Faedah Yang Anda Dapat Dengan Amalan Berjimat Cermat





Faedah Yang Anda Dapat Dengan Amalan Berjimat Cermat | Dengan mengamalkan sikap berjimat cermat, persediaan untuk menghadapi masa depan yang lebih baik perlu dengan mempunyai sumber kewangan mencukupi.

Kita tidak mampu meramal masa depan, kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal serta tidak lupa juga dari segi kewangan.

Jika anda mempunyai kebolehan untuk meramal masa depan, tahniah untuk anda.


Pernahkah anda meminta untuk masa depan yang buntu tanpa duit wang ringgit?

Sudah tentu tidak.

Begitu juga dengan saya.

Walau bagaimana pun, malang tidak berbau.


Kalau malang itu berbau, sudah tentu kita cuba elakkan sebaik saja bau itu terhidu dari jauh.

Banyak faedah dan kebaikannya untuk anda jika amalkan sikap berjimat-cermat.

Antaranya :

1 | Persediaan dan bekalan masa depan.


Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. Duit tak boleh bawa mati tapi bila takda duit rasa nak mati

Mati pun perlukan duit.

Sebab tu kena ada duit lebih untuk menghadapi situasi yang tidak diduga.

Contoh situasi yang tidak diduga ialah kereta rosak. Bila tiada duit nak baiki, macamana nak pergi kerja untuk dapat duit gaji.

“Uber/Grab kan ada. “
Uber/Grab pun bayar guna duit. Kecuali hari-hari dapat free Promo.

Situasi lain yang tidak diduga ialah dari segi kesihatan.

Itu la penting bagi kita untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Antara masalah yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah obesiti.
Obesiti kini menjadi masalah kesihatan serius kepada Malaysia. Menurut Menteri Kesihatan baru-baru ini, setakat ini 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta daripada mereka adalah obes atau berat berlebihan yang melampau.- Harian Metro (21 April 2017)Untuk tampung kos rawatan kena ada duit.

Terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.

Baca juga : Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat

Untuk berjimat dalam jangka masa panjang, kena la jaga kesihatan setiap masa.




2 |  Lebih banyak produk dan servis berkualiti dan murah

Apa kaitan berjimat-cermat dengan kualiti murah produk dan servis? 
Kaitannya ialah.

Kalau la semua orang amalkan sikap jimat cermat (kalau), penguna akan lebih berwaspada untuk membeli barangan dan servis.

Penguna akan mengelak membeli yang bukan keperluan mereka. Mereka akan cuba minimumkan berbelanjaan mereka. Maka terlahir la penguna yang bijak.

Lalu berlumba-lumba pengeluar untuk mengeluarkan produk berkualiti serta murah bagi meningkatkan penjualan.

Logik kan?

Ianya tidak mustahil cuma susah sikit kerana kita sebagai penguna adakalanya membeli berbekalkan nafsu serakah.


3 | Melatih diri lebih disiplin

Pernah dengar tentang eksperimen marshmallow?

Eksperimen ini dikatakan bermula pada sekitar 1960-an.

Beberapa kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun diasingkan dan diletakkan satu mashmallow atas meja di hadapan mereka.

Mereka diberitahu bahawa mereka boleh memakan marshmallow tersebut pada masa itu tapi sekiranya mereka menunggu selama 15 minit dan tidak memakan marshmallow itu, mereka diberi tambahan satu lagi marshmallow.

Sumber gambar : HelloKids.com
Universiti Standford yang menjalankan ekperimen ini kepada 600 kanak mendapati..

Ada beberapa kanak-kanak yang memakan marshamallow pada masa yang berbeza kerana tidak dapat menahan diri selama 15 minit.Cuma sebahagian kecil dari kanak-kanak itu berjaya menahan diri daripada marshamallow itu dan diberikan satu lagi marshmallow, oreo atau pun pretzel.
Selepas beberapa tahun, hasilnya mengejutkan

Didapati kanak-kanak yang berjaya menahan selama 15 minit dalam eksperimen tersebut mempunyai prestasi lebih baik dari segi akademik dan membuat keputusan berbanding mereka yang tidak berjaya menahan diri dalam 15 minit tersebut.

Sumber : Daily Mail. Marshmallow test - how resisting a sweet can lead to a better life


Apa peribahasa yang sesuai dengan eksperimen ini?

Bersusah –susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Begitu juga la kita, jika kita dapat menahan nafsu serakah dari membeli barang-barang mewah, kita tak perlulah bersusah-susah kemudian.

Nanti 2 minggu sebelum gaji, makan maggi tiap-tiap hari. 
Tapi kalau mampu untuk beli barang-barang mewah, tidak mengapa. Beli ikut kemampuan diri sendiri, ukur baju di badan sendiri.


4 | Mengelakkan masalah rumah tangga

Memang indah kalau suami isteri sanggup mengharungi susah senang bersama. Orang kata duit itu tidak menjamin kebahagian rumah tangga.

Betul ke?

Menurut Rela Ahmad, Exco Pembangunan Wanita, faktor utama penceraian ialah masalah kewangan.

"Setiap hari ada pasangan yang bercerai. Rata-ratanya sudah berkahwin selama lima hingga 10 tahun. Mereka memberi alasan masalah ekonomi sebagai punca mereka bercerai," kata beliau.

Kerana kedudukan ekonomi yang tidak stabil, pasangan berkahwin menghadapi kesukaran sehingga membawa kepada tekanan terutama kepada pihak suami untuk menyara hidup keluarga mereka.

Pasangan berkahwin juga perlu pintar untuk mengurus soal kewangan dan tidak memilih perceraian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sumber : Sinar Harian. Masalah kewangan punca utama penceraian. 
Berbagai permasalahan akan timbul apabila berlakunya perceraian di antara suami dan isteri. 
Namun begitu, apa yang terkesan sekali ialah anak yang sedang membesar. Bagaimana anak yang masih mentah hendak menghadapi situasi keluarga yang pincang di usianya masih belum mengenal erti kehidupan

Sebagai ibu bapa juga perlulah berjimat cermat agar dapat memberikan pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya untuk anak yang tercinta

Bukan mudah untuk mendidik anak agar menjadi anak yang baik. Tanggungjawab ibu bapa memang mencabar, lebih-lebih lagi anakk mereka yang dalam generasi millenial ini.

Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi. 
Setiap ibu bapa pasti ingin anak mereka pintar dan cerdas

Yalah. Mana ada ibu bapa yang nak anak mereka yang ikut perangai iblis kan?

Zaman sudah berubah, dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan sebagainya.. tetapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada ipad/tablet sendiri


Kesimpulannya

Amalan jimat cermat amalan mulia
Sekiranya kita mengamalkan sikap berjimat cermat, yang pasti ia sangat menguntungkan diri sendiri dan juga orang lain  di sekeliling kita.

Memang banyak faedah berjimat-cermat, tapi boleh tak anda senaraikan faedah dan kebaikan amalan boros dan membazir?

Baca juga : Cara Berjimat Ringkas Dan Mudah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blogdedaun.blogspot.com/2017/11/faedah-berjimat-cermat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Resepi Masakan Telur Sedap Yang Sesuai Untuk Bajet Berjimat Cermat

12 Resepi Masakan Telur Sedap Yang Sesuai Untuk Bajet Berjimat Cermat

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 549 hits
Bila sebut lauk telur teringat masakam telur yang aku masak hampir setiap hari waktu zaman meleset kehidupan kami sekeluarga dulu dulu Masa tu hanya masakan telur saja yang sentiasa menjadi hidangan yang mampu aku sediakan untuk juadah maka...
10 Amalan Ringan Pahalanya Setara Dengan Ibadah Berhaji

10 Amalan Ringan Pahalanya Setara Dengan Ibadah Berhaji

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 278 hits
Menunaikan ibadah haji merupakan impian setiap muslim Ibadah yang dilakukan setahun sekali itu merupakan rukun Islam kelima yang hanya dapat ditunaikan oleh muslim yang terpanggil dan mampu untuk melaksanakannya Banyak diantara muslim yang ...
Amalan Mendapatkan Zuriat

Amalan Mendapatkan Zuriat

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 185 hits
Amalan Mendapatkan Zuriat Assalamualaikum selamat petangpembaca blog KakYa Alhamdulillah syukur Ya Allah petang ni masih bagi peluang bernafas di bumi Allah ini Petang ni KakYa nak kongsi ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam p...
Amalan Yang Boleh Dilakukan Untuk Mendapatkan Zuriat

Amalan Yang Boleh Dilakukan Untuk Mendapatkan Zuriat

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 238 hits
Kawan saya sudah berumah tangga selama 12 tahun tetapi belum mendapat zuriat dan telah menjalani beberapi kali rawatan di klinik pakar untuk mendapatkan zuriat Bolehkah ustaz kongsikan apa apa doa atau amalan untuk mendapatkan zuriat Amalan...
7 Amalan Yang Digalakkan Pada 10 Hari Pertama Zulhijjah Amp Fadilatnya

7 Amalan Yang Digalakkan Pada 10 Hari Pertama Zulhijjah Amp Fadilatnya

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 386 hits
Jika Ramadan dikenali dengan kelebihan sepuluh malam terakhirnya bulan Zulhijah dikenali dengan kelebihan menggandakan amalan pada sepuluh hari awalnya Tahukah anda Zulhijjah adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dalam Islam...
Amalan Zikir Agar Wajah Awet Muda Dan Bercahaya

Amalan Zikir Agar Wajah Awet Muda Dan Bercahaya

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 261 hits
Ingin Agar Wajah Awet Muda dan Bercahaya Lakukan Amalan ini Banyak cara dilakukan orang terutama kaum hawa untuk selalu tampil cantik dan terlihat awet muda berseri Tak sedikit diantara mereka yang melakukan perawatan wajah dengan menghambu...
Kenapa Susah Sangat Nak Berjimat

Kenapa Susah Sangat Nak Berjimat

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 244 hits
Untuk berjimat kita kena lebihkan perbelanjaan dari pendapatan Setiap bulan saya ingatkan diri untuk berjimat akhirnya hampir setiap bulan juga saya terlebih berbelanja Dan begitu la juga seterusnya Ingatkan diri untuk berjimat tapi tetap t...
Sebab Utama Anda Perlu Berjimat

Sebab Utama Anda Perlu Berjimat

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 403 hits
Kenapa perlu berjimat Tak kira la ketika ekonomi negara memberansangkan ataupun merundum penjimatan kena kita buat dari masa ke semasa Beli ikut keperluan dan bukan ikut kemampuan Biar tak bergaya asalkan poket kita kaya Biasa anda dengar k...
Niat Puasa Arafah Dan Keutamaannya Amalan Menjelang Idul Adha Yang Luar Biasa

Niat Puasa Arafah Dan Keutamaannya Amalan Menjelang Idul Adha Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 258 hits
Niat Puasa Arafah dan keutamaannya perlu kamu pahami agar kamu tidak merugi Pasalnya Puasa Arafah ini memiliki keutamaan yang begitu luar biasa sehingga termasuk ke dalam puasa sunah yang sangat dianjurkan atau sunah muakkad Puasa Arafah in...
8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional