Fakta Perubatan Tentang Bahaya Arak



Wain adalah satu minuman beralkohol dibuat daripada penapaian jus anggur. Keseimbangan kimia semula jadi bagi anggur adalah seperti mereka boleh menapai tanpa tambahan gula, asid, enzim atau nutrien lain. Wain dihasilkan dengan menapai anggur hancur menggunakan pelbagai jenis yis yang memakan gula terdapat dalam anggur dan menukar mereka kepada alkohol. Pelbagai jenis anggur dan ketegangan bagi yis adalah digunakan bergantung pada jenis wain dihasilkan.

Walaupun buah-buahan lain seperti epal dan buah beri boleh juga ditapai, hasil "wain" biasanya dinamakan bersempena buah daripada dihasilkan (sebagai contoh, wain epal atau wain elderberi) dan adalah dikenali pada umumnya sebagai wain buah.

Bir adalah minuman beralkohol tertua di dunia  dan paling meluas diminum  serta minuman ketiga paling disukai keseluruhan selepas air dan teh. Ia dihasilkan melalui mendidih dan penapaian kanji, kebanyakannya diperoleh dari bijirin, biasanya barli malt. Selain itu, gandum, jagung dan beras juga digunakan secara meluas.   

Kebanyakan bir berperisa 'hops' yang menambah kepahitan dan berperanan sebagai pengawet semula jadi, walaupun perisa lain seperti herba atau buah mungkin sekali-sekala digunakan. Minuman beralkohol yang menyuling selepas penapaian atau ditapai daripada sumber tidak berkanji seperti jus anggur (wain) atau madu (wain madu) tidak dikelas sebagai bir.

Vodka, merupakan salah satu daripada arak yang palig popular di dunia. Vodka diperbuat daripada penapaian bahan-bahan seperti bijian, rai, gandum, kentang, anggur, atau gula ubi. Ia bersifat jernih, tidak berbau, dan tawar. Ia merupakan arak neutral yang boleh diadun dan tidak meninggalkan sebarang bau kepada peminum.

Wiski ialah sejenis minuman beralkohol yang disulingkan ditapai dari lecekan bijian. Butir-butir berbeza adalah digunakan untuk jenis-jenis berbeza, termasuk barli, barli malt, rai, malt rai, gandum, dan jagung (jagung). Wiski yang berusia disimpan dalam tong-tong kayu, yang diperbuat umumnya daripada pokok oak putih.

Tequila diperbuat daripada tumbuhan Agav yang banyak ditanam di Mexico. Tequila ialah satu daripada arak-arak yang terpopular di dunia.

Brandy disulingkan dari buah lecek, kebiasaannya anggur. Dikenali Sebagai "fired wain" ia menjadi popular untuk beratus tahun. Brandy disimpan lama di dalam tong-tong oak di mana ia merupakan punca warnanya. Secara tradisinya, ia diminum selepas makan malam dan sering digunakan sering dalam masak-memasak.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, berpadukan WHO Global Status Report on Alcohol 2004, 2 bilion manusia di dunia meminum arak dan 76.3 juta daripadanya mengalami masalah-masalah tertentu (diagnosable alcohol use disorders) berkaitan dengan arak.

Pengambilannya dalam jangka masa yang panjang dapat merosakkan otak buat selama-lamanya. Di camping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan. Di Amerika Syarikat (AS), terdapat 10 sehingga 15 juta penagih arak. Daripada jumlah itu, 4.5 juta adalah dalam kalangan remaja. Jumlah kematian yang disebabkan oleh arak di AS adalah 100 000 orang setiap tahun .

Kebanyakan daripada peminum bir dan wain terdapat di negara-negara Eropah. Arak menjadi sebab musabab kepada 1.8 juta kematian di seluruh dunia dan di Eropah sahaja ia menjadi penyebab kepada 55,000 kematian di kalangan golongan muda berumur antara 15 hingga 29 tahun pada tahun 1999.


Islam membenci arak justeru segala aktiviti yang berkaitan dengan arak dihukum sebagai haram. Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Abu Daud, nabi berkata, "Allah melaknati arak. (Allah juga melaknati) mereka yang meminumnya, yang menuangnya, yang menjualnya, yang memerah anggur (untuk di dijadikan arak), yang membantu memerah anggur itu, pembawanya dan mereka yang menerimanya."

Pada masa dahulu, ramai pakar perubatan berpendapat, arak apabila diminum degan kadar yang sedikit, bermanfaat bagi jantung. Justeru, ramai pakar dalam bidang kardiologi menggalakkan masyarakat meminum wain sebanyak satu hingga dua gelas sehari supaya kesihatan jantung mereka terpelihara.

Namun, kini semakin ramai pakar dan pengkaji mempertikaikan kenyataan ini. Sebagai contoh, June Russel, seorang pendidik kesihatan dan penulis, banyak mengkaji berkenaan bahaya arak. Dalam artikel beliau bertajuk Deception in Reporting About Alcohol, beliau mendedahkan, pihak media semasa melaporkannya secara yang lengkap. Laporan media sering kali mengabaikan laporan yang menunjukkan minuman arak yang sedikit walaupun tidak begitu berbahaya, namun ia tetap menjejaskan kesihatam seseorang.

Sebenarnya, bukan alkohol yang menyihatkan jantung. Sebaliknya, bahan flavonoid yang diperoleh daripada buah­ buahan digunakan bagi menyediakan arak. Oleh itu, cara yang lebih selamat bagi menyihatkan jantung adalah dengan memakan sayur-sayuran dan buah­buahan seperti bawang, anggur dan epal yang kaya dengan flavonoid, bukannya meminum arak."

Mengikut satu kajian yang dilaporkan dalam British Medical Journal, minuman arak walaupun dengan kadar segelas setiap hari, mengingkatkan risiko seseorang mengidap kanser mulut, kerongkong dan esofagus. Di samping itu, mengikut American Heart Association pada tahun 2001, setiap minuman memberi kesan negatif kepada otak iaitu otak akan menjadi kecil.

Pada bulan Januari 2002, jurnal New England Journal of Medicine melaporkan, minuman arak mampu mengurangkan risiko serangan penyakit jantung. Namun dala Sidang Pengarang jurnal yang sama, Dr. Ira Goldberg (M.D.) mendedahkan mereka yang terlibat dalam kajian ini adalah golongan yang rajin berseam, banyak mengambil vitamin E, kurang mengambil lemak berbahaya dan tidak menghidap penyakit kencing manis. Justeru, besar kemungkinan, kesihatan mereka yang baik adalah disebabkan oleh faktor-faktor ini dan bukannya berpunca daripada pengambilan alkohol.

Hal ini diperkukuhkan lagi oleh pakar-pakar dari Universiti Auckland. BBC News Online bertarikh 2 Disember 2005, di bawah tajuk Alcohol's Health Doubted melaporkan kemudaratan berpunca daripada arak adalah lebih banyak daripada kebaikannya. Penemuan ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr. Rod Jackson dan rakan-rakannya dari Universiti Auckland. 
Mereka menegaskan, meminum wain sebanyak satu ataupun dua gelas sehari tidak lagi boleh dianggap satu idea yang baik. Walaupun kajian-kajian yang dilakukan pada tahun 1970-an dan 80-an menunjukkan ia bermanfaat bagi jantung namun penemuan terkini menunjukkan kemudaratannya adalah lebih besar daripada kemanfaatannya.

Pada bulan November, 2001, Institut Kebangsan Penyalahgunaan Alkohol dan Alkoholisme AS melaporkan, kerosakan dan kerugian berpunca daripada penggunaan alkohol berjumlah AS$185 bilion setahun. 
Di Britain pula, BBC News bertarikh 17 Ogos, 2001 melaporkan peratus wanita yang mengambil alkohol melebihi kadar yang diizinkan meningkat sebanyak 50 peratus dalam mass 10 tahun. Golongan remaja yang berumur antara 11 sehingga 15 tahun didapati meminum alkohol dua kali lebih banyak dibandingkan dengan tahun 1990.

Laporan itu juga menunjukkan, setiap seorang daripada empat orang lelaki dan setiap seorang daripada tujuh orang wanita di Britain meminum alkohol melebihi kadar yang diizinkan. 
Kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rakyat kerana kerosakan dan masalah yang timbul daripada pengambilan arak ini berjumlah lebih kurang tiga bilion pound sterling setiap tahun. Majalah Time edisi 28 Januari, 2002 pula melaporkan; satu perlima daripada remaja yang berumur antara 15 sehingga 16 tahun di Britain pernah mabuk sebanyak tiga kali dalam mass sebulan.

BBC News bertarikh 24 Mei 2001 melaporkan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Men's Health Forum di Britain, Dr. Ian Bank, yang menyatakan, statistik yang mengaitkan alkohol dengan perbuatan membunuh diri, jenayah, kemalangan, tindakan ganas serta masalah kesihatan adalah menggerunkan. 
Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Pengerusi Pertubuhan Kaunselor Kaunselor Penyalahgunaan Alkohol dan Dadah Kebangsaan di Britain, Rosa Della-Tolla, yang menegaskan banyak yang memfokuskan berkenaan bahaya dadah dan melupakan alkohol.
 
Sedangkan kesan negatif hasil daripada penyalahgunaan alkohol lebih besar daripada dadah. Masalahnya, pengambilan alkohol diterima sebagai sesuatu yang biasa dalam masyarakat, sedangkan kesan pengambilannya lebih teruk. Sehubungan itu, Islam tidak membenarkan arak sama sekali dan tidak menganggapnya sebagai penawar walaupun terdapat sedikit kebaikan padanya. Namun, kemudaratannya lebih besar daripada kebaikan.
 
Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 219: "Dan, mereka bertanya kamu berkenaan arak dan judi. Katakanlah, pada kedua-duanya ada banyak keburukan dan beberapa kebaikan, namun keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya."

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/gbc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah Saw Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi

Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah Saw Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 652 hits
Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah SAW Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi Bukti bahwa hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah disabdakannya 1400 tahun yang lalu telah terkuak Sebahagian bergembira terhadap fe...
Fakta Tentang Setiu Dan Setiu Wetlands

Fakta Tentang Setiu Dan Setiu Wetlands

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 330 hits
Fakta tentang Setiu dan Setiu Wetlandsmempunyai 9 ekosistem161 spesis burung49 spesis rama rama36 reptilia33 spesis pokok bakau29 spesis mamalia
Fakta Tentang Hajar Aswad

Fakta Tentang Hajar Aswad

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 326 hits
Sebuah batu bundar yang berwarna hitam dan berlubang terletak di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam antara Hajar Aswad
Fakta Menarik Tentang Filem Santet Black Magic

Fakta Menarik Tentang Filem Santet Black Magic

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 342 hits
Kalau diikutkan tidak sampai seminggu sahaja lagi filem Santet Black Magic akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia Singapura dan Brunei iaitu pada 25 Oktober ini Filem arahan Helfi Kardit itu mengisahkan tentang sebuah keluarga yang pu...
6 Fakta Kenapa Bahaya Tidur Dalam Kereta Anda Wajib Tahu

6 Fakta Kenapa Bahaya Tidur Dalam Kereta Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 501 hits
Melalui perjalanan jauh ada pemandu yang akan berhenti di mana mana hentian rehat atau di tepi jalan untuk melelapkan mata apabila terasa letih Gambar hiasan Jika anda mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan mu...
15 Fakta Dan Biodata Tentang Khabib Nurmagomedov Juara Ufc

15 Fakta Dan Biodata Tentang Khabib Nurmagomedov Juara Ufc

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 681 hits
Tahniah diucapkan kepada Habib Nurmagomedov kerana memenangi pertarungan UFC menentang Connor Mcgregor yang terkenal dengan mulut yang lancang dan provokasi Pertarungan antara Habib Nurmagomedov dan Connor Mcgregor juga antara pertarungan b...
Beberapa Fakta Tentang Kematian

Beberapa Fakta Tentang Kematian

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 304 hits
Berikut adalah sejumlah fakta tentang kematian yang terjadi di seluruh dunia 1 Dalam waktu tiga hari setelah kematian enzim enzim yang dicerna setelah makan malam akan mulai makan tubuh mayat Ruptur sel menjadi makanan bakteri untuk hidup d...
Pemakaian Eyelash Extension Bahaya Wuduk Tak Sah Pakar Bedah Mata Prof Dr Muhaya

Pemakaian Eyelash Extension Bahaya Wuduk Tak Sah Pakar Bedah Mata Prof Dr Muhaya

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 281 hits
Bagi kaum wanita kesihatan dan kecantikan amat penting dalam membentuk peribadi mereka Tidak hairan lah mereka mengambil masa yang lama untuk bersiap Antara kecantikan yang mereka sering gunakan adalah dengan pemakaian eyelash extension dem...
Bahaya Makanan Bergoreng Terhadap Kesihatan

Bahaya Makanan Bergoreng Terhadap Kesihatan

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 534 hits
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Makanan bergoreng adalah makanan paling popular di kalangan masyarakat melayu khususnya Bayangkan berpuluh tahun kita dihidangkan dengan masakan bergoreng dari pagi seperti nasi goreng cekodok goreng ...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup