Eskayvie Mindtropic Penyelesaian Masalah Sukar Tidur Dan Stres


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada zaman yang mencabar sekarang ni ramai di antara kita yang mengalami stres, kemurungan dan gangguan mental disebabkan pelbagai faktor. Antaranya seperti tekanan di tempat kerja, tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, putus cinta, masalah keluarga dan banyak lagi. 
Aku pasti semua antara kita pernah mengalami stres kan? Tak ada orang di dunia ni tak pernah alami stres. Lagi-lagi zaman sekarang ni yang terlalu banyak cabarannya. 
Bila bercerita mengenai stres, aku nak kongsikan sedikit mengenai pengalaman stres sewaktu aku belajar dulu dan apa kaitannya dengan tidur yang cukup boleh mengawal stres

Sekitar tahun 2017 dan 2018 di mana aku sedang menghabiskan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, aku dapati bahawa sepanjang semester aku akan rasa tertekan. Tertekan dengan subjek yang banyak, kerja-kerja kumpulan dan juga thesis yang perlu dihabiskan untuk mendapat segulung ijazah. Aku pasti korang juga pernah lalui apa yang aku lalui

Antara saranan yang aku dapat daripada pensyarah adalah, selain tenangkan diri perlulah dapatkan tidur yang cukup. Bila aku fikirkan balik, memang waktu tidur aku ketika itu tunggang langgang. Kadang-kadang ada malam yang aku tak tidur langsung. Patutlah waktu kelas selalu mengantuk dan mudah stres. 
Kadang tu walaupun mata mengantuk aku tetap paksa juga nak siapkan tugasan, tapi jadi sebaliknya pula. Aku jadi tak fokus dan tugasan yang nak disiapkan jadi lambat nak siap. Apa yang aku buat asyik tak menjadi sehingga membuatkan aku bertambah stres

Setelah sedar dengan kesilapan yang dibuat, aku mula susun balik waktu tidur dan  susun juga jadual untuk buat setiap tugasan yang diberikan mengikut subjek. Alhamdulillah, stres makin berkurangan dan aku berjaya habiskan semester dengan jayanya

Melalui pengalaman yang aku lalui ni, kat sini aku nak tekankan, tidur yang cukup amat penting untuk badan dan minda kita supaya dapat rehat yang secukupnya. Ini membantu kita lebih fokus dengan apa yang kita nak buat keesokan harinya. Berjaga malam atau memaksa mata dan badan bekerja lebih dari had yang sepatutnya bukanlah sesuatu yang sihat. Malah ia boleh mengundang banyak keburukan berbanding kebaikan. 
Bila badan dan minda tak dapat rehat secukupnya, badan kita akan rasa letih, lesu dan tak bertenaga. Minda kita pula akan jadi bercelaru menyebabkan kita mudah naik angin, rasa tertekan dan tidak fokus. Paling bahaya kita berisiko tinggi untuk diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan serangan jantung. 
Aku tau ramai orang di luar sana yang mengalami tekanan sehingga menyebabkan sukar nak tidur malam kerana terlalu memikirkan banyak perkara. Aku juga pernah laluinya. Aku hanya mampu memberikan nasihat supaya jaga waktu tidur kita. Tidur dengan secukupnya dan elakkan tabiat tidur lewat

Tidur Lebih Mudah Dengan Eskavie Mindtropic
Kalau korang ada masalah sukar nak tidur waktu malam, aku syorkan untuk cuba Eskayvie Mindtropic. Eskayvie Mindtropic ni diformulasikan oleh formulator produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Eskayvie Mindtropic dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi untuk membantu menyokong kesihatan minda dan mengatasi masalah susah tidur serta membantu mendapatkan tidur yang nyenyak

Eskayvie Mindtropic ni dah berjaya bantu ramai orang untuk lebih mudah tidur dan dapatkan tidur yang lena. Banyak maklumbalas pengguna yang berkongsi pengalaman mereka selepas mencuba dan mengamalkannya. Korang boleh lihat sendiri feedback mereka di bawah ni


Kalau dahulu, tiap kali nak bangun pagi mesti liat nak bangun. Tapi sejak amalkan Eskayvie Mindtropic, dapat tidur dengan lena dan mudah bangun pagi. Bangun tidur pun rasa fresh je dan dapat mulakan hari dengan ceria dan bertenaga. Bila kita dapat tidur yang secukupnya, kita akan lebih bersemangat dan ceria untuk lakukan aktiviti harian


Serius rasa penat dan tertekan kalau terpaksa cover kerja orang lain. Siapa yang pernah laluinya je yang tahu. Tapi pengguna ni rasa cool je walau pun kerja banyak sejak amalkan Eskayvie Mindtropic. Walaupun tidur lewat tak ada masalah bangun pagi kerana badan rasa fresh dan bertenaga


Jika sebelum ni susah nak tidur tapi kini pengguna ni dapat tidur dengan lena dan mudah bangun awal. 
Di bawah ni pula video perkongsian daripada salah seorang pengguna Eskayvie Mindtropic. Korang boleh tonton dan dengar perkongsian daripada beliau

https://youtu.be/E7pOa9-NEvI
Encik Syukri, 32 tahun, mengalami sukar tidur malam. Disebabkan masalah ini, beliau cepat letih, susah nak fokus, panic attack dan anxiety. Alhamdulillah! Syukur. Kini beliau dapat tidur yang berkualiti, badan rasa segar dan fokus dalam menjalani kehidupan seharian

Hebat Sangat Ke Eskayvie Mindtropic Ni?
Bagi aku Eskayvie Mindtropic ni sangat la hebat kerana ia dah bantu ramai orang dalam menyelesaikan masalah sukar tidur. Aku pasti, ramai diantara kita yang mengalami masalah sukar nak tidur malam. Lagi-lagi mereka yang semakin meningkat usianya. Masalah kesihatan antara punca mereka sukar nak tidur. Bila tak dapat tidur yang secukupnya, lagilah kesihatan mereka akan merosot. Jadi dengan adanya Eskayvie Mindtropic ni, ia dapat membantu mereka lebih mudah tidur dan dapatkan tidur yang lena

Kelebihan Eskayvie Mindtropic100% Bahan Semula JadiRasa Tropika Yang EnakTanpa Perasa & Pewarna TiruanTanpa Gula TambahanPengiktirafan Kilang oleh European Quality Award
Manfaat Eskayvie MindtropicMengatasi gejala Brain Fog (kabut otak)Merangsang perkembangan sel otakMenguatkan memoriLebih fokus dan meningkatkan daya tumpuanMenjadikan mood & emosi lebih terkawalMembantu dapatkan tidur yang lebih lenaMenjadikan lebih ceria & gembiraMeningkatkan kesihatan tulang & otot
Kalau korang tengok pada bahan-bahan yang digunakan di dalam Eskayvie Mindtropic ni pun ada banyak kelebihan dan manfaatnya tau. 
Di bawah ni adalah 5 bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic

1. PHOSPHATIDYLSERINE

Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA dari usia asal. Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir pada tahap optima.
2. ASHWAGANDHA KSM-66
Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
3. BACOPA MONNIERI
Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
4. MAGNESIUM

Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).
5. SELENIUMTinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak dari kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic
Cara pemakanan Eskayvie Mindtropic ni sangat mudah ya sebab ianya dalam bentuk tablet kunyah dan sesuai diambil tanpa air

Untuk orang dewasa, disyorkan mengambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan. Manakala untuk kanak-kanak berumur 13-17 tahun pula disyorkan mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi

Cara penyimpanannya pula, perlu disimpan di bawah suhu 30C dan terlindung dari cahaya kelembapan. Suhu bilik dah mencukupi

Kurangkan Stres Dengan Semburan Aromaterapi Eskayvie Neuscential Calme

Eskayvie ada keluarkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Nuescential Calme yang boleh digunakan bersama-sama Eskayvie Mindtropic. Fungsinya adalah untuk membantu mengatasi masalah sukar nak tidur waktu malam, membantu tidur lebih nyenyak dan mengurangkan stres. 
Korang boleh tonton video perkongsian Puan Nurizzati binti Safuan, 45 tahun yang mengalami masalah sukar tidur. Asbab penggunaan Eskayvie Nuescential Calme, kini Puan Nurizzati lebih mudah tidur dan dapat tidur dengan lena

https://youtu.be/lJb-xzf9SjY
Eskayvie Nuescential Calme dihasilkan dalam bentuk semburan aromaterapi. Jadi ia boleh digunakan di mana-mana sahaja. Dibawah ni antara kebaikan Eskayvie Nuescential Calme:
Mengurangkan simptom berkaitan gangguan tidur dan kepenatan serta meningkatkan kualiti kehidupanMengurangkan stressMembantu untuk tidur lebih lenaMeningkatkan aktiviti otak yang penting untuk memberi kesan menenangkan Mengandungi bahan aktif yang bertindak seperti bahan sedatif untuk memberi kesan relaks dan bertenang. Membantu mengurangkan simptom anxiety dan depresi.
Tahniah dan syabas aku ucapkan kepada Eskayvie kerana mengeluarkan produk yang banyak membantu orang ramai untuk lebih mudah tidur dan dapatkan tidur yang lebih lena. Aku harap dengan kedua-dua produk dari Eskayvie ni dapat bantu lebih ramai orang diluar sana. Hidup ini lebih bermakna kalau kita tak selalu stres. Stres bukan sahaja memberikan kesan buruk pada diri sendiri, ia juga akan memberikan kesan buruk pada orang sekeliling kita

Korang yang berminat nak tahu lebih lanjut atau nak dapatkan Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Nuescential Calme ni bolehlah ke website dan social media mereka pada pautan dibawah


WEBSITEwww.eskayvie.com
INSTAGRAMhttps://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
FACEBOOKhttps://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

#EskayvieMindtropic #JanganStresStres


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/03/eskayvie-mindtropic-penyelesaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidur Lena Dan Badan Lebih Bertenaga Dengan Eskayvie Mindtropic

Tidur Lena Dan Badan Lebih Bertenaga Dengan Eskayvie Mindtropic

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai Pembaca Semua Bonde nak kongsikan cerita berkaitan kesihatan Bonde yang makin hari semakin tidak baik kebelakangan ini Tidur Lena dan Badan Lebih Bertenaga Dengan Eskayvie MindtropicTahun ni seperti bi...
Kalau Sukar Nak Pisahkan Tempat Tidur Anak Boleh Guna 22 Kaedah Ini

Kalau Sukar Nak Pisahkan Tempat Tidur Anak Boleh Guna 22 Kaedah Ini

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 178 hits
Pisah tempat tidur anak bila sampai waktu dan usia sesuai memang menjadi salag satu tuntutan dalam ajaran agama Islam Sama ada anak lelaki mahupun perempuan perlu diasingkan tempat tidur mereka bagi mengelakkan pelbagai masalah sementelah a...
Masalah Anxiety Dapat Dikawal Dengan Tidur Yang Cukup

Masalah Anxiety Dapat Dikawal Dengan Tidur Yang Cukup

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 228 hits
Assalamualaikum Hai korang untuk entri kali ini Cik Ash nak berkongsi mengenai Anxiety Sedar atau tidak ramai di antara kita yang tidak tahu sebenarnya mereka mengalami Anxiety sehinggalah diri kita sendiri melaluinya selepas berjumpa dokto...
Sukar Untuk Rafizi Lakana Gst Setelah Rakyat Di Program Benci Gst

Sukar Untuk Rafizi Lakana Gst Setelah Rakyat Di Program Benci Gst

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 195 hits
Oleh Adam Malik Apabila keadaan ekonomi negara menjadi lebih parah kerana negara masih bergantung kepada sistem cukai lapuk SST yang tidak telus dan mudah dimanipulasi oleh peniaga maka untuk melaksana GST Kembali semakin bertambah sukar In...
Prn Saifuddin Akui Penyokong Bn Umno Sukar Beri Undi Kepada Ph

Prn Saifuddin Akui Penyokong Bn Umno Sukar Beri Undi Kepada Ph

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 469 hits
agendaily com28 02 2023Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi taklimat kajian pada Konvensyen Pakatan Harapan Kedah 2023 yang diadakan di Sungai Petani pada Pakatan Harapan mengakui kesukaran mereka un...
Ternyata Begini Cara Anggota Brimob Tidur Di Hutan Saat Hujan Tanpa Tempat Berteduh

Ternyata Begini Cara Anggota Brimob Tidur Di Hutan Saat Hujan Tanpa Tempat Berteduh

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 375 hits
Tak banyak yang tahu ternyata begini cara anggota Brigade Mobile Polri tidur di hutan saat dalam keadaan hujan Tak punya tempat berteduh hanya menggunakan jas hujan dan matras seadanya Simak potretnya
Top 10 Bahasa Yang Sukar Untuk Dipelajari

Top 10 Bahasa Yang Sukar Untuk Dipelajari

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 235 hits
Jika anda ingin mempelajari bahasa baru anda perlu tahu bahawa terdapat bahasa yang sangat susah untuk dipelajari ia sering berlaku kerana terdapat variasi tatabahasa dan sebutan yang sukar Oleh itu berikut adalah pengenalan kepada 10 bahas...
Aldila Jelita Mantap Gugat Cerai Indra Bekti Masalah Berulang Jadi Alasan

Aldila Jelita Mantap Gugat Cerai Indra Bekti Masalah Berulang Jadi Alasan

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 128 hits
Tak lagi sejalan dan masalah yang terus berulang dalam rumah tangga jadi alasa Aldila mantap berbisah dengan Indra Bekti
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord