Sebaknya Suami Dalam Penjara Ibu Minta Ustaz Ebit Azan Iqamahkan Bayi Baru Lahir
Ujian setiap orang tak sama. Walaupun kita rasa susah, masih ramai lagi yang tak bernasib baik dan hidup dalam serba kekurangan. Begitu juga kisah ibu kepada tiga anak yang masih kecil dan sedang berpantang anak ketiga.
Lagi perit, hidup keluarga ini ibarat jatuh ditimpa tangga setelah suami yang menjadi tonggak utama keluarga ditahan polis sejak bulan Oktober tahun lalu.
Berpantang dalam serba kekurangan
Bagaimanapun nasib ibu dan tiga anak kecil yang di tinggal di Ipoh, Perak telah mendapat perhatian Ebit Lew dan memberi khabar gembira buat keluarga ini. Menerusi perkongsian Ebit Lew, kehidupan ibu dan anak-anaknya susah sehingga rumah sewa dah tak mampu dibayar dan dalam rumah serba kekurangan.
“Ya Allah sayunya hati. Tengok bayi berusia 9 hari tiada stokin, tiada baju sempurna, tiada kain bedung dan rumah serba kekurangan.
“Suami dalam penjara. Anak tiga orang. Rumah dah dua bulan tak bayar. Dalam rumah ada satu kipas kecil bilah pun patah. Dari bulan 10 tahun lalu suami ditahan,” katanya.
Minta azan dan iqamah bayi
Tambah Ebit Lew, ketika lawatan itu, semua keperluan bayi dan anak-anak yang lain turut diberikan bagi meringankan beban si ibu. Apa yang membuatkan ramai yang sayu, ibu ini menangis kesyukuran dan tak sangka ada insan yang sanggup membantunya.
View this post on Instagram
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)
“Apa yang membuatkan saya sebak, ibu ini juga turut meminta saya azankan dan iqamah bayinya. Comel sangat anak ini. Kecil tapak tangan. Senyum-senyum je seolah-olah mengerti.
Dalam pada itu juga, Ebit Lew turut menyatakan menghadiahkan mesin basuh, kipas dan semua keperluan lain dalam rumah serta memberi sedikit duit belanja.
Harap dipermudahkan urusan ibu dan dan tiga anaknya
Sewa rumah setiap bulan juga akan ditanggung sepenuhnya. Apa yang membuatkan saya gembira, anak-anak kecil yang dapat hadiah mainan pun seronok. Berat ujian ibu dan anak-anak ini. Moga Allah permudahkan urusan mereka.
Syukur dan terima kasih kepada NGO tempatan dan masyarakat setempat yang banyak membantu. Terima kasih JKM. Terima kasih zakat. Terima kasih semua yang turut bersama membantu dan lebih cepat membantu.
Kredit: Ebit Lew
**Mahu dapatkan barangan anak pada harga yang berbaloi, hanya klik saja di sini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Sebaknya..Suami Dalam Penjara, Ibu Minta Ustaz Ebit Azan & Iqamahkan Bayi Baru Lahir appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sebaknya-suami-dalam-penjara-ibu-minta-ustaz-ebit-azan-iqamahkan-bayi-baru-lahir/