Eye Pro Vision Sungei Wang Buat Spek Mata Untuk Silau
Sejak dua menjak ni ramai pula pemandu menggunakan lampu kereta putih di jalan, kadang stress betul dengan cahaya lampu macam tu memang menyakitkan mata lagi-lagi untuk orang yang ada silau. Disebabkan itu, suami qaseh ajak pergi buat spek mata untuk silau di Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza. Katanya dah tak tahan senak mata dan dia pula selalu memandu pada waktu malam
Jom terjah kedai Eye Pro Vision lagi ! Macam biasa kalau pergi sini qaseh memang suka pergi hari biasa je, sebab kalau pergi weekend memang ramai, kedai bagus dan berkualiti memang ramai weh serbu, so iols nak pilih spek dengan tenang, tapi tu pun ramai jugak sebenarnya haha nasiblah, so cepat-cepat settlekan segala urusan
Design Bingkai Spek Baru Lagi Cantik !Sebab dah lama tak pergi, banyak juga design frame yang baru masuk korang, alaaa lawa-lawa lah pulak ! Kalau beli lagi confirm qaseh akan jadi collector spek mata Eye Pro Vision yang berjaya, tapi misi mencari spek untuk suami tetap diteruskan, haaa design macam mana yang dia nak ni ek ~ harap tak complicated dan rambang mata macam isteri dia :p
Promosi Eye Pro Vision | Murah ! RM65 untuk Frame dan Cermin Multicoated , Power sehingga 400Bestnya Eye Pro Vision ni promosi selalu ada tau korang, tu yang suka ! Sebab yelah tak semua ada bajet, kadang-kadang tengah bulan spek buat hal, patah lah, hilang lah haaa semua ada so sangat membantu untuk sesiapa yang perlukan spek dengan harga yang rendah.
Eh kalau nak yang branded pun ada juga, so harga di kedai Eye Pro Vision ni semua ada, dari harga rendah hinggala harga yang tinggi, mengikut poket korang.
Lens / Kanta Alpha Blue Lens Bagus Untuk Mata Berbalik pada isu suami qaseh senak mata dengan cahaya lampu kereta putih dan silau, kita akan cari lens atau kanta yang sesuai dan sangat membantu, boleh elakkan cahaya tu terus tembus ke dalam mata kita iaitu Alpha Blue Lens
Kebaikan Alpha Blue Lens untuk mata Sesuai kepada korang yang ada masalah silau , selalu memandu pada waktu malam, selalu mengadap smartfon / laptop dan pada yang bekerja melibatkan screen 100% menghalang sinar UV dan Ungu (420)Block segala sinaran dari terkena terus pada mata kitaKalis airTahan calarMudah dicuci
Pilih Bingkai yang FleksibleHaaa bagi korang yang selalu lalai, suka letak spek merata-rata dan kalau tiap bulan tu memang tak sah la kalau speknya tak patah, korang wajib beli bingkai yang fleksible ! Boleh kepak-kepakkan, kalau terduduk atau terpijak pun tak mudah patah, haaa kalau patah jugak tak tahu lah nak cakap apa, mungkin kena pakai bingkai besi hahah !
Spek Mata Siap Dalam Masa 1 Jam sahaja ! Dah pilih frame, dah check power dan rabun, nah korang boleh la meronda-ronda atau cuci mata jap di Sungei Wang ni, banyak juga kedai makan kat sini. Spek mata pun akan siap dalam masa 1 jam sahaja, tak lama lah, korang lepak-lepak makan tup-tup dah siap ! Kalau rushing sekalipun tetap ada masa lagi untuk menunggu ~
Akhirnya spek mata suami qaseh dah siap, alhamdulillah so far dia memang ada silau sikit , rabun takde so memang sesuai la spek mata alpha blue lens ni untuk dia
So korang, datang je kedai Eye Pro Vision ni ha, owner dan staff pun bagi layanan yang baik, apa-apa korang boleh discuss dengan mereka, konfirm puas hati, layanan bagus, kualiti spek mata pun bagus, rugi kalau tak datang ~ jangan cakap akak tak payung ~ aaaa gitewww
Alamat Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza EYE PRO VISIONGROUND FLOOR G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2023/12/eye-pro-vision-sungei-wang-buat-spek-mata-untuk-silau.html