Jaga Anak 30 Minit Macam 3 Jam Dr Say Kagum Dengan Mak Ayah Ada Anak Ramai


Bukan mudah untuk menjaga dan mendidik anak yang ramai. Ilmu keibubapaan haruslah kuat. Malah kesabaran harus juga tinggi bagi membolehkan anak-anak terjaga dengan baik malah diberikan perhatian sama adil.
Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril berdepan kebimbangan apabila bakal menyambut anak keduanya tidak lama lagi. Berkongsi kisahnya yang pancit ketika bermain bersama anak sulungnya, Ace membuatkan kebimbangannya semakin ketara untuk memperuntukkan waktu bersama kedua-dua anaknya kelak.

Kata Dr Say, pengalaman yang dilaluinya membuatkan dia begitu mengagumi ibu bapa yang mempunyai anak ramai.
“Respect to parents beranak ramai. Semalam saya pi mall, pastu saya nampak ada family anaknya 4, ada tu anaknya 6. Terus dalam kepala saya fikir “macam mana diorang manage anak ramai macam ni doe?”.
“Pastu saya balik rumah, saya disambut Ace yang terus tarik tangan saya sambil dia cakap “outshide, outshide” yakni ajak main kat luar.

“Main 30 minit, saya pancit dah. Sekejap Ace mintak dukung, sekejap Ace berlari kencang, sekejap Ace buat aksi-aksi bahaya. Baru anak sorang saya dah ketibas, pecekang (peluh celah kangkang) inikan kalau anak lebih dari sorang,” kongsinya.
Malah kata Dr Say lagi, dia begitu mengagumi kaum ibu termasuk isterinya yang selama ini memperuntukkan sebahagian waktu bersama anak kecil.

“Bini habis kerja saya bagitau bini, “pancit gila hun jaga Ace arini”. Dia tanya “berapa lama u main ngan Ace?”. Saya cerita “30 minit, tapi rasa macam 3 jam!”.
“Berdekah-dekah bini gelak, sambungnya “tu baru main dengan dia ubby, i bagi dia makan, i tidurkan dia, i main dengan dia, at the same time i mengandung anak kedua ni dah rasa macam mana?”. Terduduk saya dibuat dekahan & sindiran bini, tapi ada betulnya sebab terus terang saya cerita boleh kira berapa suap je saya pernah bagi Ace makan dalam hidupnya. Tidurkan Ace ada la dalam sekali.

“Bukan saya takmau tolong bini bagi anak makan, bagi anak tidur, tapi taktau kenapa saya restless sikit jaga anak lama-lama ni. Kalau hantar sekolah, amik sekolah, bawak jalan-jalan dalam kereta tu saya no hal tapi tang berkejar-kejar untuk bagi dia makan, tang layan dia golek sana golek sini tunggu dia tidur tu saya berat sikit ahaha,” kata Dr Say berkongsi kisahnya.

Disamping itu, doktor yang ramah tamah ini juga turut meminta pengikutnya di Instagram berkongsi pengalaman mereka dan tip mendidik anak ramai.
“Adakah ini normal nature seorang lelaki atau saya ja yang manja? Second child coming soon. Bini dah dok “tak sabar nak tunggu kehadiran anak kedua” saya dalam hati “chill dulu, daku belum bersedia”.
“Share sikit tips wahai parents out there. Adakah saya akan bersedia bila tiba masanya atau ade “crash course on parenting for more than one child” atau ada buku “Parenting For More Than One Child For Dummies” ke?” kongsinya.
 
 
View this post on Instagram  
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Terdahulu, Dr Say dan isterinya bakal menyambut bayi keduanya sekitar bulan Ogos nanti.
Menarik: Cepat Penat Makin Kerap Stress, Bimbang Kandungan Terjejas, Dr Say Minta Isteri Berhenti Kerja
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Jaga Anak 30 Minit Macam 3 Jam” Dr Say Kagum Dengan Mak Ayah Ada Anak Ramai! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jaga-anak-30-minit-macam-3-jam-dr-say-kagum-dengan-mak-ayah-ada-anak-ramai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melompat Menjerit Berkejaran Itu Fitrah Anak Kecil Mak Ayah Kena Sabar Besarkan Anak

Melompat Menjerit Berkejaran Itu Fitrah Anak Kecil Mak Ayah Kena Sabar Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 600 hits
Kita rimas bila anak anak berkejaran menjerit dan melompat sana sini dalam rumah tapi tahukah kita ini semua adalah fitrah anak anak kecil Mereka bukan terlebih hyper tetapi inilah lumrah mereka membesar Jadi biarkan sahaja mereka menikmati...
Tunggu Bawah Terik Mentari Anak Dikuarantin Mak Ayah Hanya Dapat Lambai Dari Jauh Lepas Rindu

Tunggu Bawah Terik Mentari Anak Dikuarantin Mak Ayah Hanya Dapat Lambai Dari Jauh Lepas Rindu

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 276 hits
Negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bergantung kepada daerah masing masing berdasarkan rekod jangkitan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia Sepangjang perlaksanaan kerajaan turut menguatkuasakan prosedur operasi...
Tak Perlu Berlebih Demand Pada Anak Jadilah Mak Ayah Yang Cool Baru Anak Ikut Rentak Kita

Tak Perlu Berlebih Demand Pada Anak Jadilah Mak Ayah Yang Cool Baru Anak Ikut Rentak Kita

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 326 hits
Tak dinafikan ibu dan ayah senantiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya Begitu yang diberi begitu jugalah yang diharapkan dari anak kita Jangan terlalu memaksa anak dalam satu satu hal jadilah mak ayah yang cool malah tidak berlebih lebih...
No Baby Shaming Please Mak Ayah Kena Hentikan Sikap Suka Bandingkan Anak

No Baby Shaming Please Mak Ayah Kena Hentikan Sikap Suka Bandingkan Anak

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 385 hits
Baby shaming dalam kalangan ibu bapa ternyata adalah perkara yang berlaku secara realiti Mungkin ramai dalam kalangan kita beranggapan bahawa perkara ini adalah remeh namun kita tidak tahu hati dan perasaan kepada anak anak yang diperlakuka...
Anak Lambat Bercakap Mak Ayah Kena Betulkan Perkembangan Asas Anak Dulu Baru Anak Faham

Anak Lambat Bercakap Mak Ayah Kena Betulkan Perkembangan Asas Anak Dulu Baru Anak Faham

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 211 hits
Anak kecil kita yang masih tidak pandai bercakap biarpun usia sudah menjangkau tiga tahun dan ke atas sememangnya amat merisaukan Namun sebelum kita merujuk kepada yang lebih pakar apa kata lihat perkembangan anak kita dahulu Menurut Ahli T...
Anak Patuh Solat Kerana Ganjaran Mak Ayah Jangan Biasakan Kelak Anak Makin Meminta

Anak Patuh Solat Kerana Ganjaran Mak Ayah Jangan Biasakan Kelak Anak Makin Meminta

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 241 hits
Mendidik anak melakukan beberapa perkara tertentu misalnya bersolat berpuasa dan sebagainya dengan ganjaran yang dijanjikan oleh mak ayah sememamgnya mampu menarik perhatian anak Pun begitu jangan terlaku kerap ditawarkan dengan ganjaran ya...
Video Confident Amoi Gunting Macam Perempuan Sekali Terkejut Bila Tahu Sebenarnya Anak Lelaki

Video Confident Amoi Gunting Macam Perempuan Sekali Terkejut Bila Tahu Sebenarnya Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 353 hits
Comel melihat telatah seorang kanak kanak ketika di bawa ke sebuah kedai gunting rambut Tanpa mengetahui jantina kanak kanak tersebut seorang tukang gunting rambut telah memotong rambut kanak kanak itu mirip perempuan Dia agak terkejut apab...
Anak Orang Duduk Diam Anak Saya Lasak Suka Memanjat Janganlah Cakap Macam Ni

Anak Orang Duduk Diam Anak Saya Lasak Suka Memanjat Janganlah Cakap Macam Ni

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 440 hits
Anak orang lain tak apa lah baik boleh duduk diam Anak saya lasak Panjat lompat sana sini pegang itu ini Anak orang lain tak apa lah senang dengar cakap Anak saya tak makan saman Selalu kan kita baca atau dengar ayat penuh negatif begini ya...
Cucuk Dexa Sakitnya Macam Isi Kena Toreh Hidup Hidup Adira Salahudi Kongsi Pengalaman Anak Pramatang

Cucuk Dexa Sakitnya Macam Isi Kena Toreh Hidup Hidup Adira Salahudi Kongsi Pengalaman Anak Pramatang

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 615 hits
Instafamous Adira Salahudi berkongsi pengalaman bakal bersalin anak keduanya di laman Instagram Menurutnya kelahiran kali ini sedikit berbeza dia mula mengalami sakit kontraksi pada minggu ke 34 dan doktor mengesahkan bahawa dia bakal melah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih