Anwar Diharap Bertegas Jangan Sesekali Mengalah




Rata-rata ramai yang tidak faham mengapa Tun Mahathir Mohamad masih mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan tidak menyokong saja pencalonan Anwar Ibrahim bagi jawatan tersebut?

Apakah beliau ingin menjatuhkan Muhyiddin Yassin kerana benar-benar ingin menyelamatkan Malaysia atau tujuan besarnya ialah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri?

Lebih ramai yang tidak faham, hairan dan bingung adalah kerana kali ini kononnya Tun Mahathir hanya mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama enam bulan saja sebelum kemudian akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar sebagai penggantinya.

Pokoknya, apa yang mampu dilakukan oleh Tun Mahathir untuk menyelamatkan negara dalam tempoh enam bulan itu, sedangkan 22 bulan memegang jawatan tersebut sebelum ini pun tidak banyak pemulihan dan pembaikan terhadap kerosakan negara yang mampu dilakukannya?

Selain itu, jika janji dua tahun mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebelum ini pun banyak dolak-dalik dan helahnya, apakah jaminan janji enam bulan tidak dimungkiri sekali lagi?

Ataukah enam bulan itu hanya umpan sebelum beroleh kuasa, tetapi apabila kuasa sudah dalam genggaman nanti, maka lain pula helahnya?

Ada yang berkata, kali ini Tun Mahathir tidak mungkin lagi memungkiri janjinya kerana Anwar, selain dipersetujui sebagai Timbalan Perdana Menteri, juga akan diberikan jawatan Menteri Kewangan.

Ini kononnya berbeza dengan sebelum ini kerana Anwar tidak berada dalam kabinet sama sekali.

Tetapi, tidakkah yang berkata demikian itu lupa bahawa Anwar disingkirkan sebagai pengganti Perdana Menteri, setelah didendangkan ke seluruh dunia pada 1998 dahulu ketika beliau juga memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

Lalu, apakah tidak mungkin sejarah lama akan berulang kembali?

Isunya di sini, kebimbangan dan keraguan terhadap kejujuran Tun Mahathir kepada Anwar bukanlah sesuatu yang tidak berasas, malah sudah terakam dalam catatan sejarah.

Selain penyokong Anwar yang sudah puluhan tahun bersamanya memang ada perasaan sedemikian, tidak mustahil dalam diri Presiden PKR itu sendiri tertanam kecurigaan yang sama.

Dengan itu, ramai yang mengharapkan Anwar dan PKR benar-benar bertegas dalam soal pemilihan calon Perdana Menteri ini agar pisang tidak berbuah dua kali dan PH tidak terjerumus dalam kekalutan yang berulang.

Lagi pula, di samping sedia memaafkan, Anwar juga sudah banyak beralah sebelum ini terhadap Tun Mahathir.

Dalam mesyuarat terakhir PH pada 21 Februari lalu, jelas Anwar telah berjiwa besar dengan sedia beralah dan memberi ruang kepada Tun Mahathir mengumumkan pengundurannya mengikut kemahuannya sendiri, walaupun sebelum itu Pengerusi Bersatu yang terpecat itu berkali-kali mengatakan hanya mahu dua tahun menjadi Perdana Menteri dan kemudian menganjakkan sendiri tarikhnya sehingga selesai Sidang Apec pada November 2020.

Kemudian, apabila dalam pusingan pertama sessi temubual Ahli-Ahli Parlimen dengan Yang Dipertuan Agong di mana tidak ada sesiapa memperolehi sokongan majoriti, Anwar telah pun beralah dengan menarik diri dan memberi sokongan kepada Tun Mahathir pada pusingan yang kedua.

Namun, niat murni itu tidak membuahkan hasil apabila Yang Dipertuan Agong terlebih dulu meyakini Muhyiddin telah memperolehi sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Jadi, adakah perlu Anwar sekali lagi mengalah kepada Tun Mahathir?

Dan kenapa tidak kali ini Tun Mahathir pula yang mengalah kepada Anwar, lebih-lebih lagi kerana sokongan di kelilingnya sekarang ini makin mengecil dan beliau juga boleh dianggap tidak mempunyai parti?

Tidakkah juga, dengan mengalah dan memberi sokongan kepada Anwar kali ini, Tun Mahathir akan lebih disanjung rakyat dan benar-benar menampakkan keikhlasannya untuk melihat Presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri?

Apa masalah Tun Mahathir sebenarnya? (Shahbudindotcom 15/06/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/anwar-diharap-bertegas-jangan-sesekali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Jangan Dipatuk Ular Yang Sama Dari Lubang Yang Sama Wahai Anwar

Politik Jangan Dipatuk Ular Yang Sama Dari Lubang Yang Sama Wahai Anwar

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 460 hits
Untuk menjatuhkan DS Najib beliau sanggup bekerjasama dengan musuh musuh lamanya DS Anwar Lim Kit Siang dan Mat Sabu Ianya berjaya dan tumbanglah DS Najib dan bersama samanya kerajaan BN Tun Dr Mahathir menjadi PM kerajaan PH sehingga jawat...
Anwar Jangan Dok Percaya Sangat Mahathir Tu

Anwar Jangan Dok Percaya Sangat Mahathir Tu

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 355 hits
Seorang penganalisis berpandangan perjanjian yang memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan hanya merugikan Anwar more Awang Azm...
Anwar Diingatkan Jangan Terlalu Percaya Pada Dr M

Anwar Diingatkan Jangan Terlalu Percaya Pada Dr M

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 356 hits
Seorang penganalisis berpandangan perjanjian yang memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan hanya merugikan Anwar Awang Azman Aw...
Anwar Jangan Berpaling Bersama Tun Mahathir Lawan Muhyiddin

Anwar Jangan Berpaling Bersama Tun Mahathir Lawan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 325 hits
Biarpun tersebar spekulasi mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak lagi mahu meneruskan rundingan membentuk kerajaan Pakatan Harapan 2 0 dengan Tun Mahathir dan didakwa ingin mencari sekutu baharu namun pemimpin DAP tetap menyeru agar per...
2020 Tahun Dsai Jangan Mengalah

2020 Tahun Dsai Jangan Mengalah

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 410 hits
SARIDAH SH ABDULLAHKerajaan korup kurap berterusan atau dihentikan berada di tangan DSAI dengan syarat jauhi dan jangan mengalah dengan TM So DSAI PM tepi bakal PM sehingga akhir hayat nanti so what Sejarah takkan menipu apabila generasi ma...
Anwar Jangan Bimbang Kami Sentiasa Bersama Mu

Anwar Jangan Bimbang Kami Sentiasa Bersama Mu

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 301 hits
Kalaulah kerana Keadilan bertegas mahu Anwar sebagai calon PM maka rakan2 sekutu di dalam PH mahu tendang Anwar dan Keadilan keluar dari PH demi untuk pertahankan Tun M kami penyokong bawahan bersedia bersama Keadilan walaupun bersendirian ...
Jangan Sesekali Bagi Anak Rasa Air Bergas Kesannya Pusat Memori Otak Mengecil Kesian Pada Anak

Jangan Sesekali Bagi Anak Rasa Air Bergas Kesannya Pusat Memori Otak Mengecil Kesian Pada Anak

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 307 hits
Gula dan kanak kanak memang tidak dapat dipisahkan Golongan ini sangat menggemarinya kerana gula adalah makanan yang sedap Ia memberikan kepuasan dan kegembiraan setiap kali mengambilnya Tidak salah untuk memberikan anak anda makanan makann...
Anwar Jangan Abai Rakyat Walau Negara Berdepan Banyak Isu

Anwar Jangan Abai Rakyat Walau Negara Berdepan Banyak Isu

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 358 hits
SHAH ALAM 7 JUN Wakil rakyat diingatkan tidak lupa tanggungjawab masing masing walaupun negara berdepan isu politik rangsangan ekonomi serta pandemik Covid 19 Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelonggaran pergerakan ketika ini membolehkan Ah...
Anwar Jangan Biarkan Perompak Kaut Kekayaan Dilepaskan

Anwar Jangan Biarkan Perompak Kaut Kekayaan Dilepaskan

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 357 hits
SHAH ALAM 15 JUN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik sikap sesetengah pihak yang membiarkan perompak mengaut kekayaan negara dilepaskan begitu sahaja Ketua pembangkang juga kesal berikutan kerajaan Persekutuan cuba melembutkan hati rakyat s...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord