F N Bundle Pengganti Diri Buat Mak Ayah Tercinta
F&N Bundle Pengganti Diri Buat Mak Ayah Tercinta | Assalamualaikum, hi korang. Apa khabar sahabat pembaca blog KakYa. Raya dah dekat tapi sama seperti tahun lepas, KakYa dan family tak dapat balik kampung untuk berhari raya. Huhuhuhu . . Walaupon ada rasa sedih sikit sebab ni dah tahun ke dua KakYa tak dapat jumpa mak ayah di hari raya tapi KakYa percaya ada hikmah di sebaliknya. Tak dapat balik beraya takpe, jadikan raya tetap indah dan penuh makna buat mak ayah kat kampung. Raya tetap raya walau di mana berada. Takmo sedih sedih okey
Baru baru ni happykan diri sendiri dan family beli F&N Raya Ria Bundle, kalini kita happy happykan mak ayah kat kampung pula dengan Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life.
Kalau tahun tahun sudah kita biasa buat cara sama jer bagi hadiah pada mak ayah, tahun ni kita tukar citarasa sikit ... beli produk F&N melalui aplikasi F&N Life untuk mak ayah di kampung dan diaorang akan terima terus ke muka pintu rumah. Sesekali kita surprisekan diaorang. Kita tengok apa reaksi diaorang nanti. Surprise
Sebagai tanda ingatan buat mak ayah di kampung, walau jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati, KakYa hadiahkan PEK KASIH RAMADHAN, MASAK MASAK RAYA BUNDLE dan juga F&N RAYA RIA BUNDLE sebagai pengganti diri. Set Bundle di hantar pengganti diri semoga silaturrahim kekal bersemi.
Nanti jangan lupa masak masak tau mak! Nak merendang boleh, nak melemang pon boleh nak buat ketupat pon boleh. Semua boleh dengan adanya Pek Kasih Ramadhan dan Masak Masak Raya Bundle dari F&N Life. Tinggal rajin ngan malas jer mak! Hahaha
Mak kita memang rajin masak masak sebab tu kita kirim Pek Kasih Ramadhan dan Masak Masak Raya Bundle bagi mak kita masak raya nanti. Untuk Pek Kasih Ramadhan ni banyak juga kita dapat diskaun. Kalau ikutkan dengan barang yang kita dapat tu harga sebenar RM66.80 tapi kita dapat beli dengan harga RM44.40 jer. Memang berbaloi baloi sangat la beli guna F&N Life.
Mak kita kalau masak suka jamu orang makan. Kita bagi lebih ni biar mak kita puas hati dapat masak. Untuk set Masak Masak Raya Bundle ni pon ada diskaun juga. Macam macam ada kat dalam Masak Masak Raya Bundle ni haaa. Pasni seronok la mak kita nak masak masak. Pastu dapat pulak sampul duit raya sebagai free gift. Tak payah dah nak sibuk pegi beli sampul duit raya. Ala tahun ni mana orang beraya sangat masing masing duk kat umah jer. Hehehe ..
Tak perlu nak risau bab penghantaran, kurier akan hantar sampai depan pintu rumah lagi. Nanti terubat la sikit rindu dihati melihat mak ayah menerima hantaran Bundle F&N pengganti diri. Mak ayah pasti tersenyum gembira menyambut hantaran dari anak tercinta. Alololo sweet gitu. Semoga mak ayah bergembira hendaknya di hari raya nanti.
Musim Covid19 ni mak ayah tak perlu la nak bersesak sesak pegi pasaraya lagi, anakanda tersayang dah siapkan semua. Moga kesihatan mak ayah kekal terjaga, sambut raya penuh bahagia. InsyaAllah. Aamin aamin Ya Mujib
Tak dapat nak balik raya takpe, ada kiriman penuh makna dari KakYa buat mak ayah tercinta. Moga mak ayah tak terasa la sangat ketiadaan anakanda di pagi raya nanti.
Semoga kiriman penuh makna ini di terima dengan hati terbuka. Sambut lebaran kita bersama, cuma jarak pisahkan kita. Takpe handphone ada penghubung mesra, untuk kita eratkan silaturrahim sesama kita
Selamat menjamu selera, makan ketupat rendang jangan pula lupakan anakanda. Pagi raya nanti kita sama sama berkongsi gambar raya. Jangan lupa hidangkan sekali F&N Raya Ria Bundle. Buat tetamu menjamu selera.
Jangan Lupa Kirimkan F&N Bundle Raya Sebagai Pengganti Diri Buat Mak Ayah TercintaKorang camne balik raya ke tahun ni? Kalau negeri sama boleh la balik beraya tapi kalau negeri berlainan cam KakYa tak dapatlah kita nak rentas negeri. Tak dapat balik raya bukan isu besar sebenarnya, kat mana mana pon raya tetap raya cuma kemeriahan jer tak sama
Korang yang tak dapat balik raya tahun ni, apakata korang surprisekan mak ayah kat kampung dengan penghantaran produk dari F&N. Tak payah susah susah ke pasaraya pastu duk fikir nak beli apa. Korang bukak jer aplikasi F&N Life, beratur duk menunggu macam macam ada, tinggal pilih jer mana berkenan di mata. Masuk bakul dan bayar pastu hantar ke alamat mak ayah kat kampung.
Senang dan mudah hanya di hujung jari. Tak perlu lagi nak cari parking, nak cari barang, nak kena beratur kat pasaraya. Hadiahkan mak ayaj kegembiraan berganda di hari raya dengan penghantaran produk F&N ke depan pintu rumah mereka. Mak ayah pasti gembira sambut hantaran anak tercinta...
Untuk maklumat lebih detail berkenaan F&N Life, korang boleh layari laman tertera;
Facebook: https://www.facebook.com/FNlife.myInstagram: https://www.instagram.com/fn.life/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2021/04/f-bundle-pengganti-diri-buat-mak-ayah.html