Evolusi Menaikkan Empayar Rapper




BERIKUTAN muzik hip hop semakin diterima baik dan diiktiraf dalam industri muzik tempatan, semakin ramai penyanyi rap muda muncul. Apa yang pasti, kehadiran mereka mengukuhkan empayar hip hop Malaysia

Antaranya kumpulan K-Clique dianggotai MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang berharap dapat mencipta legasi sendiri

Semangat setia kawan menjadi tunjang perjuangan anak muda berusia lingkungan 23 hingga 25 tahun itu

Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, tiada lain impian mereka selain mahukan karya diterima baik dalam dan luar negara

Tampil dengan identiti sendiri, mereka percaya gabungan idea lapan anggotanya menjadi kekuatan utama

Tuju berkata, kelebihan K-Clique adalah mereka masing-masing mempunyai idea berbeza

“Apabila semua idea itu digabungkan sekali, hasil setiap karya yang dicipta lebih mantap dan memuaskan. Kami juga sudah mengenali antara satu sama lain sejak kanak-kanak sekali gus menjadikan persefahaman kami lebih erat. Kami sentiasa percaya dengan idea setiap anggota dan masing-masing akan beri yang terbaik,” katanya

Mereka juga tidak perlu meniru hala tuju muzik penyanyi hip hop lain untuk meninggalkan impak. Sebaliknya, mereka memilih mengerah keringat sendiri untuk tampil dengan idea lebih segar

“Kami tidak bergantung kepada mana-mana artis lain untuk hala tuju muzik kami. Tapi, kami tidak menafikan memang mengambil inspirasi daripada kejayaan mereka

“Contohnya Joe Flizzow menjadi sumber inspirasi kami. Bagaimanapun, kami berusaha tampil dengan identiti asli dalam setiap lagu yang kami hasilkan berdasarkan idea segar kami,” katanya

Sudah lama aktif dalam komuniti hip hop sejak 2014 di Sabah, K-Clique teruja untuk melangkah setapak lagi memasuki arus perdana

Bagi mereka, peluang yang diberikan tidak mahu disia-siakan. Berazam mengembangkan nama di seluruh Malaysia, mereka turut berbangga tampil dengan lagu baharu berjudul Mimpi dan bekerjasama dengan Alif dan yakin lagu berkenaan mampu menaikkan mereka

“Semuanya berjalan lancar sewaktu kami hasilkan lagu itu bersama. Bahkan, tiada rasa kekok pun bekerja dengan Alif memandangkan dia sendiri sejenis santai dan mudah serasi dengan kami

“Dengan sentuhannya, kami percaya lagu ini mampu memberikan kejutan tersendiri kepada pendengar. Kami berharap selepas ini K-Clique juga akan sentiasa tampil dengan kejutan untuk setiap lagu kami,” katanya

Dalam pada itu, Tuju berkata, tawaran persembahan di sekitar Semenanjung Malaysia semakin lumayan sejak awal tahun lalu

Jadi, mereka tidak kisah berulang-alik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur setiap kali ada jemputan

“Itulah pengorbanan yang kami perlu akur sekarang walaupun masih berpangkalan di Kota Kinabalu. Selepas Ramadan, jadual kami agak padat dengan jemputan persembahan di Kuala Lumpur

“Kami tidak mempunyai rumah di sini jadi terpaksa menyewa hotel atau pihak penganjur yang menyediakan penginapan. Memang penat berulang alik tetapi demi rezeki untuk membantu keluarga, kami sanggup,” katanya

K-Clique yang kini bernaung di bawah label Black Hat Cat Records (BHC) pernah tampil dengan lagu Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Licik dan Warna sebelum ini

Single Mimpi terbitan BHC dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 5 Julai 2019






Active Search Results Search Engine

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/07/evolusi-menaikkan-empayar-rapper.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dino Patti Djalal Sebut Rapper Rich Brian Tak Layak Jadi Panutan

Dino Patti Djalal Sebut Rapper Rich Brian Tak Layak Jadi Panutan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 177 hits
Mantan Wakil Menteri Luar Negeri Dino Patti Djalal menyebut raper Rich Brian tak layak jadi panutan Dalam twitternya Dino menyebut Rich Brian kerap mengunggah kalimat jorok porno dan kasar
Signature Jalanan Empayar 2 Oleh Teme Abdullah

Signature Jalanan Empayar 2 Oleh Teme Abdullah

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 1218 hits
Signature Jalanan Empayar 2 oleh Teme Abdullah Teme Abdullah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada ramai pembaca Bukunya pernah memenangi anugerah buku dan pernah tersenarai di antara buku buku yang mencapai tahap jualan best sell...
Tindakan India Menaikkan Duti Minyak Sawit Jejas Malaysia

Tindakan India Menaikkan Duti Minyak Sawit Jejas Malaysia

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 280 hits
SEKTOR minyak sawit tempatan dijangka berhadapan saingan yang lebih tinggi di India berikutan cadangan Kementerian Kewangan dan Perdagangan negara itu untuk menaikkan duti ke atas minyak sawit dari Malaysia kepada 50 peratus daripada 45 per...
Dari Bertulisan Tangan Hingga Bertaip Ini Evolusi Sijil Kelahiran Dari Tahun 1955 Hingga Kini

Dari Bertulisan Tangan Hingga Bertaip Ini Evolusi Sijil Kelahiran Dari Tahun 1955 Hingga Kini

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 975 hits
Pernah tengok sijil lahir ibu bapa anda Bagi yang belum pernah tengok kompilasi evolusi sijil lahir sejak tahun 1955 ini mungkin dapat mengimbau kembali detik kelahiran mereka pada hari ini Jika dahulu sijil lahir direkodkan secara manual m...
Evolusi Peranti Samsung Galaxy Note

Evolusi Peranti Samsung Galaxy Note

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 364 hits
Kita semakin hampir kepada tarikh pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note 10 Buat pertama kali dalam sejarah Note dua model akan dilancarkan serentak Kali terakhir dua model Note dilancarkan dalam masa setahun ialah pada tahun 2015 dengan Note...
Gempa Bumi Di Segamat Are We Really Safe From Earthquakes

Checklist Lengkap Sebelum Hadir Temuduga Kerajaan Dijamin Lebih Yakin

Dua Bayi Digigit Tikus Di Hospital Kerajaan Dalam Masa 48 Jam

Sabah Cops Probe Allegations Of Seditious Remarks Uttered During Justice For Zara Rally In Tawau

Timeless Twin Five Ways To Customize The Yamaha Xs650

Ww Baju Raptai Merdeka Tok Ti

Elok Jawab Macam Puak Ouak Ni Bukan Sekolah Pun Sanusi Kata Keoala Bapak Hang

Type W Tu Maksud Nya Jenis Walaun Jom Kita Dengar Ulasan Golongan Cersik Oandai Hentam Taip W Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jenis Jenis Afidavit Di Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil Di Malaysia

Klia Klia 2 Vehicle Access Management System

Minum Air Jampi Penerang Hati Semburan Chad Gila Hingga Dapat Pergi Ke Luar Negara

Proton Saga Kereta Pertama Selepas Kahwin

Typhoid Mary Wanita Yang Sihat Di Mata Manusia Tetapi Membawa Maut Dalam Diam

Kenapa Kotak Makanan Ayam Gepuk Top Global Lebih Daripada Sekadar Pembungkus Biasa