Faq Bnm Apakah Fakta Penting Moratorium Yang Perlu Anda Tahu


Berikut adalah soalan lazim Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai sewa beli dan produk pembiayaan Islam berkadar tetap.
1.Sebelum ini telah diumumkan bahawa penangguhan pembayaran 6 bulan bagi Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap adalah secara automatik. Adakah keputusan ini telah bertukar?
Tidak. Penangguhan pembayaran masih secara automatik untuk Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap.
Apa yang diperlukan sekarang adalah langkah tambahan bagi mematuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta Sewa Beli) dan keperluan Syariah. Langkah tambahan ini tidak dapat dielakkan dan perubahan pada jadual dan/atau jumlah pembayaran perlu dimasukkan dalam perjanjian pinjaman/pembiayaan.
2.Mengapakah pinjaman/pembiayaan lain (contohnya gadai janji, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan sebagainya) tidak terkesan sama?
Pinjaman/pembiayaan lain tidak tertakluk pada Akta Sewa Beli atau keperluan Syariah. Bagaimanapun, faedah/keuntungan untuk pinjaman/pembiayaan ini juga akan terakru (yakni diambil kira) bagi tempoh penangguhan dan juga perlu dibayar balik sebaik sahaja pembayaran disambung selepas tempoh penangguhan.

Loading… 3.Adakah terdapat perubahan untuk peminjam/ pelanggan supaya layak mendapat penangguhan pembayaran bagi Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap?
Kriteria kelayakan tidak berubah.
4.Memandangkan sekarang ini kita sudah berada pada awal bulan Mei, adakah tempoh penangguhan pembayaran bagi kemudahan pembiayaan ini berubah?
Tidak ada perubahan pada tempoh penangguhan pembayaran, iaitu, tempoh ini masih berkuat kuasa untuk selama 6 bulan bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020.
5.Bagi pembiayaan Islam berkadar tetap, adakah terdapat apa-apa fi undang-undang tambahan sekiranya perjanjian baharu diperlukan?
Bagi kes-kes seperti itu, institusi kewangan tidak boleh mengenakan apa-apa caj tambahan, termasuk fi undang-undang, ke atas peminjam/pelanggan.
6.Bagaimanakah bayaran ansuran bulanan Sewa Beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap saya akan berubah selepas tempoh penangguhan ini?
Institusi kewangan akan memaklumkan kepada setiap peminjam/pelanggan mengenai perubahan pada jadual pembayaran dan jumlah ansuran pinjaman Sewa Beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap masing-masing.
Peminjam/pelanggan perlu membuat pertimbangan sendiri mengenai kelebihan dan kekurangan penangguhan pembayaran, serta memberi perhatian khusus kepada kemampuan mereka untuk membuat pembayaran tersebut selepas moratorium.
Anda perlu menelefon atau menghantar e-mel kepada institusi kewangan anda jika memerlukan maklumat lanjut, atau jika anda perlu berbincang mengenai pengaturan pembayaran alternatif.
Di bawah ini diberikan contoh bagi membantu anda untuk lebih memahami kesan kewangan selepas penangguhan.
Ilustrasi ini adalah berkaitan dengan pinjaman Sewa Beli berjumlah RM50,000 dan mempunyai baki tempoh selama lima tahun lagi serta mempunyai kadar faedah tetap pada 2.71 peratus (atau kadar efektif sebanyak 5.36 peratus) setahun:
Dalam contoh ini, jumlah ansuran bertambah sebanyak 2 peratus atau RM19 sebulan.
7.Adakah saya masih boleh memilih untuk tidak menyertai (opt out) penangguhan bayaran sekarang jika saya belum berbuat demikian sebelum ini?
Ya. Anda masih boleh berbuat demikian pada masa ini dengan memberitahu institusi kewangan bahawa anda ingin membuat bayaran balik bulanan pinjaman/pembiayaan seperti biasa.
8.Saya tidak membuat apa-apa bayaran pinjaman pada bulan April 2020 memandangkan pada mulanya saya menyertai moratorium (tidak “opt out” daripada penangguhan). Jika saya mengambil keputusan untuk tidak menyertai moratorium sekarang, adakah saya akan dikenakan penalti bayaran lewat? Apa akan terjadi pada rekod CCRIS saya?
Tidak, institusi kewangan tidak akan mengenakan apa-apa caj bayaran lewat kepada peminjam/pelanggan yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai moratorium sekarang.
Institusi kewangan anda akan memaklumkan tempoh masa yang diberikan untuk membayar ansuran yang ditangguhkan sejak 1 April 2020. Rekod CCRIS anda juga tidak akan terjejas asalkan anda menjelaskan jumlah bayaran tersebut dalam tempoh masa pembayaran balik yang dimaklumkan oleh institusi kewangan anda.
Jika anda perlukan lebih banyak masa untuk menjelaskan pembayaran, hubungi institusi kewangan anda bagi membincangkan tempoh masa pembayaran balik yang baharu.
9.Adakah peminjam/pelanggan ada pilihan untuk melanjutkan tempoh pembiayaan atau menambah jumlah bayaran ansuran bulanan selepas tempoh penangguhan?
Institusi kewangan akan memberikan maklumat lanjut kepada peminjam/pelanggan berhubung dengan penyambungan semula pembayaran selepas tempoh penangguhan. Antara pilihan yang diberikan termasuklah melanjutkan tempoh bayaran balik atau menambah jumlah bayaran ansuran bulanan.
Peminjam/pelanggan dinasihati supaya berbincang dengan institusi kewangan mereka jika perlu mengubah jadual pembayaran balik pinjaman/pembiayaan disebabkan oleh keadaan kewangan mereka sekarang.
10.Susulan pengumuman oleh BNM, saya rasa terpedaya. Saya ingatkan syarat pembayaran balik HP dan pembiayaan Islam berkadar tetap selepas tempoh penangguhan bayaran berakhir tidak sepatutnya berubah. Adakah saya tidak mendapat apaapa manfaat daripada tempoh tidak perlu membayar selama enam bulan ini?
Pihak BNM berasa kesal atas sebarang kekeliruan dan kebimbangan yang timbul ekoran pengumuman yang dibuat.
Penangguhan bayaran balik pinjaman/pembiayaan sebenarnya bertujuan membantu aliran tunai peminjam/pelanggan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Tujuan ini masih tidak berubah.
Kekeliruan yang timbul adalah disebabkan oleh salah tanggapan bahawa jumlah bayaran balik sesuatu pinjaman Sewa Beli tidak boleh diubah. Salah tanggapan ini juga sedikit sebanyak mungkin disebabkan oleh ilustrasi pengiraan yang kami tunjukkan dalam versi awal soalan lazim ini, yang menggunakan beberapa andaian dan kaveat.
Kami kemudiannya mengeluarkan contoh pengiraan tersebut daripada soalan lazim ini apabila Institusi Kewangan menyediakan contoh pengiraan mereka masing-masing. Ilustrasi yang kami tunjukkan bukan bertujuan untuk ‘menghilangkan’ caj kadar faedah terakru (yang diambil kira) kepada pinjaman yang diberikan penangguhan bayaran balik..
Peminjam/pelanggan yang akaun pinjaman Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap mereka menunjukkan penangguhan bayaran balik secara automatik sejak 1 April 2020, akan terus mendapat penangguhan itu sehingga 30 September 2020.
Peminjam/pelanggan dengan Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap yang pada mulanya menerima moratorium ini tetapi kemudiannya menukar fikiran (yakni tidak mahu penangguhan dan ingin membuat bayaran balik seperti biasa) masih boleh berbuat demikian.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/05/faq-bnm-apakah-fakta-penting-moratorium-yang-perlu-anda-tahu-2/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=faq-bnm-apakah-fakta-penting-moratorium-yang-p

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wujud Kekeliruan Dalam Kenyataan Bnm Tentang Moratorium Menteri

Wujud Kekeliruan Dalam Kenyataan Bnm Tentang Moratorium Menteri

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 896 hits
Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sistem Geran Khas Prihatin di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Bangi Selangor foto HAZROL ZAINAL BANGI Terd...
Bnm Jelas Kekeliruan Berhubung Moratorium

Bnm Jelas Kekeliruan Berhubung Moratorium

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 309 hits
Bank Negara Malaysia berasa kesal atas sebarang kekeliruan yang timbul daripada salah faham yang sedikit sebanyak mungkin disebabkan oleh ilustrasi pengiraan yang ditunjukkan dalam versi awal soalan lazimnya yang menggunakan beberapa andaia...
Bnm Regrets Any Confusion Caused By Procedural Change On Loan Moratorium

Bnm Regrets Any Confusion Caused By Procedural Change On Loan Moratorium

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 254 hits
Bank Negara Malaysia has expressed regret that its announcement on the procedural change for the six month moratorium for hire purchase and fixed rate Islamic financing yesterday might have caused confusion and anxiety In FAQs issued today ...
Peminjam Pilih Moratorium Tidak Perlu Buat Permohonan Bnm

Peminjam Pilih Moratorium Tidak Perlu Buat Permohonan Bnm

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 505 hits
KUALA LUMPUR Bank Negara Malaysia menegaskan bahawa peminjam tidak perlu membuat permohonan bagi moratorium Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata peminjam hanya perlu menyelesaikan dokumentasi yang diperlukan bagi memberikan kuasa undan...
Hire Purchase Moratorium Interest Rate Cannot Be Higher Than Original Contract Bnm

Hire Purchase Moratorium Interest Rate Cannot Be Higher Than Original Contract Bnm

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 258 hits
Any additional interest that some banks may charge on the deferred payment cannot be higher than the original hire purchase contract signed Bank Negara Malaysia said BNM reiterated that as a regulator it has from the very beginning indicate...
Apakah Makan Direstoran Lebih Penting Dari Solat Di Masjid

Apakah Makan Direstoran Lebih Penting Dari Solat Di Masjid

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 293 hits
Pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa beberapa sektor ekonomi akan dibenar beroperasi mulai 4 Mei ini telah mengundang reaksi tidak setuju yang lebih besar daripada orangramai Antara sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi mu...
5 Perkara Penting Tentang Hand Sanitizer Yang Perlu Kita Tahu Check Dulu Sebelum Beli

5 Perkara Penting Tentang Hand Sanitizer Yang Perlu Kita Tahu Check Dulu Sebelum Beli

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 305 hits
5 Perkara Penting Tentang Hand Sanitizer Yang Perlu Kita Tahu Check Dulu Sebelum Beli pun ada satu Secara tak langsung demand terhadap hand sanitizer pun meningkat secara mendadak kerana ia berfungsi menyahjangkit kuman Dalam kesempatan ini...
5884 Suntikan Tifoid Prasyarat Penting Berita Harian 22 04 2020

5884 Suntikan Tifoid Prasyarat Penting Berita Harian 22 04 2020

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 362 hits
Kuala Lumpur Saranan mewajibkan peniaga e bazar Ramadan mengambil suntikan vaksin anti tifoid adalah langkah terbaik dalam mengekang penularan penyakit lain Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata adalah s...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities