Face Mask Milla 4 Ply Murah Sangat Rm 25 Untuk 50 Keping
Face Mask MILLA 4 Ply Murah Sangat! RM 25 Untuk 50 Keping. | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini di instagram Mila Jirin ada post tentang produk baru dalam perniagaan beliau iaitu Face Mask Milla. Ruby pun klik tengok IG Live tersebut. Ehh cantiknya warna tuuu. Terus terdetik dari hati ye. Hahaha. Tengok Mila Jirin cerita tentang face mask dan promosi pengenalan yang beliau buat. Terus Ruby masuk profail info @Mila_Jirin dan daftar sebagai VIP.
Face Mask MILLA 4 Ply Murah Sangat! RM 25 Untuk 50 Keping.
Pendaftaran VIP melayakkan Ruby untuk mendapat hadiah. Dengan setiap pembelian Face Mask MILLA, anda akan terima hadiah iaitu fabric face mask, wristband sanitizer dan tambahan 10 lagi face mask. Kesemua hadiah ini akan diberikan secara percuma dan warna diberi secara rawak. Bagus kan
Setelah mendaftar sebagai VIP, Ruby terima email dan sms. Ada notifikasi tahniah menjadi VIP, kemudian countdown untuk hari jualan. Ruby kalau dah dengar "face mask akan dijual pada 30 Julai 2021". Ruby pun standby lah dekat aplikasi Shopee pada jam 12am. Sebab Mila Jirin sudah memaklumkan bahawa tempat jualan adalah melalui Shopee. Yayy! Mudah! Ruby suka! Tapi bukan 12am gais, 12pm lah. Okay tido dulu. Hahaha
Ruby membuat pesanan, 4 kotak Face Mask MILLA. Lepas tu kedai Shopee Bizmilla juga memberi RM 5 baucar. Seterusnya FREE SHIPPING!. Keseluruhannya Ruby bayar RM 95 sahaja. Penghantaran melalui J&T dan Ruby terima parcel dalam keadaan baik dan besar! Hahaha. Face Mask MILLA tersedia di dalam dua warna menarik. Light Brown dan Black. Ini adalah warna kegemaran Ruby! Joget joget seronok.
Light Brown
Black
Headloop Face Mask Pakai Buang
Face Mask MILLA terdapat dalam earloop dan headloop. Ruby beli stok untuk Ruby sahaja sebab ini adalah masa yang tepat untuk menambah stok face mask. Hehehe. Suami pun cakap, beli sayang punya dulu. Abang punya face mask banyak lagi. Headloop untuk hijab kebiasaannya nipis dan tali mudah terputus. Jadi, elok Ruby rebut peluang untuk dapatkan face mask ini. Hehehe.
Face Mask MILLA adalah jenis non-medical. Tetapi jangan khuatir, ia 4 Ply. Ia dibuat dari bahan premium dengan corak geometri khas. 4 lapisan sekali pakai, face mask ini memberi perlindungan tambahan terhadap asap, bakteria, titisan serta debunga. Tali headloop rata yang berkualiti tinggi. Coak geometri bercetak tersuai dan logo timbul 'MILLA'
BFE> Kecekapan Penyaringan Bakteria 98% terhadap virus, bakteria & zarah udaraPFE> 96% Kecekapan Penapisan ZarahTahan Percikan ≥120mmhg (16kpa) yang dapat melindungi daripada biofluida & titisan berbahayaHypoallergenic yang dibuat dengan bahan premium lembut untuk mengurangkan alergi kulit
Bahan-BahanUntuk Lapisan Luar Pertama (1) & Kedua (2): Kain bukan tenunan berkualiti tinggi yang menolak cecair untuk tahap perlindungan yang lebih tinggi.Untuk Lapisan Tengah ke-3: Kain cair berkualiti tinggi dengan penyaringan patogen untuk penapisan yang berkesan.Untuk Lapisan Dalam Ke-4 - Material tenunan premium ekstra lembut yang menyerap kelembapan dan membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat penggunaan lama.Spesifikasi teknikal4 PLY (4 Lapisan)Kecekapan Penapisan Bakteria (BFE) ≥ 98%Kecekapan Penapisan Zarah (PFE) ≥ 96%Mod Headloop LekapanPenggunaan Sekali PakaiArahan PenjagaanSebaiknya simpan di tempat yang kering dan berventilasiSimpan dalam suhu bilik, elakkan cahaya matahari secara langsungJangka hayat 2 tahunPerhatianPastikan ia digunakan dalam tempoh sahJangan gunakan jika pembungkusan plastik dalam rosakDisyorkan untuk diganti setiap 4 jam.Penggunaan sekali sahaja. Tidak boleh dicuci. Tidak boleh digunakan semula.
7 Warna Fabric Face Mask
Melalui IGTV Mila Jirin, fabric face mask ini belum dijual lagi, tetapi ada stok untuk diberikan sebagai hadiah kepada 5000 pembeli terawal. Kalau Ruby, seorang pembeli VIP membeli 4 kotak Face Mask MILLA, pihak Bizmilla akan beri 4 fabric face mask itu. Anda tahu tak, fabric face mask ini sebenarnya ada 7 warna semuanya? Hehehe. Semua warna cantik-cantik belaka. Nama untuk setiap fabric face mask tidak dimaklumkan lagi.
Ruby nak kongsikan Fabric Face Mask MILLA yang Ruby telah terima. Ruby nak bagi cadangan nama kepada Fabric Face Mask Milla ni. Light Brown, Champagne, Red Ruby dan Premium Black. Hahaha.
Cantik? Hehe. Terima kasih pasukan Bizmilla beri warna cun melecun ni kepada Ruby. I love you all lah. Lawa gilerrr. Cannot move on. Alhamdulillah!!!
Hadiah VIP Untuk Pembelian Pada 30 Julai 2021
Ruby dapat 4 set fabric face mask berlainan warna, wristband sanitizer warna hitam dan 4 pek face mask light brown yang terisi 10 keping setiap pek. Hasil membeli 4 kotak semasa 30 Julai 2021. Terima kasih Mila Jirin dan pasukan Bizmilla kerana mengadakan pelbagai promosi. Semoga diperkayakan rezeki dan dipermudahkan urusan. Terima kasih jual Face Mask MILLA dengan kualiti kayangan, harga marhaen. Hehehe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/08/face-mask-milla-4-ply-murah-sangat-rm-25-untuk-50-keping.html