8 Idea Untuk Menjadikan Balkoni Rumah Lebih Menarik
8 IDEA UNTUK MENJADIKAN BALKONI RUMAH LEBIH MENARIK - Ruang balkoni yang juga dikenali sebagai ruang beranda, merupakan ruang yang selalu diabaikan oleh kebanyakan pemilik rumah.
Bagi rumah jenis pangsapuri, ruang yang kecil dan memanjang seringkali dijadikan tempat untuk meletakkan ampaian kain sahaja. Ramai yang masih tidak sedar yang ruang ini juga boleh dijadikan satu ruang yang menarik dan selesa jika dihias dengan betul.
Jadi, Auni akan kongsikan beberapa idea yang telah Auni temui tentang hiasan dan reka bentuk untuk menjadikan ruang balkoni lebih menarik dan praktikal. Auni pasti, selepas melihat kompilasi gambar dikongsikan di bawah, kamu pasti tidak sabar hendak memulakan ‘projek hias balkoni’ dengan segera. Selamat mencuba!
SUMBER
1. RUANG UNTUK TAMAN HERBA MINI
Bagi pemilik rumah yang suka bercucuk tanam, kamu boleh memulakan projek taman herba mini di balkoni rumah kamu. Gunakan rak bertingkat dan rapatkan rak tersebut ke dinding untuk menjimatkan ruang
SUMBER
BACA : 11 Small Kitchens That Are Both Stylish And Functional
2. RUANG BERMAIN UNTUK SI KECIL
Jadikan ruang balkoni sebagai ruang untuk anak-anak berkarya dan bermain. Selain dapat menikmati udara segar, pencahayaan yang sempurna juga baik untuk mereka. Namun, kamu harus ada bersama mereka sepanjang masa untuk memastikan agar keselamatan mereka terjamin.
SUMBER
3. RUANG 'OUTDOOR' UNTUK KUCING KESAYANGAN
Sesetengah pengurusan rumah pangsa memberi kebenaran pada penduduk untuk membela haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan arnab. Tetapi, kebiasaannya haiwan peliharan tersebut tidak dibenarkan dibawa ke kawasan umum. Jadi, hiaskan ruang balkoni kamu dengan pokok hiasan dan tempat tidur untuk mereka menikmati udara segar.
SUMBER
4. RUANG TAMU TAMBAHAN
Biasanya, lantai balkoni akan dibina pada paras yang lebih rendah daripada lantai ruang tamu. Namun, kamu boleh mendapatkan khidmat renovation contractor untuk menambah platform untuk sebahagian daripada lantai balkoni itu agar ia berada paras yang sama dengan lantai ruang tamu. Hiaskan lantai ‘baru’ itu, buka pintu gelangsar seluas-luasnya, dan kamu akan mendapat ruang tamu yang jauh lebih besar daripada sebelum ini.
SUMBER
5. RUANG REHAT DI LUAR RUMAH
Jika kamu gemarkan tumbuh-tumbuhan hijau, jadikan ruang balkoni kamu sebagai sebuah taman. Gantung pokok hiasan di dinding, dah letakkan kerusi empuk untuk kamu dan pasangan meluangkan masa berkualiti bersama. Ruang ini juga boleh dijadikan ruang santai untuk melayan tetamu yang hadir pada hujung minggu.
SUMBER
6. RUANG MAKAN ALFRESCO
Jika sebelum ini kamu hanya berpeluang menikmati alfresco dining experience di restoran, kini kamu boleh menjadikan balkoni rumah umpama sebuah ruang makan alfresco atau terbuka. Cari set meja makan yang sesuai dengan saiz balkoni kamu, dan hiaskan ruang tersebut dengan aksesori mengikut tema kesukaan kamu.
SUMBER
7. RUANG MEDITASI DAN YOGA
Bagi pemilik rumah yang sudah lama mengidamkan ruang untuk bermeditasi dan melakukan yoga, jadikan ruang balkoni sebagai tempat khas untuk aktiviti ini. Tambah pokok kecil dan hiasan lain yang boleh membantu kamu untuk relaks. Namun, pastikan kamu masih mempunyai ruang lantai yang cukup untuk menghampar tikar yoga milik kamu
SUMBER
8. RUANG MEMBACA
Bagi si ulat buku pula, untuk memiliki ruang khas untuk membaca buku adalah satu impian. Jadikan balkoni di rumah kamu sebagai ruang khas untuk membaca dengan meletakkan kerusi empuk dan bantal kecil agar ruang itu lebih selesa. Bagi memastikan ruang itu tetap boleh digunakan pada waktu malam, pastikan ia mempunya pencahayaan yang cukup dengan menambah lampu bacaan atau lampu hiasan yang terang
SUMBER
BACA : Six Ways to Light Every Room in Your House
HIAS RUANG BALKONI RUMAH KAMU
Perkongsian di atas hanyalah beberapa idea menarik yang boleh kamu cuba untuk menjadikan balkoni kamu lebih menarik dan praktikal. Selain memilih reka bentuk yang sesuai dengan keperluan dan tema yang kamu gemari, kamu juga harus menitik-beratkan ciri keselamatan penghuni rumah kamu. Contohnya, jika kamu menjadikan balkoni itu sebagai ruang bermain untuk anak kamu, pastikan ia mempunyai susur atau railing yang tinggi dan tidak boleh dipanjat.
Untuk tidak memeningkan kepala kamu, dapatkan saja khidmat nasihat secara percuma daripada Malaysian interior designer yang berdaftar di Recommend.my untuk membantu anda mereka balkoni idaman anda. Kongsi maklumat ringkas tentang rumah kamu dan terima maklum balas serta sebut harga secara percuma dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aunidenovella.blogspot.com/2018/01/8-idea-untuk-menjadikan-balkoni-rumah-lebih-menarik.html