F N Meraikan 140 Tahun Komited Tumpu Aspek Kelestarian


F&N Meraikan 140 Tahun : Komited Tumpu Aspek Kelestarian : Fraser & Neave Holdings Bhd ('F&NHB' atau 'Kumpulan'), nama yang sinonim dengan tradisi dan kecemerlangan, dengan bangganya menyambut ulang tahun ke-140 jenamanya dengan menampilkan tema tulus ikhlas yang bergema secara mendalam di kalangan komuniti Malaysia – “Kisah Kita… Selamanya.”
F&NHB komited dalam menyampaikan "Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati" dengan rangkaian pelbagai jenamanya telah membangkitkan kenangan warna-warni yang berkekalan bersama



F&N Meraikan 140 Tahun : Komited Tumpu Aspek Kelestarian
Tema ulang tahun, "Kisah Kita… Selamanya," mengabadikan intipati tradisi yang berharga ini, di mana produk F&N telah menjadi pemangkin untuk menjalin hubungan mesra di kalangan orang tersayang


Sambutan itu dirasmikan oleh Pengerusi F&NHB, Y.A.M. Tengku Syed Badarudin Jamalullail, En. Hui Choon Kit, Ketua Pegawai Eksekutif Fraser and Neave, Limited, bersama En. Lim Yew Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB dan beberapa ahli Lembaga Pengarah F&NHB. Turut hadir bersama ialah duta 100PLUS Datuk Wira Lee Chong Wei dan Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang, yang menyertai sambutan ulang tahun itu bersama-sama tetamu di jerayawara

“F&N berbesar hati untuk mendapat penghormatan sebagai sahabat teguh untuk semua generasi rakyat Malaysia. Dalam meraikan warisan kami, kami juga teruja dan bersemangat dalam mengembangkan era pertumbuhan dan transformasi yang lestari secara menyeluruh pada masa yang akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB Lim Yew Hoe.
Kini, F&NHB boleh didapati di 89 negara dan akan terus mengembangkan perniagaannya melalui pemerolehan strategik dan meluaskan jejaknya merentasi rantaian nilai makanan dan minuman

Diperkukuhkan dengan integrasi produk Sri Nona dan Cocoaland baru-baru ini ke dalam portfolionya, sektor makanan Halal berbungkus merupakan tonggak pertumbuhan yang menggalakkan untuk F&NHB. Langkah ini membolehkan F&NHB memenuhi cita rasa yang pelbagai di kalangan masyarakat bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju pasaran

Dalam meneruskan pertumbuhannya, komitmen utama kumpulan F&NHB tertumpu kepada kelestarian kerana ia membentuk landskap masa depan Malaysia

Giat Membangunkan Ladang Tenusu Bersepadu Terbesar di Malaysia
Dalam menggariskan komitmen ini, Lim berkongsi bahawa kumpulannya sedang giat membangunkan ladang tenusu bersepadu terbesar di Malaysia, dengan seluas 2,726 hektar di Gemas, Negeri Sembilan, yang akan menghasilkan 100 juta liter susu segar setiap tahun dalam Fasa 1 untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, bagi memenuhi aspirasi F&NHB untuk membekalkan susu segar ke setiap rumah di Malaysia

Selain ladang tenusu, rancangan F&NHB untuk menggabungkan tanaman makanan ternakan dalam ladang itu sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap makanan ternakan hasil import. Ladang itu juga akan direka bentuk berdasarkan pertanian lestari, amalan ekonomi bulat dan teknologi hijau

Memasang Sistem Fotovoltaik Suria (PV)
Sejak tahun 2020, F&N telah mengurangkan pergantungannya kepada bahan api fosil dengan memasang sistem fotovoltaik suria (PV), bumbung terbesar di Malaysia di kilangnya. Dengan 11,000 panel solar di kilang Shah Alam, tenaga solar yang dijana kini menyumbang lebih daripada separuh penggunaan elektrik untuk menghasilkan 100PLUS, minuman Isotonik No. 1 di Malaysia. Berikutan kejayaan ini, 100PLUS akan membawa lambang "Solar" dalam pembungkusannya

Selain daripada tenaga boleh diperbaharui, F&N komited untuk mengurangkan kesan alam sekitar dalam rantaian nilainya. 
Ini termasuk pelan hala tuju untuk menggunakan 100% Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia piawaian RSPO menjelang 2025 dan mempertingkatkan pekeliling pembungkusan produknya. 
Untuk 2023, kumpulannya akan menggunakan 60% Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia piawaian RSPO dan 40% kredit RSPO. Sementara itu, 25% daripada minuman dan pembungkusan tenusu diperoleh daripada bahan kitar semula. 
F&N juga terlibat dalam meningkatkan kesedaran kitar semula dalam kalangan murid sekolah melalui Program Kitar Semula Sekolah F&N dimana program tersebut melibatkan 1,300 sekolah di seluruh negara

Dedikasi F&NHB terhadap kelestarian telah menempatkan F&NHB di kedudukan peratusan 1 teratas global dalam Supersektor Makanan dan Minuman bagi indeks FTSE4GOOD ESG dalam senarai Jun 2023 yang dikaji oleh Bursa Malaysia, bukti amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat

"Kami mengambil penganugerahan ini dengan rasa bangga dan tanggungjawab untuk melakukan lebih baik lagi untuk generasi akan datang. Dalam mengembangkan pertumbuan yang menguntungkan, kami tetap sedar bahawa matlamat kami mesti dicapai dengan cara yang paling lestari," kata Pengerusi F&NHB, Y.A.M. Tengku Syarif Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail.
“Semua pencapaian masa lalu dan kemajuan masa depan hanya boleh dicapai dengan sokongan berterusan dari pelanggan kami selama ini. Kami teruja dalam memandang kearah masa depan untuk membina kepentingan bersama pemegang taruh kami dalam mewujudkan perniagaan, masyarakat, dan planet yang lebih baik bersama-sama dengan komuniti yang kami berbakti bersama,” tambah Y.A.M. Tengku Syed Badarudin Jamalullail.

Sambutan Ulang Tahun ke-140 F&N telah berlangsung pada 23hb hingga 27 Ogos 2023 dengan jerayawara khas di Oval Atrium, LG Concourse Level, di 1Utama Shopping Centre. Banyak aktiviti menarik di 'Pekan F&N dan berpeluang memenangi salah satu daripada tiga skuter Vespa edisi terhad di jerayawara Ulang Tahun ke-140 F&N


Tonton cerita ulang tahun F&N ke-140 di youtube. 
Untuk maklumat lanjut dan kemaskini, ikuti @fnn_malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2023/09/f-meraikan-140-tahun-komited-tumpu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Casio Edifice Kerjasama Pertama Dengan Mugen Meraikan Ulang Tahun Ke 50 Jenama Honda Works

Casio Edifice Kerjasama Pertama Dengan Mugen Meraikan Ulang Tahun Ke 50 Jenama Honda Works

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 375 hits
Casio Malaysia telah mengeluarkan ECB 40MU baharu tambahan terbaru Casio pada barisan jam tangan EDIFICE berdasarkan konsep jenama Speed and Intelligence Ia adalah kerjasama antara EDIFICE dan MUGEN jenama Honda works MUGEN terlibat bukan s...
Main Di Konter Pulsa Bocah 6 Tahun Tewas Tersetrum

Main Di Konter Pulsa Bocah 6 Tahun Tewas Tersetrum

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 160 hits
Korban diduga memegang bagian bawah etalase konter pulsa kemudian terjatuh dan tak sadarkan diri
Kerja Kosong Part Time 7eleven Seluruh Malaysia Tahun 2023

Kerja Kosong Part Time 7eleven Seluruh Malaysia Tahun 2023

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 297 hits
Kerja Kosong Part Time 7eleven Seluruh Malaysia Tahun 2023 23 7eleven adalah kedai yang sinonim untuk rakyat Malaysia Ia menyediakan pelbagai pilihan barang keperluan untuk para pembeli Dengan mempunyai cawangan yang beratus ratus seluruh M...
Subsidi Bersasar Dijangka Mula Tahun Depan Kata Rafizi

Subsidi Bersasar Dijangka Mula Tahun Depan Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 232 hits
Rafizi Ramli berkata kaedah atau mekanisme subsidi bersasar sama ada menerusi pindahan tunai atau pemberian kad akan diputuskan dari semasa ke semasa KUALA LUMPUR Program Subsidi Bersasar dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun...
Dah Umur 50 Tahun Terkejut Tahu Keadaan Terkini Melissa Saila Dulu Femes Cerita Cili Padi

Dah Umur 50 Tahun Terkejut Tahu Keadaan Terkini Melissa Saila Dulu Femes Cerita Cili Padi

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 349 hits
Jika disebut drama rantaian Cili Padi yang popular di era 90 an dulu pastinya ramai yang masih mengingati wajah pelakon pelakonnya Anne Ngasri Melissa Saila Tam Suhaimi Nik Fariz Nik Fadzil dan Jaafar Onn menjadi tonggak utama drama ini Kin...
Dua Tahun Lalu Ahli Parlimen Ph Juga Berarak Tanpa Kebenaran Polis

Dua Tahun Lalu Ahli Parlimen Ph Juga Berarak Tanpa Kebenaran Polis

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 340 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 11 2023 10 09 PMIsu notis dan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan kembali diperkatakan selepas Perikatan Nasional mengumumkan untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini Malah seorang ahli parlimen Pakat...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menggubah Bunga Hiasan Meja

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna