Family Set Dinner At Cafe Abnomal
Assalamualaikum..
I rasa dah banyak kali kan I share pasal Caffe Abnomal? Sini memang dah jadi tempat lepak mandatory kitorang sekeluarga dah. Sazli always crave for dia punya Honey Americano. Kekadang every week pon kitorang lepak sana. Haritu Saz ada try dia punya Flaming Lamb, BAPAK la sedap. Portion dia bagi I memang besar. I ada update dekat sini. Korang kalau datang sini with Family, I suggest try dia punya Family Set. Family Set ni for me value for money la. Sebab makan 4-5 orang but harga dia tak sampai RM200.00 (meal+drinks). Bab rasa korang jangan risau sebab semua sedap. Lamb, Ribs, Steak dia semua I dah rasa and semua lah tak mengecewakan. Ni taip ni, tingat pulak dia punya BBQ Ribs OMG menyeksa jiwa sungguh. Ingat tau I pesan, datang sini kalau 4-5 orang ambik Family Set. Balik nanti semua gembira sebab makan sedap and perut pon kenyang. Ada 3 set yang nkorang boleh pilih.
Family Dinner Set A - RM150.00 ada BBQ Ribs, Appetizer Platter, Crustacean Pasta, Mexican Nachos and 1 Jug of Ice Lemon Tea.
Family Dinner Set B ni ada Appetizer Platter + 4 season sauce, Flaming Lamb, Ribeye Steak, Pilaf Rice and 1 jug of Ice Lemon Tea. RM150.00 harga set ni.
From The Griller. Ada Ribeye Steak, Flaming Lamb, Grilled Chicken Skewers (2), Grilled King Prawn Skewers (2), Grilled Summer Veggies, Garlic Bread and Garlic Dipping Sauce + Ice Lemon Tea 1 jug. Semua ni RM170 sahaja. Berbaloi sangat-sangat!
Best kan? Sazli masa makan Lamb tu kepala tergeleng-geleng. Tu maksudnya sedap sangat la tu. I ingat anytime soon I nak pergi sana lagi la, nak makan ribs. But time makan kena pastikan yang perut tak diisi sebab portion dia besar. For me, Ribs kena makan 2 orang baru OK. So far, ramai dah family, friends and readers I dah try makan sini and semua pon cakap sedap and puas hati. Korang bila lagi?
Caffe Abnomal (Instagram)70, Block H, Platinum Walk, Off, Jalan Langkawi, Taman Danau Kota, 53300 Wilayah Persekutuan Kuala LumpurPhone number : 018-274 7069
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2019/04/family-set-dinner-at-cafe-abnomal.html