Faiz Subri Ditawar Jurulatih Di Hungary


Pemenang anugerah PUSKAS 2016 Mohd Faiz Subri mendapat tawaran di luar negara. Meskipun kerjayanya sebagai pemain bola sepak di dalam negara namun beliau diintai oleh negara Eropah iaitu Hungary.
Bukan sebagai pemain tetapi ditawarkan sebagai jurulatih teknikal sukan teqball. Sekiranya beliau menerima tawaran itu sudah pasti beliau menjadi individu pertama dari Malaysia yang berkelana ke luar negara sebagai jurulatih sukan berkenaan.
Presiden Persatuan Teqball Malaysia (MTA) KJ Siva berkata, pemilihan Faiz sebagai jurulatih teknikal sukan berkenaan adalah berdasarkan kemahiran dan pengalamannya hingga berjaya memenangi Anugerah Puskas.
Beliau berkata, Persatuan Teqball Hungary sememangnya sudah menunjukkan minat untuk mengambil Faiz menggalas tanggungjawab terbabit bermula pada musim depan.
“Walaupun kita melihat nama Faiz seakan tenggelam sekarang ini namun ramai tidak tahu di luar negara pemain berkenaan cukup dikenali.
“Mereka sememangnya mahukan Faiz sebagai jurulatih teknikal dan sekarang ini hanya menunggu maklum balas daripada mereka.
“Jika di Hungary, individu yang memenangi Anugerah Puskas cukup dikenali, sekali gus mahukan Faiz menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan Teqball mereka,” katanya.
Sebelum ini, Harian Metro menerusi ruangan minda dilaporkan oleh Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Datuk Jasni Shafie mendedahkan pemain berusia 33 tahun itu menjalani kehidupan tanpa pekerjaan tetap berikutan industri bola sepak tempatan terkesan oleh pandemik Covid-19.
Keperitan yang melanda pemain bola sepak di Malaysia bukan suatu rahsia lagi sehinggakan ada bekas pemain kebangsaan terpaksa menjual pingat dan trofi kejuaraan yang diterima kerana masalah ekonomi.
Sementara itu, Siva berkata, Faiz menunjukkan minat untuk mengisi kekosongan jawatan itu dan bersedia mengubah haluan daripada seorang pemain bola sepak kepada bidang kejurulatihan.
“Kami sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada Faiz dan dia setakat ini bersetuju seterusnya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Persatuan Teqball Hungary.
“Kemungkinan, Faiz akan ke negara berkenaan bermula musim depan dengan kontrak ditawarkan untuk tempoh setahun,” katanya.
Sementara itu, Faiz yang dihubungi enggan mengulas lanjut kerana belum pasti dengan tawaran itu dan masih membabitkan perbincangan awal.
Sumber :-HMetro
Ligakampung ingin mengucapkan syabas kepada Faiz. Memang ia adalah sesuatu yang baharu tetapi tak salah kalau Faiz ingin mencuba. Mungkin pihak Hungary ada matlamat seperti ingin mempopularkan sukan ini di Malaysia.
Jadi Faiz juga boleh belajar sesuatu yang baharu dan boleh menjadi antara nama besar dalam sukan Teqball ini..

Sambil tu layankan video di channel Ligakampung Channel TV.. Jangan lupa subscribe ye


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/faiz-subri-ditawar-jurulatih-di-hungary/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Pemotongan Elaun Latihan Dan Gaji Atlet Jurulatih Sejak Pkp Kata Timbalan Menteri

Tiada Pemotongan Elaun Latihan Dan Gaji Atlet Jurulatih Sejak Pkp Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 267 hits
Tiada pemotongan elaun latihan dan gaji atlet jurulatih sejak PKP kata timbalan menteri Dikemas kini 37 minit yang lalu Dit
Siapakah Jurulatih Muda Edin Terzic Yang Menjadi Pengurus Interim Dortmund

Siapakah Jurulatih Muda Edin Terzic Yang Menjadi Pengurus Interim Dortmund

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 377 hits
Borussia Dortmund membuat kejutan apabila memilih jurulatih muda Edin Terzic sebagai pengurus baharu kelab tersebut bagi menggantikan Lucien Favre yang dipecat tempoh hari Mempunyai karier yang pendek sebagai pemain semi pro bersama beberap...
Ini Firasat Orangtua Faiz Lewat Mimpi Sebelum Puteranya Ditembak Mati Polisi

Ini Firasat Orangtua Faiz Lewat Mimpi Sebelum Puteranya Ditembak Mati Polisi

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 269 hits
Ibunda Faiz Ahmad Syukur anggota FPI yang ditembak mati polisi Senin dinihari sudah memiliki firasat 3 hari sebelum anaknya meninggal Dia mimpi tentang anaknya Faiz Ahmad Syukur atau Faiz merupakan anggota Pencak Lima Silat Bayangan yang be...
Viral Sosok Faiz Anggota Fpi Yang Ditembak Mati Dikenal Sebagai Penghafal Alquran

Viral Sosok Faiz Anggota Fpi Yang Ditembak Mati Dikenal Sebagai Penghafal Alquran

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 339 hits
Belum reda hastag KalianAdalahSyuhada tranding di twitter Rabu pagi Gilaran nama Faiz yang trending Remaja yang bernama lengkap Faiz Ahmad Syukur merupakan satu anggota Front Pembela Islam yang tewas dalam penembakan di Pintu Tol Karawang T...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula