7 Cara Self Healing Point Nombor 6 Paling Disukai


7 Cara Self-Healing, Point Nombor 6 Paling Disukai!|| Healing bererti Penyembuhan. Penyembuhan daripada sebuah kesakitan, kesedihan, kekecewaan mahupun tekanan. Selalu dengar perkataan 'Healing'.. Kan.. Ada orang snap gambo tepi laut, captionnya: Healing~ Lepastu ambil gambar makanan sedap-sedap.. Captionnya pun healing... Sesungguhnya, kehidupan kita tak pernah lari dari pelbagai ujian dan tekanan. Bila otak dah terbeban sangat dan emosi terlalu down, we need to go rest and healing. Terpulang lah sama ada nak pergi healing berama-ramai, berdua atau seorang diri asalkan mental kembali stabil. Untuk harini, Nona nak fokus kepada cara self-healing yang selalu dikongsi beberapa orang yang Nona kenal dan Nona pun try melakukannya sendiri. Selagi ia bermanfaat, kita share bersama.
Aktiviti Self-healing tidak semestinya memerlukan banyak tenaga atau kos yang tinggi cuma masa yang diutamakan. Ketepikan perkara lain dan ambil masa untuk lakukan self-healing terlebih dahulu sebelum meneruskan kehidupan. Ini penting untuk emosi, mental dan badan kita agar berada dalam keadaan stabil semula walaupun mungkin untuk seketika. Semakin kerap tekanan datang, i need to self-healing banyak kali tau!  Jangan tidak peduli dengan diri yang sedang beremosi dan tertekan. Jangan dibiarkan ianya berlarutan sampai merosak jiwa


Cara Self-Healing Pertama: Bercakap dengan Diri Sendiri
Tanyakan pada diri sendiri, apa yang diinginkan dalam hati di lubuk yang paling dalam. Jujur kepada diri sendiri, dan jangan pendam keinginan kita. Ini hidup kita. Kita kena cuba selami hati sendiri dan berulang kali tanya, 'Apa aku nak sebenarnya'. ''Ini ke yang aku nak?' Ini ke pilihanku? Aku perlu buat apa yang bersesuaian keinginan aku? Ya, cuba jujur dan ikhlas dengan diri kita sendiri. Apa yang menyesakkan jiwa, luahkan dan bertanya diri sendiri. Jika perlu memandang diri pada cermin, lakukan. Berdiri depan cermin, dan bercakaplah jujur dengan kamu yang di dalam cermin tersebut

Cara Self-Healing Kedua: Pejam Mata dan Tarik Turun Nafas (Berdamai dengan Keadaan)
Pejam Mata dan tarik turun nafas kita secara perlahan-lahan. Bila marah time berdiri, digalakkan untuk duduk, dan kalau marah sewaktu dalam keadaan duduk, kita digalakkan membaringkan diri. Pejamkan mata seketika, hembuskan nafas slow-slow dan bolehlah mulakan cara self-healing yang pertama tadi. Kita memang lelah dengan sesuatu keadaan tapi fikir semula, jika kita terus menyalahkan keadaan yang telah pun berlaku, apa kita akan dapat? Semua yang terjadi sudah pun terjadi Dan ditakdirkan. 
Iklan: Kalau ikut tips ni, Nona selalunya tertidur terus. Salah satu cara healing jugak 😂
Cara Self-Healing Ketiga: Melihat Kebesaran Pencipta
Banyak sangat kebesaran Dan kekuasaanNya yang jelas terlihat. Betul tak, ramai orang selalu ambil gambar atau video tentang kebesaranNya  dan kadang kadang post bersama caption 'healing'. Melihat laut yang luas, langit membiru, pokok pokok teguh berdiri, pasir pantai yang indah dan banyak lagi kebesaran Pencipta kita, ianya dapat membuatkan hati seseorang tu healing. Ya.. Apabila melihat kehebatan ciptaanNya yang sangat hebat, kita pasti akan kembali tenang dan sedar, kehidupan ini semua adalah milikNya dan kita hanya hambaNya yang perlu akur dengan rancangan Dia. Pasrah setelah berusaha sedaya mungkin untuk menjalani kehidupan. Teruslah memandang kebesaran Dan segala nikmat lain yang dikurniakan buat kita. 

View di Long Beach, Pulau Perhentian, Terengganu. Gambar haritu pergi bercuti. Subhanallah

Cara Self Healing Ketempat: Bercuti Dan Berehat.
Menarik cara ni. Bagi melakukan aktiviti aktiviti yang disebut di atas, bolehlah sambung  melakukannya semasa percutian. Sebaiknya bercuti di tempat yang jauh sikit Dari tempat tinggal asal Dan tempat bekerja. Pilihlah destinasi menarik yang bersesuaian dengan jiwa masing masing. Ada orang suka tempat sunyi serta santai seperti kampung, pulau atau kawasan hutan Dan ada jugak yang suka kawasan yang meriah serta banyak hiburan. Tak kisahlah apa pun, yang penting, pergi bercuti, rehatkan otak Dan badan. 
Bercuti ke tempat tempat best atau tempat orang lain pun merupakan salah satu cara healing yang berkesan. Kita mungkin akan nampak sesuatu yang lain, benda baru atau unik yang memberi semangat serta panduan buat diri. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas permandangan ✅  Namun begitu, kalau nak save budget, bolehlah duduk saja berehat di rumah tanpa membuat apa apa yang mendatangkan tekanan. Hanya makan, tidur, dan solat sampai healing ~
Iklan: Kalau nak gi healing naik kuda, bolehlah ke Pantai Klebang, Melaka

Cara Self Healing Kelima: Berselawat, Berzikir Dan Berdoa
Ini Dari sudut kerohanian. Bagi orang Islam, digalakkan perbanyakkan selawat Dan mengucap 'Astaghfirullah'. Teruskan sampai hati menjadi betul betul tenang semula. Ini diri kita. Berdoalah kepadaNya agar diberi ketenangan hati. Berbual dengan Pencipta. Saatnya kita memohon Dan merayu kepadaNya. 
Menangislah Dan luahkan apa yang terbuku di hati terutamanya selepas mendirikan solat. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar rintihan hati kita yang paling dalam. Kembali Sujud, kembali mengingatiNya. 
Cara Self-Healing Keenam: Menyanyi atau Membuat Pergerakan Aktif
Balik dari kerja, stress... Apa lagi, dalam kereta terus bukak radio, bernyanyilah lagu mengikut rentak irama yang kita sukai. Bukan untuk merosakkan jiwa tapi untuk menghiburkan hati yang lara. Terpulanglah sama ada mendengar lagu yang tenang seperti nasyid atau lagu slow rock, Balada, ataupun lagu rancak seperti lagu Dangdut Dan Hip Hop, asalkan kita rasa terhibur sekejap. Enjoy the music! Kadang kadang ada orang sampai pergi konsert hiburan sebab nak menikmati lagu tu bersama penyanyi kegemaran

Selain tu, jikalau berrminat dengan aktiviti menari, berzumba atau Bersenam, dipersilakan lakukannya. Jogging satu Taman, Dan tengok alam persekitaran. Sambil tu lompat lompat, regangkan otot serta lenguh lenguh badan. Aktiviti hiking juga turut membantu sebab kita seperti seakan akan bersatu dengan alam flora Dan fauna. Bunyi kicauan burung dalam hutan tu menenangkan. Sihat mental dapat, fizikal pun turut sihat sekali 🍀
Cara Self-Healing Keenam: Makan Makanan Kegemaran Dan Beli Barang Favourite 
Benda paling senang adalah makan Dan shopping. Sebab semuanya di hujung jari. Beli atau Masak makanan kegemaran dan shopping barang favourite. Nikmatilah semua yang menjadi Hobi atau kesukaanmu untuk healing. Kita akan terasa, this is life... And kita masih ada benda lain yang perlu dinikmati. Bukan tekanan berpanjangan. Cukup makan Aiskrim sesimple tu and boleh menghealingkan. Ada orang nak makan banyak makanan favourite sebab terlalu stress. Boleh, cuma sehari tu jela.. Takut penyakit lain pulak datang. Shopping pun boleh melalui online atau window shopping. Hal ini seronok bila ada duit. Takda duit, boleh sambung murung nanti. Tapi takda masalah kalau setakat window shopping, saja nak tengok tengok untuk dapatkan semangat. 

My favourite drinks ❤️
Cara Self-Healing Ketujuh: Menonton Movie Dan Membaca Buku
Berhenti memikirkan masalah seketika Dan stop melayan perasaan. Tonton movie yang banyak dipertontonkan di website website seperti Netflix, Viu Dan macam macam lagi. Fokus pada cerita yang ditonton. Hanya ada diri sendiri Dan movie itu sahaja tanpa gangguan lain. Itu pun boleh buat healing. Kalau rajin Dan berani, pergi me time ke panggung wayang. Seronok sebenarnya aktiviti Menonton ni. Ada satu vibes lain bila tengok sesuatu movie yang menarik. Pemikiran kita dah terlari Dan terfokus ke arah jalan cerita movie tersebut ✅
Selain itu, membaca buku pun dapat membantu dalam proses healing kerana ianya membawa kita ke sesuatu ilmu atau pengetahuan yang memberi banyak tauladan. Sebagai contoh, membaca buku inspirasi, ilmiah, kaunseling atau positive quotes, ianya cukup bermanfaat untuk minda Dan emosi kita agar kembali berada di tahap yang baik

 KONKLUSI
Healing kan diri sememangnya wajar dilaksanakan agar diri kekal stabil, mental Dan fizikal tetap sihat, semangat berterusan Dan jiwa terisi. Kita memang pasti akan penat diuji Dan diberi tekanan, tapi tidak boleh membiarkannya berlarutan sehingga membawa kepada kemudaratan terhadap diri sendiri. Berjuanglah demi kehidupan yang masih berbaki ini sampai betul betul ditarik nyawa. Laksanakan tanggungjawab yang Masih perlu dibuat. Ingat ni: Di sebalik kesusahan, pasti ada kesenangan. Di sebalik kesedihan, pasti ada kegembiraan. Di sebalik tekanan, pasti ada jalan mengurangkan serta mengatasinya. Buka hati, buka minda, then barulah feeling better ❤️
Jangan lupa tau.. Cuba lah buat salah satu daripada 7 Cara Healing, Point Nombor 6 Paling Disukai! Kan? Setuju tak? Angkat tangan! 💥 Korang pulak, apa cara healing yang korang selalu buat? Share ler! 


Notakaki: Sedang Plan untuk Pergi Healing
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2023/07/7-cara-self-healing-point-nombor-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semak No Telefon Yang Tak Dikenali Nombor Malaysia Pun Boleh Semak

Cara Semak No Telefon Yang Tak Dikenali Nombor Malaysia Pun Boleh Semak

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 245 hits
Cara Semak No Telefon Yang Tak Dikenali Mesti pernah dihubungi oleh orang yang tidak dikenali bukan Mesti tertanya tanya siapa yang buat panggilan kepada kita dan lagi satu nombor telefon tersebut tidak tersenarai dalam rakan kita Kadang ka...
7 Cara Mudah Send Message Di Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon

7 Cara Mudah Send Message Di Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 155 hits
Kebiasaanya sekarang kalau kita perlu hantar mesej melalui Whatsapp anda perlu save nombor telefon mereka Kemudian barulah anda boleh hantar mesej yang perlu kepada mereka Sekarang ni kalau ada keperluan untuk hantar mesej Whatsapp anda tid...
Cara Buat Kod Qr Paling Mudah Dan Percuma

Cara Buat Kod Qr Paling Mudah Dan Percuma

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 185 hits
Salam semua pembaca azhan co sekalian Hari ini kami akan share maklumat tentang cara buat Kod QR secara percuma dan mudah Jika anda pernah mengalami situasi di mana anda perlu membayar untuk menjana kod QR atau perlu log masuk sebelum menda...
Cara Panggilan Nombor Besar Selepas Million Billion Trillion Dan Seterusnya

Cara Panggilan Nombor Besar Selepas Million Billion Trillion Dan Seterusnya

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 443 hits
Paling tinggi kita biasa dengar sampai trillion je Yang lain lain tu tak pernah dengar lagi Rupanya banyak lagi term nombor besar besar selepas trillion ada sampai sextillion dan decillion pun ada ya Jom kita selongkar panggilan nombor besa...
10 Year Long Fly Infestation Residents At Breaking Point

10 Year Long Fly Infestation Residents At Breaking Point

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 261 hits
Residents of Kampung Samak Jeram Kuala Selangor have had enough after putting up with a fly infestation for over 10 years Finally reaching their breaking point residents lodged a police report at the Kuala Selangor district police headquart...
Kit Siang Latest Events Point To Malaysia Teetering On The Edge Of Another May 13 Riots

Kit Siang Latest Events Point To Malaysia Teetering On The Edge Of Another May 13 Riots

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 183 hits
Lim Kit Siang Focus Malaysia AFTER 54 years Malaysia is teetering on the edge of another May 13 riots Will all political parties and candidates in the forthcoming six state polls on Aug 12 declare that they do not want a recurrence of May 1...
Sekolah Khusus Anak Keluarga Paling Miskin Dirancang Pmx

Sekolah Khusus Anak Keluarga Paling Miskin Dirancang Pmx

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 290 hits
KEPALA BATAS Kerajaan berhasrat memperkenalkan konsep jenis sekolah baharu yang menyasarkan anak kepada golongan paling miskin di negara ini kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri berkata pelaksanaan sekolah berkenaan akan berpanduka...
Wanita Curi Kotak Pensel Rm18 Untuk Hadiah Anak Dapat Nombor 1

Wanita Curi Kotak Pensel Rm18 Untuk Hadiah Anak Dapat Nombor 1

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 207 hits
Seorang peguam mulia tampil beri khidmat percuma Tak sangka lepas beberapa tahun budak itu juga menceburi bidang guaman Ahmad Zaharil imbau kes ibu terpaksa curi kotak pensel demi tunai janji anak dapat nombor satu Seorang peguam tidak meny...
It Starts With Us By Colleen Hoover A Gripping Tale Of Love Healing And Resilience

It Starts With Us By Colleen Hoover A Gripping Tale Of Love Healing And Resilience

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 146 hits
Welcome to our comprehensive review of It Starts With Us the much anticipated sequel to Colleen Hoover s acclaimed novel It Ends With Us In this captivating continuation we delve into the profound themes of domestic violence aftermath co pa...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik