua-dua jenis berat mulut.
“Pada awalnya, saya tidak mengesyaki apa-apa. Hubungan kami lebih kepada rakan riadah. Suami tidak banyak cakap. Saya pula sejak kembali solo, malas hendak mencari pengganti.
“Tidak sangka dia menyimpan perasaan dalam diam. Saya pernah memuat naik foto dirinya dan teman lain ketika bermain badminton. Namun, tidak dihidu sesiapa. Kami mula rapat sejak akhir tahun lalu,” katanya.
“Kami betul-betul berkenalan ketika dia menghantar video di Instagram iaitu pada Disember tahun lalu. Dari situ, baru ada sesi berkenalan secara lebih dekat. Daripada pengalaman masing-masing, saya janda dan dia duda, Insya Allah kami cuba belajar dan saya berasakan ada keserasian antara kami.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, ia membataskan kami untuk mengenali keluarga masing-masing. Jadi, kami buat panggilan video saja. Mana-mana keluarga yang ada di Kuala Lumpur kita bawa berjumpa.
“Kami memang tak boleh jumpa ibu bapa masing-masing kerana mereka berada di Taiping dan Melaka. Namun, mungkin inilah jodoh. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” jelas penyanyi Farawahida yang mengaku sukakan lelaki sederhana dan tidak ‘bising’ atau ‘loud’.
Berita pernikahan kedua Farawahida dengan pilihan hatinya, Zulkifli Alias, 36, yang juga pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping, Perak, kira-kira jam 10.40 pagi semalam telah mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan peminat. Apatah lagi sebelum ini tidak ada sebarang khabar atau pengesahan mengenai perkahwinan terdahulu.
Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali ketika dihubungi mengakui sudah bercerai dengan suami terdahulu, Abdul Shukor Mohd Zain pada April tahun lalu selepas tujuh tahun berkahwin iaitu pada 16 Disember 2013. Namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
“Kalau boleh saya tidak mahu lagi bercerita mengenai yang lepas. Cuma, ingin dijelaskan saya sudah bercerai sejak tahun lalu. Saya fikir kisah perkahwinan lalu usah diungkit lagi. Tiada jodoh antara saya dan bekas suami. Kami berpisah cara baik sejak setahun lalu,” katanya.
Berkongsi mengenai perkahwinan kedua itu, Farawahida berkata, dia mula mengenali Zulkifli yang juga duda anak tiga dengan lebih mendalam hujung tahun lalu. Farawahida berkata, mengikut perancangan asal mereka mahu bernikah pada Ogos depan.
Terdahulu, sehari sebelum diijab kabul, Farawahida dan Zulkifli mengikat tali pertunangan pada majlis secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga kedua-belah pihak di D’Studio Homestay Changkat Jering, Taiping.
Pada majlis itu Farawahida menerima dua bentuk cincin (merisik dan bertunang), lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang. Kemudian, pasangan itu selamat dinikahkan oleh Imam & Penolong Pendaftar Nikah Daerah Taiping, Mohd Ghazali Azidin dengan hanya sekali lafaz di Masjid Daerah Taiping, Perak, semalam. Mas kahwin adalah senaskhah Al-Quran.
“Jika mengikut perancangan awal, kami mahu bernikah Ogos depan. Namun, keputusan dibuat untuk mempercepatkannya. Selepas bernikah, kami anjurkan majlis resepsi dengan mengundang 100 tetamu,” tuturnya.
FOTO DIAPIT KAKAK & ABANG IPAR – NEELOFA DITEGUR

The post FARAWAHIDA KONGSI KISAH DETIK PERTEMUAN DENGAN SUAMI BARU appeared first on My NEWS ONLINE.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://my-news.online/2021/03/21/farawahida-kongsi-kisah-detik-pertemuan-dengan-suami-baru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebatnya Dia Anak Rapat Rapat Mampu Berniaga Rupanya Suami Bantu Ibu Ini Kongsi Suami Sumber Kekuatan

Hebatnya Dia Anak Rapat Rapat Mampu Berniaga Rupanya Suami Bantu Ibu Ini Kongsi Suami Sumber Kekuatan

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 404 hits
Memang meriah jika kita mempunyai anak yang ramai tapi boleh jadi juga sangat meletihkan jika hanya kita sahaja yang menguruskan anak tanpa bantuan pasangan Selepas melahirkan anak kebanyakan doktor akan bertanya sama ada kita ingin meranca...
Kalau Boleh Selit Kita Selit Abby Abadi Kongsi Tips Berbaik Dengan Bekas Suami Norman Hakim

Kalau Boleh Selit Kita Selit Abby Abadi Kongsi Tips Berbaik Dengan Bekas Suami Norman Hakim

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 260 hits
Masih berhubungan baik dan rapat meskipun jodoh tidak panjang kemesraan antara pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya Norman Hakim sering menjadi tumpuan warga maya apabila sering memuat naik foto bersama sama di media sosial Keakraban antar...
Sebaknya Suami Dalam Penjara Ibu Minta Ustaz Ebit Azan Iqamahkan Bayi Baru Lahir

Sebaknya Suami Dalam Penjara Ibu Minta Ustaz Ebit Azan Iqamahkan Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 546 hits
Ujian setiap orang tak sama Walaupun kita rasa susah masih ramai lagi yang tak bernasib baik dan hidup dalam serba kekurangan Begitu juga kisah ibu kepada tiga anak yang masih kecil dan sedang berpantang anak ketiga Lagi perit hidup keluarg...
Seminggu Bersalin Doktor Kongsi Kisah Ibu Trauma Jahitannya Terbuka Benang Tertetas

Seminggu Bersalin Doktor Kongsi Kisah Ibu Trauma Jahitannya Terbuka Benang Tertetas

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 1145 hits
Boleh dikatakan setiap ibu yang melahirkan bayi secara normal akan melalui pengalaman jahitan selepas bersalin Sama ada banyak atau sikit bergantung pada nasib Bagi yang pernah mengalaminya mesti tahu betapa seksanya nak jaga luka bersalin ...
Hiburan Saya Cium Pipinya Tapi Masih Tak Berjaga Bunga Citra Lestari Kongsi Detik Akhir Bersama Ashraf Sinclair

Hiburan Saya Cium Pipinya Tapi Masih Tak Berjaga Bunga Citra Lestari Kongsi Detik Akhir Bersama Ashraf Sinclair

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 246 hits
Saya panggil hey sayang cium pipinya dan geletek badan tapi masih tak berjaga Peluk tapi tak bergerak begitulah sedikit perkongsian penyanyi Bunga Citra Lestari yang akhirnya tampil berkongsi momen sedih ketika bersama buat kali terakhir de...
Tak Kisah Orang Nak Kutuk Tapi Kalau Suami Yang Main Cakap Memang Isteri Sentap

Tak Kisah Orang Nak Kutuk Tapi Kalau Suami Yang Main Cakap Memang Isteri Sentap

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 435 hits
Memang sudah kita ketahui hati seorang wanita ni lembut Mudah terasa dan kecil hati kalau orang bercakap tentang dirinya Apa lagi jika yang berkata kata tu adalah orang yang mereka sayangi Suami misalnya jagalah tutur kata anda di depan ist...
Kisah Kubur Suami Dipenuhi Ular Berbisa Bila Mati Kerana Abaikan Nafkah Kepada Isteri Dan Anak Anak

Kisah Kubur Suami Dipenuhi Ular Berbisa Bila Mati Kerana Abaikan Nafkah Kepada Isteri Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 900 hits
Kisah kubur Suami Dipenuhi Ular Berbisa Bila Mati Kerana Abaikan Nafkah Kepada Isteri Dan Anak Anak Ya Allah takutnya bila kita menghadapi kisah macam ini Sesungguhnya kisah yang saya nak kongsikan nanti amat memberi keinsafan kepada kita s...
Dia Sedap Sedap Duduk Kat Rumah Tu Dengan Bini Baru Wanita Roboh Rumah Bekas Suami Yang Enggan Bahagi Harta Sepencarian

Dia Sedap Sedap Duduk Kat Rumah Tu Dengan Bini Baru Wanita Roboh Rumah Bekas Suami Yang Enggan Bahagi Harta Sepencarian

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 280 hits
The ReporterSeorang wanita nekad merobohkan rumah bekas suaminya kerana bengang lelaki itu tidak membahagikan harta sepencarian mereka secara adil setelah bercerai sejak 20 tahun lalu Ainun Jariyah 44 meroboh rumah tersebut yang didiami bek...
Suami Jangan Ambil Mudah Emosi Isteri Baru Bersalin Kalau Isteri Mengadu Dengarlah

Suami Jangan Ambil Mudah Emosi Isteri Baru Bersalin Kalau Isteri Mengadu Dengarlah

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 361 hits
Meroyan istilah masalah psikiatri yang khusus buat ibu selepas bersalin Gerun kalau ia benar benar terjadi dan jika tidak dirawat dari awal kerana boleh memberikan kesan yang serius kepada ibu dan bayi Jadi ibu selepas bersalin jangan ambil...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti