Faraid Isteri Paling Sedikit


Pernahkah anda terfikir kenapa bahagian faraid isteri adalah paling sedikit? Ya, hanya satu per lapan sahaja jika anda sudah mempunyai seorang anak. Dan jika tiada anak pula, bahagian anda adalah satu per empat dari jumlah harta pusaka suami.


KREDIT: PUAN UMI YUSOF


Firman Allah swt:


Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah Allah berikan kepada sebahagian dari kamu melebihi sebahagian yang lain.
Kerana bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang diusahakan, dan perempuan pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan”.
Sejarah Perwarisan Harta Pusaka Sebelum Kedatangan Faraid
Sebelum adanya hukum faraid dalam Islam, praktik pembagian warisan sering kali tidak adil dan berpihak kepada kaum laki-laki. Wanita sering kali dikecualikan atau mendapatkan bagian yang lebih sedikit daripada laki-laki, terutama dalam masyarakat pra-Islam. Islam datang dengan tujuan untuk memperbaiki ketidakadilan tersebut dan memberikan hak-hak yang setara bagi wanita dalam pembagian warisan.
Sebelum kedatangan Islam, perempuan dinafikan hak dari mewarisi harta pusaka. Perempuan tidak dapat mewarisi harta dari suaminya atau bapanya yang telah meninggal dunia. Ini kerana mereka beranggapan perempuan merupakan kaum yang lemah dan tidak boleh memegang harta. Namun, kedatangan Islam mengangkat darjat seorang perempuan melalui pembahagian harta mengikut faraid. 


Dalam Islam, hukum yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم mempunyai asas untuk membahagikan harta pusaka atau faraid. Hukum faraid ini menetapkan cara harta pusaka dibahagikan selepas kematian seseorang. Sejarah faraid bermula dengan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم melalui al-Quran. Susunan pewarisan ini berbeza daripada sistem pewarisan yang wujud sebelum jahiliyah dalam masyarakat Arab.


1. Al-Quran, bersama-sama dengan Bahagian Faraid:


Ayat al-Quran, terutamanya Surah An-Nisa' (Surah 4), menerangkan hukum faraid secara terperinci. Berikut adalah beberapa ayat yang berkaitan:
- Surah An-Nisa' 4:11-12: "Allah menyampaikan hukum kepada kamu tentang (pembahagian) anak-anak kamu: Bagi lelaki mendapat dua bahagian seperti dua bahagian perempuan. Dan jika anak perempuan lebih daripada dua, maka mereka kedua-duanya mendapat dua pertiga daripada harta pusaka. Dan jika dia hanya mempunyai seorang anak perempuan, maka dia mendapat separuh. Dan untuk ibu bapanya masing-masing mendapat satu perenam daripada harta pusaka jika dia mempunyai anak. Jika dia tidak mempunyai anak dan ibu bapanya Jika dia mewarisinya, ibunya mendapat satu pertiga. Jika dia mempunyai saudara lelaki (lelaki) atau kerabat perempuan, maka bahagian ibunya adalah satu perenam. (Semua itu) setelah membayar wasiat dan hutang yang dicadangkan (untuk dibayar). Ayahmu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (manfaatnya) kepadamu. Itulah ketentuan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."


- Surah An-Nisa' 4:176: "Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang (pembahagian) harta rampasan (ghanimah). Katakanlah: "Harta rampasan (ghanimah) kepunyaan Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara kamu, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu orang-orang yang beriman."


2. Perubahan Sosial dan Hak Wanita:
Pada masa itu, sistem faraid Islam membawa perubahan sosial yang ketara. Wanita sering diabaikan atau dinafikan hak pewarisan yang sepatutnya sebelum Islam. Hak wanita untuk menerima bahagian pusaka yang saksama telah diiktiraf dan dilindungi apabila agama Islam dan hukum faraid muncul. Wanita berhak mendapat bahagian yang sesuai dalam sistem faraid, bergantung pada bilangan waris dan persaudaraan mereka.


3. Apabila dibandingkan dengan yang lemah:
Selain itu, hukum faraid menunjukkan keselarasan Islam dengan orang yang lemah dan memerlukan perlindungan, seperti wanita dan anak yatim. Hak mereka dilindungi dan mereka diberi bahagian pusaka yang adil oleh undang-undang Islam. Dalam beberapa hadis, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم menekankan betapa pentingnya menjaga hak wanita dan anak yatim, yang merupakan orang yang paling lemah.


Oleh itu, sejarah faraid Islam menunjukkan bahawa Islam memahami betapa pentingnya keadilan dan melindungi hak individu, terutamanya mereka yang lemah dan terdedah.

Perempuan juga berhak mendapat pusaka dari bapa atau suaminya yang meninggal dunia. Faraid sebenarnya cukup sempurna jika diamalkan dengan cara yang betul. 


Malangnya pada zaman sekarang ramai yang datang mengambil hak faraid tetapi tidak memahami dengan jelas bahawa mereka juga perlu ambil dengan tanggungjawab. Mereka lupa faraid datang dengan tanggungjawab.


Sebagai Contoh: 
Encik Zulkifli meninggal dunia akibat demam denggi. Waris faraid Encik Zulkifli adalah isteri, ibu, bapa, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang masih di bawah umur. Nilai harta yang ditinggalkan selepas ditolak hutang berjumlah RM500,000


Dari segi pembahagian faraid:


Isteri 9/72 = RM62,500
Ibu 12/72 = RM83,333.33
Bapa 12/72 = RM83,333.33
Anak Lelaki 26/72 = RM180,555.56
Anak Perempuan = RM90,277.78


Kenapa isteri dapat bahagian paling kecil?

Ini kerana bahagian isteri merupakan bahagian yang “bersih” hanya untuk dirinya sahaja. 


Beliau tidak perlu untuk menggunakan bahagiannya untuk membesarkan anak-anaknya.


Tanggungjawab menjaga anak-anaknya dari segi nafkah jatuh kepada bapa mertuanya iaitu Datuk kepada anak-anaknya. 


Datuk ini yang perlu memastikan nafkah cucu-cucunya diberi dengan sempurna.


Jika Datuk tidak berkemampuan untuk menjalankan tanggungjawabnya, maka tugas tersebut akan diambil alih oleh bapa saudara iaitu adik beradik lelaki sebelah suami.


Kemudian apabila anak lelaki telah besar, maka tanggungjawab menjaga ibu dan saudara kandung perempuan jatuh dibahunya. 


Apabila saudara kandung perempuan menikah, tanggungjawab itu beralih kepada suaminya pula.


Hukum faraid selalu dikaitkan tidak adil bagi seorang perempuan.


Kenapa lelaki dapat lebih? 

Seorang lelaki bertanggungjawab memberi mas kahwin, nafkah tempat tinggal, makanan, pakaian kepada isteri dan anak-anak, manakala perempuan tidak perlu memikul tanggungjawab yang sama.


Beban nafkah lelaki lebih banyak dan memerlukan kewangan yang lebih besar. 


Jadi tidak hairanlah jika lelaki mendapat hak pusaka yang lebih berbanding perempuan.


Hukum faraid sangat adil dan indah jika kita betul-betul mengikuti apa yang disarankan di dalam Islam. 


Ingat faraid datang dengan tanggungjawab. Bukan hanya hendakkan faraid tetapi tanggungjawab diabaikan. Berdosa kita nanti. Bagaimana kita hendak berdepan dengan Allah di akhirat nanti?
HAK SEORANG BALU DALAM HARTA SEPENCARIAN
KREDIT: Roslinah Sabiyah
Soalan:
Salam Puan.. saya terbaca berkenaan posting puan yang waris2 setuju nak lepaskan bahagian faraid dan urusan dapat diselesaikan dengan mudah. Tapi bagaimana jika ada waris yang tak setuju nak lepaskan bahagiannya? Saya kematian suami setahun yang lepas. Ada seorang anak lelaki dan 2 anak perempuan. Awal tahun ini, ibu mertua saya pula meninggal. Jadi, adik ipar lelaki saya ingin menuntut hak faraid ke atas rumah arwah suami. 3 lagi ipar perempuan bersetuju tak nak menuntut sebab tahu hanya itu satu2nya harta yang ditinggalkan arwah. Sebaliknya adik ipar lelaki berkeras suruh saya jual rumah sebab nak tuntut faraid. Saya buntu

Jawapan:
1️⃣ Jangan panik. Kira dulu berapa bahagian faraid yang setiap seorang akan dapat. Dalam kes di atas, ada 2 lapis kematian (arwah suami dan ibu mertua). Waris arwah suami ialah ibu, bapa, isteri, seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Manakala waris ibu mertua ialah suami, seorang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan. Senaraikan harta pusaka, hutang dan senaraikan kos2 yang perlu digunakan untuk proses mohon pusaka

2️⃣ Sebelum buat permohonan pusaka di pejabat pusaka kecil, isteri boleh failkan tuntutan harta sepencarian dulu di mahkamah tinggi syariah. Kebiasaannya mahkamah akan bagi 50% hak harta sepencarian ke atas rumah tersebut. Bawa perintah harta sepencarian tu semasa bicara pusaka nanti

3️⃣ Nilaikan rumah tersebut. Katakan anggaran nilai rumah ialah rm300,000 maka hak harta sepencarian ialah separuh dari nilai tersebut. Baki nilai rumah yang perlu difaraid ialah rm150,000. Daripada nilai tersebut, boleh tolak dulu hutang suami (jika ada), buatkan badal haji, bayaran fidyah, kos pengurusan pusaka dsb. Katakanlah bayaran keseluruhan hutang dan kos berjumlah rm20,000. Maka baki nilai bersih yang perlu difaraid ialah rm130,000 sahaja. Maka nilai faraid setiap orang akan dapat ialah :
▪Isteri (Nilai Harta       Sepencarian RM150,000        campur dengan nilai       faraid 1/8 daripada       RM130,000: RM166,250▪Bapa mertua: RM27,083.33 ▪Anak lelaki 1: RM35,208.34▪Anak perempuan 1: RM17,604.17▪Anak perempuan 2:  RM17,604.17▪Adik lelaki 1: RM6,500▪Adik perempuan 1: RM3,250▪Adik perempuan 2: RM3,250▪Adik perempuan 3: RM3,250
4️⃣ Dah tau berapa bahagian yang masing2 sepatutnya dapat baru senang nak buat pembahagian. Pada peringkat ini, waris-waris boleh membuat keputusan sama ada ingin mengambil hak faraid atau melepaskan hak faraid (Takharruj). Sekiranya mereka ingin mengambil hak faraid, isteri perlu membayar pampasan mengikut nilaian faraid yang sepatutnya diterima sebagaimana nilaian di atas

Cadangan cara pembahagian:
1️⃣ Rumah didaftarkan di atas nama isteri dan 3 orang anak si mati. Si isteri akan jadi pemegang amanah kepada anak2 yang masih di bawah umur

2️⃣ Waris-waris ibu perlu mengisi borang DDA untuk melepaskan bahagian rumah kepada isteri dan anak-anak si mati. 
3️⃣ Isteri bayar pampasan RM6,500 kepada adik lelaki yang menuntut faraid. Tak perlu bayar kepada waris2 yang lain kerana mereka melepaskan hak tanpa menuntut balasan. Jadi, tak perlulah sampai kena jual rumah tu semata nak buat pembahagian faraid

Harta sepencarian ialah hak eksklusif antara suami dan isteri. Ada masanya isteri kena tegas tuntut harta sepencarian iaitu bila mana hak isteri dan anak2 diprejudiskan. Kalau tak tuntut harta sepencarian, bahagian isteri hanya 1/8 dan tentulah terpaksa bayar pampasan yang tinggi kepada waris yang menuntut. Bila dah buat pengiraan macam ni baru jelas bahagian masing-masing. Bukan apa, kadang-kadang mereka tak faham. Yang mereka tahu, “aku ada hak atas rumah tu!”. Mesti mereka ingat bahagian mereka berpuluh ribu kan. 
Tak apalah.. RM1 pun wajib difaraidkan. Yang penting jangan ada yang termakan harta batil. Nanti kat dunia dah tak berkat, kat akhirat lagilah tak selamat. Case closed.. ❤❤
𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗙𝗔𝗥𝗔𝗜𝗗 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗧 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠
𝗞𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 : 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗹𝗶 𝗥𝗼𝘇𝗮𝗹𝗶
Sebagai Perunding Pewarisan Harta Islam , apabila berjumpa dengan masyarakat , perkara pertama yang di ajar kepada kami ialah untuk menyelidik, menyemak & memahamkan masyarakat tentang Hukum Faraid, Siapa Waris² Kadim dan cara pembahagian nya . 
Oleh itu pada tulisan kali ini, saya ingin berkongsi tentang siapakah waris² Faraid bagi seseorang muslim/muslimah yang diberikan hak mewarisi harta mengikut syariat.  
Daripada seramai 23 orang ahli waris, terdapat 6 orang ahli waris yang pasti mewarisi iaitu 𝗕𝗔𝗣𝗔, 𝗜𝗕𝗨, 𝗦𝗨𝗔𝗠𝗜, 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜, 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜, 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗘𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 . Mereka ini dikenali sebagai 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔. 
Bapa & Anak Lelaki ialah Waris Penghalang/Pendinding dan jika kedua² waris ini tiada , maka Harta Pusaka akan turun kepada 17 lagi waris² lain seperti yang saya senaraikan di bawah. 
𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗞
𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗛𝗪𝗜𝗡𝗔𝗡    1. Suami / Isteri ( SU / IS  )  
𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗥𝗨𝗡𝗔𝗡 👇🏻
𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗔𝗦                  2. Bapa ( BP )     3. Ibu ( IB )    4. Datuk kepada bapa ( DB )  5. Nenek kepada bapa ( NB )  6. Nenek kepada ibu ( NI ) 
𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛            7. Anak lelaki   ( AL )    8. Anak perempuan ( AP  )    9. Cucu lelaki daripada AL ( CLAL )             10. Cucu perempuan  daripada AL ( CPAL )   
𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛11.  Saudara lelaki seibu sebapa ( SLIB )   12. Saudara perempuan seibu sebapa (SPIB)13. Saudara lelaki sebapa ( SLB )14. Saudara perempuan sebapa (SPB)15. Anak saudara lelaki daripada SLIB (ASLSLIB) 16. Anak saudara lelaki daripada SLB (ASLSLB)17. Saudara lelaki seibu ( SLI )18. Saudara perempuan seibu ( SPI )
𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗜19. Bapa saudara seibu sebapa sebelah bapa ( BSIBSB )     20. Bapa saudara sebapa sebelah bapa ( BSBSB )21. Sepupu lelaki daripada BSIBSB ( SLBSISB )22. Sepupu lelaki daripada BSBSB ( SLBSBSB )
23. Pembebas hamba
Jika memang sudah tiada langsung waris² dari senarai di atas, maka barulah Harta akan diserahkan kepada Baitulmal. 

MENGAPA ISTERI TIDAK MENDAPAT HAK PENJAGAAN HARTA ANAK BAWAH UMUR?
Mengapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus

Bagi kebanyakan suami percaya yang isteri mempunyai hak menjaga harta anak bawah umur secara automatik. 
Tapi SALAH, SALAH, SALAH

Suami ialah penjaga hakiki anak-anak samada penjagaan diri dan harta

Apabila suami meninggal dunia, hak menjaga harta anak itu diserahkan kepada datuk sebelah bapa

Hak menjaga harta anak itu boleh diserahkan kepada isterinya atau sesiapa sekiranya semasa hidup suami ada membuat wasiat

Perkara ini jelas dinyatakan dalam enakmen undang-undang keluarga Islam

Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam,
“Bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa. Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.”
Jika bapa tidak meninggalkan WASIAT pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur. 
Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan diserah kepada Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa

Anak kecil katakan umur setahun dan sehingga umur 18 tahun adalah tempoh yang panjang. 
Beliau memerlukan makan minum, tempat tinggal, pakaian, persekolahan dan perubatan

Bayangkan seseorang isteri yang tidak mempunyai tunai di tangan, bagaimana sukarnya untuk menyara anak kecil itu. Bayangkan jika ibu ini kena menjaga beberapa anak kecil

Wasiat Melantik Penjaga Harta
Seseorang suami yang baik hendaklah merancang semasa hidup sekiranya beliau meninggal dan anaknya masih kecil, maka diwasiatkan isterinya sebagai penjaga harta anak-anaknya

Sekiranya suami meninggal dan berpandukan wasiat, maka pihak berkuasa akan menyerahkan bahagian harta pusaka kepada isterinya sebagai penjaga harta anaknya itu

Sekiranya suami mahukan harta pusaka anak ini dijaga oleh orang lain seperti adiknya atau syarikat amanah pun boleh dibuat dengan berwasiat

Sekiranya wasiat dibuat dengan syarikat amanah, suami boleh menentukan cara menggunakan wang pusaka anak itu tadi

Contoh, sejumlah bayaran untuk makanan dan penjagaan, sejumlah pembayaran untuk pelajaran, dan sejumlah bayaran apabila anak ini mencapai umur 18 tahun

Membuat Hibah Harta dan Wang Untuk Anak Kecil
Satu lagi pilihan yang popular ialah membuat hibah harta dan wang kepada anak di bawah umur

Hibah ialah pemberian semasa hidup dan ia cara paling berkesan bagi menjamin hak anak. Ini kerana hibah bukan harta pusaka

Berbanding dengan harta pusaka, pemberian hanya diperolehi selepas kematian bapanya. Dan hak anak itu telah ditentukan mengikut hukum faraid

Dalam hibah, suami boleh menamakan isteri sebagai pemegang amanah untuk menjaga harta anak yang bawah umur itu tadi. 
Apabila suami meninggal, secara automatis isterinya menjadi penjaga harta

Jadi harta anak itu, katakan simpanan RM300,000 – ia boleh terus digunakan oleh isteri tadi untuk kebajikan anak itu seperti makan minum, pakaian dan pelajaran

Jadi bila anak ini telah dewasa, maka ibu tadi bolehlah memberi baki harta itu kepada anak, sekiranya ada lebih

Sekiranya tuan mahu menjadikan isteri atau orang yang dipercayai menjadi penjaga harta anak di bawah umur maka ia hendaklah dibuat melalui wasiat atau hibah. 
SUAMI/BAPA BERKIRA TIDAK MAHU MERANCANG HARTANYA SEMASA HIDUP, WARIS² HURU HARA SELEPAS DIA MENINGGAL DUNIA 



Kredit : Fadzli Rozali 
“Setiap yang bernyawa Pasti akan merasai kematian- Ali Imran 185”
Marilah kita sama-sama beriman dengan Firman Allah SWT seperti ayat di atas
Dari ayat ini kita faham yang syarat kematian bukanlah  ;- Tua atau Muda - Kaya atau miskin - Sihat atau sakit Akan tetapi syarat untuk mati ialah Setiap Yang Bernyawa 

Dan ingatlah , selepas kematian setiap dari kita akan meninggalkan 3 perkara

- Harta - Hutang - Waris 
Ada yang tinggalkan banyak harta, ada yang tinggalkan banyak hutang dan ada yang tinggalkan waris² faraid yang komplikated seperti lebih dari seorang Isteri dan ada anak² perempuan sahaja

Maka, di sinilah pentingnya semasa masih hidup ini semua yang berharta , berhutang dan ada waris utk membuat Perancangan Harta Masing² . 
Saya pasti Tuan Puan yg ada harta pasti mahu pastikan harta yang dikumpulkan semasa hidup dapat diwariskan selepas kematian
RUMITNYA MENGURUS HARTA PUSAKA
“Farrah, berapa dah habis untuk turun naik bangunan selesaikan harta pusaka arwah?”
Countless, if only i have the choice to stop doing all this. Penat, mengah. Kerja lagi, urus sekolah dan sebagainya. Buat untuk anak. Ini semua untuk anak. 
Call lawyer untuk uruskan strata, lawyer kata rumah leasehold. So kena tanya developer. Call developer suruh follow up semula. Belum lg settle dengan lawyer bank. Settlekan loan bank bagai. Semuanya makan ribu2. Kena korek apa yang ada

Nak kena settle MOT. Kena settle mcm2 lg. Pergi KWSP. Kena apply semula sebab dah lebih 3 tahun. Oh ye, KWSP anak2 akan ke Amanah Raya sebab bawah 18 tahun. Xtahu la banyak mana pulak kena charge

Ni lepas dah settle dapat Surat Kuasa. Sebelum dapat Surat tu takyah cakaplah. 3 tahun melaluinya

Rupanya panjang lagi akan datang. Banyak lagi duit nak pakai. YaAllah mudahkanlah

Bagi yang masih hidup, bantulah keluarga anda dari sekarang. 
Buatlah hibah yg pasti amat membantu keluarga anda dalam masa yang jauh lebih singkat

Lantiklah wasi melalui Wasiat sewaktu hidup walaupun harta hanyalah “sebuah rumah”

Post ini bukan nak menagih simpati, tapi nak sampaikan bertapa banyak yang perlu dilalui jika berlakunya suatu kematian awal. 
Tak termasuk lagi emosi seorang isteri dan anak2. 
YaAllah, bantulah mereka yang sedang diuji

Kredit: Farrah Wahida


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/07/faraid-isteri-paling-sedikit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paling Mudah Berjangkit Influenza A Mula Menular Elak Bawa Anak Keluar Kalau Demam

Paling Mudah Berjangkit Influenza A Mula Menular Elak Bawa Anak Keluar Kalau Demam

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 190 hits
Selepas Covid 19 menyerang Monkeypox dan HFMD yang melanda dunia kini Influenza pula mula menjadi satu ketakutan Kes kenaikan Infleunza dari hari ke hari begitu membimbangkan Sebagai mak ayah perlukan sentiasa meneruskan cara hidup sihat ke...
Mat Tudung Begins Sasar Kutipan Rm10 Juta Itu Paling Sikit

Mat Tudung Begins Sasar Kutipan Rm10 Juta Itu Paling Sikit

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 338 hits
Datuk Fizz Fairuz pengarah filem Mat Tudung Begins menyatakan bahawa air tangan pertamanya dapat mengutip kutipan RM10 juta ketika filem ini ditayangkan kelak walaupun ianya agak tinggi pengarah yang pertamakali mengarah itu menyatakan baha...
Gagal Tekan Israel Hubungan Palestin As Pada Tahap Paling Rendah

Gagal Tekan Israel Hubungan Palestin As Pada Tahap Paling Rendah

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 161 hits
HUBUNGAN antara Palestin dan Amerika Syarikat berada pada tahap paling rendah apabila Washington gagal menekan Israel supaya menghentikan tindakannya terhadap Palestin lapor Xinhua memetik seorang pegawai kanan Palestin semalam AS tidak mah...
Cara Buat Kod Qr Paling Mudah Dan Percuma

Cara Buat Kod Qr Paling Mudah Dan Percuma

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 186 hits
Salam semua pembaca azhan co sekalian Hari ini kami akan share maklumat tentang cara buat Kod QR secara percuma dan mudah Jika anda pernah mengalami situasi di mana anda perlu membayar untuk menjana kod QR atau perlu log masuk sebelum menda...
7 Cara Self Healing Point Nombor 6 Paling Disukai

7 Cara Self Healing Point Nombor 6 Paling Disukai

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 217 hits
7 Cara Self Healing Point Nombor 6 Paling Disukai Healing bererti Penyembuhan Penyembuhan daripada sebuah kesakitan kesedihan kekecewaan mahupun tekanan Selalu dengar perkataan Healing Kan Ada orang snap gambo tepi laut captionnya Healing L...
Ada Walaun Setuju Debat Tapi Kalau Dia Pakar Dalam Ekonomi Takkan Lah Kelantan Negeri Paling Miskin

Ada Walaun Setuju Debat Tapi Kalau Dia Pakar Dalam Ekonomi Takkan Lah Kelantan Negeri Paling Miskin

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 219 hits
Syahir tunggu surat Rafizi untuk debatRafizi Ramli melontarkan cabaran terbaharu itu selepas Azmin Ali dan Sanusi Nor menolak untuk berdebat 30 Jul 2023 4 17pmRafizi Ramli mencabar Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman dari PAS untuk berdeba...
Azmin Antara Pemimpin Paling Dibenci Penyokong Ph

Azmin Antara Pemimpin Paling Dibenci Penyokong Ph

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 315 hits
Mohd Nasaruddin Parzibhnews bh com myKUALA LUMPUR Pilihan Raya Negeri Selangor disifatkan peluang terakhir kepada bekas Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membuktikan keupayaannya sama ada masih relevan atau sebaliknya ...
Bintang Paling Popular Bell Ngasri Terima Mini Cooper Rm200 0000

Bintang Paling Popular Bell Ngasri Terima Mini Cooper Rm200 0000

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 423 hits
Majlis Penyerahan Kereta kepada Bell Ngasri sempena kejayaan dalam Anugerah Bintang Paling Popular ke 35 di DTC Motors Jalan Ampang di sini hari ini SHIDDIEQIIN ZON Ini kereta idaman saya Bell Ngasri Terharu Dapat Hadiah Mini Cooper Clubman...
Lap Hingus Semua Artis Paling Ikhlas Hos Dedah Kebaikan Song Jihyo Layan Peminat Malaysia

Lap Hingus Semua Artis Paling Ikhlas Hos Dedah Kebaikan Song Jihyo Layan Peminat Malaysia

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 218 hits
Bukan sahaja nak sanjung tinggi tapi ada sebab mengapa Song Ji hyo merupakan seorang selebriti Korea yang disayangi semua ARTIKEL BERKAITAN Dalam satu podcast bersama The Takeaway Table pengacara yang sering menjadi hos untuk ramai artis Ko...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi