Espaj Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (eSPAJ) memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan pengambilan dan pelantikan pegawai awam di negeri Johor berjalan lancar dan efisien. Layari https://espaj.johor.gov.my/website untuk log masuk dan membuat permohonan. 
Dengan penggunaan teknologi digital melalui platform dalam talian, eSPAJ memudahkan proses permohonan kerja, penilaian calon, serta temu duga secara teratur dan telus. 
Rujuk panduan lengkap dan terperinci mengenai eSPAJ seperti pendaftaran, proses peperiksaan, temu duga hingga ke pelantikan pegawai di bawah. 
Apa itu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (eSPAJ)?  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (eSPAJ) adalah badan rasmi kerajaan negeri Johor yang bertanggungjawab mengurus pengambilan, penilaian dan pelantikan pegawai serta kakitangan awam di peringkat negeri Johor. 
eSPAJ pula ialah sistem dalam talian bagi memudahkan proses permohonan jawatan kosong kerajaan negeri Johor secara adil, telus, dan efisien. 
Pemohon yang berminat perlu mendaftar melalui portal rasmi espaj.johor.gov.my untuk memohon jawatan yang diiklankan, menduduki peperiksaan penilaian, dan hadir temu duga secara berperingkat.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (eSPAJ) eSPAJ memberi keutamaan kepada anak kelahiran Johor, manakala bukan kelahiran perlu membuktikan tempoh bermastautin di negeri tersebut. 
Pengurusan pengambilan dilakukan secara digital untuk mempercepatkan proses dan memudahkan pemantauan status permohonan. 
Selain itu, pejabat eSPAJ beroperasi dengan waktu yang ditetapkan dari Isnin hingga Jumaat untuk memberikan sokongan kepada pemohon dan pegawai negeri.
eSPAJ adalah antara suruhanjaya perkhidmatan awam negeri yang aktif dan terus memperbaharui sistem mereka untuk memudahkan pentadbiran sumber manusia kerajaan Johor, selain memastikan proses pengambilan pekerja kerajaan berjalan dengan profesional dan berintegriti.
Jika anda berminat mengisi jawatan kerajaan negeri Johor, eSPAJ adalah portal utama dan sah yang perlu dirujuk bagi informasi terkini berkaitan pengambilan dan pengurusan perkhidmatan awam di Johor.
Latar belakang eSPAJ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) ditubuhkan berdasarkan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor Tahun 1959 dan tertakluk kepada Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.  
Sejarah Perkhidmatan Awam Negeri Johor bermula sejak era pemerintahan Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (1855-1862) dengan penubuhan jawatan negeri. 
Selepas perisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor secara rasmi dibentuk dengan pelantikan pegawai-pegawai utama bagi menguruskan Perkhidmatan Awam Negeri.  
SPAJ bertanggungjawab mengendalikan pelantikan, pengesahan, kenaikan pangkat, tindakan tatatertib sserta urususan lain berkaitan sumber manusia dalam perkhidmatan awam Johor.
Sistem eSPAJ adalah platform pengurusan tenaga kerja yang dibangunkan untuk memodenkan dan mempercepatkan proses pengambilan serta pengurusan kakitangan di bawah Perkhidmatan Awam Negeri Johor.  Ia merupakan lanjutan daripada fungsi SPAJ untuk memudahkan urusan secara elektronik.
Fungsi eSPAJ Fungsi utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (eSPAJ) adalah menguruskan pelantikan, pengesahan, dan pengurusan anggota perkhidmatan awam negeri Johor secara efektif dan berintegriti sesuai dengan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri 1959. 
Berikut adalah fungsi utama eSPAJ:
1. Pelantikan
eSPAJ menguruskan pelantikan anggota perkhidmatan awam Johor secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya juga mempunyai kuasa menamatkan perkhidmatan anggota menurut syarat pelantikan yang ditetapkan.
2. Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Mengendalikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, pelanjutan tempoh percubaan, serta tindakan seperti mengembalikan kakitangan ke jawatan asal atau menamatkan perkhidmatan akibat kegagalan pengesahan. Kuasa pengesahan dalam perkhidmatan untuk beberapa jawatan juga diberi kepada ketua jabatan.
3. Pemberian Taraf Berpencen
Menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota yang berkelayakan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun dalam perkhidmatan yang diambil kira.
4. Kenaikan Pangkat
Berfungsi sebagai lembaga rayuan kenaikan pangkat bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan dalam perkhidmatan awam.
5. Pertukaran Perkhidmatan
Menguruskan pertukaran tetap anggota perkhidmatan dari satu skim ke skim lain atau dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan lain dalam bidang kuasanya.
6. Kawalan Tatatertib
Merupakan pihak berkuasa kawalan tatatertib, termasuk tindakan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai, serta menjalankan fungsi lembaga rayuan tatatertib.
Perkhidmatan Utama eSPAJ Berikut adalah Perkhidmatan Utama yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (eSPAJ):
1. Pengiklanan Jawatan Kosong
eSPAJ menguruskan iklan kekosongan jawatan yang diterima daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan Bahagian Sumber Manusia. Pengumuman jawatan dibuat melalui akhbar, portal rasmi eSPAJ, serta media sosial untuk memastikan maklumat sampai kepada pemohon yang berpotensi.
2. Urusan Pengambilan Ke Perkhidmatan Awam
Permohonan jawatan yang diterima melalui Sistem eSPAJ akan disaring berdasarkan kelayakan akademik dan kaedah tapisan lain yang sesuai mengikuti jawatan yang dipohon. Calon yang lulus tapisan akan dipanggil temu duga dan selepas itu, diberikan Surat Tawaran Pelantikan kalau berjaya.
3. Jawatan Yang Dikendalikan
Jawatan yang diuruskan merangkumi perjawatan awam negeri dengan pelbagai kelayakan masuk dari peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma, Sijil Matrikulasi, SPM hingga PMR/PT3.
4. Pengurusan Perkhidmatan
Perkhidmatan lain yang diuruskan eSPAJ termasuk:
Pengesahan pelantikan Pengesahan dalam perkhidmatan Pelanjutan tempoh percubaan Pemberian taraf berpencen Penentuan gaji permulaan Pertukaran pelantikan Tapisan keselamatan Pelantikan baharu dan semula secara kontrak Pembatalan tawaran pelantikan Opsyen pertukaran pelantikan (pengesahan dalam perkhidmatan) Panduan Menggunakan eSPAJ Layari laman rasmi eSPAJ di https://espaj.johor.gov.my/ Buat pendaftaran akaun baru di sistem dengan mengisi maklumat peribadi yang diperlukan. Setelah mendaftar, log masuk ke akaun eSPAJ menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan. Semak pengiklanan jawatan kosong yang dibuka dan baca syarat kelayakan serta tarikh tutup permohonan. Isi borang permohonan jawatan secara dalam talian dan lampirkan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, sijil akademik, dan resume. Hantar permohonan dalam tempoh iklan dibuka. Permohonan yang lewat tidak akan diproses. Tunggu pemakluman panggilan peperiksaan atau temu duga yang akan diberitahu melalui portal eSPAJ, e-mel, dan SMS dalam tempoh yang ditetapkan. Hadiri peperiksaan dan temu duga seperti yang telah dijadualkan. Keputusan dan tawaran pelantikan juga akan dimaklumkan melalui portal dan e-mel. Untuk bantuan lanjut, pengguna boleh menghubungi helpdesk pendaftaran eSPAJ melalui telefon atau Whatsapp ang disediakan di laman tersebut.  
Peringatan bagi pengguna baharu, pastikan maklumat peribadi yang diisi adalh tepat bagi mengelakkan kesalahan pada bahagian maklumat peribadi.  
Cara Daftar & Log Masuk eSPA eSPAJ – Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor Berikut adalah panduan lengkap cara daftar dan log masuk eSPAJ Johor:
Cara Daftar Akaun eSPAJ Johor
Layari portal rasmi eSPAJ di https://espaj.johor.gov.my/website/login Klik pautan Daftar Pemohon atau Sign Up untuk pendaftaran akaun baru. Isikan maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, alamat emel, nombor telefon bimbit, dan maklumat lain yang relevan. Setelah mengisi borang, hantar permohonan pendaftaran. Periksa emel atau SMS anda untuk pautan pengesahan akaun. Klik pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun. Sekiranya ada masalah atau soalan, anda boleh menghubungi Helpdesk eSPAJ melalui nombor telefon dan WhatsApp Business: 07-2666414, 07-2666418, 07-2666420.

eSPAJ – Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor Cara Log Masuk ke Akaun eSPAJ
Layari https://espaj.johor.gov.my/website/login Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan. Klik butang Log Masuk. Sekiranya terlupa kata laluan, klik pautan Lupa Kata Laluan dan ikut arahan untuk reset kata laluan melalui emel. Adalah penting untuk sentiasa mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon dan alamat emel supaya dapat menerima makluman rasmi mengenai status permohonan, panggilan temu duga dan lain-lain pemberitahuan penting dari eSPAJ
eSPAJ – Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor Cara Mohon Kerja Kosong eSPAJ Semak Iklan Jawatan Kosong. Semua kekosongan jawatan rasmi diiklankan di portal rasmi eSPAJ Johor: https://espaj.johor.gov.my/, media sosial rasmi SPAJ, dan akhbar tempatan. Pastikan anda memeriksa dan memilih jawatan kosong yang sesuai dengan kelayakan anda. Daftar Akaun dan Log Masuk. Sebelum membuat permohonan, daftar akaun di portal eSPAJ jika belum ada, kemudian log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan. Lengkapkan Permohonan Jawatan Isi borang permohonan secara online melalui portal eSPAJ bagi jawatan yang anda minati. Muat naik dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, sijil kelayakan akademik, resume/CV, dan gambar terbaru jika diminta. Pastikan semua maklumat dan dokumen dimuat naik adalah tepat dan lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Periksa Syarat Lantikan. Setiap iklan jawatan akan menyenaraikan syarat kelayakan seperti sijil akademik, pengalaman kerja, umur dan lain-lain. Sila pastikan anda memenuhi semua syarat sebelum memohon. Hantar Permohonan Sebelum Tarikh Tutup. Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses. Tarikh tutup permohonan biasanya tertera dalam iklan jawatan. Calon yang layak akan dipanggil untuk menduduki Peperiksaan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam Johor (PSEE) dan temu duga. Pemakluman panggilan akan diberikan melalui portal eSPAJ, emel dan SMS.
eSPAJ – Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
Cara Mohon Kerja Kosong eSPAJ
Peperiksaan dan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam Johor (PSEE) Peperiksaan dan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam Johor (PSEE) adalah satu proses penilaian dalam talian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (eSPAJ) untuk menapis calon yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam negeri Johor.
Format Peperiksaan PSEE
PSEE terdiri daripada tiga seksyen utama:
Seksyen A: Pengetahuan Am
Menguji pengetahuan umum calon berkaitan isu semasa, sejarah, geografi, dasar kerajaan dan lain-lain.
Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah
Menguji kemampuan calon dalam logik dan teknik penyelesaian masalah melalui soalan analitikal dan matematik mudah.
Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Menilai tahap kefasihan calon dalam dua bahasa utama ini, meliputi tatabahasa, kefahaman teks dan penggunaan ayat yang betul.
Pelaksanaan Peperiksaan
Peperiksaan dilakukan secara atas talian dari mana-mana lokasi yang ada capaian internet menggunakan komputer atau laptop.
Tarikh peperiksaan telah ditetapkan dan tidak boleh diubah oleh calon.
Pemakluman peperiksaan dibuat melalui portal rasmi eSPAJ, emel, dan SMS sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh peperiksaan.
Keputusan Peperiksaan
Keputusan PSEE diumumkan dalam tempoh 25 hari bekerja selepas peperiksaan berlangsung.
Keputusan adalah muktamad dan tidak menerima rayuan.
Calon yang lulus akan dipanggil menghadiri sesi temu duga.
Persediaan dan Arahan Lain
Calon dikehendaki mematuhi arahan rasmi eSPAJ mengenai tempoh, masa, dan piawai pemakaian.
Calon harus sentiasa memeriksa emel, portal serta mesej rasmi bagi sebarang pemberitahuan terkini yang berkaitan peperiksaan.
PSEE adalah langkah penting menapis calon berkelayakan secara sistematik dan telus sebelum mereka dipertimbangkan untuk temuduga dan pelantikan dalam perkhidmatan awam negeri Johor.
Proses Temu Duga dan Pelantikan Calon yang lulus peperiksaan PSEE akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. 
Keputusan temu duga diumumkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas kelulusan Suruhanjaya. Keputusan boleh disemak melalui portal rasmi eSPAJ dan calon akan dimaklumkan melalui emel dan SMS.
Calon dikehendaki membawa dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, sijil kelayakan akademik, resume dan dokumen sokongan lain yang disenaraikan dalam panduan temu duga eSPAJ.
Sekiranya calon gagal hadir tanpa notis awal, dikira menolak tawaran temu duga tersebut.
Temu duga biasanya mengambil masa setengah hari hingga satu hari bergantung kepada jawatan yang dipohon.
Proses Pelantikan
Calon yang berjaya akan diberikan Surat Tawaran Pelantikan. Calon mesti melapor diri menurut tarikh yang ditetapkan dan melengkapkan proses pengesahan pelantikan secara dalam talian melalui modul dalam sistem eSPAJ. Tempoh percubaan bermula selepas calon melapor diri dan tempoh ini boleh antara satu hingga tiga tahun. Pengesahan dalam perkhidmatan akan dibuat selepas tempoh percubaan berdasarkan penilaian prestasi calon oleh ketua jabatan. Calon juga boleh memohon pelanjutan tempoh percubaan jika masih belum mencapai prestasi yang diperlukan. Pelantikan rasmi dengan taraf berpencen diberikan bagi calon yang berjaya disahkan dalam perkhidmatan dan mengikut syarat yang ditetapkan. Proses ini memastikan hanya calon yang berkelayakan dan sesuai dilantik ke dalam perkhidmatan awam negeri Johor dengan telus dan berintegriti. Semua pemangkuan proses dilakukan secara sistem dalam talian bagi memastikan kecekapan dan kemudahan bagi calon dan pihak pentadbiran.

Proses Temu Duga dan Pelantikan
Keutamaan dan Kelayakan Memohon Keutamaan Memohon
Anak Kelahiran Johor: Calon yang dilahirkan di Johor diberi keutamaan dalam pengambilan bagi jawatan kosong di perkhidmatan awam negeri. Bukan Anak Johor: Calon bukan kelahiran Johor perlu membuktikan bahawa mereka telah bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya selama lima tahun untuk layak memohon. Warganegara Malaysia: Semua permohonan jawatan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan. Kelayakan Memohon
Umur: Umur minimum adalah 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iklan jawatan. Kelayakan Akademik: Kelayakan yang diperlukan berbeza mengikut jawatan yang dipohon dan termasuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan setaraf untuk jawatan rendah. Diploma, STPM, STAM, Matrikulasi untuk jawatan peringkat pertengahan. Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah untuk jawatan pengurusan dan profesional. Pengiktirafan: Semua kelayakan akademik mesti diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, seperti melalui MQA. Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan. Syarat-syarat Lain
Calon mesti memenuhi syarat yang dinyatakan dalam iklan jawatan berkaitan seperti pengalaman kerja, kemahiran khusus dan lain-lain. Permohonan mesti disertakan dokumen sokongan lengkap seperti salinan kad pengenalan, sijil kelayakan dan resume. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses. Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut mengenai proses permohonan jawatan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (eSPAJ), sila rujuk portal rasmi eSPAJ di pautan berikut: https://espaj.johor.gov.my
Ikuti juga Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor  untuk info terkini.
Rujuk https://espaj.johor.gov.my/website/soalan_lazim untuk soalan-soalan lazim.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor Soalan Lazim – eSPAJ Bagaimana cara memohon pekerjaan melalui eSPAJ? Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Tenaga Kerja (eSPAJ) di portal rasmi https://espaj.johor.gov.my/. Pemohon perlu mendaftar akaun dan menghantar permohonan jawatan yang diiklankan mengikut kelayakan.
Apakah itu PSEE? PSEE ialah Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam Johor yang dilakukan secara atas talian bagi menapis calon berdasarkan tiga seksyen iaitu Pengetahuan Am, Daya Penyelesaian Masalah, dan Kefahaman Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.
Apa yang perlu dibawa semasa sesi temu duga eSPAJ? Calon perlu membawa dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan, sijil akademik, resume dan dokumen lain yang diperlukan seperti yang disarankan dalam panduan temu duga.
Apakah pakaian yang sesuai untuk temu duga? Calon dikehendaki berpakaian rasmi pejabat sepanjang sesi temu duga bagi menunjukkan profesionalisme.
Berapa lama tempoh percubaan selepas pelantikan? Tempoh percubaan biasanya antara satu hingga tiga tahun, bergantung pada skim perkhidmatan dan penilaian prestasi pegawai yang dibuat oleh ketua jabatan.
Bagaimana saya boleh menyemak keputusan peperiksaan dan keputusan temu duga? Keputusan akan diumumkan dalam portal rasmi eSPAJ dan juga dimaklumkan melalui email atau SMS calon.
Adakah terdapat bayaran untuk memohon jawatan kerajaan melalui eSPAJ? Tidak. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam Johor melalui eSPAJ. Berwaspadalah terhadap penipuan yang meminta bayaran palsu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/espaj/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=espaj

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wet Spell Warning Heavy Rain To Lash Kelantan Terengganu Pahang First Then Johor Sabah Sarawak In Nov March Monsoon

Wet Spell Warning Heavy Rain To Lash Kelantan Terengganu Pahang First Then Johor Sabah Sarawak In Nov March Monsoon

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 231 hits
MetMalaysia director general Dr Mohd Hisham Mohd Anip said the heavy rain was expected to have a main impact on Kelantan Terengganu and Pahang during the monsoon s initial phase between November to December 2025 while Johor Sabah and Sarawa...
Check In Pariss Hotel Johor

Check In Pariss Hotel Johor

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum Kita sambung lagi citer JB Lepas keluar dari JPO kami terus ke hotel nak check in sebab ikut cakap suami la ni SA x book hotel siap2 mulanya nak booked GBW tapi ntah kenapa harga jadi RM4K plak kat Traveloka dan Agoda dh ken...
Ocbc Cycle Johor Bahru 2025 Kembali Dengan Pengalaman Kayuhan Ikonik Di Tengah Bandar

Ocbc Cycle Johor Bahru 2025 Kembali Dengan Pengalaman Kayuhan Ikonik Di Tengah Bandar

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 168 hits
OCBC Cycle dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan edisi sulungnya di selatan tanah air iaitu OCBC Cycle Johor Bahru 2025 Acara berbasikal besar besaran yang dinantikan ini akan berlangsung pada 14 Disember 2025 yang menawarkan pengalaman u...
Sunway Property Lancar Dua Projek Besar Kediaman Pintar Transit Oriented Di Kl Soho Pertama Di Johor Bahru

Sunway Property Lancar Dua Projek Besar Kediaman Pintar Transit Oriented Di Kl Soho Pertama Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 174 hits
Sunway Property baru baru ini mengumumkan dua projek pembangunan utama iaitu Sunway Cochrane di Kuala Lumpur dan Sunway Majestic di Johor Bahru yang bakal mengubah landskap kediaman bandar Kedua dua projek ini menekankan konsep kediaman ber...
Dari Jeriji Besi Ke Galeri Seni Menjejak Sejarah Di Kotajail Johor Bahru Part 2

Dari Jeriji Besi Ke Galeri Seni Menjejak Sejarah Di Kotajail Johor Bahru Part 2

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum Lepas dah melawat bilik bilik atau sel sel penjara dengan cuba menutup pintu salah satu sel penjara yg memang besi padu giler berat pintu sel tu confirm banduan yang kena penjara susah nak melarikan diri dinding dinding penj...
Tiada Anggota Pdrm Cedera Dalam Insiden Bot Berlanggar Di Iskandar Puteri Ketua Polis Johor

Tiada Anggota Pdrm Cedera Dalam Insiden Bot Berlanggar Di Iskandar Puteri Ketua Polis Johor

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 184 hits
Tiada Anggota PDRM Cedera Dalam Insiden Bot Berlanggar Di Iskandar Puteri Ketua Polis Johor JOHOR BAHRU 8 Okt Tiada anggota Polis Diraja Malaysia cedera dalam insiden pelanggaran antara bot Pasukan Polis Marin dengan sebuah bot yang membawa...
Sampai Jb Dan Singgah Cuci Mata Di Johor Premium Outlet

Sampai Jb Dan Singgah Cuci Mata Di Johor Premium Outlet

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum Lepas amik Dania dalam pukul 12 lebih tu kami teruskan perjalanan Dania masuk masuk kereta je tak sampai 2 min dah lelap erm anak dara tu kan nak borak pun x dan Kami sampai JB dalam pukul 3 lebih rasanya jalan smooth aje ta...
Ziarah Pusara Arwah Mak Sebelum Balik Johor

Ziarah Pusara Arwah Mak Sebelum Balik Johor

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 191 hits
Assalamualaikum SA singgah kubur arwah mak sebelum gerak ke Johor Alhamdulillah terjaga kubur arwah mak Abah selalu pergi pagi dan petang kami ni harap weekend je la dapat pergi selebihnya hantarkan doa dari kejauhan aje Tiap kali ke sini t...
Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 324 hits
Johor Bahru just got an upgrade On October 2 2025 the first ever Sheraton Johor Bahru Hotel officially opened its doors bringing modern design family friendly suites and world class dining to the heart of JB Whether you re a local looking f...
Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Be Fair Over Closure Of Company Accounts Association Tells Banks

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Tokoh Sarjana Sejarah Tempatan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam Meninggal Dunia

Hisense Malaysia Unveils Year End Campaign Celebrating Innovation And Everyday Comfort


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Aktiviti Ppim Adakan Pertemuan Bersama Pengurusan Tertinggi Tekun Nasional Ppim 04 11 2025

Resipi Cottage Pie Ala Zahnita Versi Tekak Melayu Sedap Berkrim Bikin Ketagih

Usd Jpy Analisis Harga Ramalan Yen Jepun Mengekalkan Dinamik Negatif

Warga Emas Hilang Di Chegar Medang Bentong Pada Ahad Lalu Ditemui Lemah Berhampiran Stesen Amaran Banjir Jps

Pemain Warisan Fam Kronologi Kes Kenyataan Rasmi