Fakta Yang Perlu Umat Islam Tahu Sejarah Penaklukan Israel Ke Atas Palestin





Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya ‘terkebil-kebil’ mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV.

Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja.

Ulang tayang

Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.

Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.

Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.

Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.

Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.

Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu ‘bahan ratahan’ tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.

Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.


Adakah harapan buat Obama?

Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.

Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.

Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.

**Tambahan dari Admin: Presiden Obama adalah supporter Israel juga kerana beliau bersetuju untuk memberikan USD30 billion dolar kepada Israel dalam jangka masa satu dekad.


Kerdilnya negara Arab

Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.

Akhirnya negara Arab hanya menjadi ‘pengguna’ setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan ‘izzah’ (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.

Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.

Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.

Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.

Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.

Mula tergadai

Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada Palestin.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.

Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.

Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.

Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.

Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.

Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian.

Sumber



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://luvislam92.blogspot.com/2014/08/fakta-yang-perlu-umat-islam-tahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potongan Rambut Yang Haram Bagi Umat Islam

Potongan Rambut Yang Haram Bagi Umat Islam

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 227 hits
Fesyen mengayakan rambut dengan cukuran separuh Sudah menjadi trend dalam kalangan remaja Tapi mungkin ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa ianya adalah haram bagi mereka yang beragama Islam Terdapat bentuk cukuran yang dilarang ole...
Akibat Umat Islam Mengutuk Sesama Islam

Akibat Umat Islam Mengutuk Sesama Islam

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 126 hits
Di dalam agama Islam yang suci ini kita dilarang sama sekali untuk mengutuk sesama saudara seislam kita walaupun mereka berbangsa lain berkulit lain dan bahasa yang lain Ini kerana setiap perbuatan yang kita lakukan ini akan dapat memecah b...
2078 Tiada Lagi Umat Islam

2078 Tiada Lagi Umat Islam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 257 hits
TIDAK LEBIH 1500 TAHUN Sekadar perkongsian pandangan terima atau tidak terpulang jika ada yang ingin memberikan pandang boleh kongsi bersama Petang ini kita cuba rungkai maksud This is a content summary only Visit my website for full links ...
Umat Islam Hendaklah Berhati Hati Dengan Ajaran Qadiani Yang Difatwakan Sesat

Umat Islam Hendaklah Berhati Hati Dengan Ajaran Qadiani Yang Difatwakan Sesat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 259 hits
Assalamualaikum Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku Kewujudannya merentasi masa tempat dan keadaan Ianya perlu dibentung kerana bakal mempengaruhi masyarakat terutama golangan remaja Pernah dengar Ajaran Qadiani Sejarah Ajar...
Sedarlah Umat Islam

Sedarlah Umat Islam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 114 hits
FILEM Fitna sebuah filem ringkas ahli Parlimen Belanda Geert Wilders itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam Ternyata benar pembikin filem berkenaan menyimpan kebencian yang amat tinggi terhadap Islam dan umatnya Di Malaysia agak menarik...
Eksklusif Video Umat Islam Myanmar Dilanyak

Eksklusif Video Umat Islam Myanmar Dilanyak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 136 hits
Video rakaman penduduk di Aung Mingalar diserang oleh Puak Rakhine pada 14 Jun 2012 lalu Moga dengan pendedahan video ini dapat kita menghayati penderitaan yang dialami oleh mereka dan seterusnya diharap mendapat bantuan yang sewajarnya Di ...
Ayuh Umat Islam Desak Haramkan Bir Dijual Di Kedai Serbaneka

Ayuh Umat Islam Desak Haramkan Bir Dijual Di Kedai Serbaneka

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 179 hits
Selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan larangan penjualan arak di kedai runcit serbaneka dan kedai ubat Cina pertubuhan bukan kerajaan Islam bersama ahli politik kerajaan serta pembangkang muslim juga perlu bersatu padu menyataka...
Tentera Israel Guna Kamera Pengesan Wajah Untuk Awasi Warga Palestin

Tentera Israel Guna Kamera Pengesan Wajah Untuk Awasi Warga Palestin

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 264 hits
Tentera Israel guna kamera pengesan wajah untuk awasi warga PalestinTentera Israel akan meningkatkan usaha memantau keadaan di Tebing Barat yang didudukinya dengan menggunakan kamera pengecaman wajah dan telefon pintar yang semakin berkemba...
Ringkasan Kisah Gaza Palestin Dan Israel Laknatullah

Ringkasan Kisah Gaza Palestin Dan Israel Laknatullah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua Pertamanya saya bukanlah ahli arif untuk bercerita mengenai hal ini Namun saya harap dengan sedikit usaha saya ini mampu untuk memberikan kesedaran kepada kita mengenai PALESTIN dan ISRAEL LAKN...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba