Fakta Menarik Washington Blueberry Respipi Fresh Buah Blueberry



Blueberry sejenis buahan yang saiznya kecil dan berwarna gelap, tapi siapa sangka blueberry ni mempunyai banyak kelebihan pada tubuh badan kita sehingga digelar superfood. Blueberry biasanya digunakan sebagai penyedap kek dan manisan, rupa-rupanya buah ini tinggi dengan antioksida yang berperanan melambatkan pertumbuhan sel kanser. Semakin gelap warna beri, semakin tinggi kandungan phytochemical dan lebih baik untuk kesihatan

FAKTA MENGENAI BLUEBERRY YANG PERLU KORANG TAHU
1. Washington, Amarika Syarikat merupakan pengeluar & penghasil utama (terbesar) blueberry di dunia adalah Washington, Amerika Syarikat. 

2. Buah blueberry mempunyai pelbagai khasiat dan dikatakan sebagai buah 'super' yang memberikan banyak manfaat sebagai anti penuaan, anti oksida, mencegah jerawat, menyuburkan akar rambut, melambatkan pertumbuhan uban dan banyak lagi

3. Satu cawan Blueberry Washington mempunyai 80 kalori setiap hidangan

4. Blueberry rendah lemak dan natrium

5. Blueberry Washington mempunyai fitonutrien yang disebut polifenol. Kumpulan ini merangkumi antosianin, yang merupakan sebatian yang memberikan warna biru kepada blueberry tersebut
Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri mengesyorkan agar kita menyertakan semua warna buah dan sayuran untuk memanfaatkan fitonutrien mereka sepenuhnya. Blueberry adalah pilihan tepat untuk mendapatkan pilihan warna ungu biru dalam makanan anda.

6. Blueberry Washington adalah sumber Vitamin C yang baik dan tinggi mangan
Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pengembangan tisu dan mendorong penyembuhan luka.Mangan pula dapat membantu tubuh kita untuk memproses kolesterol dan nutrien seperti karbohidrat dan protein.
7. Blueberry juga merupakan sumber fiber makanan yang sangat baik, dengan hanya 1 cawan blueberry memberikan 3.6 gram fiber
1 Serat makanan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.Dengan menambahkan lebih banyak blueberry dalam makanan kita ia akan membantu mempercepatkan rasa kenyang.

8. Buah blueberry segar sebenarnya hanya dihasilkan pada musim panas. Walaupun begitu, blueberry beku Washington tersedia sepanjang tahun yang menjadikannya mudah untuk digunakan
Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk dan mencairkannya apabila anda ingin menggunakannya.Malah penyelidikan menunjukkan bahawa anda mungkin mendapat peningkatan antioksidan tambahan jika blueberry beku dimakan dalam masa 3 bulan dari pembekuan.Penyelidikan di South Dakota State University menunjukkan bahawa blueberry yang dibekukan menjadikan antioksidan bertambah lebih banyak dan sangat bermanfaat untuk tubuh manusia. Ini kerana anthocyanin, sebatian antioksidan yang menjadikan blueberry berwarna biru terdapat di kulit buah beri. Apabila beku, kristal ais kecil mengganggu struktur sel yang seterusnya memudahkan sistem kita mengakses antosianin yang terdapat di dalam kulit.Blueberry beku Washington adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan blueberry di Malaysia, walaupun ia tidak sesuai musim. Kualiti pemakanan blueberry dijaga dengan baik semasa beku.
CARA NIKMATI KHASIAT BLUEBERRY DALAM SETIAP HIDANGAN

Tambahkan blueberry Washington ke bijirin, gandum , smoothie atau salad.Masukkannya sedikit blueberry pada muffin, penkek, roti.Blueberry mampu dijadikan bahan penambah rasa yang enak dalam bebola daging, roti burger buatan sendiri dan bebola daging. Ini membantu anda mengurangkan penggunaan banyak daging dalam resipi anda.Boleh di jadikan sebagai snek harian anda.Gunakan blueberry Washington untuk memasak sos untuk makanan utama anda atau sebagai bahan pencicah.Taburkan sedikit blueberry Washington ke atas yogurt greek atau yogurt beku yang sejuk untuk mendapatkan snek yang sihat dan lazat.Berikut adalah 2 resipi berkaitan dengan Blueberry Washington yang dikongsikan oleh Ms Indra Balaratnam (Consultant Dietitian) :
RESIPI 1 : WASHINGTON BLUEBERRY REHYDRATOR

Saiz Hidangan :1 orang
Bahan-bahan:½ cawan Blueberry Washington jenis sejuk beku250 ml air kelapa1 pisang sejuk beku (kecil) atau ½ pisang sejuk beku (besar)
Cara masak :1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar smoothie 2. Kisar bahan tadi hingga rata 3. Hidangkan sejuk
Analisis Nutrien (setiap hidangan):✔ Kalori: 160✔ Protein: 3g✔ Jumlah lemak: 1 g✔ Lemak tepu: 0g✔ Karbohidrat: 38g✔ Serat makanan: 7g✔ Kolesterol: 0mg✔ Natrium: 254 mg✔ Vitamin C: 20mg✔ Vitamin A: 92 IU✔ Kalsium: 66mg✔ Besi: 1.1mg
RESPIPI 2 : WASHINGTON BLUEBERRIES WHOLEWHEAT WAFFLES

Saiz Hidangan :6 wafel segi empat tepat bersaiz standard
Bahan-bahan:1 cawan Blueberry Washington sejuk beku1 ½ cawan tepung atta (tepung gandum)3 sudu teh serbuk penaik½ sudu teh garam340 ml susu rendah lemak2 biji telur - dipukul rata3 sudu besar minyak masak sayur2 sudu besar kacang almond
Cara Masak :1. Masukkan telur yang telah dipukul, susu rendah lemak dan minyak sayuran ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung atta (tepung gandum), serbuk penaik dan garam
3. Adun campuran tepung atta ke dalam campuran telur hingga digabungkan menjadi sebati adunan halus
4. Campurkan kacang badam ke dalam adunan5. Kacau perlahan-lahan dalam 1 cawan blueberry Washington sejuk beku. Pastikan jangan kacau terlalu kuat untuk elakkan blueberry hancur6. Panaskan acuan wafel mengikut suhu yang ditetapkan pada arahan
7. Tuangkan adunan yang cukup ke dalam acuan wafel yang telah dipanaskan dan masak hingga coklat keemasan

Analisis nutrien (setiap wafel segi empat tepat):✔ Kalori: 238✔ Protein: 8g✔ Jumlah lemak: 11g✔ Lemak tepu: 2g✔ Karbohidrat: 29g✔ Serat makanan: 4g✔ Kolesterol: 59mg✔ Natrium: 244mg✔ Vitamin C: 1mg✔ Vitamin A: 200 IU✔ Kalsium: 201mg✔ Zat besi: 2mg

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2020/09/fakta-menarik-washington-blueberry.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blueberry Washington Segar Vs Blueberry Beku Yang Mana Lebih Baik

Blueberry Washington Segar Vs Blueberry Beku Yang Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 456 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Kalau korang ada buah blueberry apa yang korang akan buat kepada buat tersebut adakah dimakan segar begitu sahaja atau dijadikan produ...
Khasiat Dan Resipi Enak Menggunakan Blueberry Washington

Khasiat Dan Resipi Enak Menggunakan Blueberry Washington

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 324 hits
Khasiat Dan Resipi Enak Menggunakan Blueberry Washington Assalamualaikum semua Sejak sejak berat badan dah naik ni sis dah mula mengambil berat mengenai pemakanan sis Ye la dulu main hentam je makan tapi bila dah gemuk barulah rasa menyesal...
8 Fakta Menarik Tom Cruise Aktor Gaek Yang Masih Akan Terus Dipuja Penggemarnya

8 Fakta Menarik Tom Cruise Aktor Gaek Yang Masih Akan Terus Dipuja Penggemarnya

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 233 hits
Ternyata Tom Cruise sempat dilarang beli mobil karena nggak bisa membuka pintunya
Nikmati Kebaikan Washington Blueberries

Nikmati Kebaikan Washington Blueberries

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 182 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai kebaikan Washington Blueberr...
The World Of The Married 1 Ini Antara K Drama Yang Menarik Di Netflix

The World Of The Married 1 Ini Antara K Drama Yang Menarik Di Netflix

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 443 hits
Dengan harga serendah RM17 pelanggan pelanggan Netflix dapat menikmati banyak kandungan menarik dari serata dunia termasuklah drama drama popular Korea Antara drama Korea yang boleh distrim di Netflix termasuklah It s Okay to Not Be Okay Me...
Kakak Pecah Rahsia Pu Riz Sedondon Dgn Keluarga Neelofa Pada Majlis Kahwin Jadi Buah Mulut

Kakak Pecah Rahsia Pu Riz Sedondon Dgn Keluarga Neelofa Pada Majlis Kahwin Jadi Buah Mulut

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 622 hits
Adik lelaki Neelofa Mohamed Aqief telah pun selamat bergelar suami kepada permaisuri hatinya Aina Syahira pada Ahad Dirai dalam suasana meriah dengan kehadiran tetamu keluarga kedua belah pihak majlis tersebut turut diserikan dengan persemb...
Avalon Fresh Pilih Malaysia Sebagai Hab Eksport Asia Tenggara

Avalon Fresh Pilih Malaysia Sebagai Hab Eksport Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 387 hits
Avalon Fresh penanam organik dari Mexico sedang membuat penerokaan pertama di luar Amerika Syarikat dengan menjadikan Malaysia sebagai hab eksport di Asia Tenggara berikutan kedudukannya yang agak strategik Pengarah Operasi Antarabangsa Pat...
Tempat Menarik Di Dabong Kelantan

Tempat Menarik Di Dabong Kelantan

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 1317 hits
Tempat Menarik Di Dabong Kelantan Salam Seperti yang kita semua sedia maklum negara kita tengah dilanda darurat akibat virus covid19 yang merebak diseluruh negara lantas PKP dikuatkuasa bermula daripada bulan Mac dan selama beberapa bulan n...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun

Ptti Meraikan Pelajar Spm Cemerlang