Exco Sahkan Mb Terengganu Di Luar Negara



EXCO kerajaan Terengganu mengesahkan menteri besarnya Ahmad Samsuri Mokhtar berada di luar negara sewaktu puluhan ribu rakyatnya menderita akibat banjir buruk melanda negeri itu.
Wan Sukairi Wan Abdullah yang mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insight juga menekankan bahawa isu berkenaan tidak wajar dipolitikkan.
Jelasnya, perjalanan naib presiden PAS itu telah dirancang awal dan keadaan banjir tidak begitu buruk semasa Samsuri berlepas ke luar negara.
Malah katanya, Samsuri juga telah membuat persiapan memberi arahan kepada semua exco, wakil rakyat dan agensi awam mengenai urusan banjir.
“Sebelum pergi ke luar negara (beliau) beri arahan pada kita exco, Adun dan jentera kerajaan dan beliau juga telah turun di beberapa buah PPS dan tempat yang yang terkena gelombang pertama.
“Beliau hanya pergi ke luar negara semasa masa itu banjir sudah surut untuk gelombang pertama,” katanya.
Adun Wakaf Mempelam itu juga menganggap isu tersebut sengaja dibangkitkan untuk menyerang pentadbiran negeri.
“Isu ini tidak patut timbul sebenarnya ia sengaja dicipta pihak musuh untuk memperlihatkan seolah-olah kegagalan urusan kerajaan negeri di Terengganu.
“Biarpun banjir kali ini dikatakan banjir paling buruk tapi kita berjaya tangani dengan baik.
Exco belia dan sukan itu juga enggan mengesahkan destinasi sebenar Samsuri dan sama ada kunjungan itu atas urusan kerja atau semata-mata untuk bercuti.
Wan Sukairi sebaliknya menegaskan, Samsuri pada waktu ini sudah tiba ke tanah air semula dan menjangka akan pulang ke Terengganu “pada bila-bila masa”.
“Menteri besar sudah ada di Malaysia hari ini, bila-bila masa sahaja beliau akan ada di Terengganu,” katanya kepada The Malaysia Insight.
Beliau turut ditanya sama ada Samsuri memendekkan perjalanannya untuk pulang ke Malaysia atau mengikut jadual perjalanan asal
Adun Wakaf Mempelam itu ditanya mengenai jadual perjalanan bagi penerbagan AirAsia ke Auckland, Australia bertarikh 11 Disember yang menunjukkan nama Samsuri.
Jadual perjalanan itu juga menunjukkan Ahmad Samsuri sepatutnya pulang dari Auckland pada 22 Disember.
Dakwaan mengenai kunjungan Samsuri ke luar negara itu dibangkitkan bekas pemimpin Umno Lokman Noor Adam yang mendakwa menteri besar itu bercuti bersama keluarga.
Keberadaan Samsuri menimbulkan tanda tanya apabila beliau dilaporkan tidak kelihatan sewaktu banjir buruk melanda negeri tersebut, termasuk ketika lawatan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Video dan gambar dikongsi orang awam di media sosial menunjukkan kemusnahan besar termasuk rumah dan kedai yang hanyut dan runtuh seperti ditunjukkan berlaku di Kampung La, Besut.
Rakaman tersebut juga menunjukkan kenderaan awam bergelimpangan selepas dihentam arus banjir - TMI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/12/exco-sahkan-mb-terengganu-di-luar-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Anwar Malaysia Kini Begitu Dipandang Tinggi Usahawan Luar Negara

Kerana Anwar Malaysia Kini Begitu Dipandang Tinggi Usahawan Luar Negara

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 230 hits
Hanya dalam tempoh lima hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu dilaporkan sebanyak 48 ketua negara daripada seluruh dunia telah mengutus ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim Dengan ucapan tahniah seumpam...
Mof Mansuhkan Sponsorship Syarikat Swasta Untuk Pegawai Kerajaan Ke Luar Negara

Mof Mansuhkan Sponsorship Syarikat Swasta Untuk Pegawai Kerajaan Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 159 hits
Perbendaharaan menetapkan pembiayaan kos lawatan ke luar negara oleh penjawat awam berkaitan perolehan kerajaan bukan lagi dibiayai syarikat swasta Menerusi pekeliling baharu Tugasan Ke Luar Negara berkaitan Perolehan Kerajaan PK 2 14 yang ...
Lagi Tata Kelola Baik Kerajaan Diterajui Pm Anwar Syarikat Swasta Jangan Taja Lawatan Penjawat Awam Ke Luar Negara

Lagi Tata Kelola Baik Kerajaan Diterajui Pm Anwar Syarikat Swasta Jangan Taja Lawatan Penjawat Awam Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 183 hits
FAZLI RADZIUrusan perolehan kerajaan di bawah pentadbiran diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih berakauntabiliti dan mencerminkan tata kelola baik susulan ketetapan terbaharu oleh Perbendaharaan Pembiayaan kos pen...
Banyak Negara Maju Minta Ri Tekan Emisi Karbon Dirut Pln Kita Ini Korban

Banyak Negara Maju Minta Ri Tekan Emisi Karbon Dirut Pln Kita Ini Korban

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 122 hits
Direktur Utama PT PLN Darmawan Prasodjo menanggapi banyaknya negara yang meminta Indonesia mulai meninggalkan pembangkit listrik tenaga fossil Alasannya adalah emisi karbon yang dihasilkan sangat besar ditambah adanya ancaman krisis iklim k...
Bnpt Pastikan Negara Bertanggung Jawab Penuhi Hak Penyintas Terorisme

Bnpt Pastikan Negara Bertanggung Jawab Penuhi Hak Penyintas Terorisme

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 132 hits
Komitmen negara dalam memenuhi hak dan kebutuhan korban diperkuat dengan sejumlah terobosan unggulan program BNPT Di antaranya melalui silahturahmi kebangsaan yang merupakan forum rekonsiliasi mempertemukan penyintas dengan mantan narapidan...
Maghribi Negara Cantik Untuk Dikunjungi

Maghribi Negara Cantik Untuk Dikunjungi

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 163 hits
Maghribi atau juga disebut sebagai Morrocco merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika Negara ni mempunyai jumlah penduduk seramai 34 314 130 orang dan berkeluasan sekitar 447 000 kilometer persegi Maghribi juga bersempadan denga...
We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Semangat Untuk Maju Harus Diteruskan

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Makan Makan Di Camden Market

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Why Choosing A Background Screening Company In Singapore Matters More Than Ever

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Lirik Lagu Gelora Jiwa Meronta Asmara Tomok Siti Nordiana

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Flat Peach Selepas Viral

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Lelaki Pejuang Limfoma Sebuah Kisah Nyawa Harapan