Family Travelog Ibuku Sayang Semakin Teruk


Assalamualaikum semua :)
Nia akan kongsikan sambungan cerita dalam Travelog Ibuku Sayang yang seterusnya dengan kau orang semua. Minta maaf sangat – sangat sebab nia ambil masa yang lama untuk menyiapkan travelog ini.




Ketika bulan enam, nia mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Kolej Poly Tech Mara Kuala Lumpur. Mereka tawarkan Diploma in Teaching English as a Second Language (TESL). Nia teruja sangat apabila dapat tawaran tersebut sebab yelah, kawan – kawan lain semua dah masuk matrikulasi dan universiti untuk menyambung pelajaran masing – masing. Nia sahaja yang masih tercari – cari peluang untuk sambung belajar.

Tetapi dalam masa yang sama nia risaukan ibu.

Mulanya nia ingat nak tolak sahaja tawaran tersebut sebab ibu masih wardedketika itu dan keadaan ibu masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan positif tetapi abah halang nia. Abah kata dah dapat tawaran sambung belajar tu, terima sahaja. Jangan fikirkan tentang ibu. Biar abah yang jaga ibu.

Jadi nia pun bulatkan tekad untuk menyambung pelajaran di KPTMKL. Dalam surat tawaran tersebut dia orang bagitahu nia diberikan pilihan samada mahu tinggal di asrama yang mereka sediakan ataupun mahu menyewa diluar. Perancangan nia mahu tinggal dirumah sahaja sebab jarak antara rumah dengan kolej sangat dekat. Kalau menunggang motosikal, hanya mengambil masa sepuluh minit sahaja untuk sampai.

Tapi ibu halang.

Ibu kata, ambillah kesempatan ini untuk merasai pengalaman duduk di asrama sebab nia daripada sekolah rendah sehingga mahu masuk ke kolej tidak pernah dapat merasai pengalaman tersebut. Berbeza dengan along dan juga adik. Masing – masing berpeluang duduk di asrama semasa masih berada di sekolah menengah.

Walaupun berat hati mahu tinggal di asrama tetapi nia turutkan sahaja kata – kata ibu. Nia teliti senarai keperluan barang yang diberikan berulang kali. Disebabkan ini merupakan kali pertama nia perlu tinggal di asrama, nia jadi buntu memikirkan barang apa yang perlu dibawa. Mujur ada along yang turut sama menolong.

Tiba masanya untuk daftar masuk kolej.

Bila nia menjejakkan kaki ke kawasan perkarangan kolej, terasa lain sangat. Kebiasaannya ada ibu dan abah disisi nia tetapi pada hari tersebut nia berseorangan sahaja. Terngiang – ngiang di pendengaran nia suara ibu memarahi nia sebab takut nak membuat urusan sendiri.

“Sampai bila nak bergantung dengan ibu ni, angah?”

Nah, hari ini nia terpaksa membuat semuanya sendiri tanpa bantuan ibu mahupun abah. Sebak dada bila melihat orang lain ditemani ibubapa tetapi nia sendirian sahaja di situ. Tapi nia kuatkan semangat. Cukuplah selama ini bergantung dengan ibu dan abah, untuk sehari ini cuba belajar jadi berani.

Selesai urusan pendaftaran masuk kolej serta asrama, kami sekeluarga keluar makan bersama – sama di pizza hut. Meraikan nia masuk kolej sambil meluangkan masa bersama – sama. Sewaktu orang lain menjamah makanan dengan penuh selera, ibu hanya memerhati dan hanya sesekali sahaja ibu menyuap makanan ke dalam mulut. Tak ada selera, kata ibu.

Sewaktu mahu pulang, tiba – tiba sahaja ibu terjatuh di tangga pizza hut. Mujur ada abah dan adik yang segera menahan badan ibu daripada terjatuh. Kalau tidak, mungkin ada bahagian badan lain yang bakal cedera.

Sebulan kemudian, kesihatan ibu semakin merosot. Ibu hanya terbaring di atas katil, langsung tidak mampu untuk bangun apatah lagi berjalan. Sepanjang waktu itu, abah yang menjaga ibu sepenuh masa dengan mengambil cuti tanpa gaji.

Mahu mengharapkan kami adik – beradik, tidak boleh. Along belajar di perak. Nia di KPTM. Adik pula di smk segambut jaya. Masing – masing hanya boleh datang menjenguk ibu di hospital semasa hujung minggu sahaja. Masa itu jugalah kami akan mengambil alih tugas abah untuk menjaga ibu. Bolehlah abah berehat dan membersihkan diri.

Tetapi itupun ibu kata tak payah datang jenguk. Rehat sahaja di rumah. Masing – masing penat belajar. Ibu kan? Dalam keadaan yang sedang sakit pun, masih lagi memikirkan anak – anaknya.

Sampai sini sahaja untuk bahagian kali ini. Kisah seterusnya nia akan sambung kemudian yee.

Nia nak minta tolong kau orang semua hadiahkan bacaan alfatihah kepada arwah ibu, Saniah binti Sani.



Terima kasih sudi hadiahkan bacaan alfatihah pada ibu nia :)

Terlepas bahagian yang lepas? ADA DEKAT SINI
Sumber gambar: google.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nia-emkay.blogspot.com/2021/10/family-travelog-ibuku-sayang-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakin Banyak Perlepasan Yang Diberi

Semakin Banyak Perlepasan Yang Diberi

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 213 hits
Semakin banyak perlepasan yang diberi Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah Melaka dah pun masuk ke fasa ke 3 Dan mungkin tak lama lagi akan masuk ke fasa ke 4 pula Dan dengar dengar khabar angin hujung minggu ini dah boleh renta...
Hiburan Kamal Adli Fitting Baju Netizen Syak Pernikahan Bersama Uqasha Semakin Dekat

Hiburan Kamal Adli Fitting Baju Netizen Syak Pernikahan Bersama Uqasha Semakin Dekat

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 471 hits
Semalam aksi pelakon Kamal Adli berkongsikan momen momen dirinya sedang melakukan sesi mengukur pakaian atau fitting menerusi Instagram Storynya telah mencuri perhatian netizen ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenerusi video yang dikongsikan ...
Rentas Negeri Semakin Hampir Pm Ismailsabri60

Rentas Negeri Semakin Hampir Pm Ismailsabri60

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 277 hits
RENTAS NEGERI SEMAKIN HAMPIR PM ISMAILSABRI60 KUALA LUMPUR Penetapan 90 peratus vaksinasi sebelum kebenaran rentas negeri dibuat adalah bagi memastikan semua negeri berpeluang diberi kelonggaran sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ...
Hiburan Bini Kembang Laki Kena Kecut Sedar Perut Semakin Gendut Shaheizy Sam Mula Ke Gimnasium

Hiburan Bini Kembang Laki Kena Kecut Sedar Perut Semakin Gendut Shaheizy Sam Mula Ke Gimnasium

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 180 hits
Pelakon Shaheizy Sam sememangnya dikenali sebagai seroang pelakon yang komited dengan watak yang dibawa dalam mana mana filem lakonannya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAntaranya watak Inspektor Khai dalam filem Polis Evo yang bertubuh kekar...
Pengusaha Soal Pedulilindungi Mal Semakin Aman Untuk Dikunjungi

Pengusaha Soal Pedulilindungi Mal Semakin Aman Untuk Dikunjungi

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 181 hits
Ketua Umum Asosiasi Pengelola Pusat Belanja Indonesia Alphonzus Widjaja menyambut baik ketentuan penggunaan aplikasi PeduliLindungi menjadi salah satu alat yang digunakan untuk melakukan skrining Covid 19 di masa Penerapan Pembatasan Kegiat...
Semakin Membesar

Semakin Membesar

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 312 hits
Semakin hari semakin tak ada idea untuk dicurahkan dalam blog Mood dah ke laut jasad ni belum lagi sampai ke laut Bilalah nak ke laut agaknya Perlukan vitamin sea untuk segarkan otak yang semakin tepu ni Well tak ada cerita menarik kalau ta...
Mutia Ayu Ungkapkan Perasaan Cintanya Yang Semakin Bertambah Walau Glenn Fredly Telah Berpulang

Mutia Ayu Ungkapkan Perasaan Cintanya Yang Semakin Bertambah Walau Glenn Fredly Telah Berpulang

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 226 hits
Meski hidup bersama dalam waktu yang terbilang singkat Mutia mengaku setiap perjalanan yang ia lalui dengan sang suami selalu indah
Lirik Lagu Tajul Afieq Shazwan Malam Semakin Dingin

Lirik Lagu Tajul Afieq Shazwan Malam Semakin Dingin

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 429 hits
Lirik Lagu Tajul Afieq Shazwan Malam Semakin Dingin Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu remake dari Tajul dan Afieq Shazwan yang berjudul Malam Semakin Dingin Lagu asal nyanyian kumpul...
Semakin Bertambah Usia

Semakin Bertambah Usia

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 653 hits
Semakin Bertambah UsiaAsalamualaikum Salam Sejahtera Imej berbicara di atas ini Etuza copy dari Group WhatsAppMenarik pesan kata kata ini Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord