Faizal Munafik Tak Layak Jadi Mb Pengerusi Pkr Perak


BERITA

Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyifatkan kenyataan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkenaan DAP sebagai sangat memalukan.

Malah Farhash berkata pemimpin Bersatu itu tidak layak menjadi menteri besar.

"Silalah bermuhasabah diri dan meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia sebelum ia mengeruhkan keadaan sehingga memberi impak kepada calon PH Karmaine Sardini dalam PRK Tanjung Piai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, jika Faizal menganggap DAP sebagai musuh dalam kerajaan negeri, beliau tidak seharusnya menjadi menteri besar Pakatan Harapan (PH).

"Mandat yang dikongsi bersama tidak harus dipertikaikan.

"Malah sudah menjadi tugasnya untuk meyakinkan rakyat akan ketelusan pakatan ini. Mengapa masih mahu mengamalkan politik bersifat perkauman yang jijik dalam Malaysia baru?," soalnya yang juga setiausaha politik Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Farhash turut menyifatkan Faizal sebagai "munafik" kerana memperlekehkan menteri PH dan mengutamakan hubungannya dengan anggota Umno, selain mendakwanya "melindungi amalan korupsi rakan-rakannya dalam Umno".

"(Ia) menjelaskan mengapa wujud pemberian kontrak Marris (Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian) tanpa tender dan isu pembalakan haram melibatkan pencabulan hak Orang Asli yang masih berlarutan.

"Sebelum ini saya pelik mengapa para penasihatnya bagaikan tidak melakukan tugas kerana wujud isu tertangguh seperti lantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan di beberapa tempat.

"Namun setelah melihat video tular di mana Faizal dengan berseloroh menghina jemaah menteri kerajaan PH dan menabur fitnah kepada DAP demi memancing undi membuktikan beliau tidak layak menjadi menteri besar," katanya.
Video itu menunjukkan Faizal dalam satu pertemuan tidak rasmi dengan beberapa individu, termasuk Karmaine. Beliau antara lain bercakap tentang keseorangan dalam berdepan dengan DAP di Perak.

"Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini. Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita.

"Saya buat itu perlahan-lahan. Tapi, Alhamdulilah... kat sana (Perak) kawan-kawan Umno saya tak adalah marah saya macam ini. Kawan-kawan Umno baik dengan saya," katanya.

Beliau juga berkata tidak duduk bersama menteri ketika hari penamaan calon PRK Tanjung Piai sebaliknya bersama Umno.

Dalam reaksinya, Faizal berkata rakaman itu diambil di luar konteks dan tidak merekodkan ucapan beliau secara sepenuhnya.

"Saya telah mengatakan bahawa saya telah melalui banyak perkara di Perak dan terdapat pemimpin DAP cuba memburuk-burukkan saya. Apa yang penting ialah kita semua bekerjasama rapat," katanya seperti dilapor FMT.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pula berkata kenyataan Faizal mungkin pengalaman peribadinya di Perak, dan menyifatkan DAP tetap rakan penting dalam kerajaan negeri itu.

DAP Perak tuntut permohonan maaf

Dalam pada itu, DAP Perak mendesak Faizal agar memohon maaf kepada Majlis Presiden PH berhubung kenyataannya itu.
Wong Kah WohDalam kenyataan hari ini, Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh berkata kenyataan itu sangat memalukan dan bercanggah dengan permuafakatan dalam PH.

"Kenyataan beliau yang mengangkat pembangkang tetapi memperlekehkan sahabat dalam PH adalah sama sekali tidak boleh diterima .

"Semangat kemuafakatan PH harus didukung pada setiap masa dan Faizal selaku pengerusi PH Perak seharusnya memimpin melalui teladan, bukan sebaliknya," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/faizal-munafik-tak-layak-jadi-mb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Faizal Does Not Deserve To Be Mb Says Perak Pkr Chief

Ahmad Faizal Does Not Deserve To Be Mb Says Perak Pkr Chief

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 357 hits
Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu s remarks concerning DAP is nothing short of embarrassing according to Perak PKR chief Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak Without mincing words Farhash who is also PKR president Anwar Ibrahim s politi...
Perak Pas Invites Faizal Azumu To Join Muafakat Nasional

Perak Pas Invites Faizal Azumu To Join Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 236 hits
Sympathising with Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu for waging a solo battle against DAP PAS has invited him to join the opposition s Muafakat Nasional coalition Perak Pas Commissioner Razman Zakaria stressed that Faizal s position is ...
State Pkr Chief Ahmad Faizal Not Fit To Be Mentri Besar For Talking About Waging Solo Battle Against Dap

State Pkr Chief Ahmad Faizal Not Fit To Be Mentri Besar For Talking About Waging Solo Battle Against Dap

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 363 hits
Perak PKR chief Farhash Wafa Salvador today said Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu is not qualified to be a mentri besar if he thinks DAP is the enemy of the state Farhash s comments came after a video clip of Ahmad Faizal lamenting that he is ...
Battling Puak Puak Dap Perak Dap Demands Apology From Faizal

Battling Puak Puak Dap Perak Dap Demands Apology From Faizal

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 354 hits
Perak DAP has demanded that Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu apologise to the Pakatan Harapan presidential council over his widely shared remarks about DAP and cabinet ministers In a statement today Perak DAP secretary Wong Kah Woh sa...
Rakaman Naib Pengerusi Dap Perak Aziz Bari

Rakaman Naib Pengerusi Dap Perak Aziz Bari

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 309 hits
Rakaman Naib Pengerusi DAP Perak Aziz Bari cuba memujuk 3 ADUN Umno supaya melompat parti untuk menjatuhkan MB Perak Ahmad Faizal Azumu dan menyokong dirinya sebagai MB yang baru
Azmin Layak Rasmi Kongres Pemuda Ketua Sayap Muda Pkr Dan Timbalan Berbalah

Azmin Layak Rasmi Kongres Pemuda Ketua Sayap Muda Pkr Dan Timbalan Berbalah

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 377 hits
Pimpinan Pemuda PKR hari ini dilihat berbalah sesama sendiri berhubung isu sama ada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali wajar terus menjadi perasmi kongres nasional tahunan sayap parti itu pada 6 Dis ini atas kapasiti sebagai orang nombor dua p...
Zahid Hoping Umno Gets To Oust Perak Gov T Before Ge15

Zahid Hoping Umno Gets To Oust Perak Gov T Before Ge15

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 447 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi hopes to oust the Perak state government before the 15th general election He said this when asked for his response to a viral video in which Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu is overheard complaining a...
Zahid Harap Tak Perlu Tunggu Pru15 Rampas Perak

Zahid Harap Tak Perlu Tunggu Pru15 Rampas Perak

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 351 hits
PRK TG PIAI Mengulas isu melibatkan Menteri Besar Perak Faizal Azumu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berharap dapat merampas kerajaan negeri Perak sebelum pilihan raya umum ke 15 Beliau berkata demikian sebagai mengulas video tular memapar...
Perak Mb S Video Clip To Be Discussed At Harapan Presidential Council

Perak Mb S Video Clip To Be Discussed At Harapan Presidential Council

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 260 hits
Bersatu Youth Chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman said the controversial video featuring Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu criticising his DAP partners would be discussed at the Pakatan Harapan Presidential Council Syed Saddiq also cha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba