Fanatisme Agama Di Malaysia Membongsaikan Pemikiran Rakyat



Malaysia tidak boleh terperangkap dalam kepungan sikap fanatisme agama lantaran kemajmukan budaya serta tamadunnya.
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pidatonya di program Membangun Khaira Ummah:”Reformasi Islahiy dan Agenda Pemberdayaan Umat” berkata, sikap fanatik dan menetapkan hanya satu aliran pemikiran atau fahaman politik sahaja yang betul telah membongsaikan pemikiran dan menghilangkan kreativiti umat di negara ini.
“Dalam konteks kita, saya rasa relevan untuk kita bicarakan ialah, satu pihak (aliran fikiran) melampau. Trend pemikiran yang tidak boleh berbeza pendapat, terus dihukum. Bukan sahaja pendapat, berbeza parti pun. Kalau tak mendukung ketua (sesebuah) parti maka dihukum.
“Satu pihak lain, saya diserang, Islam yang kita bawa sosok plural dan liberal. Kalau rahmatan lil alamin itu plural atau tidak? Bukannya rahmatan lil muslimin atau mukminin.
“Pluralisme menerima semua agama (itu) tidak betul. Toleran terhadap agama itu ada, dan saya di antara yang kuat mempertahankan matlamat mengangkat dan mempertahankan Islam di negara ini, dalam keadaan sama, menghormati hak penganut agama lain. Tetapi tidak menyamakan (antara agama),” katanya di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan, pagi tadi.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu, pernah Jabatan Agama di sebuah negeri menyebarkan ucapannya di London School of Economics sebagai membawa nilai pluralisme kerana memetik kata-kata filosof Confucius dan Dante yang mempunyai nilai-nilai seiring kebaikan ajaran Islam.
“Saya cakap kepada orang Barat. 90% yang hadir adalah profesor dan mahasiswa London School Of Economics.
“90% dalam dewan itu orang asing sama sekali. Saya sebut itu (falsafah selain Islam) untuk menggambarkan Islam itu tidak ekstrim sebagaimana digambarkan. Islam itu ada titik persamaan, ada keadilan, ada persamaan. Bila sebut The Golden Mind dalam falsafah Greek, mereka (hadirin) lebih menangkap berbanding dihujahkan dengan ayat-ayat Quran, kepada orang Barat,” katanya lagi.
Anwar juga menjelaskan pengalaman sepanjang beliau mengajar di beberapa buah universiti di Barat selepas dibebaskan kali pertama dari penjara pada 2004 lalu, pengetahuan berguna yang diperolehinya adalah mengenai kejahilan Barat mengenai konsep dan ajaran Islam yang sebenarnya.
“Bila Samuel Huntington bicara tentang Clash of Civilizations ada menganggap kebangkitan tamadun Islam menjadi pencabar yang membahayakan manusia kerana mencabar inti kefahaman sekular Barat.
“Jawapan ringkas Edward Saïd, pemikir Palestin terkemuka, Kristian Arab. Yang clash ialah clash of ignorance. Akibat kejahilan orang Barat itu mengetahui ilmu, hampir tidak dapat menguasai apa erti tamadun selain dari Barat. Islam hanya prasangka, islamofobia. Tiada yang positif tentang Islam melainkan Islam yang boleh dilakar semula yang sesuai dengan agenda Barat.
“Kata Edward Saïd, kalau betul mahu faham kita mesti memahami termasuk tamadun Barat tetapi harus faham Islam dan dari fahaman kaca mata orang Islam sendiri. Jangan menghadam tamadun Islam sebagaimana dilakar oleh orientalis dan sarjana Barat,” katanya.
Bagaimanapun, dari segi kelimuan Anwar mengkritik ahli akademik Islam sendiri yang tidak bersungguh-sungguh menggali kehebatan ilmu yang ditinggalkan pemikir Islam sehingga terpaksa mengungkapkan Islam secara meminjam pendekatan Barat atau terlalu rigid dengan ruang lingkup disiplin ilmu Islam semata-mata tanpa kajian bandingan.
“Edward Saïd orang pertama menulis orientalisme dengan sangat mendalam. Bagaimana anti Arab, anti Islam, prasangka terhadap yang lain dari Barat. Dia kupas dari sejarah, sastera, ekonomi, antopologi, sejarah.
“Untuk memahami yang lain dari Barat kena baca buku ini. Clash itu pertembungan ignorence. Tetapi menarik dia kata sebab orang Islam dari segi menanggapi Islam itu pun tidak semestinya benar. Sebahagiannya mencedok Islam dari fahaman orang Barat dan sebahagiannya mengambil Islam dari pengalaman budaya yang terbatas dengan kongkongan sistem pada masa itu.
“Aliran fekah dan tasawuf itu dipengaruhi oleh penguasa politik pada masa itu. Jadi oleh yang demikian, ada kelemahan orang Islam menguasai ilmu kerana banyak sekatan dan penguasaan terbatas,” katanya.
Menurut Anwar lagi, kekeliruan pemikiran Islam yang melahirkan budaya taksub hanya mengakibatkan munculnya gerakan keganasan atas nama Islam seperti al Qaeda atau ISIS yang tidak pun mewakili ajaran Islam sebenar.
Majlis ilmu Membangun Khaira Ummah itu dianjurkan oleh Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Institut Darul Ehsan.
Turut menjadi pembicara adalah beberapa tokoh ilmuan termasuk Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden Wadah dan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31942

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Berang Kerajaan Hantar Stok Vaksin Ke Negara Lain

Rakyat Malaysia Berang Kerajaan Hantar Stok Vaksin Ke Negara Lain

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 230 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONKeputusan kerajaan yang memutuskan untuk menyalurkan sebanyak 50 000 dos vaksin Covid 19 ke Bosnia Herzegovina mengundang kecaman pelbagai pihak yang menurut mereka tindakan berkenaan seperti meminggirkan rakyat Malays...
11 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terdedah Kebocoran Data Fb

11 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terdedah Kebocoran Data Fb

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 210 hits
MALAYSIAKINIKebocoran data besar besaran berpotensi mendedahkan sebanyak 11 675 894 nombor telefon Malaysia yang dihubungkan dengan akaun Facebook Ini sebahagian dakwaan kebocoran data sebanyak 533 juta akaun Facebook Pada masa penulisan be...
Lebih Ramai Rakyat Malaysia Dijangka Panjang Umur

Lebih Ramai Rakyat Malaysia Dijangka Panjang Umur

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 392 hits
BERNAMA MAHATHIR Mohamad FOTO arkib NSTP Putrajaya Ketika ramai bertanya apa rahsia lanjut usia Tun Dr Mahathir bekas perdana menteri berkata hakikatnya lebih ramai rakyat Malaysia akan panjang umur dan mereka akan menyumbang ke arah pemben...
10 Fakta Menarik Putera Philip Dan Beliau Disenangi Rakyat Dan Pelajar Antarabangsa Pelajar Malaysia

10 Fakta Menarik Putera Philip Dan Beliau Disenangi Rakyat Dan Pelajar Antarabangsa Pelajar Malaysia

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 485 hits
Kematian DUke of Edinburgh pada pagi Jumaat ternyata mendedahkan perspektif dan sanjungan dari pelbagai lapisan rakyat terhadap ahli keluarga diraja itu Sosok Putera Philip sentiasa diingati rakyat United Kingdom malah pelajar asing yang pe...
Dituduh Salah Guna Wang Rakyat Menteri Agama Jawab Netizen

Dituduh Salah Guna Wang Rakyat Menteri Agama Jawab Netizen

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 210 hits
M Dr Zulkifli Mohamad AL Bakri KUALA LUMPUR Satu video tular di aplikasi Tik Tok mengenai dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifili Mohamad Al Bakri menyalahguna peruntukan kerajaan Video berdurasi 57 saat itu memap...
Hiburan Hanyalah Dari Hati Seorang Rakyat Naim Daniel Kongsi Twit Tentang Menteri Di Malaysia

Hiburan Hanyalah Dari Hati Seorang Rakyat Naim Daniel Kongsi Twit Tentang Menteri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 320 hits
Penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel baru baru ini ada meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah menteri yang berkhidmat untuk kerajaan Malaysia Perkara tersebut dizahirkan Naim menerusi sebuah twit di laman Twitternya yang berbunyi Wah...
Syarikat Rm160b Diasaskan Rakyat Malaysia As Yang Untung

Syarikat Rm160b Diasaskan Rakyat Malaysia As Yang Untung

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 352 hits
Rancangan syarikat e hailing dan penghantaran makanan terbesar di Asia Tenggara untuk disenaraikan di bursa saham Amerika Syarikat dengan harga pasarannya mungkin mencecah AS 40 bilion sewajarnya membuka mata menteri kerajaan Perikatan Nasi...
Berpuasa Hak Orang Islam Rakyat Harus Tegas Tolak Budaya Kebencian Agama

Berpuasa Hak Orang Islam Rakyat Harus Tegas Tolak Budaya Kebencian Agama

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 252 hits
1 Seorang majikan didakwa memukul 2 pekerja muslim kerana berpuasa wajib di bulan Ramadhan Kita sudah hidup pada tahun 2021 masih ada majikan kuno yang hidup di zaman batu menghalang hak warganegara mengamalkan tuntutan agamanya Ia diburukk...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia