Mof Mansuhkan Sponsorship Syarikat Swasta Untuk Pegawai Kerajaan Ke Luar Negara




Perbendaharaan menetapkan, pembiayaan kos lawatan ke luar negara oleh penjawat awam berkaitan perolehan kerajaan, bukan lagi dibiayai syarikat swasta

Menerusi pekeliling baharu Tugasan Ke Luar Negara berkaitan Perolehan Kerajaan PK 2.14 yang berkuat kuasa Selasa lalu, menetapkan kos itu dibiayai sepenuhnya melalui obligasi kontrak

Pekeliling itu menetapkan, pembiayaan terhad kepada tugasan pemeriksaan sebelum penerimaan (PDI), Ujian Penilaian Kilang (UPK), Laporan Pemantauan Projek (PMR), Mesyuarat Pelapiran Eksekutif (ERM), Ujian Akhir Penerimaan (FAT),Transfer of Title (TOT); dan latihan

Keperluan dan kos pembiayaan tugasan ke luar negara dinyatakan dengan jelas di dalam tawaran serta kontrak perolehan berkenaan

Kos itu hendaklah berdasarkan kelayakan rasmi mengikut gred pegawai merangkumi bilangan pegawai terbabit, elaun makan minum, kos pengangkutan, penginapan, lain-lain elaun, tempoh lawatan atau latihan, tarikh tentatif dan kekerapan lawatan atau latihan

Bilangan pegawai terbabit dengan tugasan, hendaklah dihadkan kepada yang perlu sahaja serta berkaitan dengan kepakaran teknikal perolehan berkenaan

Bilangan wakil kerajaan hendaklah tidak lebih daripada tiga orang pegawai sahaja, terdiri daripada seorang pegawai yang terbabit dengan perolehan dan sekurang-kurangnya seorang pegawai teknikal

Nilai perolehan bagi tugas ke luar negara selepas pelawaan tender, hendaklah melebihi RM10 juta kecuali perolehan haiwan

Keperluan dan bilangan wakil kerajaan untuk mengadakan tugasan ke luar negara telah dinyatakan dengan jelas di dalam dokumen kontrak dan kos pembiayaan tugasan ditanggung oleh kerajaan

Agensi hendaklah memastikan bahawa harga tawaran syarikat, termasuk kos tugasan untuk wakil kerajaan

Tempoh tugasan yang dibenarkan adalah tidak melebihi tujuh hari (tidak termasuk hari perjalanan) kecuali bagi program latihan yang perlu ditentukan berdasarkan syarat kontrak

Jika perolehan itu akan membabitkan lawatan atau latihan ke luar negara, agensi hendaklah menyatakan sedemikian di dalam dokumen pelawaan tender bahawa pembekal atau kontraktor hendaklah menyatakan anggaran kos berkaitan secara berasingan dan jelas dalam tawaran tender

Jika tender telah dipelawa tanpa menyatakan kos lawatan atau latihan yang terbabit, maka agensi tidak dibenarkan untuk membuat sebarang lawatan atau latihan berkaitan perolehan itu

Amalan menerima lawatan atau latihan yang dibiayai pembekal atau kontraktor adalah dilarang sama sekali dan pegawai kerajaan boleh dikenakan tindakan tatatertib

Pembekal atau kontraktor yang menawarkan lawatan atau latihan keluar negara boleh diambil tindakan termasuk disenarai hitam dan tidak dipertimbangkan untuk perolehan lain

Menerusi pekeliling sebelum ini, pembiayaan kos lawatan ke luar negara berkaitan perolehan kerajaan hendaklah dibiayai sepenuhnya menggunakan peruntukan tahunan Belanja Mengurus di bawah agensi masing-masing

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim, berkata langkah terbaharu diambil oleh Perbendaharaan itu adalah untuk mewujudkan lebih ketelusan dan akauntabiliti dalam urusan perolehan kerajaan

"Keperluan perjalanan untuk kerja-kerja pemeriksaan, antara lainnya, mesti ditetapkan terdahulu dalam kontrak dan kos yang disenaraikan.
"Syarikat yang terbabit dalam kontrak tidak dibenarkan membiayai perjalanan sedemikian kerana hanya dengan cara itu, penilaian oleh wakil kerajaan boleh menjadi bebas," katanya.

Bharian 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/12/mof-mansuhkan-sponsorship-syarikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Tata Kelola Baik Kerajaan Diterajui Pm Anwar Syarikat Swasta Jangan Taja Lawatan Penjawat Awam Ke Luar Negara

Lagi Tata Kelola Baik Kerajaan Diterajui Pm Anwar Syarikat Swasta Jangan Taja Lawatan Penjawat Awam Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 166 hits
FAZLI RADZIUrusan perolehan kerajaan di bawah pentadbiran diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih berakauntabiliti dan mencerminkan tata kelola baik susulan ketetapan terbaharu oleh Perbendaharaan Pembiayaan kos pen...
Ketika Kerajaan Perpaduan Sibuk Bantu Rakyat Hadi Anggap Kerajaan Diambil Alih Secara Luar Tabii

Ketika Kerajaan Perpaduan Sibuk Bantu Rakyat Hadi Anggap Kerajaan Diambil Alih Secara Luar Tabii

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 185 hits
FAZLI RADZIKetika Kerajaan Perpaduan sedang sibuk melaksanakan dasar negara dan membantu rakyat Pas dilihat masih bersilat politik kepartian yang sempit dengan mengungkit keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awan...
Mou Paksa Sokong Anwar Kerajaan Langgar Perlembagaan Negara

Mou Paksa Sokong Anwar Kerajaan Langgar Perlembagaan Negara

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 150 hits
agendaily com17 12 2022Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata jika ada aduan oleh ahli Parlimen yang berkenaan di bawah Seksyen 124 maka pihak polis wajar membuka kertas siasatan Memorandum persefahaman yang ditandatangani pemimpin pe...
Sosma Penting Untuk Keharmonian Negara Kerajaan Tidak Boleh Tunduk Atas Desakan Mp Dap

Sosma Penting Untuk Keharmonian Negara Kerajaan Tidak Boleh Tunduk Atas Desakan Mp Dap

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 183 hits
Sosma atau ISA kedua akta ini penting demi menjaga kestabilan dan keharmonian dalam negara malaysia Segala desakan pemansuhan pengubahan boleh memberi impak sekiranya ia tidak dapat membendung perkara berkaitan jenayah berat yang boleh berl...
Exco Sahkan Mb Terengganu Di Luar Negara

Exco Sahkan Mb Terengganu Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 273 hits
EXCO kerajaan Terengganu mengesahkan menteri besarnya Ahmad Samsuri Mokhtar berada di luar negara sewaktu puluhan ribu rakyatnya menderita akibat banjir buruk melanda negeri itu Wan Sukairi Wan Abdullah yang mengesahkan perkara itu kepada T...
Pegawai Lantikan Politik Yang Masih Berkhidmat Dalam Kerajaan Ditamatkan Serta Merta

Pegawai Lantikan Politik Yang Masih Berkhidmat Dalam Kerajaan Ditamatkan Serta Merta

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 206 hits
Kesemua pegawai pegawai yang sedang berkhidmat dan yang dilantik melalui lantikan politik oleh kerajaan sebelum ini telah diarah untuk ditamatkan dengan kadar segera Berdasarkan satu dokumen yang tular di media sosial menyatakan bahawa Peng...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula

Cara Buat Mi Hailam Padu Sukatan Masak Sekuali Terus

Titik Tanpa Kembali Pasaran Merosot Ketika As Memasuki Fasa Menurun