Wan Azizah Pertahan Bekas Timbalannya Berkait Isu Kahwin Bawah Umur


FMT Reporters
-June 17, 2020 6:24 PM

Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan Putrajaya tidak melakukan intimidasi politik terhadap ahli Parlimen yang bersuara berkaitan isu rakyat.
PETALING JAYA: Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan bekas timbalannya, Hannah Yeoh yang disiasat polis berhubung tweet mengenai isu perkahwinan bawah umur dengan menggesa pihak berkuasa berlaku adil dan mengingatkan Putrajaya tidak melakukan intimidasi politik terhadap ahli Parlimen yang bersuara berkaitan isu rakyat.

Beliau mempersoalkan jika salah untuk Yeoh menyuarakan kebimbangan berhubung status Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur kerana Kelantan tidak bersetuju menaikkan had umur minimum perkahwinan.

“Tujuh negeri, iaitu Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan menyatakan tidak bersetuju dengan draf membabitkan pindaan Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 dengan menetapkan umur minimum perkahwinan wanita kepada 18 tahun.

“Adakah salah bagi Hannah Yeoh yang turut sama merangka pelan strategi tersebut bertanya mengenai status dan kemajuan pelan tersebut kepada Siti Zailah Mohd Yusoff?” soalnya dalam kenyataan hari ini merujuk pengganti Yeoh yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang di Kelantan.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, pelan berkenaan dilancarkan susulan kesukaran Putrajaya mencari penyelesaian berkaitan perkahwinan bawah umur kerana urusan perkahwinan umat Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Semalam, Yeoh memaklumkan beliau dipanggil Bukit Aman berhubung satu catatan Twitternya 3 bulan lalu mengenai perkahwinan bawah umur.

Dalam tweetnya pada 9 Mac lalu, Yeoh mempersoalkan apa yang akan berlaku kepada Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur selepas pelantikan penggantinya, Siti Zailah daripada PAS.

Bernama memetik Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid sebagai berkata, Yeoh dipanggil memberi keterangan pada 23 Jun ini.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur dilancarkan pada Januari lalu untuk memastikan peraturan, garis panduan dan undang-undang di peringkat negeri berhubung perkara itu sejajar dasar persekutuan.

Pelan itu mengandungi program dan tindakan untuk menangani 6 faktor yang dikenal pasti sebagai punca perkahwinan kanak-kanak seperti kemiskinan dan kekurangan akses kepada pendidikan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/wan-azizah-pertahan-bekas-timbalannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Air Salahkan Ph Bekas Senator Pkr Sangkal Dakwaan Najib

Isu Air Salahkan Ph Bekas Senator Pkr Sangkal Dakwaan Najib

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 299 hits
BERA Bekas Senator dan calon Parti Keadilan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu Bob Manolan Mohamad hairan dengan kenyataan mantan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak yang dilihat menyalahkan Pakatan Harapan terhadap semua isu tertun
Bil Elektrik Percuma April May Dan Jun Bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Selesai Isu Bil Elektrik Tinggi

Bil Elektrik Percuma April May Dan Jun Bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Selesai Isu Bil Elektrik Tinggi

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 444 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan terdapat peningkatan penggunaan tenaga elektrik bagi kegunaan domestik seperti rumah kediaman Setelah pihak TNB mula mengambil bacaan sebenar meter elektrik terdapat rungutan berkaitan peningkata...
Fahami Perkahwinan Bawah Umur

Fahami Perkahwinan Bawah Umur

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 315 hits
Dr Muhammad Fathi Yusof Perlu tangani isu berkenaan elak Islam dituduh aniaya wanita PERSOALAN berkaitan perkahwinan bawah umur perlu difahami dengan jelas dan perlu diberikan perhatian serius bagi memastikannya diurus sesuai dengan prinsip...
Hiburan Tak Semestinya Dia Cakap Pasal Saya Awi Rafael Pertahan Kenyataan Bekas Tunang Atikah Suhaime

Hiburan Tak Semestinya Dia Cakap Pasal Saya Awi Rafael Pertahan Kenyataan Bekas Tunang Atikah Suhaime

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 388 hits
Berikutan pernyataan yang dikeluarkan oleh Atikah Suhaime berkenaan kepentingan kaum wanita agat menjauhi lelaki yang suka meminta wang tanpa mahu berusaha sendiri dan perlunya pasangan yang mempunyai kewangan stabil ramai netizen menggangg...
Penampilan Kalem Dan Santun Wanita Ini Pasok Gadis Di Bawah Umur Untuk Pria Buronan Fbi

Penampilan Kalem Dan Santun Wanita Ini Pasok Gadis Di Bawah Umur Untuk Pria Buronan Fbi

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 431 hits
Setelah diincar selama lima hari terakhir semenjak Russ Albert Medlin buronan FBI tertangkap Ariyana Ahmad seorang wanita berusia 20 tahun akhirnya berhasil diringkus oleh anggota kepolisian Polda Metro Jaya Jumat Saat ditangkap Ariyana tam...
Dap Pertahan Tommy Thomas Dalam Isu Lepas Akaun Taikun

Dap Pertahan Tommy Thomas Dalam Isu Lepas Akaun Taikun

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 487 hits
GEORGE TOWN Ramkarpal Singh daripada DAP mempertahankan keputusan bekas peguam negara Tommy Thomas melepaskan akaun seorang taikun perniagaan yang dibekukan membabitkan dana haram didakwa diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak ...
Bayaran Rm10000 Sejam Bagi Program Masakan Ini Penjelasan Sebenar Sugu Pavithra Berkait Dengan Isu Ini

Bayaran Rm10000 Sejam Bagi Program Masakan Ini Penjelasan Sebenar Sugu Pavithra Berkait Dengan Isu Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 570 hits
Bayaran RM10000 sejam bagi program masakan Ini penjelasan sebenar Sugu Pavithra berkait dengan isu ini Bayaran RM10000 sejam bagi program masakan Ini penjelasan sebenar Sugu Pavithra berkait dengan isu ini
Pnb Siasat Percanggahan Berkait Kelayakan Pengalaman Kerja Bekas Ketua Eksekutif

Pnb Siasat Percanggahan Berkait Kelayakan Pengalaman Kerja Bekas Ketua Eksekutif

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 391 hits
Semalam SC berkata ia dimaklumkan terdapat percanggahan dalam serahan maklumat PNB berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas ketua eksekutifnya
Cewahhhh Dulu Nak Tanam Wan Azizah Di Jirat Cina Keh Keh Keh

Cewahhhh Dulu Nak Tanam Wan Azizah Di Jirat Cina Keh Keh Keh

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 416 hits
AIMSLebai ni dulu cakap nak tanam Kak Wan di jirat Cina Sekarang dia dah baik dah dengan geng India MIC Harap dapat bertembung di Padang Serai dengan lebai ni aku nak hadiah bunga Malai besaq lagi
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada