Dua Peserta Dari Pahang Dan Selangor Menang Gaji Seumur Hidup Daripada Nestl


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dua Peserta dari Pahang dan Selangor menang 
“Gaji Seumur Hidup” daripada Nestlé!

Nestlé juga sumbang RM684,000 kepada 17 pertubuhan amal menerusi peraduan seluruh negara terbesarnya

DUA PESERTA DARI PAHANG DAN SELANGOR MENANG "GAJI SEUMUR HIDUP" DARIPADA NESTLE | Selepas penantian selama 15 minggu yang cukup mengujakan, lebih satu juta penyertaan diterima, dan detik-detik pusingan akhir yang mendebarkan antara finalis, Nestlé Malaysia akhirnya mengumumkan dua pemenang Hadiah Utama peraduan terbesarnya setakat ini; Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dalam Pusingan Akhir yang disiarkan oleh TV3 malam semalam

Selepas cabaran getir dalam Pusingan Akhir, yang menguji keupayaan fizikal, mental dan intelek semua finalis, Encik Amirrul Hafiz Bin Razak, 32 tahun, dari Temerloh, Pahang, dan Encik Wong Chee Soon, 40 tahun, dari Subang Jaya, Selangor, muncul sebagai pemenang, dengan setiap seorang daripada mereka memenangi ‘Gaji Seumur Hidup’ iaitu RM3,000 setiap bulan daripada Nestlé


Pertubuhan amal yang dicalonkan mereka juga muncul sebagai pemenang: Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) yang dicalonkan oleh Encik Amirrul dan Yayasan Amal Malaysia, yang dicalonkan oleh Encik Wong, masing-masing akan menerima RM72,000 daripada Nestlé. 
Ternyata gembira memenangi Hadiah Utama “Gaji Seumur Hidup”, Encik Amirrul Hafiz Bin Razak berkata, “Walaupun kemungkinannya amat tipis, tahun 2020 membawa berkat bagi keluarga saya. Selain menantikan kelahiran anak sulung pada bulan September ini, saya dihadiahkan dengan ‘gaji’ untuk seumur hidup! Dengan hadiah ini, saya akan dapat menunaikan hajat ibu bapa saya untuk menunaikan fardu Haji di Mekah dan memastikan keluarga saya dapat hidup dengan selesa. Saya juga amat bersyukur kerana dapat mencalonkan PERTIWI. Pertubuhan ini dekat di hati saya kerana ia menggalakkan perpaduan. Ini amat penting kerana kita hidup di Malaysia, sebuah negara berbilang kaum, dan PERTIWI membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.”
Seorang lagi pemenang Hadiah Utama “Gaji Seumur Hidup”, Encik Wong Chee Soon, berkata, “Kemenangan ini sudah tentu mengejutkan saya! Saya menghantar hampir 10 penyertaan, setiap kali saya membeli produk Nestlé, dan saya gembira kerana telah menurut naluri saya yang membolehkan saya memenangi ‘Gaji Seumur Hidup’! Ini pasti akan mengubah dan menambah baik kehidupan keluarga saya kerana saya adalah satu-satunya pencari nafkah bagi keluarga kami. Selain itu, Nestlé memberi saya peluang untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi peraduan ini. Saya harap sumbangan kepada Yayasan Amal Malaysia akan membawa perubahan positif ke dalam hidup insan lain, seperti yang dilakukan oleh peraduan ini untuk saya.”


Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Tahniah kami ucapkan kepada Encik Amirrul dan Encik Wong atas kemenangan mereka dan kami harap sekarang mereka dapat menunaikan hajat dan mencapai impian mereka serta keluarga tersayang! Kami benar-benar terharu dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan kami teruja kerana dapat membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar sekarang.”

Nestlé Malaysia akan juga menyumbangkan sejumlah RM684,000 kepada 17 pertubuhan amal yang dicalonkan oleh setiap finalis Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup. Tujuh belas pertubuhan amal ini ialah:

1. Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia)2. Yayasan Dignity for Children 3. Yayasan Bantuan Makanan4. Global Peace Foundation5. Global Peace Mission Malaysia6. Pusat Autisme IDEAS7. Persatuan Jagaan Hospis Kasih 8. Kechara Soup Kitchen9. Yayasan Orang Buta Malaysia10. Orphan Care 11. Persatuan Kebajikan Da Ai Malaysia12. PERTIWI13. Rumah Kita14. Shelter Home for Children15. Yayasan Tzu-Chi Malaysia16. Yayasan Amal Malaysia17. Yayasan Chow Kit

Mengulas mengenai keputusan Nestle untuk menyalurkan hadiah kepada pertubuhan amal, Encik Aranols berkata, “Di Nestlé, kami komited untuk membawa perubahan positif dalam masyarakat. Tahun ini, dengan begitu ramai orang yang terkesan dengan COVID-19, kami rasa komitmen ini lebih diperlukan sekarang. Kami harap inisiatif ini akan mendorong lebih ramai orang untuk menabur bakti kepada masyarakat dan membantu pada saat ramai keluarga yang memerlukan.”
Lebih 850 rakyat Malaysia memenangi hadiah wang tunai lebih daripada RM4 juta menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup. Peraduan berlangsung dari 14 Februari hingga 14 Mei 2020. Ini termasuk hadiah mingguan RM500 setiap satu, kepada 100 pemenang ‘Gaji Satu Bulan’, 15 pemenang ‘Gaji Satu Tahun, dan dua pemenang Hadiah Utama ‘Gaji Seumur Hidup’ RM3,000 setiap bulan

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/08/dua-peserta-dari-pahang-dan-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kurir Sabu Seberat 22 Kg Dituntut Penjara Seumur Hidup

Dua Kurir Sabu Seberat 22 Kg Dituntut Penjara Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 251 hits
Kedua klien saya hanya kurir bukan pemakai lagi pula mereka belum terima upahnya Hakim mestinya memberikan keringanan hukuman kata dia
Sempat Menang Lawan Covid 19 Selama 102 Hari Ini Dua Rahasia Sukses Selandia Baru Hadapi Pandemi

Sempat Menang Lawan Covid 19 Selama 102 Hari Ini Dua Rahasia Sukses Selandia Baru Hadapi Pandemi

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 339 hits
Memang sih kini ditemukan kasus baru tapi rekor 102 hari bebas Covid 19 itu prestasi yang sangat hebat
Ma Keluarkan Aturan Koruptor Rp 100 M Dihukum Penjara Seumur Hidup

Ma Keluarkan Aturan Koruptor Rp 100 M Dihukum Penjara Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 276 hits
Mahkamah Agung mengeluarkan Peraturan MA Nomor 1 Tahun 2020 Perma ini dibuat untuk menghindari disparitas hukuman yang mencolok bagi satu koruptor dengan koruptor lainnya Untuk menghindari disparitas perkara yang memiliki karakter serupa di...
Ph Akan Mempertimbangkan Juga Kemasukan Parti Baru Takut Menang Dua Tiga Kerusi Jawatan Pm Yang Diminta

Ph Akan Mempertimbangkan Juga Kemasukan Parti Baru Takut Menang Dua Tiga Kerusi Jawatan Pm Yang Diminta

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 606 hits
Anwar Ibrahim Ulasan Berkenaan Parti Baru Tun Dr MahathirTun M akan pertimbang kerjasama dengan PHOleh August 09 2020Tun Mahathir sedia pertimbang tawaran kerjasama dengan Pakatan Harapan sebaik sahaja parti yang beliau tubuhkan mendapat ke...
Dua Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Empat Hari Berturut Kurang Lima Kes

Dua Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Empat Hari Berturut Kurang Lima Kes

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 305 hits
SHAH ALAM 7 OGOS Bilangan kes aktif di Selangor kekal kurang lima kes dalam tempoh empat hari berturut turut Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor berkata dua kes baharu membabitkan kes import hari ini menjadikan empat kes aktif dire...
Dua Lagi Individu Bergelar Datuk Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Projek Balak Lebih Rm27 Juta Di Pahang

Dua Lagi Individu Bergelar Datuk Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Projek Balak Lebih Rm27 Juta Di Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 621 hits
PUTRAJAYA Dua lagi individu lelaki bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta di Pahang lima tahun lepas Seorang daripada suspek yang merupakan bekas timbalan pen...
Aturan Ma Soal Koruptor Dipenjara Seumur Hidup Bisa Jadi Pedoman Hakim Beri Putusan

Aturan Ma Soal Koruptor Dipenjara Seumur Hidup Bisa Jadi Pedoman Hakim Beri Putusan

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 166 hits
PerMA itu dinilai Pukat UGM sebagai langkah maju penindakan perkara korupsi di Indonesia
Adu Kuat Dua Jenderal Di Pilpres 2024 Siapa Menang

Adu Kuat Dua Jenderal Di Pilpres 2024 Siapa Menang

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 231 hits
Selain kalangan sipil ada juga kalangan militer seperti Prabowo Subianto dan Agus Harimurti Yudhoyono yang berpeluang maju Pilpres 2024 Belakangan juga muncul nama mantan Panglima TNI Jenderal Gatot Nurmantyo dan KSAD Jenderal Andika Perkas...
Bersatu Merah Vs Bersatu Hitam Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu

Bersatu Merah Vs Bersatu Hitam Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 503 hits
Yang kalah jadi abu menang jadi arang itu antara ungkapan pemerhati politik yang menyifatkan pertembungan Bersatu dan juga parti Dr Mahathir Mohamad yang bakal ditubuhkan Pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi menjelaskan hal it...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023