Fahami Perkahwinan Bawah Umur


Dr Muhammad Fathi Yusof

Perlu tangani isu berkenaan elak Islam dituduh aniaya wanita PERSOALAN berkaitan perkahwinan bawah umur perlu difahami dengan jelas, dan perlu diberikan perhatian serius bagi memastikannya diurus sesuai dengan prinsip keadilan Islam.
Kefahaman yang benar ini penting bagi mengelakkan fitnah oleh pihak yang sentiasa cuba memburuk-burukkan Islam dengan alasan kononnya Islam menganiaya kanak-kanak, menzalimi wanita dan ketinggalan zaman.
Selain itu, perkembangan dunia masa kini yang banyak dipengaruhi oleh budaya materialisme, jurang ekonomi global, sistem sosial yang rapuh dan seumpamanya memerlukan kepada penelitian semula terhadap ijtihad-ijtihad yang lalu berkaitan dengan isu perkahwinan di bawah umur.
Kini masalah penindasan dan penganiayaan kanak-kanak, terutamanya dari kalangan perempuan, menjadi masalah yang besar.
Biasanya masalah ini dikaitkan dengan soal kesihatan reproduktif dan seksual, kesihatan emosi dan mental, masalah perceraian, keganasan rumahtangga, hak pendidikan dan sebagainya.
Walaupun di Malaysia, isu ini masih dianggap terpencil, namun ia tetap memerlukan perhatian serius bagi mengelakkan menjadi barah dalam sistem kekeluargaan.
TAKRIF DEWASA
Isu perkahwinan kanak-kanak semakin hangat diperkatakan apabila kerajaan berusaha untuk menyelaraskan takrif dewasa dalam undang-undang keluarga Islam kepada 18 tahun.
Pentakrifan ini dibuat bagi menyesuaikannya dengan takrif dewasa dalam kebanyakan undang-undang lain.
Selain itu, pentakrifan ini juga selaras dengan definisi dewasa menurut standard yang ditetapkan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menentukan umur kelayakan berkahwin.
Data-data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan antarabangsa lain berkaitan perkahwinan kanak-kanak, kebiasaannya merujuk mereka yang di bawah 18 tahun sebagai kanak-kanak.
Di Malaysia, perbezaaan garis umur kelayakan perkahwinan di antara satu negeri dengan yang lain menjadikan dapatan berkaitan perkahwinan kanak-kanak tidak seragam dan kompleks.
Selain itu, persoalan perkahwinan bawah umur ini juga sering menjadi persoalan yang mencabar, apabila pihak yang memusuhi Islam gemar menjadikannya sebagai isu untuk memburuk-burukkan Islam.
Sekali gus, mereka menjadikannya sebagai senjata untuk mengkritik Rasulullah SAW berasaskan perkahwinan baginda dengan Sayyidatina Aisyah RA.
Mereka menggunakan fakta itu untuk menuduh kononnya Islam menganiaya wanita dan kanak-kanak.
ISU HANGAT
Di atas sebab-sebab yang dinyatakan ini, kita mendapati bahawa isu perkahwinan bawah umur atau perkahwinan kanak-kanak ini sentiasa menjadi bahan perbincangan hangat.
Tulisan ini bertujuan untuk melihat isu perkahwinan kanak-kanak ini dari perspektif perundangan Islam sedia ada, dan apakah respon yang sesuai dalam menghadapi cabaran yang berlaku.
Di Malaysia, setiap negeri mempunyai peruntukan undang-undang yang berasingan.
Walaubagaimanapun, kebanyakan undang-undang keluarga Islam menyediakan mekanisme perundangan yang hampir sama.
Sebagai contoh, kita boleh merujuk Seksyen 8 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan bahawa: “Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.”
DUA PERSPEKTIF
Berdasarkan peruntukan undang-undang seperti di atas, kita dapat fahami bahawa undang-undang Islam berkaitan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia perlu dilihat dari dua aspek, iaitu pertamanya, had umur perkahwinan yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis dan kedua, budi bicara hakim untuk membenarkan perkahwinan bawah umur.
Had umur perkahwinan di Malaysia berbeza-beza antara satu negeri dengan yang lain. Kerajaan sedang giat menjalankan usaha untuk menyelaraskan usia perkahwinan kepada 18 tahun bagi lelaki dan wanita.
Buat masa ini terdapat negeri yang menetapkan umur perkahwinan yang lebih rendah seperti 16 tahun, terutamanya untuk perempuan.
Timbul persoalan sama ada adakah undang-undang perkahwinan Islam di negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan wajar diselaraskan kepada umur 18 tahun untuk lelaki dan perempuan, atau dibiarkan berbeza berdasarkan ketetapan negeri masing-masing.
DEMI MASLAHAH
Dalam hal ini kita perlu membezakan antara penetapan umur kelayakan berkahwin, dengan hukum berkaitan perkahwinan kanak-kanak dalam Islam.
Penetapan umur kelayakan ini tidak bermakna, mereka yang berumur kurang dari umur berkenaan langsung tidak layak berkahwin.
Mereka masih boleh melangsungkan perkahwinan jika mendapat kelulusan pihak berkuasa agama.
Oleh itu, penetapan umum dalam undang-undang bertulis tidak boleh dianggap sebagai tindakan mengharamkan sesuatu yang halal.
Oleh yang demikian, usaha menaikkan umur kelayakan berkahwin ini adalah soal ijtihad yang wajar ditentukan oleh kerajaan berasaskan prinsip maslahah dengan mengambil kira tahap kematangan remaja masa kini dan kesan dari perkahwinan pada umur yang ditetapkan.
Kajian-kajian yang telah dibuat wajar dijadikan rujukan dalam menentukan had umur ini.
Aspek yang kedua ialah dari sudut budi bicara hakim Syarie bagi membenarkan perkahwinan individu bawah umur.
Setiap undang-undang yang menetapkan umur kelayakan berkahwin menyertakan pengecualian kuasa hakim untuk memberikan kebenaran bertulis.
BUDI BICARA MAHKAMAH
Budi bicara hakim ini dianggap perlu kerana terdapat situasi yang khusus yang mungkin memerlukan perkahwinan bawah umur ini dilakukan.
Menurut satu kajian oleh Pusat Kajian Fiqh, Sains dan Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia, salah satu faktor perkahwinan kanak-kanak di Malaysia ialah disebabkan keterlanjuran dan keinginan untuk menutup aib atau maruah keluarga yang tercemar.
Walaubagaimanapun, pengecualian ini tidak seharusnya dianggap sebagai laluan mudah bagi mereka yang melakukan dosa zina yang ingin membersihkan nama mereka.
Ia tetap perlu disertai dengan tapisan dan syarat yang ketat.
Begitu juga kelonggaran ini sama sekali tidak boleh digunakan bagi ibu atau bapa yang menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mendapat keuntungan peribadi dengan cara mengahwinkan anaknya.
Misalnya, jika berlaku kes bapa yang ingin mengahwinkan anak untuk menebus hutang, maka hasrat tersebut perlulah dihalang sekeras-kerasnya.
Selain itu, perlu juga dilihat apakah kesan perkahwinan itu kepada kebajikan remaja atau kanak-kanak terbabit dari sudut pendidikan dan perkembangan sosialnya.
Hakim juga wajar melihat dari sudut persediaan remaja atau kanak-kanak itu dengan ilmu dan kemahiran rumah tangga.
Ringkasnya, sebelum sesuatu keputusan pengecualian diputuskan, hakim syarie bertanggungjawab untuk memastikan bahawa perkahwinan itu mendatangkan maslahah untuk kanak-kanak atau remaja terbabit, atau sekurang-kurangnya dapat mengelakkan berlakunya kerosakan dan mudarat.
PERLU GARIS PANDUAN
Dalam hal ini, timbul persoalan, apakah rujukan yang digunakan oleh para hakim dalam membuat keputusan?
Adakah wujud panduan yang komprehensif dan seragam begi kelulusan permohonan perkahwinan bawah umur?
Apakah pertimbangan dari aspek ekonomi, kematangan, risiko penganiayaan, dan psikologi diambilkira dalam membuat pertimbangan?
Buat masa ini, belum ada satu garis panduan yang lengkap dan seragam untuk menjadi rujukan pada para hakim dalam membuat pertimbangan.
Garis panduan ini amat penting memandangkan terdapat pelbagai pandangan fuqaha’ berhubung dengan perkahwinan kanak-kanak.
Dalam situasi ruang ijtihad yang amat luas ini, dikhuatiri terdapat hakim yang memilih pandangan yang terlalu longgar sehingga bertentangan dengan maqasid syariah dan bercanggah dengan maslahah.
Pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan para mufti negeri-negeri sewajarnya dijadikan rujukan bagi memastikan wujudnya keseragaman dan kesaksamaan ketika hakim syarie menilai keperluan pengecualian.
Misalnya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 tahun 2014 telah pun bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan kanak-kanak hanya boleh dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi kemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syar’ie.
Manakala Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula pernah mengeluarkan satu catatan Bayan Linnas Siri Ke-141 yang bertajuk Perkahwinan Kanak-kanak Mengikut Perspektif Syariah.
Antara lain, catatan menyebut bahawa perkahwinan kanak-kanak kecil dari sudut hukum syarak, jika menepati syarat dan rukun yang telah ditetapkan adalah sah berdasarkan nas al-Quran dan Sunnah.
Kitab-kitab feqah dalam empat mazhab sendiri pun telah menyebut isu ini dan mengiyakannya.
Menurut tulisan berkenaan, inilah pendapat jumhur fuqaha’.
BIDANG KUASA KERAJAAN
Walaubagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mencadangkan agar kerajaan menggubal undang-undang yang lebih meraikan Maqasid Syariah dan menggabungkan antara nas syarak serta maslahah, yakni institusi keluarga yang penuh belas kasihan dan cinta.
Justeru, tegasnya, kerajaan berkuasa untuk menetapkan polisi mengehadkan umur minimum perkahwinan kerana ia termasuk di bawah kategori taqyid al-mubah (mengikat perkara yang harus dengan suatu maslahat) bagi menegakkan keadilan dan bukanlah bertujuan untuk mengharamkan apa yang Allah SWT halalkan.
Tulisan itu juga memetik pendirian Syeikh Abdullah bin Sulaiman al-Mani’, salah seorang anggota Majlis Ulama’ Kanan Saudi yang berpandangan bahawa perkahwinan antara Rasulullah SAW dengan Sayyidatina Aisyah R.Anha tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mewajarkan perkahwinan anak gadis bawah umur.
Begitu juga pendapat Dr. Muhammad Uqlah dalam Nizam al-Usrah fi al-Islam yang menyebut bahawa Islam tidak menggalakkan perkahwinan remaja yang muda dengan wanita yang amat tua.
Begitu juga, wanita muda dengan syeikh yang amat tua.
Ini bertujuan menjaga kemaslahatan kedua-duanya dari sudut hubungan kelamin. ‘Uruf masa kini amat berbeza dengan masa terdahulu dan juga ‘uruf tempatan Malaysia berbeza dengan sebahagian negara lain.
Berdasarkan perbahasan di atas, kita mendapati bahawa kerajaan mempunyai kuasa untuk menetapkan had kelayakan umur perkahwinan berdasarkan keperluan dan perkembangan semasa demi maslahah semua pihak berasaskan nas syarak dan maqasid syariah.
Walaubagaimanapun, ia tidak perlu terikat dengan kehendak atau tekanan antarabangsa, termasuk advokasi hak asasi sejagat kerana soal ketetapan perkahwinan ini amat berkait rapat dengan faktor-faktor tempatan.
Selain itu, kewujudan pengecualian kepada had umur perkahwinan adalah perlu tetapi ia berteraskan prinsip keadilan dan tertakluk kepada kawalan yang ketat berdasarkan garis panduan yang komprehensif.
Keperluan ini amat perlu disegerakan bagi memastikan tidak wujud kelompongan perundangan yang mungkin digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menyalahgunakan pengecualian dan kelonggaran berkenaan.
Adalah diharapkan agar isu perkahwinan bawah umur ini dapat ditangani sebaik mungkin bagi mengelakkan Islam diletakkan di kandang salah sebagai satu sistem hidup yang kononnya pincang dan menganiaya wanita.
Sedangkan hakikatnya sistem kekeluargaan Islam adalah satu sistem sosial yang terbaik dan sesuai dengan fitrah kerana ia datang dari Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.
*Dr Muhammad Fathi Yusof
Felo Penyelidik Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/fahami-perkahwinan-bawah-umur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Azizah Pertahan Bekas Timbalannya Berkait Isu Kahwin Bawah Umur

Wan Azizah Pertahan Bekas Timbalannya Berkait Isu Kahwin Bawah Umur

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 322 hits
June 17 2020 6 24 PMDr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan Putrajaya tidak melakukan intimidasi politik terhadap ahli Parlimen yang bersuara berkaitan isu rakyat PETALING JAYA Bekas menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat Dr Wan A...
Penampilan Kalem Dan Santun Wanita Ini Pasok Gadis Di Bawah Umur Untuk Pria Buronan Fbi

Penampilan Kalem Dan Santun Wanita Ini Pasok Gadis Di Bawah Umur Untuk Pria Buronan Fbi

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 379 hits
Setelah diincar selama lima hari terakhir semenjak Russ Albert Medlin buronan FBI tertangkap Ariyana Ahmad seorang wanita berusia 20 tahun akhirnya berhasil diringkus oleh anggota kepolisian Polda Metro Jaya Jumat Saat ditangkap Ariyana tam...
Remaja Bawah Umur Jadi Ibu Ayam

Remaja Bawah Umur Jadi Ibu Ayam

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 372 hits
Dalam usianya yang masih 14 tahun seorang gadis sudah pandai membuat perniagaan pelacuran Sebelum ini dia hanya menjual dirinya sendiri namun mula melebarkan sayap secara perlahan Dia menjadi ibu ayam dan mengajak gadis remaja menjadi pelac...
8 Lip Tint Lokal Di Bawah 50 000 Yang Nggak Nempel Di Masker Murah Tapi Awet

8 Lip Tint Lokal Di Bawah 50 000 Yang Nggak Nempel Di Masker Murah Tapi Awet

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 277 hits
Nggak banyak yang tahu 5 lip tint lokal ini aman buat segala kondisi bibir mulai dari yang kering sampai gampang iritasi
Apa Alasan Pun Bayi Bawah 6 Bulan Jangan Diberi Air Masak Kesannya Cukup Bahaya

Apa Alasan Pun Bayi Bawah 6 Bulan Jangan Diberi Air Masak Kesannya Cukup Bahaya

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 308 hits
Dulu masa zaman mak mak kita elok je bagi anak anak air masak Tapi kenapa zaman sekarang tak boleh Soalan ini bukannya baru tapi dah lama jadi persoalan ibu bapa muda Bagi menjelaskan keadaan ini berkongsi dengan anda sebab sebab perlu diel...
Syarikat X Layak Rasuah Orang Dalam Tahun Lalu Di Bawah Tadbiran Siapa

Syarikat X Layak Rasuah Orang Dalam Tahun Lalu Di Bawah Tadbiran Siapa

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 420 hits
Tiga pengarah syarikat yang disyaki terbabit dalam aktiviti merasuah untuk memperoleh kontrak pengiklanan kerajaan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi Foto ihsan SPRMTiga ditahan kes rasuah kontrak iklan kerajaan RM90 jutaKUAL...
Penembusan Pasangan Eur Usd Di Bawah Pengesahan Penurunan Boleh Mencetuskan Penurunan Selanjutnya

Penembusan Pasangan Eur Usd Di Bawah Pengesahan Penurunan Boleh Mencetuskan Penurunan Selanjutnya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 263 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan 1 13549Alasan untuk Kemasukan Sokongan bertindih mendatar dan 38 2 anjakan semula fibonacciAmbil Keuntungan 1 11983Alasan untuk Ambil Keuntungan 38 2 anjakan semula dan ayunan rendah sokongan mendatarStop Loss ...
Depan Anak Tegas Takut Pecahkan Pasu Gelagat Kembar Zizie Menyorok Bawah Tilam Menghiburkan

Depan Anak Tegas Takut Pecahkan Pasu Gelagat Kembar Zizie Menyorok Bawah Tilam Menghiburkan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 304 hits
Momen sewaktu anak kecil yang akan dikenang sampai bila bila Percayalah bila diingat semula ketika anak dah besar kita boleh tergelak sendiri Tak mustahil bila mereka tengok gelagat masing masing pun macam tak percaya Malah pakar pendidikan...
Sendal Bantal Bawah Botol Pergi Buat Kerja Bahaya Tinggalkan Baby Hisap Susu Sendiri

Sendal Bantal Bawah Botol Pergi Buat Kerja Bahaya Tinggalkan Baby Hisap Susu Sendiri

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 420 hits
Sudah banyak kes bayi tersedak susu yang berlaku di Malaysia Malangnya kebanyakan bayi ini tidak dapat diselamatkan Kejadian tersedak susu biasanya berlaku kerana bayi tidak diawasi ketika sedang menyusu Sesetengah bayi yang masih tidak pan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri