Di Sebalik 1 Februari Apa Nasib Nusa Jika Malayan Union Terus Berkuasa



1 FEBRUARI adalah tarikh yang seringkali tidak didendangkan oleh kebanyakan masyarakat Malaysia dan hanya diingat sebagai Hari Wilayah Persekutuan.
Akan tetapi, ianya adalah tarikh keramat terhadap suatu peristiwa penting yang akhirnya menubuhkan negara Malaysia yang ada pada hari ini.
Pihak British menguasai Tanah Melayu perlahan-lahan menerusi pengambilan Pulau Pinang menerusi tipu helah pada tahun 1786.
Singapura dijajah British bermula 1824 dan seterusnya Kesultanan Melayu satu persatu dijadikan negeri lindungan British.
Kesultanan Perak adalah yang pertama dijadikan negeri naungan British pada tahun 1874 menerusi Perjanjian Pangkor.
British kalah parah kepada Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua pada tahun 1942 dan dihalau keluar dari Tanah Melayu.
Pihak British yang telah menjarah Tanah Melayu dan kekayaannya berdekad lamanya lari meninggalkan Tanah Melayu untuk dikuasai Jepun pula.
Pahlawan Melayu seperti Leftenan Adnan jugalah yang berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir mempertahankan nusa daripada dikuasai Jepun.
Apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, pihak British kembali ke Tanah Melayu dan seterusnya memperkenalkan gagasan Malayan Union pada tahun 1946.
Apa nasib nusa jika Malayan Union tidak ditentang dan terus berkuasa?
Malayan Union
Malayan Union adalah gagasan yang dicadangkan oleh British bagi mewujudkan pemersatuan dalam pentadbiran Tanah Melayu yang dahulunya terbahagi kepada Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pihak British menerusi Sir Harold MacMichael telah memaksa Sultan-Sultan Melayu menandatangani Perjanjian Malayan Union yang akan menyebabkan kedaulatan baginda sultan terhakis serta hak kerakyatan diberikan kepada orang-orang bukan Melayu – sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu yang menganggap negara ini tanah tradisi mereka.
Penentangan Terhadap Malayan Union
Tindakan pihak British yang memaksa Sultan-Sultan Melayu serta mengenepikan kehendak masyarakat Melayu menerusi gagasan Malayan Union telah menyebabkan orang-orang Melayu bangkit menentang rancangan British ini.
Pihak British pula sama sekali tidak menyangka masyarakat Melayu yang selama berdekad lamanya hanya menurut dan mengikut telunjuk tidak akan bersatu menentang gagasan ini secara besar-besaran.
Sultan-sultan Melayu juga telah secara beramai-ramai memulaukan pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pada tahun 1946.
Akhirnya, pihak British terpaksa mengalah dan menggantikan gagasan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1 Februari 1948.
Gagasan yang baru ini bertujuan untuk mempersiapkan Tanah Melayu menuju kemerdekaan tanpa menghakis kedaulatan Raja-Raja Melayu serta memberikan kerakyatan secara jus soli kepada masyarakat bukan Melayu pada ketika itu.
Apa Nasib Nusa Jika Malayan Union Berkuasa?
Orang-orang Melayu pernah menjadi bangsa pelayar dan pelaut unggul yang menguasai kepulauan Melayu sehinggakan ada catatan sejarawan Arab yang menyebut Selat Melaka pernah dinamakan ‘Laut Melayu’.
Sejarawan Barat, W. Lloyd Warner mengakui bahawa masyarakat Melayu pernah belayar ke persisiran utara Australia untuk berdagang dengan masyarakat pribumi di sana.
Penjajahan demi penjajahan telah melemahkan jati diri masyarakat Melayu dan pihak British mengambil kesempatan ini bagi menubuhkan gagasan Malayan Union.
Bagaimanapun, pihak British tersilap langkah kerana tindak balas masyarakat Melayu memeranjatkan akibat maruah bangsa tidak dapat diinjak sewenang-wenangnya lagi.
Masyarakat Tanah Melayu telah berjaya menguburkan Malayan Union. Akan tetapi, apakah akan terjadi sekiranya Malayan Union kekal berkuasa?
Besar kemungkinan, Malayan Union akan merdeka sebagai sebuah republik dan sistem Raja Berpelembagaan tidak akan terpakai seperti yang berlaku di Singapura dan Indonesia.
Kedua, masyarakat Melayu atau Bumiputera lainnya tidak akan dapat mengecapi keistimewaan sebagai penduduk asal negara ini kerana kerakyatan jus soli yang diberikan kepada masyarakat pendatang pada ketika itu.
Ketiga, besar kemungkinan Islam bukanlah agama yang diangkat sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu tidak akan diangkat sebagai bahasa kebangsaan negara.
Tambahan pula, Raja-Raja Melayu akan hilang kedaulatan dan terpinggir seperti yang berlaku di Indonesia dan India. Pendek kata, semuanya akan berubah.
Kesimpulan
Tarikh 1 Februari bukanlah sekadar tarikh untuk masyarakat Malaysia menyambut hari penubuhan Wilayah Persekutuan.
Tarikh 1 Februari adalah tarikh keramat masyarakat Melayu berjaya menyelamatkan kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini.
Tarikh 1 Februari juga menggambarkan keberanian masyarakat Melayu bersatu di bawah tokoh kebangsaan, Dato’ Onn bin Jaafar bagi menentang pihak British yang seringkali menyangka orang-orang Melayu sebagai bangsa yang menurut, pengecut dan tidak berani menentang kuasa besar yang memenangi Perang Dunia Kedua.
Malaysia hari ini wujud hasil daripada titik peluh perjuangan nenek moyang kita semua yang sanggup berkorban untuk negara.
Sebagai rakyat, adalah wajar bagi kita semua untuk terus berusaha membawa Malaysia ke arah kemajuan dan kesejahteraan agar tidak dikuasai bangsa asing lagi.
* Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi bin Mohd Rusli dan Dr. Noor Dzuhaidah Osman adalah pensyarah-pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

The post Di sebalik 1 Februari: Apa Nasib Nusa Jika Malayan Union Terus Berkuasa? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/01/di-sebalik-1-februari-apa-nasib-nusa-jika-malayan-union-terus-berkuasa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=di-sebalik-1-februari-apa-nasib-nusa-jika-malaya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eur Usd 3 Februari Laporan Cot Pedagangan Penurunan Harga Terus Memanfaatkan Keadaan Itu

Eur Usd 3 Februari Laporan Cot Pedagangan Penurunan Harga Terus Memanfaatkan Keadaan Itu

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 216 hits
EUR USD 1H Pada 2 Februari pasangan EUR USD meneruskan proses penurunan harga setelah penutupan dibuat di bawah garis aliran menaik Oleh itu keadaan perdagangan sekarang dicirikan sebagai menurun dan proses kejatuhan dapat dilanjutkan ke ar...
Cerita Sebalik Berita Pkp 2 0 Tiada Kompromi Mulai 4 Februari

Cerita Sebalik Berita Pkp 2 0 Tiada Kompromi Mulai 4 Februari

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 165 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Tutup Ekonomi Secara Menyeluruh Selepas 4 Februari Kalau Kes Covid 19 Terus Melonjak

Tutup Ekonomi Secara Menyeluruh Selepas 4 Februari Kalau Kes Covid 19 Terus Melonjak

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 260 hits
FAZLI RADZIKerajaan berhasrat mengumumkan penutupan ekonomi secara menyeluruh selepas 4 Februari sekiranya kes jangkitan Covid 19 terus melonjak Kemungkinan itu terkandung dalam surat oleh CEO Dewan Perniagaan Eropah Malaysia Sven Schneider...
Thailand Terus Catat Tiga Angka Kes Harian Covid 19

Thailand Terus Catat Tiga Angka Kes Harian Covid 19

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 180 hits
Thailand terus catat tiga angka kes harian Covid 19 Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 Jan 2021 11 45PM
Terus Pecah Rekod Peribadi Mr Queen Duduki Tangga Ke 8 Drama Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran Kabel

Terus Pecah Rekod Peribadi Mr Queen Duduki Tangga Ke 8 Drama Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran Kabel

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 266 hits
Nampaknya Mr Queen terus menambat hati penonton K Drama dengan plotnya yang menghiburkan Naskhah ini ialah sebuah drama bersejarah fusion di mana ia menceritakan kisah seorang lelaki daripada dunia moden terperangkap dalam badan seorang per...
Warna Kekerapan Baby Membuang Boleh Jadi Petunjuk Tahap Kesihatan Anak Periksalah Bukan Terus Basuh Je

Warna Kekerapan Baby Membuang Boleh Jadi Petunjuk Tahap Kesihatan Anak Periksalah Bukan Terus Basuh Je

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 274 hits
Setiap kali mencuci najis ada selalulah perhatikan najisnya Bukan apa ada waktunya najis anak berubah ubah mengikut jenis pemakanannnya Bukan itu sahaja malah kata warna dan kekerapan anak membuang sebenarnya memberi petunjuk akan tahan kes...
Krave Koffee Minuman Kopi Yang Dibrew Segar Dengan Penghantaran Terus Ke Rumah

Krave Koffee Minuman Kopi Yang Dibrew Segar Dengan Penghantaran Terus Ke Rumah

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 372 hits
Assalamualaikum Sekali sekala nak juga merasa kopi ala cafe kan Kami laki bini memang peminat kopi pantang dengar kopi baru mesti nak rasa dan cuba Tambah pula situasi WFH kalau kena kopi barulah rasa otak nie segar nak buat kerja sambil la...
Rakyat Diharap Terus Istiqamah Dan Berdisiplin Patuhi Sop Agong

Rakyat Diharap Terus Istiqamah Dan Berdisiplin Patuhi Sop Agong

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 198 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar rakyat terus beristiqamah dalam kawalan kendiri ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord