Family Trip 2019 Ke Rumah Terbalik Port Dickson
FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama peram FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON entri dalam blog. Gambar bukan main banyak, lambat update tu.. Sebab nak kena letak watermark. Bukan kedekut, sesebelum ni, gambar kami untuk trip bercuti kadang-kadang tak larat bubub water mark. Tapi, belajar dari sesebelum ni.. Gambar kami bercuti ke Taiping, sakan admin FB Taiping Zone cilok. Banyak jugak lah huhuhu. So, bila nak buat entri jalan-jalan ni, mummy lebih prihatin. Lelagi bila trip tu kita pakai duit kita sendiri. Ehemm, kalau sponsor trip tak apa lah juga, kan (eh, ada yang nak sponsor ke??). Okay sebelum mummy melalui lebih lama. Jom lah cuci mata dengan gambar-gambar yang menarik di Rumah Terbalik Port Dickson
Kami ke sini, sebab sekolah anak-anak kami buat hari sukan, family day di PD. Sebelum bertolak balik ke KL. Daddy ajak singgah 1 tempat sahaja di PD. ye lah, memasing dah penat. Tak larat nak berjalan dah, dok fikir rumah dan nak rehat aje.
Seram tak, hahaha bebaru ni mummy letak kat FB. Ramai cakap seram, bila tengok gambar ni. Macam real katanya.
Yup, memang dasyat tau arts dalam Rumah Terbalik Port Dickson (PD) ni. Amazing... dengan karya yang ada dalam ni.
Pandai posing, camera pun on point . Memang Hasilnya superb! GAMBAR FAMILY KAMI DI FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON
Ni semua gambar sekeluarga kami, alhamdulillah staff di Rumah Terbalik PD ni semua bagus-bagus. Siap tolong ambil kan gambar.
Ada juga juru gambar yang professional akan datang dan ambil kan gambar.
Cumanya, kami tak beli pun. Harga boleh tahan lah macam biasa. Tapi, bila memikir kan gambar dalam phone pun dah beratus. Rasanya, cukup lah kot.
Tak perlu beli lagi
Huhu cantik tak dapur kami...
Living hall ke kononnya
Sesekali kita romantic lah laki bini, bukan selalu bergambar sweet-sweet gini kan. Hehe
Adegan dalam jamban pun layannnnn
Rumah Terbalik PD ni 2 tingkat. Tangga untuk naik tingkat atas pun punya lah lawa... Design keyboard.
Tingkat atas lebih kepada 3D, 4D arts. Memang teruja mummy tau. Sebab pandai pusing kamera, pandai ikut skill (ada Contoh dan tips di berikan) memang gambar akan nampak tricky.
Manjat, Jangan tak manjattt
Pam. Kasik kuat, Dhia..
Rumah mini super cute
GAMBAR DADDY DI FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON
Daddy in action.. Terbang ke tu, b haha
Amboi, kepak sakat naaaaa..
Yeah... Dah kurus..
Buka pintu ke tahan pintu, tuuu
Cita Cita nak jadi gimnas hahaha
Cita Cita nak jadi spiderman kaaaa
GAMBAR ANAK-ANAK DI FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON
Dhia pulak, mummy as usual photographer yang berjaya hahaha.
Memasing tak lepas kan peluang untuk posing.
Spider girl ke tu haha
Hantussss
Dah kenapa tu...
Dzal dan Daim pun posing gak
Jom makan depa hahaha
Cute rumah ni, suka sangat
Dah... daddy anak beranak pulak in action
Mummy ada beberapa je gambar, malas nk posing. Kang 20x snap tak jadi. Mampuih daddy ajak balik teruih kang haha
Daddy bayar masuk sini, so mummy jadi photographer pun.. Mummy ok je
Titanic katanya...
Ops..kerusi patahhh
Inject, jgn tak inject
Rumah hantussss... Serammmnya... Haha
Berapa harga masuk ke Rumah Terbalik Port Dickson ni? Harga masuk ke sini, boleh tahan lah. Tapi, berbaloi sangat-sangat.
Korang boleh tengok hasil seni dalam ni. Amazingggg
Tiket Masuk Rumah Terbalik Port Dickson
Warganegara Malaysia Dengan MykadDewasa : RM20Kanak-kanak (12 tahun ke atas ): RM15Warga Emas: RM 15
Bukan WarganegaraDewasa: RM 25Kanak-kanak : RM20Warga Emas : RM 20
Waktu operasi : Setiap Hari, 9 pagi - 10 malam
Rumah Terbalik
Alamat: Rumah Terbalik atau Art Galery Upside Down No 13A & 15, Jalan Coral Walk,Batu 9,Jalan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan
Facebook: Upside Down Port DicksonInstgaram: https://www.instagram.com/rumahterbalikportdickson/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2019/10/family-trip-2019-ke-rumah-terbalik-port-dickson-3d-art-gallery.html