Blueberry Washington Segar Vs Blueberry Beku Yang Mana Lebih Baik
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kalau korang ada buah blueberry apa yang korang akan buat kepada buat tersebut adakah dimakan segar begitu sahaja atau dijadikan produk lain seperti jem, tart atau sebagainya. Kalau Maha buah import ini selalu tidak makan begitu sahaja mungkin Maha akan letakkan sebagai hiasan di atas kek atau juga dalam makanan tambahan penyedap rasa pada oat dan minuman smoothies.
Maha selalu beli adalah buah Blueberry Washington yang banyak ditanam di Washington State, Amerika Syarikat. Ia adalah antara daerah pengeluar buah blueberry terbesar di Amerika Syarikat. Sekarang buah blueberry ni ada banyak dijual dipasaran Malaysia sama ada dalam bentuk segar atau juga sejuk beku. Ini kerana buah Blueberry Washington dihasilkan pada musim panas sahaja maka mereka juga membekukan buah ini untuk dapat dinikmati sepanjang masa sepanjang tahun.
Blueberry Segar vs Blueberry Beku
Mungkin korang tertanya apa perbezaan antara Blueberry Washington segar atau juga blueberry yang beku. Sebanarnya mana-mana sahaja yang korang ambil waima ia blueberry segara atau beku khasiat tetap masih sama. Penyelidikan menunjukkan bahawa korang yang memakan blueberry beku dapat peningkatan antioksidan tambahan jika ia dimakan dalam masa 3 bulan dari tempoh pembekuannya.
Penyelidikan di South Dakota State University ada menunjukkan bahawa blueberry beku menjadikan antioksidan didalamnya bertambah kuat. Ini kerana anthocyanin iaitu sebatian antioksidan terdapat pada kulit buah blueberry yang berwarna biru. Apabila buah ini beku, kristal ais kecil mengganggu struktur sel yang seterusnya memudahkan sistem badan manusia mengakses antosianin yang terdapat di dalam kulit buah blueberry ini.
Hebat tak Maha wakakaka ini semua hasil pembacaan dan pencarian yang Maha buat di internet terhadap buah blueberry ini. Sebab Maha suka makan buah ini. Selain tu juga, buah ini ada banyak khasiat seperti mana yang di nyatakan oleh pakar Dietitian, Ms Indra Balaratnam. Menurut beliau satu cawan Blueberry Washington hanya mempunyai 80 kalori dalam setiap hidangan dan ia sangat rendah lemak serta natrium.
Blueberry Washington mempunyai fitonutrien yang disebut polifenol. Kumpulan ini merangkumi antosianin, yang merupakan sebatian yang memberikan warna biru kepada kulit blueberry. Jadi sebab itu banyak pakar kulinari lebih gemar menggunakan warna asal dari kulit buah blueberry ini dalam semua jenis masakan dan makanan mereka. Selain khasiat ia juga adalah warna yang semulajadi.
Dalam Blueberry Washington ia mengandungi Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pengembangan tisu dan mendorong penyembuhan luka. Kemudian ia juga mengandungi Mangnasia membantu tubuh memproses kolesterol dan nutrien seperti karbohidrat dan protein. Ia juga adalah sumber serat makanan yang baik untuk tubuh. 1 cawan blueberry memberikan 3.6 gram serat. Ia Serat makanan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan menambahkan sebahagian besar makanan selera makan korang.
Resipi Sihat Dengan Menggunakan Blueberry Washington
Macam Maha bagi tahu sebelum ni kalau korang tak boleh nak makan buah blueberry segar macam tu sahaja korang boleh hasilkan beberapa resipi makanan yang sihat yang korang boleh gunakkan. Kat sini Maha nak kongsikan dua resipi yang di ajar oleh pakar nutrisi untuk korang sama-sama dapat kebaikan blueberry ni.
Resipi pertama WASHINGTON BLUEBERRY REHYDRATORServes: 1 person
Bahan-bahan:½ cawan blueberry Washington beku250 ml air kelapa1 pisang beku kecil atau ½ pisang beku besar
Kaedah penyediaan:• Masukkan semua bahan ke dalam pengisar smoothie• Kisar hingga rata• Hidangkan sejuk
Analisis Nutrien (setiap hidangan):Kalori: 160Protein: 3gJumlah lemak: 1 gLemak tepu: 0gKarbohidrat: 38gSerat makanan: 7gKolesterol: 0mgNatrium: 254 mgVitamin C: 20mgVitamin A: 92 IUKalsium: 66mgBesi: 1.1mg
Resipi kedua pua adalah WASHINGTON BLUEBERRIES WHOLEWHEAT WAFFLESServe: 6 standard-size rectangular waffles
Bahan-bahan:1 cawan Blueberry Washington beku1 ½ cawan tepung atta (tepung gandum)3 sudu teh serbuk penaik½ garam teh340 ml susu rendah lemak2 biji telur - dipukul rata3 sudu besar minyak masak sayur2 sudu besar kacang almond
Kaedah penyediaan:• Masukkan telur yang telah dipukul, susu rendah lemak dan minyak sayuran ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.• Dalam mangkuk lain, campurkan tepung atta (tepung gandum utuh), serbuk penaik dan garam.• Lipat campuran tepung atta ke dalam campuran telur hingga digabungkan menjadi adunan halus.• Campurkan kacang almond• Kacau perlahan-lahan dalam 1 cawan blueberry beku. (Petua: Jangan terlalu banyak memasukkan blueberry ke dalam adunan, sebaliknya blueberry akan tumbuk)• Ikuti arahan pemanasan pada pembuat wafel anda.• Tuang adunan secukupnya ke dalam besi wafel yang telah dipanaskan hingga masak hingga kekuningan.
Analisis nutrien (setiap wafel segi empat tepat):Kalori: 238Protein: 8gJumlah lemak: 11gLemak tepu: 2gKarbohidrat: 29gSerat makanan: 4gKolesterol: 59mgNatrium: 244mgVitamin C: 1mgVitamin A: 200 IUKalsium: 201mgZat besi: 2mg
Selain itu juga buah blueberry ini memang cukup popular di negara asalnya kerana ia boleh dinikmati dalam pelbagai cara mereka sendiri. Korang boleh tambahkan blueberry ini dalam minuman, roti, kek dan juga smoothie. Ada juga mereka menggunakan buah blueberry ini untuk memasak sos dalam makanan utama atau sebagai perapan daging tanpa lemak. Ada juga yang membuat ramuan tambahan dalam bebola daging dan roti burger buatan sendiri. Ini membantu mengurangkan penggunaan banyak daging dalam resipi tersebut.
Apa lagi cara yang korang gunakan untuk nikmati buah Blueberry Washington ni selain daripada makan segar. Boleh korang kongsikan kat sini mana tahu nanti ia dapat memberikan idea kepada orang lain yang membacanya. Maha mungkin akan letak dalam minuman sebagai perasa dan juga pewarna kerana ia memberikan warna biru yang gelap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/09/blueberry-washington-segar-vs-blueberry.html