Faktor Persekutuan Tanah Melayu Singapura Borneo Utara Brunei Dan Sarawak Harus Disatukan



Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.

Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.



Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. 

Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia.

Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.

Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). 

Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. 

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.[arkib.gov.my]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2010/09/16-september-1963-penubuhan-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Melayu Harus Memikir Hantar Anak Mereka Ke Sjk Cina

Orang Melayu Harus Memikir Hantar Anak Mereka Ke Sjk Cina

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 231 hits
Yang berikut ini berita lama daripada tahun 2018 Saya rasa gambar berikut pun gambar lama tetapi masih relevan Ia menunjukkan sdra Asyraf Wajdi membawa anaknya pulang dari sekolah Saudara Asyraf Wajdi Dusuki pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO...
Sabah Harus Maju Macam Sarawak

Sabah Harus Maju Macam Sarawak

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 131 hits
Sungguh mengecewakan melihat media Parti Warisan berusaha menggagalkan usaha kerajaan negeri Sabah dalam perdagangan karbon Berbanding dengan negeri Sarawak yang terus melangkah ke depan memperkukuhkan sumber pendapatan negeri dengan bijak ...
Sarawak Ditekan Oleh Kerajaan Persekutuan Di Bawah Ph Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak

Sarawak Ditekan Oleh Kerajaan Persekutuan Di Bawah Ph Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 191 hits
Kerajaan PH kini mahu kerajaan kerajaan negeri menanggung kos pembinaan dan penyelenggaraan jalan persekutuan dan kampung menggunakan dana sendiri tahun ini Ini tidak adil untuk kerajaan kerajaan negeri terutama untuk negeri negeri yang buk...
Anthony Loke Airasia To Lock One Way Airfares To Sabah Sarawak For Cny Period

Anthony Loke Airasia To Lock One Way Airfares To Sabah Sarawak For Cny Period

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 222 hits
Loke said from now until Feb 15 AirAsia will offer travellers flying to Sabah and Sarawak fixed ticket prices for the Chinese New Yearperiod 8212 Bernama photo SEPANG From now until Feb 15 AirAsia will offer travellers flying to Sabah and S
Sarawak S Dr Sim To Meet Federal Officials Over Health Autonomy

Sarawak S Dr Sim To Meet Federal Officials Over Health Autonomy

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 154 hits
Sarawak deputy premier Dr Sim Kui Hian said he had written to federal health minister Dzukefly Ahmad recently KUCHING Federal and Sarawak health officials are to meet next week to deliberate further on Sarawak s request for autonomy on heal...
Warga Aceh Utara Tolak Pengungsi Rohingya

Warga Aceh Utara Tolak Pengungsi Rohingya

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 119 hits
Warga menilai pengungsi Rohingya memanfaatkan kebaikan orang Aceh
Petisyen Isu Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan Di Sarawak

Petisyen Isu Majlis Khatam Quran Sekolah Dibatalkan Di Sarawak

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 192 hits
Tular di media sosial mengenai Majlis Khatam Quran Sekolah dibatalkan menjadi bualan hangat para netizen Malaysia Merujuk pada tarikh 21 Disember 2023 sebuah surat bertajuk Majlis Khatam Al Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan 2023 2024 dari ...
Jbpm Sarawak Beri Penghormatan Terakhir Buat Cliff

Jbpm Sarawak Beri Penghormatan Terakhir Buat Cliff

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 125 hits
SERIAN Pengebumian seekor anjing pengesan dari disiplin Cadaver Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berlangsung dengan penuh terhormat dengan diberikan penghormatan terakhir oleh Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman bersam...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor