Faiz Zulkifli Katek Kecil Tapi Berbisa
Sekali terpandang mesti akan menyangka pemilik nama sebenar Mohd Faiz B Zulkipli @Katek yang berasal dari Keramat Au2 ini adalah sememangnya seorang lelaki yang bengis, kasar dan jahat seperti watak-watak yang dilakonkan dalam drama dan filem selama ini.
Hakikatnya apabila Media Viral bertemu dengan beliau sendiri di majlis Pelancaran dan Tayangan teaser Filem Amukan Kuntilanak bertempat di RUANG Shah Alam 24 Julai 2019 lalu, pandangan penulis ternyata meleset apabila pelakon versatil ini sebenarnya seorang yang berbudi bahasa, merendah diri dan tidak sama seperti watak-watak antagonis yang dibawanya selama ini.
"Bermula dari pelakon tambahan sejak pada tahun 2008 & meneruskan mencari ilmu di dalam industri seni tanah air dengan bekerja di belakang tabir daripada Runner, HandyMan & PropMan & meneruskan mencari ilmu dalam industri tanah air di bahagian stunt Performer ( Lagak Ngeri ), dengan melakukan Babak-babak yang berbahaya seperti babak pergaduhan, babak jatuh dari bangunan, babak bakar diri, babak kemalangan kenderaan , selepas itu saya menuntut ilmu lakonan dari pelakon-pelakon berpengalaman .. Alhamdulilah selama 12 Tahun di dalam industri tanah air, Kini saya bergelar pelakon Pembantu & Stunt Performances untuk drama, telemovie & Filem"
Bertanya pada Katek adakah beliau tidak bosan kerana seringkali ditawarkan watak antagonis dan sekali lagi ditawarkan watak sama dalam filem ini jawapan Katek,
"Alhamdulilah , bagi saya watak Antagonists yang memberi saya rezeki selama saya dalam industri, bagi saya bukan soal jemu atau tidak, saya mengikut Naskah / Skrip , Jika Naskah / Skrip kena dengan citarasa saya, saya perlukan lontarkan dengan seikhlas hati saya & saya berlakon bukan kerana mengejar populariti, tapi Karya atau Lakonan yang saya sampaikan perlulah popular""Saya memilih Naskah / Skrip yang baik dan kena dengan citarasa saya,, kerana selama saya di dalam industri tanah air ini, saya memegang Watak Antagonists di dalam drama atau Filem" Apabila ditanya Katek perasaan beliau apabila menerima tawaran dari produksi filem Amukan Kuntilanak dan cabaran yang dihadapinya, Katek berkata
"Alhamdulilah menerima tawaran dari pihak produksi saya terima dengan hati terbuka yang menerima saya untuk karya dan lakonan saya kepada pihak penonton, cabaran saya selama ini terlalu pahit dan manisnya , kerana kebanyakkan watak yang sy bawa adalah unsur jahat akan tetapi saya menerima cemuhan dan cacian penonton , kerana saya tahu cemuhan & cacian itulah yg membuatkan lakonan saya sampai ke hati penonton"
Bercakap tentang cita-cita dan harapan filem Amukan Kuntilanak
"Cita-cita saya berharap lakonan saya sampai ke hati penonton dan apa yang saya lontarkan kepada penonton adalah ikhlas dari saya, harapan saya supaya filem ini mendapat sambutan dan sokongan dr penonton, teruskan menyokong karya kami !!!"Tentang rancangan masa akan datang Katek sudah terikat dengan pelbagai tawaran sehingga Disember 2019.
"Alhamdulilah sehingga disember 2019 ada beberapa produksi yang menawarkan tawaran berlakon dan stunt performance untuk drama & filem , akan tetapi masih dalam perbincangan antara saya dan pihak produksi.""Impian saya suatu hari semoga saya akan ke depan lagi dengan menjadi pengarah aksi ... itu lah impian sy selama ini ...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaviralnet.blogspot.com/2019/07/faiz-zulkifli-katek-kecil-tapi-berbisa.html