Faktor Persekutuan Tanah Melayu Singapura Borneo Utara Brunei Dan Sarawak Harus Disatukan



Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.

Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.



Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. 

Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia.

Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.

Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). 

Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. 

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.[arkib.gov.my]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.orangmuo.my/2010/09/16-september-1963-penubuhan-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Govt To Gazette Special Tourism Investment Zone In Sarawak

Govt To Gazette Special Tourism Investment Zone In Sarawak

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 152 hits
Tourism arts and culture ministry secretary general Roslan Abdul Rahman was optimistic that Sarawak would garner greater attention worldwide particularly with a new international airport planned for Kuching PETALING JAYA The tourism arts an...
Metmalaysia Thunderstorms Forecast In Klang Valley Sabah Sarawak Until 9pm On Jan 9

Metmalaysia Thunderstorms Forecast In Klang Valley Sabah Sarawak Until 9pm On Jan 9

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 134 hits
PETALING JAYA Thunderstorms heavy rain and strong winds are expected in parts of Peninsular Malaysia Sabah and Sarawak until 9pm on Thursday The Meteorology Malaysia Department issued a warning at 7 10pm of thunderstorms heavy rain and stro...
Kiosk Service Sarawak Lokasi Waktu Operasi Semak Sarawakid

Kiosk Service Sarawak Lokasi Waktu Operasi Semak Sarawakid

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 166 hits
Bagi mereka yang ingin mengemaskini sendiri maklumat seperti kemaskini emel nombor telefon lupa katalaluan lupa nama pengguna boleh datang ke KIOSK Service Sarawak yang terletak di serata negeri Sarawak adalah bantuan kewangan khusus untuk ...
Reset Sarawak Id Kemaskini No Tel Password Username Baru

Reset Sarawak Id Kemaskini No Tel Password Username Baru

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 813 hits
Bagaimanakah cara reset Sarawak ID menggunakan pautan web dan aplikasi Sarawak ID ialah identiti tunggal dalam talian yang membolehkan orang ramai menggunakan fungsi log masuk tunggal untuk mengakses pelbagai saluran digital yang disediakan...
Premier Sarawak Keluar Kenyataan Kedudukan Ds Anwar Ibrahim Sebagai Perd

Premier Sarawak Keluar Kenyataan Kedudukan Ds Anwar Ibrahim Sebagai Perd

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 151 hits
Premier Sarawak Abang Johari Openg sekali lagi menyeru agar Anwar Ibrahim diberikan peluang untuk menghabiskan tempoh lima tahun sebagai perdana menteri Pengerusi Gabungan Parti Sarawak itu berkata terdapat pihak tertentu yang sibuk bercaka...
Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 875 hits
Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula Adakah anda sering lupa kata laluan Sarawak Pay anda Jangan bimbang anda tidak bersendirian Ramai pengguna aplikasi e dompet popular ini sering menghadapi masalah yang sama Nasib b...
Bantuan Ketua Isi Rumah Sarawak Syarat Cara Permohonan

Bantuan Ketua Isi Rumah Sarawak Syarat Cara Permohonan

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 194 hits
Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak yang bertujuan memperkasa usahawan wanita khususnya mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar dengan pendapatan isi rumah RM1 298 00 dan ke bawah Bantuan Ba...
Pesta Orang Kampung Di Perkarangan Parking Kereta Stadium Negeri Sarawak

Pesta Orang Kampung Di Perkarangan Parking Kereta Stadium Negeri Sarawak

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 142 hits
PESTA ORANG KAMPUNG DI PERKARANGAN PARKING KERETA STADIUM NEGERI SARAWAKPesta Orang Kampung merupakan satu lagi event yang sangat menarik yang menghimpun ramai usahawan atau vendor vendor yang menjual pelbagai jenis produk termasuk makanan ...
Tnb Sudah Mula Eksport Bekalan Tenaga Boleh Baharu Ke Singapura

Tnb Sudah Mula Eksport Bekalan Tenaga Boleh Baharu Ke Singapura

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 140 hits
Mungkin ada antara kita yang belum sedia maklum Tenaga Nasional Berhad telah memulakan eksport sulung bekalan tenaga boleh baharu ke Singapura pada 11 30 pagi 13 Disember Bekalan elektrik merentasi sempadan dua negara ini dicapai dala
Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Fitnah Senjata Tertua Didunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ufabet

Jackpot Fever Awaits On 389sports Slots

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

9 Lelaki Ditahan Kerana Merusuh Guna Pedang Samurai

Tertukar Di Hospital Selepas Dilahirkan Rani Mukerji Kongsi Bagaimana Ibunya Menemuinya Semula