Fara Hezel Tidak Jadi Bertunang






Farah yang merupakan kakak Aiman Tino merancang untuk menyambung pengajian di UNITAR, bermula September depan.

Awal tahun ini, penyanyi, Fara Hezel ada memberi bayangan akan melangkah ke fasa hubungan yang lebih serius dengan teman lelaki yang dirahsiakan identitinya.

Bagaimanapun, hampir setengah tahun berlalu, tiada perkhabaran yang diterima malah, akaun Instagramnya dipenuhi dengan status-status yang menggambarkan dia seperti berada dalam fasa sedang patah hati.

Ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran pemilik nama sebenar Nurfaraazira Mohd. Yusri ini bersama adiknya, Aiman Tino di Dewan TKR, Bukit Raja, Setia Alam, Selangor baru-baru ini, Fara mengakui perancangan tersebut telah dibatalkan dan mereka juga sudah berpisah.

Kata pelantun lagu Sukar Untukku itu lagi, pada mulanya dia agak tertekan dengan apa yang berlaku terutama apabila mengenangkan hubungan yang sudah terjalin selama dua tahun, tamat begitu sahaja.

Fara, 23, kini bagaimanapun sudah meneruskan kehidupan seperti biasa, malah bersedia untuk menjalin hubungan baharu dan menerima jika ditakdirkan mendirikan rumah tangga pada usia muda.

KOSMO!: Bagaimana hubungan Fara dengan kekasih, difahamkan anda ada merancang untuk bertunang pada tahun ini?

FARA: Ya, sebenarnya majlis pertunangan dirancang pada sambutan raya baru-baru ini, tetapi hubungan kami putus di tengah jalan.

Apakah punca perpisahan kalian?

Mungkin sudah hilang persefahaman antara kami dan lebih baik berpisah daripada terus menipu hati dan perasaan masing-masing.

Saya dan bekas kekasih tekah berpisah secara baik kerana seboleh-bolehnya, saya tidak mahu berdendam. Kami tidak bergaduh dan masih berkawan.

Adakah anda kecewa dengan kegagalan hubungan tersebut?

Ya, kerana kami telah bercinta selama dua tahun dan hampir melangkah ke fasa pertunangan jika tiada aral yang melintang. Namun itulah, perancangan Allah lebih baik. Saya anggap sahaja tiada jodoh.

Tidakkah anda berasa terlalu muda untuk bercakap serius tentang perkahwinan?

Saya memang mahu berkahwin muda, mungkin kerana ibu bapa juga berkahwin pada usia seperti saya sekarang. Jadi, saya tidak rasa umur 23 hingga 25 tahun terlalu muda untuk bergelar seorang isteri.

Bagaimana pula dengan kerjaya anda andai berkahwin dalam masa terdekat?

Karier seni akan tetap berjalan seperti biasa, saya cuba seimbangkan kedua-duanya, Insya-Allah. Saya sudah terbiasa hidup dalam keluarga besar. Jadi, saya mahu ada keluarga sendiri secepat mungkin.

Boleh kongsikan perkembangan terkini anda?

Saya kini dalam perancangan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dalam bidang perniagaan. Saya akan mengambil Pengajian Jarak Jauh (PJJ) pada bulan September ini agar tidak mengganggu jadual kerjaya seni.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/fara-hezel-tidak-jadi-bertunang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Ini Saya Sangat Bahagia Joy Revfa Bakal Bertunang Dengan Fahmy Reza

Hari Ini Saya Sangat Bahagia Joy Revfa Bakal Bertunang Dengan Fahmy Reza

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 891 hits
Bekas isteri penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa mendakwa dirinya berada dalam fasa bahagia pada masa ini dan mereka masih di dalam proses mengenal hati budi Hari ini saya sangat bahagia Dari segi persediaan tak ada lah sang...
Tips Buat Pasangan Bertunang Untuk Kekal Bahagia Hingga Ke Alam Perkahwinan

Tips Buat Pasangan Bertunang Untuk Kekal Bahagia Hingga Ke Alam Perkahwinan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 349 hits
Jodoh merupakan salah satu perkara yang telah ditentukan Allah sejak dari mula Setiap daripada kita pasti akan dikurniakan pasangan masing masing sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak Tips Buat Pasangan Bertunang Untuk Kekal Bahagia Hi...
Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Tempoh Bertunang

Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Tempoh Bertunang

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 184 hits
Darah Manis merupakan sebuah kiasan bahasa yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu lebih lebih lagi pasangan yang sedang berada dalam fasa ikatan pertunangan Tapi apa sebenarnya maksud istilah ini Darah Manis bermaksud mudah mendapat b...
Pengarah Filem Aquaman Bertunang Dengan Aktres Filem The Nun

Pengarah Filem Aquaman Bertunang Dengan Aktres Filem The Nun

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 530 hits
Memang admin jealous dengan James Wan mana tidak nya bertunang dengan wanita cantik ini Pengarah filem kelahiran Malaysia James Wan mengumumkan telah mengikat tali pertunangan dengan pelakon filem The Nun Ingrid Bisu Perkara itu didedahkan ...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Navigate The World Of Online Business

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Hisense Leads 2025 In Miniled And Laser Tvs

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Let Law Run Its Course Says Ean Yong After Teoh S Sister Calls Him Out

Trash Trouble In Sabah Waste Pests And Health Risks Plague Tourist Hotspots

Veterinarian Turns Marriage Reception Into A Petting Zoo