Kerana Anwar Malaysia Kini Begitu Dipandang Tinggi Usahawan Luar Negara


 
Hanya dalam tempoh lima hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, dilaporkan sebanyak 48 ketua negara daripada seluruh dunia telah mengutus ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim.
Dengan ucapan tahniah seumpamanya terus tidak putus, jumlahnya ketika ini mungkin sudah melebihi 60 negara.
Ini adalah rekod yang tidak pernah dicapai sebelum ini, sekaligus memperlihatkan bagaimana dunia begitu mengiktiraf kehadiran Anwar dalam memimpin negara ini.
Hakikatnya, seiring dengan rakyat Malaysia yang secara umumnya gembira kerana Anwar dan bukan pemimpin yang sebelum ini pernah dicop gagal memimpin negara ini, negara luar juga tidak kurang gembira yang mereka rasai.
Bersama dengannya, usahawan Malaysia yang terlibat dalam perniagaan dengan negara luar, turut tidak terkecuali menerima kesan baik daripada kehadiran Anwar itu.
Mereka secara langsung mendapati ahli perniagaan luar negara begitu memandang tinggi dan hormat kepada Malaysia pada ketika ini.
Seorang usahawan yang juga Pengerusi Kehormat Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia, Mokhtar Samad adalah antara yang terawal dapat mengalami pengalaman yang membuatnya rasa bertuah serta bangga sebagai rakyat Malaysia.
Selepas Anwar diangkat menerajui negara, beliau pada minggu lepas telah mengadakan kunjungan ke Jepun dan Taiwan selama beberapa hari atas urusan perniagaan bersama beberapa rakan niaganya.




Menurut Mokhtar, dalam perbincangannya dengan beberapa usahawan dan pelabur di kedua-dua negara tersebut, mereka kini didapati amat memandang tinggi dan hormat kepada Anwar yang mengetuai negara, sekaligus tidak menyembunyikan lagi minat yang mendalam untuk meluaskan perniagaan mereka ke Malaysia.
Selain memuji Anwar dan menganggap rakyat Malaysia begitu beruntung kerana dapat pemimpin yang berwibawa mengetuai negara, mereka malah yakin Malaysia akan menempa kemajuan yang membanggakan pada tahun-tahun mendatang nanti.
“Baik di Taiwan atau Jepun, semua ahli perniagaan yang kami temui begitu hormat dan memandang tinggi kepada negara yang kini dipimpin Anwar.
“Mereka yakin Anwar akan membawa dasar yang positif kepada pelabur untuk menanam modal dan mengembangkan lagi ekonomi negara,” ujar beliau lagi.
Malah kata Mokhtar lagi, disebabkan terlalu hormat dan memandang tinggi itu, beliau dan rakan niaganya diberi layanan yang amat baik serta dibawa sehingga ke rumah dan diperkenalkan kepada ahli keluarga mereka.
“Saya kerap juga sebelum ini ke beberapa negara atas urusan perniagan, tetapi keadaannya cukup berbeza setelah Anwar mengetuai negara ini,” tambah Mokhtar lagi.


Menurut Mokhtar, antara sebab penghormatan, kekaguman dan minat mendalam ahli perniagaan luar negara terhadap Malaysia adalah kerana Anwar dikenali di peringkat antarabangsa dan bersahabat dengan ramai pemimpin terkemuka dunia.
Atas dasar tersebut, kata beliau, mereka amat yakin Malaysia adalah antara negara masa depan yang paling sesuai serta selamat untuk mereka menanam modal dan mengembangkan perniagaan.
Sementara itu, dalam perbualan dengan beberapa ahli perniagaan lain yang turut mempunyai hubungan dagang dengan negara luar, mereka juga mendapati hal yang sama ketika ini.
Kata mereka, rakan perniagaan di luar negara kini mula menunjukkan minat yang lebih tinggi dan luar biasa terhadap Malaysia.
“Kami tidak pernah mengalami keadaan luar biasa seperti ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” tambah mereka ceria kerana ternampak peluang lebih terbuka untuk meluaskan lagi perniagaan masing-masing. – ShahbudinHusin 09/12/2022..






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/kerana-anwar-malaysia-kini-begitu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Sambung Belajar Ke Luar Negara Program Biasiswa Hungary Kini Dibuka

Nak Sambung Belajar Ke Luar Negara Program Biasiswa Hungary Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 189 hits
Tidak dapat dinafikan melanjutkan pengajian ke luar negara adalah impian setiap pelajar sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan pembelanjaan yang besar demi mencapai cita cita tersebut Malah ada segelintir dalam kalangan kita berpeluang m...
Anwar Delays Malaysia Cabinet Picks Amid Intense Lobbying

Anwar Delays Malaysia Cabinet Picks Amid Intense Lobbying

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 246 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim is likely to delay the unveiling of Malaysia s new Cabinet to next week as he tries to square conflicting demands both within and outside his unity government of strange bedfellows The Straits Times has learnt t...
Ingat Stuart Collin Kini Makin Gagah Brewokan Dan Hobi Traveling Ke Luar Negeri

Ingat Stuart Collin Kini Makin Gagah Brewokan Dan Hobi Traveling Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 127 hits
Masih ingat dengan aktor tampan Stuart Collin Lama menghilang ia terlihat semakin gagah dan keren dengan brewok Kini Stuart menikmati hidupnya dengan traveling ke berbagai negara Berikut beberapa foto terbaru Stuart
Adakah Malaysia Akan Bankrupt Seperti Kata Pentaksub Pakaton Analisis Hutang Negara Part 1

Adakah Malaysia Akan Bankrupt Seperti Kata Pentaksub Pakaton Analisis Hutang Negara Part 1

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 160 hits
Malaysia te lah mendefinisikan semula hutang luar negaranya kepada denominasi ringgit berkuat kuasa suku pertama tahun ini Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata sebelum ini definisi hutang luar negara diambil kira...
Kit Siang Masih Berdegil Nafi Kedudukan Malaysia Negara Islam

Kit Siang Masih Berdegil Nafi Kedudukan Malaysia Negara Islam

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 436 hits
Pemimpin kerajaan campuran didesak bersuara dan mengambil tindakan segera susulan kenyataan biadab pemimpin DAP Lim Kit Siang Sebelum ini veteran itu mengeluarkan kenyataan bertajuk Is there an irresistible green tide phenomenon in Malaysia...
Golongan Lgbt Nak Malaysia Terima Mereka Supaya Bebas Menyumbang Untuk Negara

Golongan Lgbt Nak Malaysia Terima Mereka Supaya Bebas Menyumbang Untuk Negara

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 179 hits
Rasanya anda tentu dah tengok video dari tiktok luahan seorang insan dari golongan LGBT Mereka rasa di kasari tidak di terima sedangkan mereka juga manusia Cuma naluri sahaja yang berbeza Kalau belum boleh tengok di pautan ini Dalam pautan ...
Anwar S New Challenge In Search Of Malaysia S New Finance Minister

Anwar S New Challenge In Search Of Malaysia S New Finance Minister

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 341 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim promised a unity government to stabilise the country and now he needs to find a finance minister who can steer the economy and help him hold onto power The 10th Prime Minister s pick must present a budget next month...
Anwar Is Malaysia S Best Bet For Navigating Its Challenges

Anwar Is Malaysia S Best Bet For Navigating Its Challenges

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 236 hits
By Shankaran NambiarAnwar Ibrahim has finally been appointed as prime minister following a series of dramatic twists and turns After eluding him for more than 20 years he will be taking up the role now at a time that will greatly test his s...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi