Buat peminat Marvel, Adajew Dotnet rangkumkan 7 fakta menarik mengenai perancangan Marvel dalam ‘Phase 4’ termasuklah senarai filem yang akan membuatkan ramai teruja untuk menontonnya seawal tahun hadapan
Untuk Phase 4, suka untuk kami senaraikan terlebih dahulu filem dan drama bersiri adiwira-adiwira kelahiran Marvel. Kami pasti ada diantara senarai ini sudah terlebih dahulu hangat diperkatakan dan ada juga yang pertama kali baru mendengarnya
Melengkapkan khabar angin sebelum ini, pelakon Angelina Jolie secara rasminya telah menyertai MCU menerusi filem The Eternal. Biarpun begitu, Jolie tidak akan memegang watak sebagai Sersi sebaliknya akan memegang watak sebagai Thena, yang mempunyai kebolehan ‘telepati, Teleportation, Psychokinesis, Superhuman speed, Explosion, Mind Control’
Satu lagi berita yang mengejutkan yang mana Natalie Portman akan kembali semula dalam MCU sebagai Jane Foster. Bukan itu sahaja, Natalie juga akan menjadi sebagai ‘Thor Perempuan’ barangkali akan turut dikenali sebagai Lady Thor
Sebelum ini, pihak Marvel telah mengumumkan filem-filem akan datang adalah Black Panther 2, Guardians of The Galaxy 3 dan Captain Marvel 2. Namun ketika pengumuman rasmi dibuat, filem-filem ini tidak kelihatan dalam senarai sekaligus menjadi tanda tanya buat peminat. Namun begitu menurut pihak Marvel, filem-filem ini termasuk X-Men dan Fantastic Four sudah pasti akan diterbitkan namun tarikhnya tidak dapat dipastikan dan kemungkinan juga akan termasuk di dalam Phase 5. Jika Ya, kita mungkin akan dapat menonton filem-filem ini pada 3 tahun lagi

Malah lebih mengujakan di dalam drama Hawkeye, watak anak perempuannya, Kate Bishop akan turut dikembangkan
Merealisasikan impian peminat untuk melihat lebih banyak aksi Wanda atau lebih dikenali sebagai Scarlet Witch, pihak Marvel telah menjadikan adiwira ini sebagai salah seorang hero utama disisi Dr Strange yang akan diperlihatkan menerusi filem Dr Strange kedua, Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Dengan kuasa kedua-dua adiwira ini, sudah pasti ianya merupakan satu gabungan yang cukup hebat
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |