Famtrip 3 Hari 2 Malam Ke Padang Indonesia
ASSALAMUALAIKUM...
Musim perintah kawalan pergerakan (PKP) sempena mencegah rantaian COVID-19 ni ada la masa sikit nak update blog.
Kali ni saya nak cerita pasal travel story lagi, kali ni di Indonesia. Pada 28 November hingga 30 November 2018, saya berpeluang sekali lagi untuk terbang ke Indonesia selama tiga hari. Cuma destinasi kali ni adalah di Padang, Indonesia. Sebelum ni saya dah pernah sampai di Aceh dan Medan. So this is my first time di Padang but second time di Indonesia.
View this post on Instagram
Bro Bawa Diri🛫A post shared by Husein Husaini (@_husein.husaini) on Dec 1, 2018 at 10:36pm PSTTrip kali ini adalah lebih kepada alam semulajadi dan pulau. Memang sesuai dengan jiwa saya yang sukakan alam semulajadi. Ada banyak tempat dan aktiviti yang korang boleh lakukan sepanjang berada di Kota Padang ini. Tak lupa juga bahawa Kota Padang juga merupakan tempat yang meliurkan untuk korang food hunter kerana disini memang banyak restoran seafood yang enak.
Trip kali ni saya dapat berkenalan dengan rakan blogger yang lain iaitu Faraa Musa, dan Kak Halimah. Masa ni kitorang baru first time berjumpa dan berkenalan di airport. Blogger Zayani pulak saya kenal bila dah sampai di Indonesia. Turut sama dalam trip kali ini adalah dari beberapa travel agent Malaysia dan vlogger Hazim. Sape tak kenal kan dengan bro Hazim ni.
1. Rumah Makan Muaro Baru
Kat sini menyajikan makanan seafood yang luar biasa. Tapi jangan terlepas peluang pulak untuk rasa sendiri masakan padang kat sini. Memandangkan dah sampai kat Padang, kena la rasa nasi padang kan. Rasa dia memang terbaik, sedap sampai nak telan semuanya. Saya tak ingat dah nama apa juadah yang dia bagi sebab terlampau banyak sangat juadah makanan dia.. lauk ayam ada, ikan, sayur dan macam-macam lagi tapi yang penting perut ni kenyang. Hahahha…
Restoran ni berdekatan dengan pantai. Antara pantai yang terdekat adalah Pantai Pasir Jambak. So sambil makan, korang akan dilayani dengan view yang mengasyikkan dan angin yang sepoi-sepoi bahasa dari pantai.
2. Masjid Raya Sumatera Barat
Setibanya saya kesini, saya sangat teruja dengan keunikan senibina masjid ini. Kawasan sekitarnya juga cantik dengan rumput yang rapi tumbuh menghijau. Pada hari saya kesini, masjid ini masih lagi dalam proses pembinaan namun sudah hampir siap dan sudah pun boleh untuk menunaikan solat di dalam masjid ini. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat disini.
View this post on Instagram
Salam Jumaat. Jangan ingat ni adalah muzium ya, tapi ini adalah masjid. Besar bangat sih. #famtrippadang #tourismpadang #indonesiaA post shared by Husein Husaini (@_husein.husaini) on Nov 29, 2018 at 5:31pm PSTSaya yakin masjid ini sudah pun siap sepenuhnya pada hari ini dan andai diberikan rezeki untuk datang semula kesini, saya sangat teringin untuk menjejakkan kaki kesini lagi.
Dari luar, masjid ini begitu cantik dengan mengekalkan senibina warisan masyarakat Minagkabau. Dengan senibinanya yang kelihatan muncung ke atas kiri dan kanan serta corak ukiran yang sangat teliti, membuatkan mata-mata yang memandang sangat terpesona. Sejujurnya, saya masih belum menjumpai masjid yang secantik ini sebelum ini
3. Kampung Budaya Limau Manis
Aktiviti pada waktu malamnya, saya dijemput untuk ke Kampung Budaya Limau Manis. Apabila mendengar tentang nama kampung ini dalam benak fikiran saya sudah tentu ada pertunjukkan tarian atau adat budaya masyarakat disini. Tanggapan saya itu betul.
Saya diperkenalkan dengan persembahan tradisi masyarakat Minang Padang. Ada persembahan Tari Buai, Tari Sampan dan Gendang Tambua Danau Malinjau dan alat muzik tradisi orang Minang. Setiap tarian disertai dengan drama cerita masyarakat disini yang turut diselit dengan persembahan silat. Hebatkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://huseinrider.blogspot.com/2020/04/famtrip-3-hari-2-malam-ke-padang.html