Exco Johor Dilantik Dalam Tempoh Seminggu Hasni



JOHOR BAHRU – Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang baharu akan dilantik dalam tempoh seminggu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Mazlan Bujang dan Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussein.

Katanya, beliau akan menyediakan senarai EXCO yang lengkap sebelum memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bagi memohon perkenan baginda dalam tempoh terdekat.

“Komposisi barisan EXCO Johor yang baharu akan mewakili komposisi rakyat Johor.

“Kita akan pertimbang dan bahagikan dengan adil walaupun PAS hanya ada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor.

“Buat masa ini, gabungan kerajaan Johor akan dikenali sebagai Gabungan Baharu buat sementara waktu,” katanya pada sidang media di Hotel Mutiara, di sini hari ini.

Turut hadir Mazlan Abdullah, selain ADUN Barisan Nasional (BN) dan penyokong.

ADUN Benut, Datuk Hasni Mohammad sah menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar jam 5.09 petang tadi.

Hasni, 61, adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor selain Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.

Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-17 pada 14 April, 2019.

Rabu lalu, Sultan Johor bertemu dengan 54 ADUN Johor bagi mengetahui siapa pilihan mereka ekoran keluarnya BERSATU daripada Pakatan Harapan (PH) pada Isnin lalu, sekali gus menjadikan Johor, kerajaan tergantung.

Ini adalah pelantikan Menteri Besar Johor yang ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei 2018.

Sementara itu, Hasni berkata, kerajaan Johor yang baharu ditubuhkan dengan majoriti mudah dengan Gabungan Baharu – 28 berbanding Pakatan Harapan – 26.

“Saya ingin tegaskan, lantikan ini berpunca daripada kejatuhan PH, bukan menerusi apa yang didakwa kerajaan pintu belakang. Ini bukan perbuatan berpunca daripada kita.

“Pelantikan ini juga adalah hak mutlak Sultan Johor bagi menjaga kepentingan negeri dan rakyatnya.

“Kita juga akan terus menghormati demokrasi dalam negara kerana krisis berpanjangan hanya akan menyebabkan kesan negatif kepada ekonomi.

“Kini tanggungjawab kami (Gabungan Baharu) untuk lakukan yang terbaik buat negeri dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, fokus utamanya kini adalah untuk terus memaju dan memakmurkan negeri dengan hala tujunya akan diumumkan dalam masa terdekat. – BH Online



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/exco-johor-dilantik-dalam-tempoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dato Hasni Mohammad Dilantik Menteri Besar Johor Yang Baharu

Dato Hasni Mohammad Dilantik Menteri Besar Johor Yang Baharu

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 545 hits
Terbaru Dato Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini Berangkat sama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Jo...
Hasni Angkat Sumpah Menteri Besar Johor Ke 18

Hasni Angkat Sumpah Menteri Besar Johor Ke 18

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 366 hits
MALAYSIADATELINE Ahli Dewan Undangan Negeri Benut Datuk Ir Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke 18 di Istana Bukit Serene di sini sebentar tadi Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan...
Barisan Exco Baru Johor

Barisan Exco Baru Johor

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 254 hits
Hasni Mohammad yang baru dilantik menjadi menteri besar Johor mengumumkan barisan exco kerajaan negeri hari ini Kesemua 10 exco itu mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene pagi tadi Antaranya Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang dan bekas...
Hasni Ketuai Gabungan Baharu Di Johor

Hasni Ketuai Gabungan Baharu Di Johor

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 354 hits
AHLI Dewan Undangan Negeri Datuk Ir Hasni Mohamad dikatakan akan mengetuai gabungan baharu yang akan menggantikan pentadbiran Pakatan Harapan di Johor Dengan itu Hasni juga dikatakan akan dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Dr...
Barisan Exco Johor Angkat Sumpah Jumaat Ini

Barisan Exco Johor Angkat Sumpah Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 288 hits
MAJLIS angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu dijangka Jumaat ini Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata beliau sedang memuktamadkan senarai akhir sebelum dipersembahkan semula kepada Sultan Johor ...
Menteri Besar Baru Johor Datuk Ir Hasni Mohammad Mengangkat Sumpah

Menteri Besar Baru Johor Datuk Ir Hasni Mohammad Mengangkat Sumpah

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 836 hits
28 FEBRUARI 2020 Pengerusi Umno Johor iaitu Datuk Ir Hasni Mohammad selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Baru Negeri Johor Di hadapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu majlis di Istana Bukit Serene kini Hasni sedang menga...
Biadap Pm Baharu Yang Dilantik Ydp Agong Adalah Palsu Bogus

Biadap Pm Baharu Yang Dilantik Ydp Agong Adalah Palsu Bogus

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 575 hits
Nampaknya ramai pihak yang tidak sedar kenyataan mereka boleh dianggap menderhaka kepada YDP Agong dan kuasa baginda seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Contohnya ialah S Thayaparan kolumnis Malaysiakini Menurut kamus Cambridge bog...
Individu Bersih Berintegriti Bebas Rasuah Akan Dilantik Sebagai Menteri Pm

Individu Bersih Berintegriti Bebas Rasuah Akan Dilantik Sebagai Menteri Pm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 450 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menurunkan tandatangan pada borang rasmi sempena hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra Putrajaya foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedar...
Azmin Bakal Dilantik Tpm Hishamuddin Menteri Pertahanan

Azmin Bakal Dilantik Tpm Hishamuddin Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 337 hits
Buat permulaan Muhyidin dijangka hanya akan melantik lima anggota dalam barisan kabinet beliau Walaupun Umno menjadi komponen utama Perikatan Nasional yang dibentuk apabila mempunyai ahli parlimen paling ramai namun pimpinan Umno tidak mend...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Rakam Jika Harga Makanan Tidak Masuk Akal Ppim Sinar Harian 08 03 2025

Lirik Lagu Sesuci Kasih Ibu Arif Azhari

Amanah Urges End To Religious Debates For Harmony

Drama Fallin Intern You

148 Undi Bermakna 2 3 Ada Pembangkang Yang Undi Kerajaan Hamzah Terluka Lagi

Adventure To Mount Everest Conquering The World S Tallest Peak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Braxton Hicks Pada 30 Weeks Kandungan

Baby Muqarrabin Hadiah Dari Allah

Cara Mengatasi Kemalasan Dalam Ibadah Panduan Islami Berdasarkan Dalil Shahih

Cara Terbaik Mengatasi Kelesuan Untuk Pesakit Hypothyroid

Ikan Cencaru Bakar

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You