Fahmi Jadi Pilihan Rafizi Adam Masih Berhingus
Fahmi Zainol lebih layak untuk menjadi ketua Pemuda PKR kerana mempunyai pengalaman menguruskan organisasi, kata penyandang naib presiden PKR Rafizi Ramli.
Menurut Rafizi, Fahmi telah membuktikan kualiti kepimpinan apabila dipilih sebagai Presiden Majlis Pelajar Universiti Malaya sebelum menjadi ketua Pemuda PKR Pulau Pinang.
“Saya hormat Adam (Adli). Tapi Adam belum lagi ada bukti menguruskan organisasi bagi tempoh yg lama. Adam seorang aktivis, bukan pemimpin organisasi.
“Fahmi seorang aktivis dan pemimpin organisasi. Ingat senang nak menang presiden mahasiswa UM? Tak mudah. Dia menjadi exco (AMK), kemudian menjadi ketua AMK negeri. Dia ada tempoh enam hingga tujuh tahun bukan saja bersuara sebagai aktivis tetapi mengimbangi keperluan dalam organisasi,” kata Rafizi ketika berdialog dengan penyokongnya di Ipoh, Perak pada Ahad.
Sebaliknya, Rafizi berkata Adam Adli Abd Halim – yang akan berdepan dengan Fahmi untuk jawatan ketua Pemuda PKR – masih baru dalam PKR.
“Adam mungkin ada masa depan yang cukup baik tapi saya nak tengok Adam belajar menguruskan organisasi dalaman parti dahulu sebelum kita bagi dia tanggungjawab untuk menjadi ketua AMK.
“Saya dah melalui semua ni. Saya dah tengok hero, tokoh kita layangkan ‘parachute’ daripada atas masuk (kepimpinan parti). Kita bagi. Semua tak sampai mana, tak lama. Dia tinggal parti atau gaduh dengan bawah (akar umbi),” katanya.
Fahmi menyertai PKR pada 2015 selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya.
Adam menyertai PKR September lalu dan dikecualikan daripada peraturan parti yang melarang ahli dengan tempoh kurang daripada 12 bulan daripada memohon pemilihan untuk jawatan parti.
Ini selepas dia memohon pengecualian daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Pengecualian sebegitu bukan perkara luar biasa dalam pemilihan PKR sebelum ini.
Adam bermula sebagai aktivis pelajar ketika menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan mula mengundang perhatian kira-kira 10 tahun lalu, apabila bersama beberapa beberapa aktivis pelajar lain mengadakan tunjuk perasaan berhubung penempatan bakal guru.
Dia juga dikenali dengan aksinya pada 2011 menurunkan bendera memaparkan gambar Najib Razak yang merupakan perdana menteri ketika itu, di ibu pejabat Umno.
Pemilihan kepimpinan PKR akan berlangsung antara 13 Mei dan 20 Mei. Hanya enam jawatan teratas bagi jawatankuasa kepimpinan pusat (MPP), sayap Pemuda dan sayap Wanita akan dibuka untuk pemilihan. Parti itu mengamalkan sistem satu orang satu undi.
Baca Artikel Menarik:
Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
Gempa bumi landa Kundasang
Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
Bapa cekik rakan sekelas anak
Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan
Janna Nick Gatal Raya pula (Video)
The post Fahmi jadi pilihan Rafizi, Adam masih ‘berhingus’ appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/26/fahmi-jadi-pilihan-rafizi-adam-masih-berhingus/