Fakta Bukan Auta Dap Kuasai Kerajaan Jika Anwar Jadi Pm Telah Tertolak Dengan Sendirinya


 
Termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan, barisan kabinet yang diumumkan semalam adalah berjumlah 28 orang.
Daripada jumlah tersebut, 8 daripada PKR, 6 daripada UMNO, 4 daripada DAP, 3 daripada PBB (Sarawak), 2 daripada Amanah, 1 masing-masing daripada UPKO, PDP, PRS dan GRS, manakala seorang tidak berparti (Menteri Hal Ehwal Agama).
Mengikut kaum pula, 16 menteri yang dilantik adalah Melayu, 5 Cina, 1 India dan lain-lain iaitu mewakili Sabah dan Sarawak seramai 6 orang.
Dengan kedudukan ini, sususan kabinet yang dibentuk Anwar itu secara langsung menampakkan wajah Malaysia yang sebenar iaitu Melayu sebagai kaum majoriti menguasai kedudukan paling banyak dalam kerajaan sambil dibantu oleh kaum-kaum lain.

Sebagaimana Anwar sebagai seorang pemimpin Melayu yang kekal dengan jiwa Melayunya, perjuangannya yang ingin menjaga kepentingan semua kaum dengan adil sebagaimana kerap dilaungkannya selama ini, ia terserlah dengan sendirinya melalui sususan kabinet yang diumumkannya.
Yang penting, orang Melayu akan gembira dan tiada lagi rasa curiga mereka terhadap kerajaan ini, begitu juga dengan kaum Cina, India dan lain-lain yang turut mendapat tempat masing-masing.
Apabila jawatan timbalan menteri dan GLC diisi tidak lama lagi, bermakna lebih ramai daripada Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain bakal mendapat kedudukan yang sewajarnya.
Melalui susunan kabinet yang dilihat mampu menggembirakan semua orang, Anwar juga dalam masa yang sama telah menutup tanggapan jahat selama ini, terutama oleh Pas yang mendakwa apabila PH menjadi kerajaan, maka kaum Cina dan parti DAP akan menguasai segala-galanya.
Realitinya, Melayu tetap dominan dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar ini.
Pas dan Hadi Awang dengan kegemaran meniupkan sentimen kaum dan agama, tanpa memikirkan dosa serta neraka, dengan tujuan untuk mengaut laba politik dunia semata-mata, yang nyata akan “mati kutu” selepas ini.
Ruang untuk mereka terus membakar api politik berasaskan mainan isu kaum dan agama, bakal menyempit dan akan mati secara perlahan-lahan lama-kelamaannya.
Kalau pun ada kesedihan lain dalam hati pimpinan Pas, selain disebabkan hilang gaji dan jawatan dengan terbentuknya kerajaan perpaduan ini, ia tidak lain ialah kerana lorong perjuangan masa depan parti itu untuk terus memutar-belitkan fakta sambil menyelitkan hujah-hujah agama ternampak mulai tertewas dengan kebijaksanaan Anwar dalam percaturannya. – ShahbudinHusin 03/12/2022.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/fakta-bukan-auta-dap-kuasai-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Kerajaan Dap Umno Pula Cuba Tipu Rakyat Perak Akar Umbi Parti

Mb Kerajaan Dap Umno Pula Cuba Tipu Rakyat Perak Akar Umbi Parti

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 194 hits
agendaily com27 11 2022ADUN Kota Tampan Datuk Haji Saarani Mohamad gembila mendapat kerusi Menteri Besar kerajaan DAP UMNO Perak Menteri Besar kerajaan DAP UMNO Datuk Seri Haji Saarani Mohamad mendakwa beliau terpaksa membentuk kerajaan neg...
Pm 10 Anwar Yakin Bentuk Kerajaan

Pm 10 Anwar Yakin Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 188 hits
PM 10 Anwar yakin bentuk kerajaanPosted By on November 22 2022Spekulasi perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke 10 di antara calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PN Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin bertiup kencang Petang...
No Anwar Dap Bersatu Hanya Untuk Hadapi Pru15 Zahid

No Anwar Dap Bersatu Hanya Untuk Hadapi Pru15 Zahid

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 215 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 29 2022 11 02 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak khususnya anggota parti agar memahami bahawa prinsip menolak sebarang kerjasama dengan Presden PKR Anwar Ibrahim parti DAP dan Bersatu sebe...
Haji Wan Rosdy Mb Kerajaan Umno Dap Pahang

Haji Wan Rosdy Mb Kerajaan Umno Dap Pahang

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 247 hits
agendaily com27 11 2022Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail adalah Menteri Besar kerajaan UMNO DAP Pahang Seperti yang dijangkakan UMNO Pahang memilih mengkhianati akar umbi parti itu apabila bekerjas...
Anwar Perlu Diberi Peluang Bentuk Kerajaan Tidak Perlu Sd Ahli Parlimen

Anwar Perlu Diberi Peluang Bentuk Kerajaan Tidak Perlu Sd Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 245 hits
FAIZ FADZILSelepas PRU 15 berlaku situasi kali pertama di dalam negara iaitu Parlimen tergantung Ini bermaksud tidak ada mana mana blok parti politik memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan Maka untuk memastikan kerajaan terbentuk part...
Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Dengan Bn Tak Bincang Kes Mahkamah

Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Dengan Bn Tak Bincang Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 198 hits
MalasiakiniPengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim yakin dia akan berjaya membentuk dan mengetuai kerajaan perpaduan dengan sokongan BN Katanya walaupun BN belum membuat keputusan dia berpuas hati dengan hasil pertemuan kedua dua pihak hari...
Zahid Mengaku No Anwar No Dap Hanya Strategi Untuk Tipu Pengundi

Zahid Mengaku No Anwar No Dap Hanya Strategi Untuk Tipu Pengundi

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 498 hits
All warfare is based on deception Hence when we are able to attack we must seem unable when using our forces we must appear inactive when we are near we must make the enemy believe we are far away when far away we must make him believe we a...
No Anwar No Dap Mudahnya Mereka Diperbodohkan

No Anwar No Dap Mudahnya Mereka Diperbodohkan

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 408 hits
21 November lalu Media melaporkan akar umbi UMNO berpegang teguh terhadap prinsip No Anwar No DAP kerana ia adalah keputusan majoriti yang tidak boleh dijual beli serta merupakan mandat diberikan kepada pemimpin parti menerusi dua siri Perh...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

The Day Niagara Falls Stopped A Forgotten Natural Phenomenon Of 1848

Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Harapan 3 Termasuk Bayi Maut Dan 2 Masih Hilang

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Comment On Sewa Motor Di Kota Kinabalu Sabah 3 Jenis Motor By Victor Stanley Joseph

Deqnee Dusongnyo Bola Bola Bola Chord

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Sabah Umno Hajiji Must Reassess Ministers Linked To Graft Scandal

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro