12 Resepi Masakan Telur Sedap Yang Sesuai Untuk Bajet Berjimat Cermat


Bila sebut lauk telur teringat masakam telur yang aku masak hampir setiap hari waktu zaman meleset kehidupan  kami sekeluarga dulu-dulu. Masa tu hanya masakan telur saja yang sentiasa menjadi hidangan yang mampu aku sediakan  untuk juadah makan tengahari dan malam. Masa itu anak-anak masih kecil dan kami di timpa kesusahan apabila bisnes suami jatuh teruk. Begitulah, hidup ini umpama air laut yang ada pasang surutnya... kan!
12 Resepi Masakan Telur Sedap Yang Sesuai Untuk Bajet Berjimat Cermat
Masa tu setiap awal bulan mesti beli 2 papan telur. Bekalan untuk sebulan. Kebiasaannya tak sampai sebulan dah habis. Nasib baiklah gaji en. suami 2 kali sebulan. Masa awal bulan, beli juga lauk lain, tapi masuk nak tengah bulan dan nak hujing bulan, memang telurlah jawbnya hari-hari. Pandai-pandai akulah nak olah resepi masakan telur hari-hari agar tidak menjemukan. Hari-hari berlaukkan telur jemu juga. tau..!


Memang serik rasanya makan lauk telur hari-hari tapi itulah kenangan pada aku. Tapi bagi en. suami dia memang suka dengan telur. Kebiasaanuya sekarang hampir tiap hari mesti ada lauk telur goreng untuk en.suami. Sesekali aku masak sambal tumis telur untuk dia dan anak-anak. Jadi aku nak letak pelbagai resepi masakan telur di blog ini untuk mudahkan aku cari resepi yang sesuai aku masak lain kali... hehe!
12 Resepi Masakan Telur Sedap Yang Sesuai Untuk Bajet Berjimat Cermat
#1 Telur Rebus Goreng Masak Merah Telur Rebus Goreng Masak Merah

Bahan-bahan :
5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)1 cawan santan pekat / susu cair 1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar) 2 biji bawang merah (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)1 sm halia (dikisar)1 sm lengkuas (dkisar) - optional1 senduk cili giling (-/+)1 sudu besar puri tomato / sos tomatosedikit sos cilisedikit kicapsedikit sos tiramgaram dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api. Masukkan telur dan gaulkan. Bolehlah dihidangkan bersama nasi.
*kredit Dapurkusayang
#2 Sambal Tumis Telur Rebus Sambal Tumis Telur Rebus
Bahan bahan:
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar - hiris 3-4 sb cili kisar Sedikit belacan Garam Gula Air asam jawa Telur - rebus, kupas & goreng
Cara cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. 
Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan
Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.
*kredit Aziekitchen
#3 Sambal Telur Pecah Hancur Meletop Sambal Telur Pecah Hancur Meletop

Bahan-bahan:
3 biji telur 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 4 s/mkn cili kisar 3 s/mkn cili sos 1 s/mkn gula merah 2 s/mkn gula pasir garam secukup rasa
Cara-cara:
Tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih. Tumis cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih yang di tumbuk lunat tadi. Masukkan cili sos.
Masukkan gula merah, gula pasir dan garam. Apabila rasa dah ok dan meletop, pecahkan telur sebiji-sebiji dalam kuali, Biarkan telur 1/2 masak, Terbalikkan dan kaup perlahan-lahan dalam kuali. 
Nak yang hancur lebih kurang kaup baikkan telur dengan perlahan-lahan tapi kalau nak hancur halus-halus, selepas masukkan telur terus gaul sekali gus. Sedia untuk di hidang.
*kredit Aleen Aireish
#4 Telur Goreng Asam Kicap Pedas Telur Goreng Asam Kicap Pedas

Bahan-bahan:
Telur 4 bijiSebiji Bawang besar dihiris halus*Cili padi 7 biji dihiris*Setengah biji Tomato dipotong dadu*Kicap*4 biji Limau kasturi dibelah 2Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan. Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi. Siapp!
#5 Telur Mata Kerbau Masak Sos Telur Mata Kerbau Masak Sos

Bahan-bahan:
2 biji bawang besar dihiris kasar3-4 inci halia dihiris kasar3-4 sudu makan cili kering kisar Sos tomato - kuantiti lebih sikit dari sos cili Sos cili - kuantiti sikit dari sos tomato Kicap manis 4-5sudu makan) Sedikit air Telur goreng mata kerbau -ikut suka berapa biji nak Minyak menumis 1 tin kecil kacang peas, tak perlu buang air 
Cara-cara:
Panaskan minyak. Tumiskan cili kering kisar hingga masak dan pecah minyak. Masukkan separuh uantiti bawang besar hiris dan halia hiris. Kacau hingga bawang layu. Masukkan semua sos dan kicap bersama sedikit air.
Masak hingga mendidih. Masukkan baki bawang besar dan kacang peas. Kacau rata.Masukkan telur goreng renihkan seketika. Dan siappp! (Tak perlu garam, gula dan asam jawa, rasa dah cukup semua dari bahan-bahan,)
#6 Telur Rebus Sambal Cili Api Telur Rebus Sambal Cili Api

Bahan-bahan:
Telur rebusCili api - ikut banyak di kehendaki3 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 keping asam keping1 biji bawang besarGaram dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Telur rebus di goreng garing. Cili api, bawang merah dan bawang putih di kisar lumat. Goreng bahan yang di kisar lumat tadi sehingga naik minyak.
Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Seterusnya masukkan bawang besar dan masak sampai garing. Setelah itu gaul bersama telur rebus goreng tadi. Siapp!
*kredit Nollyepin
#7 Telur Rebus Air Asam Telur Rebus Air Asam

Bahan-bahan: 
TelurCili apiBawang besarTomatoAir asam jawa(bancuh dengan air masak)Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Telur di rebus dalam anggaran 7 minit iaitu telur putih sudah keras tapi bahagian kuning agak masih belum pekat sepenuhnya. Rendam telur dengan air sejuk sekejap, baru kupas, telur akan nampak licin cantik dan di belah dua bahagian.
Cincang cili api, bawang besar dan tomato. bancuh sebati bahan cincang bersam air asam jawa dan persakan dengan garam dan gula secukup rasa. Susun telur agak-agak paras tenggelam sedikit dalam air asam dan biarkan air asam sebati dan meresap ke dalam telur.
#8 Sup Telur Sup Telur

5 biji telur3 bji bawang putih2 ulas bawang merah1 biji cili merah1 kiub ayamSedikit suhoonDaun bawangSerbuk lada hitam-jika suka
Cara-cara:
Tumiskan bawang merah, bawang pituh dan cili merah yang telah di hiris. Setelah layu dan berbau wangi, Masukkan air dan serbuk lada hitam(jika suka). masukkan juga 1 ketul kiub ayam.
Apabila mendidih, pecahkan telur sebiji sebiji kedalamnya. Kacau dengan berhati-hati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah itu masukkan suhoon yang gtelah di rendam terlebih dahulu ke dalam sup.
Tutup api, siap untuk di hidangkan

#9 Kari Telur Ayam Kari Telur Ayam

Bahan-bahan:
Telur 4-6 biji (yg telah direbus)Ubi kentang - 2 biji (dibelah 4 atau 6)Serbuk kari daging - 4-5 sudu besar (Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air sehingga agak cair) Santan - lebih kurang 1/2 - 1 cawan Halba campur - lebih kurang separuh sudu kecil Daun kari - 1 batang
Bahan-bahan untuk ditumbuk/dihiris :
Bawang kecil - 2 bijiBawang putih - 2-3 ulasHalia lebih kurang 2cm
Cara-cara:
Panaskan kuali dengan lebih kurang secawan minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi. Kemudian ketepikan. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan kari tadi. Tunggu sehingga pecah minyak. Ubi kentang boleh dimasukkan sekali untuk cepatkan ubi empuk dan lembut. Apabila kari sudah pecah minyak bolehlah masukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
Perasakan dengan sedikit garam dan boleh ditambah sedikit serbuk perasa. Setelah mendidih bolehlah masukkan telur dan siap.
*kredit Yongsalmi
#10 Sambal Telur Ikan Bilis Sambal Telur Ikan Bilis

Bahan-bahan:
4 biji telur, digoreng mata kerbau 1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan 1 pokok daun bawang, hiris halusDaun salad secukupnya untuk hiasan2 senduk nasi cili kisar1/2 cawan jus asam jawaGaram dan gula secukup rasa1 biji bawang besar*2 ulas bawang putih*3/4 inci belacan*1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
Cara-cara: 
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk-lauk lain.
#11 Kurma Telur Kurma Telur

Bahan-bahan:
Telur - di rebus 2 paket kecil rempah kurma5 ulas bawamg putih (hiris)1 labu bawang merah besar -hiris besar)1 inci halia2 biji tomato (optional)1 biji lobak merah Kulit kayu manis Buah pelaga Bunga lawang Air asam sikit Garam secukup rasa Air secukupnya
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sampai naik bau. Masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn air. Tumis sampai pecah minyak .
Masukkan air asam, dan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. Masukkan kentang, lobak, Masak sehingga empuk. Masukkan telur, cili merah, tomato, dan garam secukup rasa. Lepas tu sesuaikanlah kuah dia nak pekat ataupun cair. Siapp

#12 Telur Bungkus Telur Bungkus

Bahan-bahan:
2 keping isi ayam dipotong kecil21/2 biji bawang holland dicincang halus 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil 1/2 batang daun saderi didadu kecil 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas) 1 biji cili merah2 sudu sos tomato2 sudu sos cili1 sudu sos tiram Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar secubit garam jika perluMinyak untuk menumis2 biji telur ayam
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata.
Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi. Taburkan secubit garam jika perlu. Sebelum diangkat bolehla ditaburkan daun sup atau daun ketumbar. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata. Letak kan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut. Biarkan telur garing seketika dan bolehla di terbalik kan ke dalam pinggan. Siapp!
Nasib lah sudah tak terpaksa makan lauk telur hari-hari walaupun kehidupan kami tidaklah sesenang mana sekarang. Perbezaannya dengan dulu adalah anak-anak sudah habis belajar dan sudapun bekerja. Tinggal dua orang lagi yang masih belajar. Itu yang agak lega sedikit. Sampai sekarang bila menjamu selera dengan masakan telur mesti teringat nostalgia lama itu.... Haihh!
Nak dapatkan pelbagai resepi dan informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Ingat sangat kenangan tu. Nak makan sayur kutip pucuk ubi tepi jalan ataupun kutip kangkung  di longkang besar. Selain tu kait petai belalang,... hmmm!
#kredit Group FB Resepi Ibu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/07/12-resepi-masakan-telur-sedap-yang-sesuai-untuk-bajet-berjimat-cermat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Cara Masak Mee Goreng Basah Bajet Yang Meletup Sedap

Resepi Cara Masak Mee Goreng Basah Bajet Yang Meletup Sedap

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 636 hits
Salah satu makanan kegemaran aku adalah mee goreng Aku suka buat yang basah basah sikit Bukan terlalu berair cuma lebih sikit basahnya Barulah sedap apabila bahan bahan rencahnya terasa kebasahannya dalam mee goreng tu Tapi bahan iringan se...
Resepi Kuey Teow Kungfu Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak

Resepi Kuey Teow Kungfu Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 480 hits
Assalamualaikum semua Dalam entri kali ini saya nak kongsikan Resepi kuey teow ini pernah kongsikan di channel Youtube saya Saja saya nak kongsikannya di sini pula Saya seorang suka makan kuey teow kungfu Jika saya makan dikedai banyak kalu...
10 Aneka Resepi Sotong Mudah Dan Sedap

10 Aneka Resepi Sotong Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 699 hits
10 Aneka Resepi Sotong Mudah dan Sedap Untuk resepi Sotong ni memang banyak yang boleh digoogle untuk dijadikan menu samada untuk makan tengahari atau The post appeared first on
Resepi Mango Cheesecake Sedap Ala Kula Cakes

Resepi Mango Cheesecake Sedap Ala Kula Cakes

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 715 hits
Ingat tak cerita saya JJCM ke Kuantan sebelum ini Itu adalah saat di mana pertama kali saya singgah makan di Ia juga merupakan pengalaman pertama saya merasai mango cheesecake dalam hidup saya Disebabkan saya tak berapa suka cheese jadi keb...
Resepi Cream Cheese Brownies Yang Senang Dan Paling Sedap

Resepi Cream Cheese Brownies Yang Senang Dan Paling Sedap

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 657 hits
Ramai pembaca blog saya ni ialah penggemar brownies Boleh kata setiap hari ada je yang mencari cari resepi brownies saya Oleh sebab ramai yang suka brownies kali ni saya nak kongsikan pulak resepi cream cheese brownies Yang ni lagi sedap ta...
Rajin Buat Resepi Macaroni Bakar Simple Dan Sedap

Rajin Buat Resepi Macaroni Bakar Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 437 hits
Cara Buat Macaroni Bakar Simple dan Sedap Haiiii sayang sayang semua Sihat ke Macam mana korang adapt life dengan
Resepi Telur Masak Kicap Simple

Resepi Telur Masak Kicap Simple

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 372 hits
Telur masak kicap menu paling cepat dan sedap Ia antara resepi paling senang nak buat Dan telur masak kicap adalah masakan yang digemari ramai orang atau mungkin semua orang Pernah satu ketika dahulu resepi telur kicap viral dalam kalangan ...
Resepi Rempeyek Kacang Yang Sedap Dan Rangup Tak Pakai Acuan

Resepi Rempeyek Kacang Yang Sedap Dan Rangup Tak Pakai Acuan

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 573 hits
RESEPI REMPEYEK KACANG YANG SEDAP DAN RANGUP TAK PAKAI ACUAN Dah dekat sebulan tepung beras yang suami beli tapi langsung tak guna pun Risau pulak kalau sampai tarikh luput nya nanti kan dah rugi Jadi saya rasa nak buat kuih rempeyek je la ...
Sedap Rupanya Resepi Sotong Goreng Kunyit Dato Rizalman

Sedap Rupanya Resepi Sotong Goreng Kunyit Dato Rizalman

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 1718 hits
Resepi Sotong Goreng Kunyit Dato Rizalman Sat ada sat takdak cheq ni aihhh Sebut nama Dato Rizalman teruih rasa nak menulih dalam loghat utara Walaupun cheq bukan asai utara tapi dan lebih 20 tahun merantau cari rezeki tang ni lidah pun dah...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web