Etnosentrisme Di Sebalik Kepelbagaian


Penyediaan panduan pendidikan tulisan Jawi di tahun empat mulai 2021 yang berbentuk kepelbagaian bahasa, masih mahu ditolak masyarakat bukan Melayu. Panduan ini wujud antaranya kerana dikehendaki sedemikian rupa oleh pelbagai pihak yang membantahnya, walaupun amat ringkas sifatnya.

Setelah siap dan mahu dilaksanakan, ia ingin ditolak lagi dengan mengatakan panduan kepelbagaian iitu terus tidak dapat menghilangkan kebimbangan banyak pihak, khususnya ibu bapa tentang tujuan sebenarnya pendidikan tulisan Jawi ingin diadakan.

Sehubungan itu, Dong Jiao Zong iaitu gabungan pertubuhan pengelola dan guru sekolah Cina mengeluarkan kenyataan agar pendidikan tulisan Jawi tersebut tidak dilaksanakan langsung, walaupun kini diajar bersekali dengan kaligrafi Cina dan lain-lain seperti yang dituntut keras sebelum ini.

Alasan Dong Jiao Zong kali ini ialah panduan kepelbagaian bahasa dalam mengajar tulisan Jawi itu masih tidak berupaya menghilangan keraguan yang terus wujud pada semua pihak yang membantah. Sebenarnya pihak inilah yang mencadangkan kaedah sama-sama mengenali sistem tulisan lain semasa mempelajari sistem tulisan Jawi. Kini setelah ia mahu dilaksanakan sedemikian seperti yang dikehendaki, mereka pula yang mahu menangguhnya sekali lagi, malah mahu memansuhkannya untuk selama-lamanya.

Alasan kali ini dalam cuba menolak pendidikan tulisan Jawi ini ialah tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan semasa yang memerintah didakwa tidak mendapat mandat rakyat, justeru tidak boleh dipercayai untuk diterima panduan berkenaan. Dalam hal ini, mereka akan kononnya menerima panduan ini yang mereka sendiri cadangkan sekiranya kerajaan sebelum ini yang kini memerintah.

Sebenarnya alasan sebegini bukan sahaja memperlihat mereka ini bangsat yakni berperangai buruk untuk memanipulasi keadaan, mereka ini adalah bajingan, iaitu penjahat yang bijak mengeksploitasi situasi. Ini kerana mereka sebenarnya tidak mahu unsur Melayu sahaja dalam rakyat mendukung identiti negara kini. Oleh itu, mereka akan terus-terusan mencari dalil, sama ada munasabah mahupun sebaliknya untuk mewujudkan kepelbagaian budaya, iaitu semua budaya ditonjolkan bersama-sama dan lebih penting ialah kesemuanya mempunyai taraf sama rata antara satu sama lain.

Ini merupakan ikhtiar untuk bukan sahaja mencairkan, malah menghapuskan identiti nasional yang dipersetujui bersama sebagai terdiri pertama-tamanya daripada simbol dan proses sosiobudaya Melayu pada perjanjian etnik Melayu-Cina-India menjelang kemerdekaan. Dengan itu, panduan kepelbagaian ini selain memuatkan pendidikan tulisan Cina dan Tamil yang ikut memasukkan maklumat tulisan bahasa Iban dan Kadazandusun adalah bertentangan dengan persetujuan pada kontrak sosial itu, apabila ia pula disampaikan dalam mata pelajaran bahasa Melayu yang merupakan bahasa negara.

Kesemua ini yang bertujuan ikut mengenal sistem tulisan lain semasa tulisan Jawi diperkenalkan boleh dilakukan dalam mata pelajaran lain, tetapi tidak boleh sesekali dilakukan semasa mata pelajaran bahasa Melayu. Ini kerana taraf bahasa Melayu dalam mata pelajaran bahasa Melayu bukan sahaja perlu dilindungi dalam kurikulum dan sukatan pelajaran, ia wajib diajar dan dipelajari bersendirian untuk menaungi syiarnya. Apabila berkongsi dengan bahasa lain, ia adalah satu muslihat untuk mengkhianati kebesarannya sebagai bahasa negara.

Kini Dong Jiao Zong mendesak untuk diwujudkan jawatan kuasa khas bagi membolehkannya ikut terlibat dalam pelaksanaan panduan yang akan diguna pakai tidak lama lagi untuk sama-sama membuat keputusan selain menyelia. Seperkara penting di sini ialah penglibatan aktivis pendidikan bukan sahaja tidak akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran, ia akan mejahanamkan sistem pendidikan negara. Ini kerana keputusan mereka adalah perhitungan politik, khususnya nasionalisme etno-Cina dan bukannya pertimbangan pendidikan yang murni.

Dong Jiao Zong yang begitu rakus, iaitu hanya mementingkan sikap etnosentrik Cina dengan cuba berselindung di sebalik kepelbagaian bahasa, kini mula dilihat sebagai anjing buruk kepala, yakni dibenci banyak pihak. Ini kerana tindak tanduknya yang mahu melindungi pendidikan aliran bahasa Cina tanpa mengira kesan kepada negara, mulai disedari banyak pihak sebagai bukan sahaja etnosentrisme Cina yang totok tetapi perbuatan subversif, yakni yang akan mengugat sistem kenegaraan sedia ada.

Lanjutan daripada itu, tema kepelbagaian budaya yang di dalamnya terkandung bahasa, cuba dijadikan citra negara yang baharu. Perencanaan penuh culas ke arah ini cuba dianjurkan atas niat murni untuk menggalakkan pertukaran budaya. Namun dalam kepelbagaian ini, kita dapat lihat dengan jelas, etnik Cina terus memperkukuh budaya mereka tanpa segan silu selain secara angkuh lagi tanpa mahu mengambil tahu langsung tentang warisan etnik lain.

Sudah tiba masanya kita berani berhadapan dengan muslihat culas ini secara lebih pasti dengan tekad dan azam jitu agar ia ditangani semasa masih di peringkat awal untuk mengelak krisis lebih besar nanti. Ini persoalan negara yang tidak boleh diketepikan seolah-olah ia tidak wujud. Ia memang wujud dan disedari banyak pihak tetapi tidak mahu membicarakannya, khususnya oleh pemimpin negara yang rata-ratanya lebih bertindak sebagai ahli politik yang mementingkan diri sendiri daripada negarawan yang berkorban demi negara tercinta.

Oleh: PROFESOR Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/etnosentrisme-di-sebalik-kepelbagaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Sebalik Berita Op Benteng Cabaran Kawal Sempadan Negara

Cerita Sebalik Berita Op Benteng Cabaran Kawal Sempadan Negara

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 432 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Iss Arffan Kisah Di Sebalik Tiada Bernoktah

Iss Arffan Kisah Di Sebalik Tiada Bernoktah

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 361 hits
MESKI penularan Covid 19 dalam negara masih bertali arus namun ramai bakat baharu seni suara tanah air muncul mempertaruhkan karya seni lagu mereka Salah seorangnya adalah penyanyi dikenali Iss Arffan yang bernaung sebagai artis di bawah sy...
H M 2021 Chinese New Year Meraikan Kepelbagaian

H M 2021 Chinese New Year Meraikan Kepelbagaian

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 382 hits
H amp M melancarkan kempen perayaan Tahun Lunar dengan menampilkan variasi wajah sebagai penghias kempen Untuk musim ini H amp M meraikan tema keindividuan dan kepelbagaian melalui konteks fesyen Beberapa wajah baru yang pertama kalinya dit...
4 Perkara Di Sebalik Pendedahan Penuh Kontroversi Kontrak Messi Oleh El Mundo

4 Perkara Di Sebalik Pendedahan Penuh Kontroversi Kontrak Messi Oleh El Mundo

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 288 hits
Barcelona semalam berkata akan mengambil tindakan undang undang terhadap akhbar Sepanyol El Mundo selepas penerbitan syarikat itu mendedahkan butiran kontrak Lionel Messi bersama kelab itu pada Ahad lalu Akhbar tersebut mendakwa butiran ter...
Cerita Sebalik Berita Demokrasi Lawan Tentera Di Myanmar

Cerita Sebalik Berita Demokrasi Lawan Tentera Di Myanmar

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 292 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Cerita Sebalik Berita Pkp 2 0 Tiada Kompromi Mulai 4 Februari

Cerita Sebalik Berita Pkp 2 0 Tiada Kompromi Mulai 4 Februari

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 210 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Di Sebalik 1 Februari Apa Nasib Nusa Jika Malayan Union Terus Berkuasa

Di Sebalik 1 Februari Apa Nasib Nusa Jika Malayan Union Terus Berkuasa

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 218 hits
1 FEBRUARI adalah tarikh yang seringkali tidak didendangkan oleh kebanyakan masyarakat Malaysia dan hanya diingat sebagai Hari Wilayah Persekutuan Akan tetapi ianya adalah tarikh keramat terhadap suatu peristiwa penting yang akhirnya menubu...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Happy Deepavali 2025

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marjeena Cafe Parit Buntar

Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali