Esok Pastikan Tuntutan Bn Lulus Puad Beritahu Menteri


 
FMT Reporters -November 25, 2020 Puad Zarkashi. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi mahu para menteri dan timbalan menteri Barisan Nasional pastikan dua tuntutan gabungan itu untuk Belanjawan 2021 diluluskan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, susulan ikrar mereka semalam.
Semalam, 20 menteri dan timbalan berikrar mahu mengukuhkan kedudukan BN dalam kerajaan dan memastikan BN jadi suara terkuat.
“Kalau begitu pastikan esok moratorium automatik dan pengeluaran ‘one-off’ RM10,000 dari Akaun 1 KWSP diluluskan,” katanya di Facebook.
Sebelum ini, Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan sokongan Ahli Parlimen gabungan itu pada Belanjawan 2021 tertakluk kepada pindaan dibuat.
Syaratnya ialah kerajaan membolehkan pencarum mengeluarkan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP secara “one-off”, dan meluluskan moratorium automatik untuk bayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan.
“Kalau seiring dengan BNBBC dan MKT maka kuatlah suara BN dalam kerajaan,” kata Puad.
“Bukan pula suara orang lain yang kuat dalam BN. Semoga esok, ‘win-win’ untuk semua.”
Kenyataan menteri dan timbalan menteri berkenaan dikeluarkan berikutan pelbagai tanda tanya mengenai sokongan BN pada Belanjawan 2021, berlatarkan tuntutan dan ketidakpuasan hati parti komponen dan pemimpin gabungan itu terhadap bajet dan PPBM pimpinan Muhyiddin.
Kenyataan itu ambil maklum cadangan serta pandangan yang dikemukakan Ahli Parlimen BN, “untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa”.
Kenyataan sama juga berikrar mendukung pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, namun mahukan pilihan raya umum diadakan secepat mungkin.
“Itu petanda kerajaan hari ini tidak stabil maka ia perlu dimuktamadkan dengan majoriti kukuh,” kata Puad.
BN mempunyai 43 Ahli Parlimen dan sokongan mereka amat diperlukan perdana menteri untuk Belanjawan 2021 diluluskan memandangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai majoriti 2 kerusi di Dewan Rakyat.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/esok-pastikan-tuntutan-bn-lulus-puad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pnbbc Sepakat Undi Lulus Belanjawan 2021 Esok

Pnbbc Sepakat Undi Lulus Belanjawan 2021 Esok

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 441 hits
KUALA LUMPUR Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan sebulat suara menyatakan sokongan padu bagi meluluskan Belanjawan 2021 esok Dalam kenyataan hari ini PNBBC memaklumkan keputusan itu dibuat secara k...
Korang Kenal Tak Menteri Kpdnhep Sekarang

Korang Kenal Tak Menteri Kpdnhep Sekarang

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 165 hits
RINA HAMZAH Entah siapa menteri KPDNHEP yang lembap tu pun taktahu ramai sangat menteri Mana tak SAMPAI 70 ORANG Kabinet menteri yang terbesar dalam sejarah dunia SR
Samakan Macron Dengan Nazi Prancis Kecam Pernyataan Menteri Pakistan

Samakan Macron Dengan Nazi Prancis Kecam Pernyataan Menteri Pakistan

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 186 hits
Kementerian Luar Negeri Prancis mengutuk pernyataan seorang menteri Pakistan yang menargetkan Emmanuel Macron Menteri Hak Asasi Manusia Pakistan Shireen Mazari menyamakan kebijakan Macron dengan Nazi Seorang anggota pemerintah Pakistan berb...
Jangan Sampai Menteri Menteri Kabinet Dari Umno Bn Dilabel Sebagai Boneka Atau Keldai Suruhan Perdana Menteri Ppbm

Jangan Sampai Menteri Menteri Kabinet Dari Umno Bn Dilabel Sebagai Boneka Atau Keldai Suruhan Perdana Menteri Ppbm

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 400 hits
ADAKAH AHLI2 PARLIMEN UMNO BN YANG BERADA DALAM KABINET TS MUHYIDDIN YASSIN MEMANG MEMBAWA SUARA MEWAKILI PARTI UMNO BN Ketika diwawancara dalam satu program Soal Jawab bersama Saudara Shahril Hamdan Ketua Penerangan UMNO merangkap Naib Ket...
Parlimen Tempat Bahas Bukan Nak Dengar Kuliah Menteri Anwar

Parlimen Tempat Bahas Bukan Nak Dengar Kuliah Menteri Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 198 hits
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim membantah peraturan tempoh masa ucapan penggulungan menteri yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan menyifatkannya bukan cara parlimen berfungsi Pagi ini Azizan mengumumkan bahawa setiap m...
Jangan Takut Bekas Menteri Sri Lanka Makan Ikan Mentah Buktikan Kepada Rakyat Ikan Tak Sebarkan Covid 19

Jangan Takut Bekas Menteri Sri Lanka Makan Ikan Mentah Buktikan Kepada Rakyat Ikan Tak Sebarkan Covid 19

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 233 hits
Seorang bekas anggota Parlimen Sri Lanka menjadi tajuk berita utama di dalam dan luar negara setelah dia menggigit ikan mentah semasa sidang media dalam usaha membuktikan bahawa hidupan marin tidak menyebarkan virus Covid 19 Dilip Wedaarach...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching