Umat Islam Hendaklah Berhati Hati Dengan Ajaran Qadiani Yang Difatwakan Sesat




 Assalamualaikum 
Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan.Ianya perlu dibentung kerana bakal mempengaruhi masyarakat terutama golangan remaja. 
Pernah dengar Ajaran Qadiani ? 

Sejarah Ajaran Qadiani
1. Ajaran Qadiani berasal daripada India dan diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha Bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab. 
2.  Diasaskan di Malaysia pada tahun 1889 dan dipercayai mula bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Kuala Selangor, Selangor. 
3. Gerakan Qadiani ini turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar. 
4. Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasana antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Hasil perbincangan tersebut telah diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah terkeluar daripada Islam. Disebabkan itu, gerakan kumpulan Qadiani ini semakin lumpuh. 
Mengapa Ajaran Qadiani Diisytiharkan Sesat?
1. Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu. Katanya : 
" Demi Allah yang nyawa saya di tanganNya. Dialah yang telah mengutus dan menamakan saya Nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti,".
2. Mirza Ghulam Ahmad juga mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang kanannya dengan tujuan menguatkan ajaran dan keyakinan pengikutnya.
3. Mirza Ghulam Ahmad mengatakan bahawa Nabi Isa benar-benar dibunuh dan bukannya diangkat ke langit oleh Allah dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.
4. Mirza Ghulam Ahmad juga mendakwa dirinya mempunyai Mukjizat. Katanya :
"Nabi Allah itu telah mewujudkan tiga ribu mukjizat dan saya melebihi dari satu juta"
"Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya,".
5. Mirza Ghulam Ahmad juga mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid.
6. Mirza Ghulam Ahmad turut menafikan konsep jihad.
"Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk agama telah diharamkan. Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad,".
7. Mirza Ghulam Ahmad turut melakukan tahrif Al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci Al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan-dakwaannya. 
8. Malaikat sebagai pancaindera tuhan.
Disebabkan dakwaan-dakwaan itu, Fatwa Selangor pada 24 Disember 1998, kerajaan negeri Selangor telah memutuskan bahawa : 
1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia.
2. Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.  
3. Antara ciri-ciri ajaran Qadiani seperti yang dinyatakan di atas. 
4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-buku berikut :
- Invitation To Ahmadiyah yang dikarang oleh Hazrat Hj Mirza Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II) 
- Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema'at Ahmadiah
- Alam Sebagai Saksi yang dikarang oleh Mohamad Zain Bin Hasan
- The Holy Quran With English Translation and Commentary (Vol II, Part 1) yang dikarang oleh M Mas'ud Ahmad.
Fatwa tahun 1998 telah diperincikan lagi pada tahun 2000 iaitu :
Memandangkan mana-mana orang yang telah menganut ajaran Qadiani telah menjadi murtad, akibatnya dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil adalah : 
1. Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 46, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984. 2. Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya
3. Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya
4. Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperoleh oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Kesimpulannya, kuatkan akidah kita, kalau ada keraguan tanyalah pada yang ahlinya dan apa jua alasan kita haruslah berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah. Rujuklah jabatan-jabatan agama sebagai contoh Majlis Agama Islam Selangor jika terdapat keraguan atau ketidakpastian.


 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.akupenghibur.com/2021/07/Umat-Islam-Hendaklah-Berhati-hati-dengan-Ajaran-Qadiani-Yang-Difatwakan-Sesat%20.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patutlah Muhyiddin Kata Pas Parti Ajaran Sesat

Patutlah Muhyiddin Kata Pas Parti Ajaran Sesat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 233 hits
Wayang sembab aka pengkhianat sudah bermula dulu dia kata pas parti ajaran sesat kini kencing hadi pun dia kata mcm madu
Hiburan Hukum Sambut Hari Atau Berpakaian Halloween Bagi Umat Islam Adalah Haram Pu Syed

Hiburan Hukum Sambut Hari Atau Berpakaian Halloween Bagi Umat Islam Adalah Haram Pu Syed

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 278 hits
Pendakwah bebas dan peserta Pencetus Ummah PU Syed mengingati orang ramai bahawa perayaan Halloween sama sekali tidak boleh disambut oleh umat Islam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut perkongsian yang dibuat oleh pendakwah itu di Instag...
Umat Islam Sibuk Dengan Kostum Halloween Pu Syed Dedah Apa Hukumnya

Umat Islam Sibuk Dengan Kostum Halloween Pu Syed Dedah Apa Hukumnya

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 234 hits
Melihat ramai selebriti dan influencer muslim di Malaysia beria menyambut halloween dengan menggayakan kostum mengikut watak watak kegemaran masing masing menjadikan ia satu budaya yang mana memberi pengaruh kepada orang ramai
Ada Perbaikan Jalan Di Tol Purbaleunyi Pengendara Diimbau Lebih Berhati Hati

Ada Perbaikan Jalan Di Tol Purbaleunyi Pengendara Diimbau Lebih Berhati Hati

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 178 hits
PT Jasamarga mengimbau kepada para pengguna jalan tol untuk lebih berhati hati saat berkendara di Tol Purbaleunyi Hal ini dikarenakan adanya perbaikan jalan
5 Sebab Korang Kena Berhati Hati Kalau Kawan Girlfriend Korang Dari Kelantan Ramai Yg Dah Kena Macam Ni

5 Sebab Korang Kena Berhati Hati Kalau Kawan Girlfriend Korang Dari Kelantan Ramai Yg Dah Kena Macam Ni

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 300 hits
Sesuatu yang menarik untuk dikongsi dalam artikel kali ini adalah berkenaan dengan gadis Kelantan Tidak dinafikan ramai yang berkata gadis cantik selalunya berasal dari Kelantan Satu daerah di Kelantan iaitu Pasir Mas adalah lubuk gadis gad...
Awas Tolong Berhati Hati Jika Ingin Membeli Ketam Jangan Tersalah Pilih Seperti 7 Gambar Di Bawah

Awas Tolong Berhati Hati Jika Ingin Membeli Ketam Jangan Tersalah Pilih Seperti 7 Gambar Di Bawah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 150 hits
Berhati hati ketika anda membeli ketam pada sekarang ini kerana dipercayai terdapat laporan yang mengatakan terdapat lubang jarum di abdomen ketam kerana di khuatiri telah disuntik dan dicucuk dengan air untuk mengekalkan kesegaran dan meni...
Sedarlah Umat Islam

Sedarlah Umat Islam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 78 hits
FILEM Fitna sebuah filem ringkas ahli Parlimen Belanda Geert Wilders itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam Ternyata benar pembikin filem berkenaan menyimpan kebencian yang amat tinggi terhadap Islam dan umatnya Di Malaysia agak menarik...
Ayuh Umat Islam Desak Haramkan Bir Dijual Di Kedai Serbaneka

Ayuh Umat Islam Desak Haramkan Bir Dijual Di Kedai Serbaneka

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 142 hits
Selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan larangan penjualan arak di kedai runcit serbaneka dan kedai ubat Cina pertubuhan bukan kerajaan Islam bersama ahli politik kerajaan serta pembangkang muslim juga perlu bersatu padu menyataka...
Bitcoin Mengemas Kini Paras Tertinggi Sepanjang Masa Bukanlah Penyelesaian Untuk Anda Berhati Hati

Bitcoin Mengemas Kini Paras Tertinggi Sepanjang Masa Bukanlah Penyelesaian Untuk Anda Berhati Hati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 167 hits
Bitcoin telah memperbaharui paras tertinggi sepanjang masa mencecah 68 500 000 setiap syiling hari ini Adakah pertumbuhan akan berterusan sekarang dan apakah pemangkin yang akan mendorong mata wang kripto utama kepada nilai rekod baharu Ins...
8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional