Bintang Paling Popular Bell Ngasri Terima Mini Cooper Rm200 0000


Majlis Penyerahan Kereta kepada Bell Ngasri sempena kejayaan dalam Anugerah Bintang Paling Popular ke-35, di DTC Motors, Jalan Ampang, di sini hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


“Ini kereta idaman saya” – Bell Ngasri Terharu Dapat Hadiah Mini Cooper Clubman Bernilai RM200,000 Tuah terus mengiringi pelakon Bell Ngasri apabila dia menerima sebuah kereta mewah Mini Cooper Clubman bernilai RM200,000 daripada DTC Motors Sdn. Bhd. sempena kemenangannya sebagai Bintang Paling Popular di sini sebentar tadi.

Kereta tersebut telah disampaikan oleh penyampai Hot FM, Khairy Jamaluddin (KJ) sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motor Sdn. Bhd. Afendy Wahid.

“Sebenarnya saya langsung tidak sangka akan dapat kereta kerana bagi saya hadiah yang saya terima (Bintang Paling Popular) sudah cukup besar. Ads by Kiosked

“Bila ada orang nak beri saya kereta saya tidak kisah kereta apapun saya terima. Jadi, apabila diberi kereta mewah yang memang saya idamkan saya berasa cukup terharu.

“Syukur dan terima kasih kerana undian rakyat Malaysia saya dapat begitu banyak rezeki yang tidak disangka-sangka ini,” ujar Bell.

Dalam pada itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 43, mendedahkan dia tidak dapat tidur malam memikirkan kereta yang bakal diperolehi. BELL tidak menyangka menerima sebuah kereta mewah, Mini Cooper Clubman bernilai RM200,000 daripada DTC Motors Sdn. Bhd. sempena kemenangannya sebagai Bintang Paling Popular. (Foto ©SHIDDIEQIIN ZON) “Saya memang tidak boleh tidur malam, mengigau memikirkan tentang kereta. Memang ada peminat dan juga KJ yang mempersoalkan kenapa saya tidak dapat kereta?

“Jika mengikut tradisi pemenang utama semua dapat kereta. Tapi dapat trofi pun saya dah bersyukur sangat-sangat.

“Tidak sangka pada hari saya ke Hot FM untuk temubual, ada orang menghubungi Hot FM meluahkan hasrat beri kereta. Mulanya saya ingat scammer (ketawa). Bell bersama isteri, Nur Farhana Mahamad Fauri dan anak-anak bergambar dengan kereta Mini Clubman S yang diterimanya. (Foto ©buletintv3.my) “Alhamdulillah, betul saya dapat kereta. Terima kasih kepada DTC Motors dan juga semua yang berusaha merelisasikan hadiah ini,” ujar Bell yang sebelum ini telah memiliki dua buah kereta.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motor Sdn. Bhd. Afendy Wahid berkata, pihaknya berniat untuk memberikan kereta kepada Bell selepas melihat kemenangannya tanpa sebarang kereta yang sudah menjadi kelaziman dalam pengajuran Anugerah Bintang Popular (ABP) sebelum ini.

“Saya tertanya-tanya kenapa Bell tidak dapat kereta seperti pemenang terdahulu. Saya berbincang dengan kakitangan, apa kata kita yang beri. Bell bersama ahli keluarga dan Afendy Wahid semasa penyerahan kereta. (Foto ©buletintv3.my) “Saya hubungi pihak Bell dan segala usaha dipermudahkan. Kami pilih kereta Mini Cooper Clubman kerana berasa sesuai dengan diri Bell,” ujar Afendy yang turut memberitahu DTC Motors memberikan diskaun sehingga RM50,000 selama sebulan bermula 1 Ogos ini sempena bulan kemerdekaan.

Terdahulu Bell yang popular menerusi watak Barkoba menerusi drama 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid mencetuskan fenomena seluruh Malaysia apabila namanya tersenarai sebagai lima terbaik bagi kategori Artis Komedi Popular acara berprestij terbabit.

Bell yang aktif berlakon sejak 37 tahun lalu, bagaimanapun baru kali pertama tercalon dalam acara anugerah tersebut dan berjaya membawa pulang anugerah Artis Komedi Popular dan Bintang Paling Popular dengan undian keseluruhan sebanyak 12,654,855. – KOSMO! ONLINE

SOURCE: KOSMO

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2023/07/bintang-paling-popular-bell-ngasri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bell Ngasri Dinobat Anugerah Bintang Paling Popular Abpbh35

Bell Ngasri Dinobat Anugerah Bintang Paling Popular Abpbh35

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 252 hits
Sedia maklum Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 atau ABPBH35 disiarkan secara langsung pada malam ini di Istana Budaya dengan bertemakan 8216 Ekspresi Legasi Seni 8217 Dengan memenangi jumlah undian tertinggi yang diterima dala
Ini Kejutan Dilakukan Shaheizy Sam Buat Bell Ngasri Selepas Menang Bintang Popular Abpbh

Ini Kejutan Dilakukan Shaheizy Sam Buat Bell Ngasri Selepas Menang Bintang Popular Abpbh

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 269 hits
Penyandang gelaran Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH sebanyak tiga kali Shaheizy Sam bangga sahabatnya Bell Ngasri merangkul trofi sama hasil perih jerihnya lebih tiga dekad dalam dunia seni
Ayah Saya Paling Popular Bell

Ayah Saya Paling Popular Bell

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 314 hits
Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke 35 Bell Ngasri 43 menyifatkan insan paling popular ialah bapanya Ngasri Sain 73 Bell berkata orang yang paling popular dan dikenali ramai dalam keluarga mereka sejak dulu ialah bapanya y...
Bell Barkoba Akhirnya Dapat Kereta Terpakai Mini John Cooper

Bell Barkoba Akhirnya Dapat Kereta Terpakai Mini John Cooper

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 216 hits
Seperti yang dijanjikan Bell Ngasri aka Barkoba dapat MINI John Cooper Works Clubman daripada DTC Motor Anggaran harga kenderaan terpakai import itu adalah sekitar RM200k Yak Yak Yeay MORE feed
Yak Yak Yeah 30 Tahun Dalam Industri Akhirnya Bell Ngasri Rangkul Anugerah Artis Komedi Popular Di Abpbh35

Yak Yak Yeah 30 Tahun Dalam Industri Akhirnya Bell Ngasri Rangkul Anugerah Artis Komedi Popular Di Abpbh35

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 310 hits
Selepas 30 tahun berada dalam industri seni pelawak serta pelakon Bell Ngasri berjaya merangkul Anugerah Artis Komedi Popular di ABPBH35 pada malam ini Menurut Bell Ngasri dirinya tidak mahu menangis kerana ia merupakan momen bahagia buat d...
Belum Rasmi Bercerai Dengan Suami Isteri Penyanyi Popular Terima Lamaran Taaruf Peguam Kacak

Belum Rasmi Bercerai Dengan Suami Isteri Penyanyi Popular Terima Lamaran Taaruf Peguam Kacak

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 265 hits
Semenjak isu kecurangan dalam rumah tangganya bersama suami penyanyi Virgoun didedahkan kepada netizen nama Inara Rusli semakin menjadi tumpuan sehingga dia kini menjadi terkenal dan bergelar pensohor media sosial Inara yang juga mempunyai ...
Song Jihyo Dipilih Ahli Running Man Paling Popular

Song Jihyo Dipilih Ahli Running Man Paling Popular

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 245 hits
Setiap minggu pasti ada perubahan populariti antara program hiburan dan ahlinya kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Analisis Respon Dari Kandungan Internat penghibur yang berjaya menduduki tangga tertinggi bagi bulan Julai ini Di tangga pertama h...
Bell Ngasri Aku Anak Sekolah Chord

Bell Ngasri Aku Anak Sekolah Chord

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 372 hits
Cm G Fm G Gm Cm G Fm G Rap Cm G Fm G Gm Awal pagi gosok gigi Lepas mandi segar dan wangi Serlum baju rambut diminyak Peluk ayah kucup emak Minum sedikit dan makan roti Sebelum tunggu Pakcik Van nanti Botol air takkan dilupa Semak semula buk...
Biodata Bell Ngasri

Biodata Bell Ngasri

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 843 hits
Biodata Latar Belakang Bell Ngasri Bintang Paling Popular 2023 Yak yak yeay Saya bersyukur ke hadrat Ilahi Allahuakbar Kalau anda semua nak tahu saya adalah orang yang pernah cakap saya tak perlukan populariti ini 37 tahun saya berada di da...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet